Diary Anak
Cara makan buah zuriat
30 AprilSalam sayang semua... sebab bella sayangkan semua oranglah, bella nak share satu petua orang tua yang diturunkan kat bella iaitu Mengenai buah zuriat.
hmmm sape tau buah ni untuk apa? Sebenarnya Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam.Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.
Tetapi ada juga yang menyatakan khasiat buah ini takda langsung kaitan dengan kesuburan. Buah ni lebih kepada khasiat-khasiat lain seperti:-
-Mengubati darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid
Tapi mak bella kata, Jiran depan rumah minum air buah zuriat ni alhamdullilah lekat. Sekarang anak dah 3orang. Sebab mak bella yang kata jadi bella pun cuba je la. Bella nikah sesama dengan adik bella. Padahal bella punya majlis, tapi adik bella nak tumpang. Jadi setuju je la. Sebab adik kan?? Tak kan nak say no. Orang kata nikah sama ni salah seorang akan panas. Tu yang bella tengah takutkan dan risaukan. hmmmm "YA ALLAH dengan bantuanMU, kurniakanlah kepada ku hati yang sentiasa sabar dan sentiasa redha dengan ketentuanMU, Sesungguhnya aku insan yang lemah dengan tipu daya syaitan".AMINnnnn....
Takut tau. Kadang2x sampai bella rasa nak mengamuk kat family sebab kenapalah suruh adik bella wat sama. Time nak nikah tu bella tanya tok kadi. "uztaz, takpe ke nikah sama ni?" uztaz tu kata "astafirruALLAHalazim..... istifar, jangan sampai syirik."hehehe. Mak bella cubit2x. Yela.. risau jadi macam ni la.. Bella pun malas nak percaya, Tapi jiran bella pun sama. Kawen hari yang sama. Seorang dah ada dua anak. Seorang lagi takda. Check doctor semua kata ok. Rahim pun cantik. Tak ke pelik. Argggh lantak la. Tu semua ada hikmah dan ada alasanNYA.
Berbalik pada buah zuriat ni, Buah ni hanya terdapat dari mekah saja tau. Jadi kena kirim dari orang yang nak ke sana. Memang rezeki bella. Kawan bella dah pregnant. Dia tumpang sedih la bella tak pregnant lagi. Jadi dia sedekahkan buah zuriat tu. Siap bagi hati unta yang kering tu lagi. NINI and Lobang, Kalaulah kot2x korang terbaca blog aku ni, Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih dan I LOVE YOU so much Friend!! ye la ramai kawan yang menunjukkan rasa kesian, Tapi tak ramai yang sudi ambik tindakkan untuk membantu.AN?
Amaran!! jangan la korang percaya yang buah ni dapat bagi kita anak. Bukan tau. Ini adalah antara usaha kita untuk mendapatkan anak. Macam kita demam, usaha kita nak sihat jangan minum ais, makan ubat. Pastu sihat. Ubat usaha kita, yang menyembuhkan tu tuhan kita. Kita usaha dan tawakal. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain. Dia kata dia tak mau minum air ni, sebab takda saintifik pun yang menyatakan buah zuriat ni dapat meningkatkan kesuburan, macam ni dah was2x tak yakin memang lah tak menjadi. Penting yakin tu. Usaha je kan.. Kalaupun buah ni takda kaitan dengan kesuburan, apa salahnya? minum jela.Mungkin bagi kebaikan untuk benda lain. Anggap macam ubat je. Serasi cepat sihat. Tak serasi lambat sikit la sihatnya.
Tapi takpe kita usaha je. Biar tuhan yang tentukan. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain kata dia jumpa uztaz minta petua nak hamil a.k.a mengandung la kan.. Uztaz tu kata Kita kena lah pelbagaikan cara kita dan suami bersama tu. Macam orang putih. Kat tepi semak, celah tangga, bawah katil, Atas mesin basuh.Hahahahahah... acah je bukan tempatnya yang berubah. Tapi caranya. Ni pepandai korang la. Kang budak sekolah baca blog bella ni susah plak. Pastu uztaz tu kata lagi cari buah zuriat ni atau buah hamil. Tengok..uztaz tau bagi petua. Kita cuba je la.
