Enter your keyword

Monday

Shopping Raya Berpahala

By On 25 June
Assalamualaikum... Semoga anda semua dilindungi dan dirahmati ALLAH s.w.t hendaknya.

Haaa nampak, post yang baik, dimulai dengan ayat yang baik dan indah - indah saja. Hari ni Bella nak kongsikan macam mana dengan bershopping korang still dapat pahala. Haaa?? Tak nak pahala? Nauzubillah, pahala tu ganjaran dari ALLAH s.w.t kepada kita hambanya. Saham akhirat tu. Betapa sayangnya ALLAH s.w.t kat kita. Bayangkan kita niat saja nak buat baik pun dah dapat pahala. Jadi sila la niat dalam hati benda yang baik - baik sahaja. Korang nak tau macam mana nak buat pahala dengan hanya ber shopping? Bella tak nak la berceramah panjang sebab Bella bukanlah seorang yang penuh ilmu didada untuk bertekak pasal dosa dan pahala ni. Bella masih belajar dan sentiasa mendoakan untuk semua dan diri Bella sendiri supaya diberi pentunjuk oleh NYA.. aaaminnn... Apa maksud Bella dengan Shopping Raya Berpahala? 

tempat membeli belah murah


Apa yang Bella maksudkan, kita bolehlah menambah pahala dengan membawa ibu dan keluarga kita shopping bersama - sama. Cerita dan kisah ini kenangan juga untuk Bella. Impian yang Bella semai dari tahun 2011. Impian nak bawa sama - sama keluarga dalam menyambut kemeriahan hari raya. Idea ini datang masa Bella dan HB beraya di Selangor, turn rumah Bella. Jadi, kami ambil cuti selepas raya dan sebelum itu memang tak sempat langsung nak membeli baru raya. Jadi, kami pergi malam raya. Dua hari sebelum raya rasanya. 

Tempat membeli belah murah di KL


Masa tu HB bawa kereta Mazda sport. Bukan nak eksen, tapi ada kaitan dengan kereta ini. Kereta ini sangatlah limited dan jarang sangat hendak nampak di jalan raya. Bella tak suka sangat naik kereta ini. Ini kereta hujung minggu saja. Minyak dah la mahal. Lepas tu setiap kali bawa saja, mesti ada kereta lain ajak race. HB bukan kaki race pun. Tapi disebabkan kereta ini, memang malam minggu Bella tak akan aman. Kalau satu hari takda orang cucuk rapat belakang, memang pelik. Jadi Bella lebih prefer bawa kete Bella saja. HB taknak la. Dia nak juga bawa kereta dia. Penat mekap kan?

mak, hadiah untuk mak


Kereta ini juga, (bagi Bella luahkan perasaan pasal kereta ini dulu ok? ) buat Bella hangin satu badan. Duit gaji laju macam air pancut tiap - tiap bulan keluar sebab kereta ini. Macam - macam. Bella pun tak faham. Paling pelik lagi pasal kereta ni, HB tak pernah pun rem kereta dia atau cucuk rapat kereta orang lain. Tapi, boleh dikatakan semua kereta yang walaupun yang sekadar tukar ekzos baru mesti ajak dia berlumba. Kereta ini pula makan minyak kemain banyak. Kebanyakkannya kalah sebab menuju ke stesen minyak. Hahaha, sorry dear. Tapi ada juga yang menang. Kalau minyak full la. Hahaha ambil hatilah sikit. Bella betul - betul tak faham perangai lelaki ini. Bab membazir, serah kat dorang. Pelik. 

