Jejalan Ke Kedah-Alor Setar

Assalammualaikum semua, Bella ni. Salam kenalan bagi yang baru baca. Bella tengah lapang ni. Dalam erti kata lain takda benda nak buat. hah...

Assalammualaikum semua, Bella ni. Salam kenalan bagi yang baru baca. Bella tengah lapang ni. Dalam erti kata lain takda benda nak buat. hahahaha... Bella dah letak target nak penuhkan page Travel York!! bella ni. dan sekarang Bella nak ceritakan pasal Bella menerokai Alor Setar-Kedah. Boleh dikatakan bella dah melawat ke keseluruhan negeri kedah tu. Tu la dapat orang kedah. 

bercuti ke kedah


Kebanyakkan tempat Bella dah pergi. Rasa rugi la. Negeri sendiri tak jelajah. Negeri orang sibuk nak pergi. Macam semut di seberang laut sibuk nak belek,tapi gajah didepan mata dibiarkan je. Padahal gajah tula lagi indah dan berseni!!.eh2X melalut pula. Sebenarnya kawan-kawan Bella sibuk ajak g New Zealand la, Sydney la, Japan la, Istanbul la, tapi Bella ada impian Bella sendiri. Bella nak habiskan negara sendiri dulu, pastu jelajah semua negara ASIA maknanya yang berdekatan dengan Malaysia lepas itu baru ke negara luar yang jauh2x. Macam mana nak pergi negara lain, Sabah pun Bella tak sampai lagi.

Bella masa mula-mula datang Kedah dulu sebab dapat sambung belajar di Polimas,Jitra. Bella dulu masa nakal-nakal dulu memang teruk dikenakan masyarakat setempat. Ini semua sebab kami tak bertudung. Huishh!! tak masuk akal betul. Bella tak boleh nak ceritakan dekat sini, sebab takut menganggu sentiviti orang Kedah pulak. Sape yang pernah belajar di Kedah mesti tau. Kalau kita di sini pensyarah mana kisah sangat pasal kegiatan pelajar diluar kan? Kalau kat Kedah lain yer..memang teruk.Huissh..meremang bila ingatkan balik.


berjalan di kedah


Ini sebenarnya supermarket dan namanya adalah YAWATA. Kiranya tempat shopping masa belajar dululah. Masa memula dapat tawaran belajar ke Kedah ni, Bella dapat sama dengan best friend Bella. Kitaorang punyala kaget. 

Bella kata dengan kawan Bella " Jitra? kat mana tu? Bukan bandar Kedah adalah Alor Setar ke? "
Kawan bella kata,"yela.. eee ada supermarket tak kat situ?"
Bella kata "Mana tau. Mungkin ada, tapi takda yang brand kita pakai."

hahaha. kelakar giler. Kitaorang pun shopping sakan barang nak bawa ke sini. Bila sampai Jitra plak,ada kenangan lain. Memang first day sampai ni. Macam-macam la tak cukup kat rumah sewa kitaorang tu. Jangan memain, kitaorang sewa banglo ok. Masa kitaorang pergi ke jalan raya, tahan teksi. Kitaorang katala..nak pergi supermarket. Teksi tu kata, boleh2x naik la. First day. Apa yang kita tau kan?  Masa nak bayar kat supermarket tu, jumpa la kawan satu kelas. Borak punya borak..kitaorang tanya la, wei..korang naik apa? Dorang kata jalan kaki je. Yawata ni belakang rumah sewa kita je la. Ya ampunnnn!!! kena tipu. Teksi tu bawa jalan jauh kot. Tergelak-gelak kitaorang.


Sekarang ni Bella cerita pasal Apa yang Menarik di Alor setar.Sape orang kedah kat sini,sila ngaku cepat!! pernah pergi atau sampai tak muzium padi ni? HB pun yang dah 29 hidup di Kedah pun tak pernah sampai sini lagi. Bella yang paksa. Sampai sini banyak replica dan cara cara beras dihasilkan. Ada juga beras @ padi dari seluruh negara. Jangan terkejut sebab setiap beras tak akan sama untuk setiap negara. Muzium ini ada keunikkan tersendiri. Bahagian atas ada semacam permandangan yang di buat bagaikan "real" suasana kampung dan suasana tu bagaikan hidup. Korang pergilah tengok. Unik..betul - betul unik. Sukar nak digambarkan atau diceritakan.


"Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras."