Cara makan buah zuriat ni ada 1000 macam cara yang disyorkan.Antaranya;-
Cara pertama:-
2 biji di ambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus sabut dan biji buah itu dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint.Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat sahaja
sama airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis
dan minum.Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh
lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....khasiat
buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap
hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan.
kami di arab sana memang guna cara ini untuk mendapat khasiat buah itu.
(cara yang ini tak boleh minum time period)
Cara kedua:-
Menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah
) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk
dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara ketiga:-
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang
merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di
ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk
membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar
warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau
sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali
sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru
di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia
gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa
kelegaannya)
Cara keempat:
Bella gunakan cara ni. Ambil dua biji buah zuriat. Potong sampai abis kulitnya. Ambil yang bahagian dalamnya sahaja. Potong kecil-kecil dan rebus 1/2 jam. Time ni bella lupa nak setkan jam. Jadi bella tengok airnya dan berubah warna menjadi kuning ok la tu. Pastu minum suami isteri. Buah yang dipotong tadi boleh digunakan berkali-kali sehingga air dah tidak lagi berubah menjadi warna kuning, barulah kita tukar dengan buah yang baru.Bella ambil cara yang keempat ni sebab boleh dikatakan, kebanyakkan blog yang menunjukkan cara minum air buah zuriat ni semua guna cara ini. Siap bergambar lagi. Senang faham.
Apa cara sekalipun yang korang guna, Lebih molekla kalau iringi dengan bacaan doa dan surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).
Semoga semua mendapat kebaikan dari sini. Bella pun tengah usaha. Samalah kita. Bella time bercuti pun bawak. Letak dalam bekas air.
Bila tengok pic ni korang boleh la agak kan.. nak gopek cane. susah tau kopek. bella pun minta tolong my dear. Kena minum sambil tawakal la. My dear pun minum sama. Sama2x usaha. Macam bella, bella selalau ras bella yang ada problem sebab my dear bella atlet. hmmm... sedih. Sama-sama kita doakan satu sama lain ok.
salam sayang dari bella.
61 ulasan
salam,dtg follow sini sambil cari info pasal buah zuriat
ReplyDeletecikji.. thank you. dapat tak info yang di cari tu? dah follow tau.
ReplyDeletebella dh follow....singgah blog sue ye... http://kacangsebuncis.blogspot.com
ReplyDeletedatang sini untuk info buah ni..
ReplyDeletebella cane ???da ade rezeki ke sekarang
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBuah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai
bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.
bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani
cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan
anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater
salam.. nak tnya harga bape u jual? i berminat nk beli. tq
Deletesalam bella..saya pon sama mcm awk..buat majlis kawin sama dgn adik..tapi kami beza time nikah je..nikah tahun lain2..mmg saya pon ade pk mcm awk pk..risau kan..skng sya dan adik belom dpt ank lgi..dah hampir 3 tahun dah kawin..waaaaa...sye nk cuba la buah zuriat...thx.
ReplyDeletehai bella.sye pon sama mcm awk..buat majlis kawin sama dgn adik..bezanye kami nikah tahun lain2..tp sye mmg ade pk ape yang awk pk tu...kalau kawin sama2 mcm2 bole berlaku tp dah x bole nk buat apa la kan sbb dah kawin dah...skng sye ngn adik pon dua2 pon lom ade zuriat lagi..waaa....dah dekat 3 tahun kawin..sye nk cuba la buat zuriat....thx..
ReplyDeletesalam semua.... kepada yang baca artikel ni ngah usaha jangan risau.. teruskan usaha. Bella pun lum ada rezeki lagi. Tapi bella minum jap jap je. Pastu tak minum. Tak konsisten. You all semua minum la betul2x. Ada yang minum sampai 6bulan baru ada hasil. Lgpun ada artikel ni lebih 6k org yang baca. Maknanya ramai sangat yang tengah usaha. Doakan untuk semua dr bella. Sekarang bella try berurut. Kalau ok nanti bella share.
ReplyDeletefollow
ReplyDeletesalam...saya dah kawin 4thn...dan Alhamdulillah saya minum air buah zuriat ni selama sebulan dah pregnt...sebelm mnum saya amalkan doa surah al-anbiya dan saya mnum pagi dan malam....trylah..insyaallah kita berusaha...allah yang bagi...
ReplyDeleteBlh tak air ni d simpan dlm peti sejuk?
DeleteBoleh, inShaALLAH. Bella pun simpan dalam peti sejuk. Lagi sedap.