kereta mazda, mazda limited


Berbalik kepada tajuk asal, apa kaitan kereta ini dengan shopping raya berpahala Bella ni? Ceritanya, masa kami shopping dengan kalut tu, memang masa tu kami dah nak balik. Bella terpandang baju kat tepi jalan. Betul - betul berdekatan dengan parking kete HB. Memang sudah ditakdirkan. Padahal Bella dengan HB dah siap beli semuanya. Bella pun dah masuk dalam kereta. Bella minta kebenaran HB yang ketika itu check enjin kereta sebab nak terus balik kampung. Check air rasanya. Bella keluar pintu dan terus hempas pintu. Sambil Bella kata, "pergi kejap tau" HB kata "Cepat sikit, nak terus balik kampung ini." Sambil menutup bonet enjin. Keadaan masa itu serentak. HB tutup bonet dan Bella tutup pintu. Enjin pula sudah dihidupkan. 

idea hadiah hari ibu


Bella terus berlari dan pergi belek - belek baju yang tergantung dan pergi ke parking balik tengok HB. Tak sampai 5 min pun. Tengok muka HB cemas. Kenapa? Bella tanya. HB tengah garu - garu kepala sambil kata "Pintu ini terkunci dari dalam". OMG!!!!! Ya Allah!!! korang boleh bayangkan tak? dengan enjin sport kereta ini. Bunyi memang bingit giler. Dengan asap yang keluar berkepul - kepul macam fogging. Kereta panas gila. Bella dah runsing. Google cara - cara nak buka pintu yang terkunci dari dalam. Bukan melegakan, tapi lebih menakutkan sebab kereta Mazda adalah diantara kereta yang ciri - ciri keselamatannya paling bagus. Jadi memang mustahil nak cungkil pintu ke apa. HB nak pecahkan cermin. Bella rasa mustahil juga. Cermin dari depan sampai belakang. Kalau pecah, ada jual ke kat Malaysia ni? Waaa!!!! Tak raya lah plak nanti. Mesti HB murung punya. 


Kami cuba juga cari macam - macam cara sampai penat. Kami duduk disisi kereta dengan setiap kali orang lalu akan cuba tolong dan cakap maaf bro, dan blah. Semua orang pandang kami marah. Yelah asap penuh kat area situ. Berbau hangit dan busuk. Bella takut sungguh kereta ini meletup. Sampai ada seorang pomen ini lalu ditepi kereta kami dan berjanji nak tolong. Kesian GF dia. Dia suruh GF dia jalan dulu, dan dia berpatah balik ke bengkel mengambil kelengkapan untuk membantu kami. Kami sudah hubungi beberapa pomen untuk bantu kami, tapi kebanyakkannya sudah balik ke kampung. Alhamdullilah ada insan yang sudi membantu. Kalau abang / adik ada baca kisah ini, terima kasih ya. 

hadiah untuk mak

Masa menunggu pomen ini datang kembali kepada kami. Kami hanya duduk lepak ditepi kereta tanpa dapat membuat apa - apa dan membiarkan saja kereta ini mengaum - gaum bagaikan singa yang nak beranak. Kereta kami park di sebelah Alphard dan kebetulan tuannya datang. 

Tuan kereta " Kenapa dengan kereta ni?
HB " Terkunci dari dalam."
Tuan kereta " Kereta import ini memang susah nak handle. Dulu kereta Merc saya, kuncinya saya terbawa pergi scuba, terus rosak satu kereta. Merc kata dekat kunci tu ada segala mak datuk cip yang mengawal kereta saya. Saya pun tak tahu. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah beli kereta baru"
HB " Sampai macam tu sekali?
Tuan Kereta " Tulah, selalunya saya jarang bawa kereta masuk Jalan Tar ni. Selalunya saya akan booking saja hotel berdekatan. Saya akan tidur di hotel dan anak isteri saya biarkan ber shopping sampai pagi. Kalau salah beli atau tak muat sempat lagi nak tukar. 

Bella dan HB berpandangan. Sambil Bella terus memasang niat untuk mengembirakan hati Mak Bella macam itu. Harapkan ayah memang tak la. Ayah hanya kerja kampung. Tapi, bayangkanlah. Nak dekat raya. Kena sewa hotel. Bagi duit raya. Macam macam nak beli kan? Memang kena banyak menabung dari kecil macam Rosmah ni. 