Boleh tahan jugalah. Muzium ini luas dan selesa. Cuba ruangan tangga sedikit sempit. Turun juga kena hati - hati. Keadaan sedikit gelap.

muzium kedah, tempat menarik di Kedah

Kalau korang nak lagi detail ataupun bercadang nak melawat ke seluruh muzium yang terdapat di negeri Kedah, Bolehla melawat laman web http://www.muziumkedah.gov.my/ semuanya ada di laman web tu.Boleh jadi duta negeri Kedah ni.

Tempat menarik di kedah

Entah macam mana HB salah masuk jalan pergi jalan belakang. Masa ini, nampak la sawah padi yang terbentang luas. Walaupun cuaca panas giler, Bella dalam kereta jerit - jerit nak tengok padi. Maklumlah, KL mana ada sawah padi.HB pun berhentikan kereta. Bella pergilah terkinja-kinja ambil gambar dekat sawah padi tu. Lari - lari dekat batas-batas padi. Jangan ada lintah naik sudah. Korang kalau bernasib baik pun boleh tengok sawah padi hijau dan menguning. Nostalgia sangat.

berjalan di kedah

Masa panas -panas apa yang paling sedap diminum? Air kelapa laa... Kat alor setar ada satu gerai yang jual air kelapa pandan terbaik. Memang la korang tengok gerai dia macam agak bersepah kan? tapi tak apa dia hanya jual air kelapa. Dia akan ambil sebiji kelapa, pastu kopek, pastu tambahkan gula and mungkin sedikit madu kedalam plastik, pastu terus tuang air kelapa korang dalam plastik. Isi kelapa tu dia korek masuk dalam plastik korang. Langsung tak sentuh peralatan kat situ. Maknanya jangan risaulah, kebersihan air kelapa korang tetap terjamin. Sedap giler kot. bella siap berebut-rebut masa nak minum dengan HB. Serious layan.Tak sama langsung macam air kelapa biasa.

berjalan - jalan di alor setar

Bella seterusnya ke Menara Alor setar kedah. Masa nak pergi ke menara ni, Abah iaitu ayah mentua Bella tanya. Nak pergi mana? HB kata..ni nak bawak dia ni naik menara alor setar. Ayah dia cakap..ha..pergi2x..bawak dia ni pun x pernah naik menara alor setar. Sambil menunjukkan jari ke arah HB. huh!! kata orang je lebih. Menara alor setar ni sama macam menara KL. Tapi, cantik lagi menara KL la. Macam biasa, kita akan masuk kedalam lift untuk sampai ke bahagian atas sekali. Dari sinilah kita akan dapat lihat seluruh bandar alor setar. Kecik - kecik je semuanya.Angin dia tak leh nak ingat punya kuat. Di dalam menara ni pun ada buffet kalau kita nak makan. Berputar macam menara KL lagi. Bella mesti cuba ni. Masa belajar, punyalah nak naik Tower ni..akhirnya tercapai juga. Alhamdullilah...


bercuti di kedah


Jejalan, lapar la pulak kan. Apa kata kita cuba char keaw teaw goreng yang terkenal di Alor Setar ini. Gerai dia betul-betul tepi jalan. Dia ada kedai, tapi dia tetap goreng di dalam gerai yang kecil. Menunya simple saja, char kaew teaw, Keaw teaw goreng dan bihun goreng. HB ambil Keaw teaw goreng Bella ikut je la. Rasanya mmg dari yang lain, ditambah telur yang di masak sempurna plak.Murah lagi. Mesti la jadi kesukaann kan. Kedai dia betul - betul kat tepi jalan besar. Senang nak jumpa. Tepi pokok.Ramai orang.Nama kedai tu Keaw teaw Iman. Yummy...



Jalan-jalan jumpa nangka madu yang besar ni. Beli la.Sayangnya tak manis pun. Apa yang bella nak highlight kan kat sini..kebesaran buah ni. Besar giler kot. Besar yang luar biasa. Kalau korang nak tau lagi pasal kedah, bolehlah klik link di bawah.. Semua ini pun kat Kedah tau..

Bercuti Ke Langkawi-Tip Penting
Jom Melawat Ladang Anggur Tasik Beris
Seronoknya di Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling
The Carnivall Taman Tema Air Cinta Sayang

Ok...setakat ni dulu... salam sayang dari bella...:)

You Might Also Like

11 ulasan

  1. Salam perkenalan....jemput singgah blog saya ye Bella.
    http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. jemput ke blog saya.. iamyourhoobae.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Restoran menara alor setar berputar juga dear.

    ReplyDelete
  4. Menara Alor Star tu pun berputar awak.. ☺ Sy selalu dinner kat situ. Mlm best view cantik from the top of it.

    ReplyDelete
  5. Saya macam nak naik Gunung Jerai. Tapi nak tahu berapa lama boleh sampai puncak..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.