DeleteSalam..nk tnya..lps rebus dan simpan air nya dlm peti sejuk...isi tu boleh ke simpan dlm peti sejuk jgk sementara nak rebus bila stok air dah abis?
DeleteAskum bella..
ReplyDeleteSya pn sma mcm awk jgk..kwen sma ari sma taun last2 abg sya yg dpt baby dulu..skunk nie sya pn tgh nk cuba buah zuriat ngn debunga kurma..insyallah apa pn usaha tngga kejayaan..hehe
Askum bella..
ReplyDeleteSya pn sma mcm awk jgk..kwen sma ari sma taun last2 abg sya yg dpt baby dulu..skunk nie sya pn tgh nk cuba buah zuriat ngn debunga kurma..insyallah apa pn usaha tngga kejayaan..hehe
salam... sakit btul hati lau khawin sma adik atau abng time yng sma kan,, tpi x teruk pon.. aq time first lahirkan baby,.time tue jugak kucing aq lahirkan baby nya.. hehe
ReplyDeletedtg kat sini sebab makcik ada bg sebiji buah zuriat tapi x tau macam mana nak operate.. hehe thanks for sharing..
ReplyDeletesalam semua...
ReplyDeletedisini saya ingin kongsikan pegalaman bersama... setelah 6 tahun berkahwin kami dikurniakan zuriat oleh-Nya.. ikhtiar terakhir yang saya amalkan ialah buah zuriat... bulan 10 saya minum bulan 12 disahkan hamil...Amin.. dengan izin dari Allah SWT.. anak saya lahir 29/08/2012... kini dah 1 tahun 3 bulan... dan diberi nama NAWAL ATIYAH - yang bermaksud Memperolehi sesuatu/pemberian
dari segi perubatan kami berdua normal...
Buah zuriat ni diberikan oleh rakan sekerja saya. ZUZIYANA... dia tahu tentang masalah saya... buah itu katanya makcik dia yang bagi.. tapi dia tak gunakan sebab dia dah dapat anak.. hampir 3 tahun dia simpan buah tu... rezeki saya agaknya.. Allah bukakan pintu hatinya untuk berikan buah itu pada saya...
CARA MASAK :
saya kelar kulit buah lepastu rebus.. masa rebus bau manis sangat bila .. guna periuk kecik... rebus sampai setengah periuk.. pastu sebelum minum baca doa, selawat.. dan tawakal kepada NYA.. mudah mudahan menjadi...
DOA
USAHA
IKHTIAR
TAWAKAL
......
akak kelar je? tak kupas macam saya buat? pastu minum buah yang sama selama 10bulan? cara yang sama ke? rebus dua biji.. pastu suami isteri minum? saya minum 1bulan je. pastu stop. hehehe... x konsisten betul.
Deleteselain dari kirim dgn org yg pergi umrah, ada cara lain x utk dptkan buah zuriah ni? (ada jual x kat malaysia)?
ReplyDeleteSMS 0194344930
DeleteWhatsApp 01149882865
DeleteBella....nak tanya...kalau air tu kita sejukkan dalam peti ais boleh ke?
ReplyDeleteBella....Nak tanye...kalau kite letak air yg dah siap rebus tu dlm peti ais xpe ke?
ReplyDeleteKalau kita sejukkan air buah zuriat tu boleh ke
ReplyDeleteboleh je... saya pun simpan dan peti ais...
Deleteterima kasih bella tunjukkan saya cara nak makan buah zuriat ni ... same2 laa kite berusaha dan berdoa, semoga Allah swt makbulkan ...
ReplyDeleteAcik Wawa... saya tunjuk mana yang saya baca je. Kalau salah saya minta maaf. Yang buruk tu datang dari saya. Yang baik datang dari ALLAH s.w.t. Amin..
DeleteHye sis, sy pun tgh cuba minum air buah zuriat ni. Sy letak dalam water heater yg aoto tu. So everyday akan dapat air dari buah zuriat tu. My husband pun suka. Sebab blh minum suam2. Dia jugak buat teh dia guna air buah zuriat. Hihihu
ReplyDeleteSalam.. Sy pun tgh minum..
ReplyDeleteTp petua dr ustaz nie lain sikit..
Minum secawan 3 kali sehari, minum 3 hari selang 3 hari n masa period xboleh.
