Enter your keyword

Tuesday

IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING

By On 26 December
Bella memang dah  lama nak cuba dan IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING. Akhirnya sampai juga susu ini ke tangan Bella.Seronoknya!! Bella baru dapat satu kotak besar kejutan dari Lazz Susu Kambing.  Siapa tak pernah dengar pasal Lazz susu kambing ni? Bella kenal susu kambing saja. Tapi jenama susu kambing memang tak pernah ambil tahu. Bila ada kawan yang tunjukkan yang susu kambing ada berbagai jenama, barulah Bella tahu yang ada jenama Lazz ini. Kenapa Lazz susu kambing? bukan jenama lain? Marilah Bella kongsikan kenapa, mengapa dan sebab - sebabnya. 

tips cepat hamil


Bella dah "unbox" kotak ini bersama - sama dengan kawan - kawan instagram Bella. Ada yang PM nak tahu susu kambing ni rasa apa? Bella pilih susu yang mana satu?. Jadi di blog ini Bella nak tunjuk dan ceritakan dengan lebih terperinci. Mungkin yang terlepas tengok video tu, baca dekat sini sampai abis tau. Lagi - lagi buat yang nak ikhtiar hamil. Sama - samalah kita IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING. InshaALLAH. Mana tahu kan? kali ini berhasil. Usaha, ikhtiar lepas tu kita tawakal. Tawakal tanpa usaha tu, sikap orang putus asa tu.

SET SEJOLI- IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING


lazz susu kambing

Bagi yang tertanya - tanya set mana yang Bella pilih, inilah dia. Set Sejoli nama diberi. Set ini amat sesuai untuk pasangan macam Bella. Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.Gambar tak jelas? Memang sengaja dipudarkan, nanti Bella tunjukkan satu persatu. Bagi excited sikitlah kan? Mesti ramai yang dah cuba berbagai cara termasuklah minum susu kambing asli sebelum ni kan? Ada yang rajin sangat, blend susu kambing dengan kurma. Set ini, sangat lengkap dan sangat "KENA" dengan petua yang diamalkan oleh ramai pasangan yang akhirnya dikurniakan zuriat. Bagi yang banyak masa memang ok sangat. Bagi yang terlalu sibuk, macam Bella ni? Macam mana nak buat? Keluar pagi balik malam. Sampai kadang - kala nak bancuh 3 in 1 pun takda masa. Lagi nak blend bagai. Lazz Susu Kambing memudahkan kita, tapi memberikan kesan dan khasiat yang sama. Alhamdullilah. Mudah.

LAZZ CAFE - IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING


lazz cafe susu kambing


LAZZ CAFE dalam kotak besar sebenarnya kalau korang Beli. Tapi, bila buka kotak ia dalam paket - paket kecil ni jugalah sebenarnya. Bagi yang nak cuba IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING, Lazz cafe ini amat sesuai bagi abang kita minum. Bella dengan teruja pun minum sekali. Bila dengar saja dan ada perkataan kopi dalam bahan - bahan Bella dah mengigil badan nak cuba. Cara bancuh pun senang. Air panas satu cawan, tuang dan siap. Terus hirup. Slurrrppp!!! Apa hal sedap sangat ni!! Sebelum ini, Bella memang dengar ada yang kata Lazz cafe ini rasanya sedap. Tapi Bella tak percaya. Dalam hati, "iyalah tu." Bila Bella minum sendiri, terus rasa nak minta maaf dengan orang tu sebab syak dia menipu. Sebab memang betul - betul sedap! 

lazz susu kambing

Lazz Cafe ini, bukannya sedap saja. Ia amat penting untuk kita dalam usaha untuk hamil. Antara khasiatnya :-