Bercuti di KL

Tahun demi tahun, impian ini memang sukar nak dilaksanakan. Antara duit yang tak pernah nak cukup sebab tabung kena korek ataupun masa pula tak mengizinkan. Tahun 2018 ini tercapai. InshaALLAH selepas ini hendak bawa keluarga mentua plak. memang seronok bila tengok mak sibuk memilih baju. Walaupun tak shopping banyak, tapi sekurang - kurangnya bagi Mak rasa keseronokkan yang Bella selalu rasa setiap kali membeli belah untuk hari raya. Pasal kereta tu, korang jangan risau. Bila pomen tu sampai dengan alatan dia, tak sampai 5 min pintu berjaya dibuka. Tunggu dekat 3jam. Sian kereta tu mengaum. 


Pengalaman ini Bella kongsikan untuk Bella baca kemudian hari dan juga mungkin bagi korang sedikit idea untuk mengembirakan yang tersayang. Buat dekat isteri pun cantik ni. Apa salahnya hargai isteri setahun sekali. Pasal kereta plak, tak semestinya kereta hebat tak da masalah kan? Bagi Bella, cukuplah ada kereta yang boleh bawa Bella dari A ke destinasi B. Janji selamat sampai. 

Semoga bermanfaat. 

Tuesday

ANCASA HOTEL & RESORTS BAGI DUIT RAYA

By On 12 June

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Diharapkan semuanya mendapat keberkatan bulan mulia ini disamping sentiasa berada didalam limpah dan rahmatnya. Bella nak cerita pasal benda yang menyeronokkan iaitu Raya! setuju tak kalau Bella cakap, kita yang dah besar ni, raya dapat pakai baju baru, kumpul ramai - ramai dan dapat makan sedap - sedap kira dah cukup sempurnalah raya kita. Anak - anak dan budak - budaklah paling seronok dan gembira. Jadi, ANCASA HOTEL & RESORTS BAGI DUIT RAYA awal - awal kepada anak yatim dan asnaf. Golongan ini jangan dilupakan. Tahniah kepada Ancasa Hotels & Resort yang telah mengembirakan 35 orang anak yatim dengan menyumbangkan baju raya dan juga duit raya. 


Bella berbesar hati kerana turut berpeluang menyertai program ini yang merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak - anak yatim dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya tidak lama lagi. Anak - anak ini telah diraikan dengan membawa mereka membeli baju raya bernilai Rm150 setiap seorang di Jakel Mall dan dapat lagi duit raya Rm50 setiap seorang. Terbaik Ancasa. Bella hampir nak beratur sekali masa nak ambil duit raya tu. 


Program ini telah bermula seawal jam 10 pagi dengan acara gotong royong memasak bubur lambuk. Pada tahun ini, Ancasa dan Adabi berkolabarasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk. Bubur lambuk ini diagihkan kepada orang awam yang melalui jalan Tun Tan Cheng Lock. Apa yang menarik lagi, Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad (UDA), YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar turut turun padang mengagihkan bubur lambuk ini. 


Program ini memang bagus sangat tau. Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan, " Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan - pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resorts. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan yang kurang berkemampuan. Ancasa Hotel amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak - anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik." Beliau juga menyeru semua pihak yang mampu membeli handbag Hermes eh yang diberi kelebihan dengan rezeki yang lebih supaya tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Memang perlu dijadikan contoh.






Paling penting makanan disini juga amat enak dan harganya paling berbaloi. Bertemakan Kampung Boy, harga buffet bermula dari serendah Rm68 untuk dewasa dan Rm40 untuk kanak - kanak, bagi Bella memang satu pilihan yang amat bijak. Makanan sedap dan banyak. Harga pun murah. Susah nak jumpa harga serendah ini, buffet di tengah bandar KL ni. Korang digalakkan cuba dan Bella jamin ini adalah pilihan terbaik. 


MAKLUMAT LANJUT :- 
Alamat     :  Jalan Tun Tan Cheng Lock, P.O Box 12700, 50786 Kuala Lumpur.
Tel.          :  03-20266060   
Faxs.       :  03-20268322
Email       : reservation@ancasanet.com
Website   : www.ancasa-hotel.com

DETTOL SABUN TERBAIK PENGHAPUS KUMAN

By On 12 June
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932. Ia adalah jenama antiseptik terkemuka didunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Bella amat mempercayai Dettol dan sentiasa memastikan stok Dettol sentiasa ada dalam simpanan Bella. Ini kerana produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar - pakar kesihatan dan keupayaannya dalam mengekalkan kebersihan yang maksimum amatlah dipercayai. DETTOL SABUN TERBAIK PENGHAPUS KUMAN dan Bella sangat teruja hendak bagitahu dengan korang, promosi hari raya yang Dettol lancarkan untuk tahun ini.


Korang nak tahu, Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura telah melancarkan kempen untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan semasa menikmati kemeriahan perayaan. Mengunakan slogan kata " Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya." Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Wah!! bagusnya. 

" Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana mereka berada," tambah beliau. 


Dettol memahami yang Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti - nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang. Merayai sebulan kita berpuasa kan? Hari kita memakai baju baru yang berwarna warni. Seronok kan? Tapi, kebersihan jangan kita lupakan. Terutama anak - anak kita yang sibuk bermain dan bersalaman. Jadi,sediakan Dettol  untuk membantu mengekalkan dan melindungi kebersihan sambil menikmati suasana dan kemeriahan hari raya. Bella memilih Tisu basah dari Dettol. Mudah sangat. Tidak perlulah kedapur semata - mata nak cari paip air. Takut tuan rumah tak selesa.


Bagi perantau - perantau kota, tidak lengkaplah Raya bila tidak pulang ke kampung. Sedia maklum. Jalan sesak atau tidak, tol atau minyak naik macam mana pun, semua anak desa akan tetap berasak - asak untuk pulang ke kampung. Dettol amat memahami situasi ini. Jadi, istimewa buat warga Malaysia yang menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan rehat & rawat R&R diseluruh semenanjung Malaysia. 


Nanti korang tengok lah dan cari Dettol tau. Bila korang berhenti di kawasan R&R ini untuk ke tandas, akan ada wakil Dettol yang tunjukkan cara mencuci tangan dengan betul. Cuci tangan yang betul sebenarnya ada 7 langkah tau. Kalau korang tak jumpa wakil Dettol, korang carilah botol cecair pencuci tangan Dettol yang akan disediakan disinki untuk korang cuba. Kalau korang tak jumpa juga, Bella rasa mungkin kena rembat dengan manusia yang tidak bertanggung jawab. Hehehe. Nanti Bella nak carilah. Bella balik Kedah tahun ni. Tapi, apa yang sedihnya wakil Dettol ini berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu. Pada masa ini juga, wakil dari Dettol Malaysia akan memberikan sampel produk yang mudah dibawa. Bella harap tarikh Bella balik Kedah laa dorang ada. 


Korang jagalah kebersihan diri sendiri. Dettol yang tak kenal korang pun risau dan ambil berat mengenai kebersihan korang. Takkan korang tak sayang diri sendiri pula. Korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai produk - produk kebersihan dari Dettol ini, bolehlah ke :-

Facebook Dettol Malaysia : www.facebook.com/DettolMalaysia

P/s : Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Dettol turut menyumbang kepada yang memerlukan. Kita pun boleh turut serta dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit, sebahagian dari jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih dan kita pula akan menerima baucer ganjaran bernilai Rm5. Promosi ini berlangsung 1 Mei 2018 sehingga 30 Jun 2018. 

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian