30 April
HOSPITAL TERBAIK UNTUK BERSALIN KALI PERTAMA
30 AprilBila tahu kita ini sedang mengandung memang seronok. Gembiralah nak dapat rasa anak menendang - nendang dalam perut. Terasa sanagt bahagia ...
Bila tahu kita ini sedang mengandung memang seronok. Gembiralah nak dapat rasa anak menendang - nendang dalam perut. Terasa sanagt bahagia bila dapat cium bau bayi baru lahir. Tapi bila mengenangkan saat nak melahirkan Allahuakbar rasa nak pitam. Bella tanya dengan adik, sebab dia dah beranak 4 orang. Sakit bersalin tu macam mana? Adik kata sakit bersalin ni, hanya ko dengan Allah s.w.t je tahu macam mana rasa sakitnya. Bella ni lagilah anak pertama selepas 8 tahun pula tu. Tambah risau umur pun dah meningkat. Bukan muda belia lagi. Jadi HOSPITAL UNTUK BERSALIN KALI PERTAMA teramatlah penting. Doktor yang menyambut tu bagi Bella penting dan suami 24jam kena ada dengan Bella. Itu pun penting. Sebab Bella tak kuat. HB ada rasa kuatlah sikit.
Mula - mula kami sepakat untuk bersalin di Putra Medical Center Sungai Buloh sebab dekat dengan office HB dan dengan rumah kami pun tak seberapa jauh. Buat check up pun dekat sini jelah. Tapi duit memang laju macam air lah. Disebabkan pengalaman buruk sebelum ini, Putra Medical Center terkeluar dari senarai. Bella kan pernah mengandung luar rahim dan Putra Medical Center tak dapat detect pun padahal check up dekat situ. Sampai pecah! dan terus buat pembedahan kecemasan di Hospital Sungai Buloh. HB kata mungkin dorang ada rekod Bella semua, better kita bersalin dan pilih saja hospital Sungai Buloh.
Bella macam ok, pengalaman sebelum ini pun takdalah teruk sangat. Ada nurse yang baik, ada yang garang sikit. Tapi Alhamdullilah. Takdalah yang kurang ajar dengan Bella. Biasalah, penat tu kerja dengan perangai manusia. Cuma pengalaman Bella dibawa dari bilik ruangan hospital ke bilik pembedahan dan kecemasan tu Bella tak seberapa nak suka. Bayangkan dari bilik bawah lagi Bella dah kena buka baju semua. Setiap tingkat Bella dipasangkan wayar dan setiap tingkat juga Bella dikerumuni dengan doktor - doktor pelatih dan ada diantaranya doktor pelatih lelaki! Arrrggghhh. Malu. Walaupun Bella dah dibius tapi rasa malu Bella tetap menebal. Maluuuu sangattt! Doktor yang bedah Bella pun doktor lelaki. Itu takpe. Itu dah kecemasan. Nyawa Bella masa tu pun dah 50.50 tak boleh la nak fikir banyak. Doktor yang takda kena mengena yang datang tengok - tengok tu, tu yang Bella tak suka tu.
Alhamdullilah pembedahan membuang kandungan luar rahim berjaya dan Alhamdullilah sekali lagi Bella dapat bilik 2 orang. Tapi katil sebelah Bella kosong. Yang tak bestnya bilik air sebelah katil Bella. Pesakit dari wad luar datang masuk guna tandas dekat tepi katil. Gedegang gedegung buka tutup pintu. Bising. Tapi itu bukan masalah sangat la.Kalau difikirkan bagus juga untuk Bella, takdalah Bella jalan jauh nak pergi tandas.
Berdasarkan pengalaman menginap di Hospital Sungai Buloh satu malam Bella rasa okey lah. Tapi Bella nak doktor perempuan dan Bella tak nak diganggu dengan doktor pelatih sama ada doktor lelaki ataupun perempuan. Itu penting. Lepas kejadian doktor - doktor pelatih datang tengok - tengok tu, lepas pembedahan pula doktor - doktor pelatih perempuan pula datang tanya banyak soalan. Masalahnya tanya tu Bella ok je nak jawab. Tapi kalau soalan berkaitan dengan anak kan sensitif. Bella rasa kalau ward lain oklah kot doktor pelatih ni nak bersoal jawab. Ini ward bersalin yang baru lepas hilang anak ni kena tanya dengan soalan - soalan yang sangat sensitif. Boleh meroyan kot. Tak nak Bella kena kacau lagi lepas ni. Kebetulan program FPP (full Payment Package) diperkenalkan. Memang tak fikir panjanglah.
Alhamdulilah. Anak Bella dalam perut 3bulan Bella terus book nak doktor perempuan punya pasal. Doktor perempuan melayu ada seorang je dalam senarai. Bila Bella whatsapp kena marah dengan nurse yang handle sebab awal sangat book. Hahaha. Mana Bella tahu. Rupanya kena book bila kandungan berusia 7bulan. Korang kalau nak ambil FPP juga senang je. Korang buka website hospital yang ada program FPP ni, nanti akan diletakkan sama ada no.tel ataupun email untuk korang booking.
Macam dalam laman website Hospital Sungai Buloh memang ada No.whatsaap untuk memudahkan kita booking doktor. Booking saja tau. Korang nak tanya banyak memang nurse tak jawablah. Bella maklumat yang Bella nak tahu semua Bella Google sendiri. Dah puas hati dan faham baru Bella booking. FPP ini penting untuk Bella sebab nakkan HB temankan Bella tidur dekat hospital. Jaga anak lepas lahir. Memang pilihan yang sangat tepat sebab lepas bersalin saja Bella pengsan satu hari. Bangun nangis dan muntah. Meyusukan Afham pun mampu bagi kejap je pastu tertidur.
Jadi, terpulanglah dekat korang. Kawan Bella kata bayar mahal ke, murah ke, rasa sakit bersalin tu sama je. Kalau bayar sakit bersalin tu hilang baru aku nak bayar. Tapi bagi Bella pula, 100% pilihan Bella ini sangat tepat. Biarlah bayar sikit. Kepakaran doktor, keselamatan anak Bella dan Bella lagi penting dan berharga dari semua itu. Anak pertama wei, pengalaman takda. Lepas ni Bella detailkanlah bayaran dan apa beza FPP dengan bersalin biasa. Semoga bermanfaat.
Alhamdulilah. Anak Bella dalam perut 3bulan Bella terus book nak doktor perempuan punya pasal. Doktor perempuan melayu ada seorang je dalam senarai. Bila Bella whatsapp kena marah dengan nurse yang handle sebab awal sangat book.
Jadi, terpulanglah dekat korang. Kawan Bella kata bayar mahal ke, murah ke, rasa sakit bersalin tu sama je. Kalau bayar sakit bersalin tu hilang baru aku nak bayar. Tapi bagi Bella pula, 100% pilihan Bella ini sangat tepat. Biarlah bayar sikit. Kepakaran doktor, keselamatan anak Bella dan Bella lagi penting dan berharga dari semua itu. Anak pertama wei, pengalaman takda. Lepas ni Bella detailkanlah bayaran dan apa beza FPP dengan bersalin biasa. Semoga bermanfaat.