  • Suami Gagah secara semulajadi Saja. Kerana Lazzcafe membantu melancarkan aliran darah, dan memberi tenaga. Bila Bella yang minum, terus cari mana suami kita pergi ni? kah2x.
  • Lazzcafe juga dapat membantu meningkatkan kesuburan dan kualiti sperma. Jadi tak salah pun,  sama ada lelaki atau perempuan yang minum.
  • Coffee ini sangat Mild. Jadi ia sesuai untuk wanita yang hamil, berpantang & menyusukan. Rasa dia tak kuat sangat dan takdalah cair sangat sampai tak terasa kopi. Ia sangat seimbang dengan semua rasa yang tekak Bella perlukan. Sedap.
  • Satu-satunya Coffee yang mampu hilangkan Simptom ketagihan Caffeine seperti Migrain, Gastrik, dan Angin berlebihan dalam tubuh. Terbaik. Bella dan HB memang lemah tak dapat kopi. Lepas ni, memang ketagih nak minum Lazzcafe jelah nampaknya.
  • Biji Kopi Asli Kampung yang dipanggang tanpa minyak. Wanita berpantang minum, bantu hindar ‘Water Retention’ atau kegemukan Air.
  • Lazzcafe mengandungi Antioksidan yang membantu mencegah Jeragat ! dan baik untuk fungsi sistem tubuh.
Banyak kan kebaikannya. Tak rugi pun cuba. Sedap dalam masa yang sama, memberi dan meninggalkan kesan baik untuk tubuh badan kita. 

LAZZ KURMA - IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING

tips cepat hamil

Buat pengetahuan korang, ayah Bella seorang yang jarang bercakap. Biasalah ayah kan. Jarang sangat nak ambil kisah pasal anak - anak dia sebab sebulat nya serahkan pada emak Bella. Maknanya hanya hal penting saja dia akan bercakap dan bertanya. Percaya tak? Ayah Bella pernah bagi Bella sebungkus kecil susu kambing suruh Bella minum dengan kurma. Dia bagi suruh minum je, tanpa cakap apa - apa. Tersentuh! Maknanya khasiat susu kambing dicampur dengan kurma untuk hamil, bukan saja tersebar luas di Internet. Ayah - ayah dan mak - mak dikampung pun tahu. 

susu kambing sedap

Bila susu tu ayah yang bagi, Bella pun semangat nak minum. Bella pula tak pernah minum langsung susu kambing. Bila teguk tu, YA ALLAH!!. Rasa macam minum dekat sebelah kambing. Hamis. Nasib ayah yang bagi. Kalau Bella beli sendiri memang dah lama Bella campak. Minum sambil tutup hidung. Itulah kali terakhir Bella minum susu kambing. Tak mampu Bella nak minum lagi. Tu pun Bella tak boleh hadap kan? Baru sikit je. Bila Bella cerita dekat kawan - kawan, semua kata tahanlah sikit, memang rasanya macam tu. Mesti dorang semua tak tahu ada susu kambing yang sedap dari Lazz ni. Bella pun lambat dapat tahu. Korang yang tahu awal ni untunglah. Silalah amalkan. Sebabnya :-


  • Memelihara Kesihatan Rahim Wanita dengan mengeluarkan keputihan dan sisa period yang tertinggal.
  • Melancarkan Period dan mengurangkan rasa senggugut.
  • Asid Folik Semulajadi Membantu Menguatkan Rahim, sesuai diamalkan oleh wanita yang pernah alami keguguran pada kehamilan yang lepas, Atau Period Regular tapi masih belum pernah hamil.
  • Menjadi Diet Sempurna untuk Wanita yang hadapi masalah berkaitan Rahim seperti PCOS, Endometriosis, Cyst & Fibroid.
  • Baik Untuk KESUBURAN SUAMI ISTERI
  • Sesuai Juga untuk Semua Peringkat umur dari – Bayi tamat Susu Ibu – Kanak2 – Pelajar – Wanita- Lelaki – Warga Emas.

LAZZ ASLI - IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING

lazz susu kambing

Matlamat Lazz Susu Kambing ini adalah untuk memberi semangat kepada pasangan yang ikhtiar hamil dengan menyediakan makanan yang sihat tanpa rasa tertekan dengan rasa kambing yang hamis. Jadi, Lazz telah mempelbagaikan rasa susu kambing ini. Bagusnya! Paling penting korang amalkan secara konsisten. Lazz kurma adalah daripada Lazz asli yang telah digabungkan dengan kurma. Jadi, kebaikan Lazz asli memang ada dalam Lazz kurma. Cuma, Lazz asli tanpa apa - apa tambahan dan langsung tidak dicampurkan dengan gula. Bagi yang ada masalah seperti pcos, cyst, fibroid atau masalah period yang tidak teratur. Disarankan mengamalkan Lazz Susu Kambing Asli dan selepas itu baru minum Lazz Kurma.

hamil dengan lazz susu kambing

Lazz asli ini sesuai untuk diminum oleh semua, sama ada lelaki, perempuan dan juga kanak - kanak. Bagi yang tak boleh minum Lazz kurma, bolehlah cuba Lazz susu kambing asli dan campurkan kedalam minuman kegemaran korang. Apa yang korang perlu tahu mengenai Lazz Susu Kambing ini, ia bukan saja sesuai untuk ikhtiar mendapatkan zuriat tetapi juga baik untuk kanak - kanak, ibu hamil, ibu yang sedang berpantang & menyusu dan juga orang tua.