Contoh
3 kali sehari (pagi, tgh hari, malam)
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis, jumaat sabtu :: STOP
Minum balik
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu, khamis, jumaat :: STOP
ulang sampai period stop.. Dah habes period sambung pulak yea
Jom berusaha
Hi..sy pn masih berusaha minum air buah zuriat ni..mmg btol org ckp nk dptkn anak bukan snang...mcm tu la susahnye nk bukak buah zuriat ni..betapa ajaibnye buah dr mekah ni..marilah kte same2 usaha..hanya Allah swt je yg dpt memberi rezki anak kpd kte...amin...pd sesiapa nk dptkn buah zuriat ni ade di jual di plaza angsana johor bahru..
ReplyDeleteklu ada sebijik je boleh ke? ke mmg kn rebus 2 biji sekali gus
ReplyDeleteSalam..bella,sy ade 1biji je kwn bg dkt sy..mcm mne sy nk konsisten kn mnum dlm 3bln..? Ckup ke? Then,buah ni blh ke sy skali rebus dgn air yg bnyk?utk mnum sbln dgn buah di bhagi 3, mknenyer 3x rebus..
ReplyDeleteSalam... minta maaf sbb lmbat reply. Sebenarnya saya x pasti nak jawab apa sebb mmg ada petua kata kena rebus 2 biji., mewakili suami isteri atau laki punya tu,. Huhuhuhu.. tp tu semua usaha kita yg menentukan...ALLAH s.w.t. awak cuba dulu la. Awak rebus je sekali ambik air yg pekat. Sebb buah tu boleh direbus byk kali. Jgn rebus ngn air yg byk takut kurg khasiatnya. Harap membantu.
Deletesaya pun ada pengalaman makan buah zuriat ni
ReplyDeletekakak saya da kawin 4 thn tp blom pregnant. Alhamdulilah lepas sebln amalkan minum air buah zuriat ni, dia pregnant. saya plak da kawin setahun tapi blom pregnant. so lepas kakak da pregnant, dia bagi balance buah zuriat yg dia tak abis guna tu. so saya amalkan minum bersama suami. alhamdulilah saya pregnant lepas 2 bln.
Buah zuriat ni susah nak dapat. Tapi ramai yg jual online. satu set (2biji) ada yg jual sampai RM40-50.
tapi sapa2 yang duduk dekat KL, boleh beli kat kedai arab di batu tiga shah alam. nama kedai tu mahnaz food. kalau google, sila cari mercu citra manufacturing. kat situ ada jual buah zuriat RM10 untuk 3 biji. kalo buah tu besar 2 biji je. debunga kurma pun ada jual.
sila la cari.
Salam.. mudah2an usaha puan diberkati Allah swt.
ReplyDeleteSaya ada jual bjah zuriat muriah. Beli 10 biji rm100 percuma pos semenanjung.
Serbuk debunga kurma pon ada.
Whatsapp 0172182911 (Jehan) utk pembelian.
OPK RM1.10.
UPT RM1.00
Min 30 sticks.
Whatsapp utk borong.
Babe.. aku doakan ko diberi rezeki.. In Shaa Allah.. Doa Usaha & Tawal.. Dia dengar rintihan ko..
ReplyDeleteaku sayang ko..
Maaf bertanya..klu 2 biji direbus..agak2 tahan tak selama 44 hri???atau dlm 2 minggu dh kne tukar buah zuriat yg baru??
ReplyDeletesaya nak share info ni ya
ReplyDeleteAssalamualaikum kwn2.. Bush zuriat ni mmg sgt2 bagus. Minum buah zuriat ni slh satu ikhtiar nk dptkn zuriat. Slain ni,sntiasalah berdoa. Alhamdulillah,sy bakal jadi ibu. Sy amalkn minum air rebusan buah zuriat blm smpai 2minggu. Bt preggy di rumah,kputusan positif. Alhamdulillah..sy pun mmg dh lewat 5hri dtg period,ada tanda2 dh hamil. Payudara membengkak,bila dsentuh rse nyeri.sakit pinggang,loya2. Kwn2 yg lain,smoga kwn2 pun dkurniakn zuriat.
ReplyDeleteALLAHUAKBAR... mudah-mudahan.. sama2x kita berdoa ya kak..
DeleteSaya beli murah je..kedai mmg jual brg dari timur tgh..dua biji rm5.88 sen..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tq ats info bguna sgt. Ni hny sbg usaha. Slebihnye tawakkal. Allah maha mngetahui bule waktu sesuai. Sabar ye bella.
ReplyDeleteWww.ceritaumiabi.com
Assalamualaikum... Sy wan
ReplyDeleteTumpang nk bertanya bole? Sy be terima buah zuriat yg adik bwk pulang dr mesir td. Doakn sy dikurniakan zuriat yg taat kpd Allah swt yg sihat akalfikiran tubuh bdn. Soalan sy. Bila kite rebus 2bj buah Dan kulit kan kita bole minum utk beberapa Kali ke? Simpan dlm peti ais gitu ke? Sekali minum kena minum byk mana? Adakah buah yg dh direbus bole direbus Kali ke2? Selalunya sekali rebus 2bj kita bole minum brp Kali?
Saya masih menanti jwp.. Xde sape bole bg pencerahan ke?
DeleteMinum saja sampai abis pastu rebus kembali buah zuriat td sehingga buah zuriat tu x merubahkan air yg kita rebus tu kpd warna perang. Bila awak rebus tu tgok warna Air rebusan tu jernih je... awak tukarlah buah zuriat baru
DeleteLama X jenguk sini,
ReplyDeletebuah zuriat dh siap proses jadi kapsul pun ada,senang tk payah belah dan rebus dah.
telan je..
ia adalah 100% pati asli
serbuk halus mudah larut dalam usus
5 biji buah biasa ibarat 1 biji kapsul
hrga berpatutan dengan pemprosesannya
whatsapp 0194344930
tq, tinggal jejak, cari info utk hamil,
ReplyDeletejemput ziarah WWW.hanasihat.blogspot.com
Nak tanya,ada sape2 tahu berapa harganya kalau di mekah, kira mcm mna? Kilo o biji?
ReplyDeleteHi assalamualaikum. Sy skrg di mekah, buat haji, kalau nak kirim boleh lah whatsapp saya +60102319476 sy masih pakai no malaysia untuk whatsapp. Depan hotel sy ada jual 3 biji 10 riyal, kalau yang serbuk/capsule tu tak pasti pulak. Sy pun ada beli untuk kawan kawan :)
DeleteBerapa harga buah zuriat di mekah.. kira kilo or biji? Siapa tahu? Blh share tak?
ReplyDeleteSALAM...BRAPE HRGE BUAH ZURIAT NI..SY MINUM 1 HARI 1 CAWAN..PAS TU SOK REBUS SEMULA..BOLE KE....ARI2 SY REBUS....
ReplyDeleteAssalammualaikum semua.. saya nak kongsi pengalaman.. saya baru balik umrah.. bg kawan2 yg akan tunaikan umrah, belilah buah zuriat di bukit uhud, madinah. Murah berbanding tempat lain.. satu bungkus buah zuriat, harganya 5 riyal.. kalau tukar duit malaysia, lebih kurang rm7 la kot..sbb matawang kita jatuh.. dalam bungkus tu, bergantung pada penjual juga..sebab ada yg letak 6 biji dlm 1 bungkus..dan ada yg letak 10 biji dalam 1 bungkus.. ada juga pengalaman sy tanya peniaga di hotel madinah, brp harga buah zuriat, dia bg 5 riyal untuk 3 biji.. dan kalau saya tanyakan penjual di makkah lg mahal, harganya lebih kurang 10 riyal untuk 3 biji kalau tak silap.. Buah ni asalnya jauh, cas tambang kapalterbang lg..jd kalau kat malaysia harganya mmg mahal sikit... itulah pengalaman sy yg sy nak kongsikan..semoga bermanfaat..
ReplyDeleteAsSalam.. sy nak tanya,kalau sudah pregnant boleh lagi ke minum air rebusan zuriat tu untuk tenaga badan ?
ReplyDeleteBella dh ADA rezeki anak Ke lepas minum buah zuriat?
ReplyDeleteAssalamualaikum, buah zuriat ni blh minum ke masa period?
ReplyDeleteTime period stop dlu .pas hbis smbung balik
ReplyDeleteTime period stop dlu .pas hbis smbung balik
ReplyDeletesalam.nak tnya.untuk minum serbuk buah zuriat ni mesti lpas datang bulan ke? klau period x teratur, x dtg period (p x pregnant)boleh x minum?tq
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.