 SOALAN BELLA SEMASA IKHTIAR HAMIL DENGAN LAZZ SUSU KAMBING

ikhtiar zuriat dengan lazz susu kambing

Berbagai persoalan timbul dalam kepala Bella sebelum mengamalkan susu kambing ini. Iyalah kan, mestilah nak buat dan cuba betul - betul. Mestilah kena yakinkan diri sendiri untuk percaya pada produk ini. Mesti persoalan yang sama juga muncul dalam fikiran korang. Jadi sini Bella kongsi yer.



Macam mana Lazz Kurma Susu Kambing ini boleh membantu pasangan yang ikhtiar hamil?

Ia membantu dalam memberi kesuburan. Kira - kira 4% daripada sebiji kurma ialah folic acid dan susu kambing pula kaya dengan vitamin C. Korang pun tahu yang susu kambing panas kan? Jadi bila kita minum, perjalanan darah kita akan lebih lancar.   

                                            

Ada pasangan yang sudah berjaya ke? 

Lazz susu kambing telah bertapak sejak tahun 2015 lagi. Sejak mula sehingga ke hari ini, sebanyak 120 pasangan telah berjaya hamil.


Cara nak minum Lazz Kurma Susu Kambing ini macam mana? 

Ia mesti diminum suam atau sejuk sahaja. Bagi pasangan yang ihktiar hamil, 1mug bersamaan 4 scoop. Boleh minum pagi dan malam. Jika makan makanan berat, malam tak perlu minum. 


Boleh ke minum lebih dan bila - bila masa dan banyak kali? 

Boleh, cuma jangan diminum selepas makan makanan berat macam nasi, mee, bihun, spagetti. Boleh diambil dengan Oat, roti atau makanan yang ringan - ringan saja. Jika kena gayanya, berat badan pun boleh turun.


Masa datang bulan boleh minum tak? 

Boleh, sebab ia menlancarkan perjalanan darah dan mengurangkan senggugut.



MAKLUMAT LANJUT :-

FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
TELEFON :- 013 - 3083354

Cabaran DIET Hari Ke -19

By On 26 December
Masih dalam mood diet. Bella diet kalori, Jadi kebanyakkan makanan Bella boleh makan selamber. Mungkin bagi korang yang beratnya melebihi 70kg, Diet kalori ini macam tak berapa nak jalan kalau semua benda korang boleh makan kan? Jadi, Bella nak kongsikan satu resepi. Resepi ini memang dan popular dikalangan mereka yang berdiet. Sebab ia sedap dan mudah. BONUS!!

RESEPI LEMPENG OAT PISANG

resepi diet


resepi oat

resepi sihat

resepi lempeng oat

Apa yang korang perlukan, hanyalah empat bahan seperti diatas. Bella takdalah sukatan sebab Bella main agak saja. Korang hanya perlukan pisang yang dah masak, oat, telur sebiji dan sedikit susu. 

lempeng sedap

resepi diet sedap


Cara - caranya, korang Blend semua bahan - bahan dan masak diatas apa kecil. Bella punya, masa mula - mula buat jadi, masa nak terbalikkan lempeng ni, hancur!!! 🎶♫Macam hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping - keping.🎶♫ Adui. Ada yang kata kena tambah 2 sudu tepung. Tapi sebab nak makan sendiri kan, hancur - hnacur pun licin juga. 

CABARAN DIET HARI KE -19 BELLA HARI INI, 

SARAPAN PAGI

➜ Coklat Cheese Cake 120gram - 432 Kalori


MAKAN TENGAH HARI

➜ Nasi Putih Homemade 2 senduk 150gram  - 166 kalori
➜ Ayam goreng kunyit 100gram - 170 kalori

MAKAN MALAM

➜ Apple merah kecil 80gram - 93 kalori
➜ Jagung rebus 300 gram - 390 kalori


Kalori lebih -52 kalori. Sedih. Selamat mencuba resepi sedap diatas. 

Monday

PORT DICKSON RESORT TERBAIK - ANCASA PD

By On 25 December
Bella dijemput untuk bersama - sama memeriahkan lagi Program Cuti Sekolah Di Ancsa PD.  ANCASA JUNIOR CHEF  Mula - mula Bella macam berat hati nak pergi. Jauh. Nampak macam senang. Tapi sebenarnya, dalam perjalanan tu, macam - macam kena korbankan. Korbankan masa, tenaga, tol, minyak, telinga, kesabaran dan ketakutan bila HB pecut macam bawa Ferrari. Jadi sebelum menerima pelawaan ini, Bella kena fikir dari berbagai sudut. Bella terus tanya kawan - kawan Bella yang pernah lepak Ancasa    PD ni. Sebab program dalam Ancasa PD kan, takkan nak cari penginapan tempat lain? Semua memberi komen positif dan sudah datang banyak kali. Mesti ok sangat tu. Jadi, Bella ambil keputusan nak kongsikan dengan korang. Penginapan Bella di Port Dickson ni. Mana tahu, ada yang sedang mencari PORT DICKSON RESORT TERBAIK - ANCASA PD

ancasa residence

RUANG TAMU YANG LUAS DAN SELESA

Program abis dalam petang macam tu, jadi Bella terus masuk bilik. Jadi Bella kongsikan dulu mengenai bilik sebelum Bella ceritakan tentang keseluruhan Resort ni. Kalau terus balik KL, alamat mengamuklah drive Ferrari tu. Bella selalunya akan menempah bilik hotel. Memang jarang sangat tempah apartment sebab kami berdua. Jadi, bila dapat tahu yang disini hanya ada apartment, kecut perut Bella. Duduk bilik besar tapi berdua. Seram kan? Bila tolak saja pintu, WOW! cantik.

ANCASA PD


ANCASA PD

Ia berkonsepkan tradisional. Tengoklah kerusi kayu, rak TV dan bingkai cermin yang digunakan. Semuanya ada nilai seni tersendiri. HB terus duduk melepaskan lelah. Ringkas tapi menarik.

penginapan keluarga terbaik di PD







RUANGAN DAPUR BERSIH DAN LENGKAP 

Terus Bella menuju ke ruangan dapur. Macam rumah! Siap ada peti ais lagi. Tapi, Bella lupa nak buka laci kabinet tengok ada gas ke tak, Sebab Bella bukan nak masak pun. Siap disediakan sabun comel untuk mencuci lagi. Kalau ada anak kecil memang selesa dan senang. Cerek elektrik tersedia. Lebih kurang hotel pengayaan Resort ini. 







BILIK TIDUR YANG SEMPURNA

Tempat paling tak sabar nak masuk! Bilik tidur. HB sebenarnya dah lama nak baring. Bella tak bagi. "hei, buruklah nanti gambar kitew" Sebelum baring bagi kamera rasmikan dulu. Terus Bella pegang tilam. Menghempaskan badan. Eh! tilam dekat sini keraslah. Tak empuk. Bella bagitahu HB siap - siap. Takut dia beria melompat ke. HB kata, tilam keras macam tu lagi bagus. Kita tidur, tulang belakang kita tak melengkung. Owh, ok. Bilik ni dilengkapkan dengan penyaman udara. Ada balkoni. Buka langsir, nampak apartment sebelah. Nice view bagi kaum adam nak cuci mata. Kalau nampaklah. Plug ada disisi katil. Terbaik. 



Bilik tidur ini dilengkapi dengan bilik air.  Tandas yang bagi Bella agak kecil. Mungkin kalau ia dibina di luar bilik tidur, mesti boleh jadi lebih luas. Takpe. Bilik air masuk beberapa minit saja. Janji bersih ok lah kan?



Pada pandangan Bella keseluruhannya :-

  • Apartment ini cukup luas boleh bawa anak - anak tapi kena bawa toto siap - siap. Mak & Ayah saja boleh dalam bilik. 
  • Paling terbaik!! Lantai apartment ini sangat bersih. Langsung tidak melekit sedangkan ia berdekatan dengan laut dan kolam renang.
  • Kelengkapan bagaikan duduk di rumah sendiri.
  • Selesa walaupun ia bukanlah hotel. Tapi memang selesa. Nak bangun pun malas. 
  • Berpatutan dengan harganya.

HUBUNGI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Maklumat yang lebih lanjut, korang boleh hubungi AnCasa Residences Port Dickson di:

WEBSITE ANCASA HOTEL :- www.ancasahotels.com
ALAMAT :- 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang. Negeri Sembilan, Port Dickson, 71050 Malaysia.
TELEFON NO :- 06 - 6627288

Friday

Cabaran DIET KE-18

By On 22 December

diet kalori


SARAPAN PAGI

↪ Carrot Cake With Walnut 50gram - 200 kalori


MAKAN TENGAH HARI

↪ Red Apple 320gram - 372 Kalori

MAKAN MALAM

↪ Nasi putih 10gram - 10 Kalori
↪ Red Combo Chicken Kyochon 4pcs Wings - 272 Kalori
↪ Soy Sauce Chicken Drumsticks Kyochon 4pcs - 415 Kalori


Laki dah balik. Selera makan mencanak naik. Hari ni lebih makan -68 Kalori. Adeh... Padahal, masa laki dekat kg, selera makan hilang tau. Dibawa pergi. Aceh.. Meraikan HB balik dari kampung, kita makan best sikitla. Korang jangan ikut macam Bella tau. Kena ISTIQAMAH.

Semoga berjaya.

Sunday

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - ANCASA JUNIOR CHEF

By On 10 December
CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah telah bermula! Bella sudah tentulah seronok. Bukan sebab Bella masih dibangku persekolahan, tapi jalan raya pagi - pagi sangat lengang. Kurangnya kesesakkan lalu lintas. Bila cuti sekolah bermula, bangun lewat sikit pun tidak jadi masalah besar. Masih boleh menarik nafas lega sebab Bella pasti perjalanan memang lebih mudah dari hari biasa. Tapi, bagi ibu bapa yang ramai anak masih bersekolah, mesti merungut sakit kepala dan lebih menyukai hari persekolahan. Pening rumah sentiasa bersepah walaupun dah kemas banyak kali kan? Anak - anak bergaduh dan ada juga yang sakit kepala memikirkan dan menyusun aktiviti - aktiviti buat anak - anak supaya sentiasa terisi dengan perkara yang berfaedah. Bella berkesempatan mengikuti aktivti bersama dengan Ancasa Residences Port Dickson. AKTIVITI CUTI SEKOLAH ANCASA JUNIOR CHEF.

aktiviti cuti sekolah

ANCASA JUNIOR CHEF 

ANCASA JUNIOR CHEF adalah program yang sentiasa ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak yang telah mengikuti program ini sebelum ini, kerana ia adalah program yang dijalankan tiap - tiap tahun semasa musim cuti persekolahan di Ancasa Residences Port Dickson. Acara tahunan ini, korang hanya boleh sertai sama ada di Ancasa Resident Port Dickson ataupun Ancasa Royale Pekan Pahang. Tapi tarikhnya berbeza - beza. Mesti korang tertanya - tanya kan? Program apa ni? Tak pernah dengar pun. Seronok ke? Jangan risau. Bella sudah sedia dengan semua jawapan yang korang nak tahu. Janji korang baca sampai abis je. 

aktiviti menarik di port dickson

PENDEDAHAN  MEMASAK DIDALAM USIA YANG MUDA

Bagi ibu bapa yang tertanya - tanya mengenai objektif dan tujuan program ini, ia adalah satu program khas buat kanak - kanak untuk memberi pendedahan awal mengenai masakan. Ia bukanlah pertandingan memasak. Siapa masak paling sedap, atau siapa masak paling cepat akan dapat hadiah. Ia juga bukanlah kelas masakan untuk mengajar anak - anak kita cara - cara memasak. Ia hanyalah memperkenalkan kepada anak - anak kita memasak itu apa. Unik sangat kan? Bella pun teruja. Sangat menarik. Ia seolah - olah main masak - masak, tapi "in real". Kalau anak - anak korang suka sangat main masak - masak guna dapur dan makanan plastik atau tanah liat tu, memang sesuai sangatlah bawa dorang kesini. 

aktiviti cuti sekolah

MEMUPUK MINAT DALAM DUNIA MASAKAN

Seronok Bella tengok bila anak - anak comel ini teruja setiap kali diberi peluang memasak makanan mereka sendiri. Ada yang terlalu seronok sehingga masak sambil menari. Sebab pihak resort memasang lagu baby shark sepanjang mereka sedang memasak. Ada juga yang terlalu fokus dan serius semasa memasak. Mungkin takut memegang alatan memasak buat pertama kali, atau risau apa yang mereka masak tidak menjadi. Paling penting semuanya kelihatan sangat teruja setiap kali diberikan arahan untuk mula memasak. Korang pun mesti nak tengok kretiviti anak - anak korang kan? Inilah masanya.

ANCASA JUNIOR CHEF

PENYERTAAN PENUH SETIAP TAHUN

Pada kali ini, Program Ancasa Junior Chef yang diadakan di Ancasa Residences Port Dickson ini, telah disertai seramai 40 orang kanak - kanak. Ia terbuka hanya untuk kanak - kanak yang berumur 8-12 tahun sahaja. Penyertaan memang mengalakkan terutama daripada penduduk setempat dan juga anak - anak yang telah menyertainya pada tahun lepas. Lepas ini daftarkan pula anak korang ok. Mak bapa juga boleh datang temankan anak masing - masing. Tengoklah kretiviti anak masing - masing kan. Mana tahu, rupanya mereka ada bakat terpendam. Bakal chef terkenal rupanya.

aktiviti kanak - kanak

TEMA MAKANAN SIHAT SEIMBANG

Tema Ancasa Junior Chef bagi tahun ini adalah makanan sihat seimbang. Jadi Chef Ancasa Residences telah memilih 3 menu yang ringkas dan sihat untuk chef - chef cilik ini masak. Menu pertama adalah Mixed Fruit Salad With Mayonnaise. Ia bagaikan menu perkenalan buat chef - chef cilik ini. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka hanyalah memotong buah - buahan ini ke bahagian yang lebih kecil dan gaulkan dengan mayonnaise. Nampak segar dan lazat. 

aktiviti menarik cuti sekolah

Menu kedua, pada Bella ia lebih kelihatan berat sikit sebab chef - chef cilik ini kena memasak diatas api. Chicken Schnitzel With Orange Segment Butter Sauce. Namanya pun panjang berbelit lidah nak sebut. Apa yang chef - chef cilik ini perlu belajar dan buat sendiri adalah :-
  • Mengaulkan tepung, telur dan panko didalam mangkuk pertama.
  • Mengaulkan ayam dengan lada hitam dan garam.
  • Mengaulkan tepung dengan ayam dan breadcrumbs.
  • Mencairkan mentega didalam kuali.
  • Masak ayam menggunakan mentega yang telah dicairkan selama 3 minit.
  • Siap dan hiaskan. 
Fuh!! memang hebat. Semua chef - chef cilik ini berjaya melakukan tugasan. Semuanya menjadi dan nampak sedap. Bella tengok pun telan air liur.



aktiviti menarik cuti sekolah

Menu ketiga lebih kepada melihat kretiviti anak - anak masing - masing. Mexican Bun Decoration. Bila tengok pada menu, Fuh! chef - chef cilik ini kena baking ke? Serious la. Bella pun tak pandai buat roti. Rupanya tugasan ketiga ini, hanyalah menghiaskan roti. Anak - anak diberikan whipped cream, choclate rice, marshmallow dan chocolate stick untuk mencantikkan roti masing - masing. Memang sangat kretif. Berbagai bentuk  gubdahan dan corak dapat dilihat.


ASPEK KESELAMATAN 

Bila dilihat menu - menu yang anak - anak ini perlu sediakan, mesti ibu bapa menjadi risau tentang aspek keselamatan anak - anak ini kan? Kena pegang benda tajam macam pisau dan benda panas. Jangan risau, pihak Ancasa Residences Port Dickson telah cukup bersedia dengan menyediakan pembantu disetiap meja, termasuk seorang chef hemsem di setiap meja chef cilik ini. Fuh! tengok chef - chef kacak ni dik, akak pun tetiba ringan tangan nak masak sama. Hahaha.


Segala peralatan dan kelengkapan dipastikan selamat. Kalau anak - anak ni dilihat kekok ataupun sukar hendak memegang peralatan yang lebih besar dari mereka, Chef yang akan buatkan. Hanya kerja - kerja ringan dan chef yakin untuk mereka buat sendiri, barulah chef lepaskan. Jadi ibu - bapa, jangan risau. Biarkanlah anak - anak korang menyelami dunia masakan ini ye.


aktiviti melukis batik

MELUKIS BATIK

Acara yang terakhir adalah melukis batik. Bella pun berkesempatan melukis batik. Teringin juga. Seronok juga rupanya melukis batik ni. Memerlukan ketelitiaan kita dalam pemilhan warna. Bella rasa macam eh, nak guna warna apa ni? Macam mana nak letakkan warna dengan kemas ni? Tapi, anak - anak yang lain, semua dah siap. Berbagai campuran warna dan sangat - sangat kretif. Power dik, akak pun tak terfikir nak warna macam tu.

aktiviti menarik cuti sekolah

Tengoklah lukisan anak - anak ni. Cantik kan? Sangat kretif. Siapa kata bintik pada badan zirafah  mesti berwarna orange? Tidak semestinya penyu berwarna hijau lumut!. Inilah namanya seni. Bella pula, sibuk campurankan warna untuk dapatkan warna hijau lumut. Padahnya, budak - budak lain semua dah berlari - lari, Bella sibuk lagi mewarna.  Adus.


aktiviti menarik semasa cuti sekolah

YURAN PENYERTAAN

Mesti ada yang tak sabar - sabar nak daftarkan anak - anak korang untuk aktiviti tahun hadapan kan? Bagi setiap penyertaan, yuran pendaftaran sebanyak Rm70.00 sahaja dikenakan. Bagi Bella sangat berbaloi. Sebab dengan hanya Rm70.00 mereka akan dapat :-

  • Setiap penyertaan akan diberikan apron dan topi chef yang direka khas untuk Ancasa Junior Chef ini. Nanti masa nak ajar anak - anak masak, bolehlah suruh mereka pakai. Berbolai kan? Apron ini boleh dipakai berulang kali. 
  • Ramai tenaga pengajar dan petugas yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan anak - anak dan berbagai aktiviti yang menarik anak - anak untuk turut sama serta dalam semua aktiviti. Setiap pergerakkan anak - anak akan dipantau dan akan dipastikan anak - anak berseronok dalam aktiviti ini.  Mereka juga boleh bergaul dengan rakan - rakan yang baru. 





  • Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. Ala - ala macam graduation. Seronok anak - anak ini bila naik ke pentas dan diberi penghargaan macam ni. Bolehlah simpan sebagai kenangan juga.



  • Chef - chef cilik ini dirai dengan majlis memotong kek tanda tamat majlis. Berebut - rebut mereka hendak memang pisau untuk potong kek. Masa potong kek ini pun, belon dijatuhkan. Majlis ini hanya untuk anak - anak kita sebab mereka berjaya menjayakan progam ini dengan jayanya. Semua dengar cakap.  


aktiviti menarik cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah


  • Kesemua barang yang anak - anak kita masak memang disediakan. Termasuklah alatan melukis batik. Bukan itu saja, apa yang anak - anak ini masak, mereka boleh terus makan, atau bungkus bawa balik. Bella rasa, kos barang - barang ini pun dah lebih RM70 Memang sangat berbaloilah.


chef cilik, chef kanak - kanak,

ancasa residences port dickson

penginapan menarik di port dickson

  • Makanan tengah hari disediakan buat semua peserta.Buffet di Coffee House lagi. 
Berbaloi sangat kan? Ini semua anak - anak akan dapat dengan hanya RM70 Bella rasa program ini macam percuma saja dengan pulangan yang anak - anak kita dapat. Itu tidak dikira dengan keriangan, pelajaran yang mereka dapat, senyuman di wajah mereka, kesungguhan dan kretiviti yang mereka tunjukkan. Itu semua tak ternilai kan? Pandangan Bella sendiri, program Ancasa Junior Chef ini memang amat menarik. Bella pun tak pernah tengok program yang macam ini dimana - mana. Ilmu dan keseronokkan buat anak - anak dalam masa yang sama.



HUBUNGI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON


Maklumat yang lebih lanjut, korang boleh hubungi AnCasa Residences Port Dickson di:

WEBSITE ANCASA HOTEL :- www.ancasahotels.com
ALAMAT :- 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang. Negeri Sembilan, Port Dickson, 71050 Malaysia.
TELEFON NO :- 09-4246600


Semoga Bermanfaat :)

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian