29 March
TOLONGLAH BUKAN MENGANDUNG LUAR RAHIM LAGI
29 MarchBella dapat ujian kehamilan dengan keputusan positif. Bella terus menangis. Teriang - iang lagi suara doktor pesan. "Kalau awak mengan...
Bella dapat ujian kehamilan dengan keputusan positif. Bella terus menangis. Teriang - iang lagi suara doktor pesan. "Kalau awak mengandung lagi, cepat - cepat pergi hospital ya. Peratus awak untuk dapat kandungan luar rahim sekali lagi sangat tinggi." Dalam hati Bella, Allahuakbar, TOLONGLAH BUKAN MENGANDUNG LUAR RAHIM LAGI. Air mata masa ini tak boleh ditahan - tahan lagi. Gugur bagaikan hujan lebat di tengah hari. Sampai HB datang dan tanya, kenapa? Bella tunjuk ujian kehamilan dan HB kata " Alhamdullilah. Sepatutnya sayang happylah. Insya-Allah takada apa - apa." Bella cuma jawab ok. Padahal HB pun muka dah risau. Sebab masa tu bulan puasa, Bella tak boleh nak nangis lebih - lebih terus buat macam biasa.
Bella kata dengan HB nak kena pergi hospital cepat ni. Bella takut benda yang sama berulang lagi. HB kata sebelum pergi hospital baik kita beli persiapan untuk hari raya dulu. Bella pun setuju. Seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Tapi HB memang seorang yang positif dan HB yakin sungguh yang segalanya akan OK. HB selalu pesan. Fikir yang baik - baik yang akan datang kepada kita pun yang baik - baik saja. Sangat kontra sifat HB dan Bella. Masa shopping ini sangat mencabar. Bayangkan, tengah puasa, risau pasal kandungan dan yang paling penting solat kena jaga. Sana sini surau penuh dengan orang. Alhamdulilah. Kalau kosong risau juga kan? Penting untuk setiap saat doa yang kandungan Bella kali ini akan selamat.
Lepas persiapan raya lengkap. HB hantar Bella ke Hospital Sungai Buloh. Pada pandangan kami senanglah sebab segala rekod kesihatan dan kandungan Bella sebelum ini ada dekat sana. Berat hati Bella melangkah masuk ke Hospital Sungai Buloh. Nak pergi check kandungan didalam rahim ataupun luar pun susah ya. Bella nak daftar sana sini tolak. Dah jumpa tempat daftar nurse depan tu plak buat muka sebab Bella datang tanpa surat rujukan daripada klinik. Bella blur sangat. Hari tu doktor yang pesan kalau mengandung lagi terus datang sini. Ini kenapa staff nurse buat muka plak ni. Bella terangkan dan staff nurse dekat kaunter tu telefon doktor dan Alhamdullilah Bella dibenarkan naik.
Bila Bella naik keatas, ada satu bahagian yang menempatkan ibu - ibu mengandung yang bermasalah. Macam - macam masalah tentang kandungan. Korang semua hargailah ibu. Bella terdengar masalah - masalah yang ada rasa mengigil kaki. Nurse terus ambil tekanan darah Bella, berat dan tinggi. Tunggu nama dipanggil. Doktor pelatih yang layan kita mula - mula. Lepas soal Bella semua, Bella diberi kain untuk tukar dan kena tunggu lagi. Datang awal pagi, petang baru siap tau. Nasib Bella dah tak kerja. Bila doktor pelatih panggil Bella masuk, Bella tengok penuh doktor dekat dalam tu. Doktor pelatih juga. Kamera dimasukan dan dorang semua berbisik - bisik dan Bella terdengar doktor pelatih tu kata. "Luar rahim ni." Seorang lagi kata "Eh, nanti dulu, awal lagi ni" Selepas kamera tidak menunjukkan apa - apa imej, Bella kena ambil darah dan datang 3hari lagi untuk lihat keputusan darah. Bella dah la takut kena ambil darah. Kena ambil banyak kali pula.
Selepas 3 hari Bella datang balik ke Hospital Sungai Buloh, Doktor pelatih lain pula nak kena hadap. Kena cerita balik dari awal sampai akhir dan doktor tu pun marah dia kata "Sepatutnya awak confirm kan dulu dengan klinik barulah awak datang hospital." Bella kata " Saya bukanya kandungan pertama, ini kandungan ke2. Kandungan pertama saya dah pecah dalam perut baru saya tahu saya mengandung luar rahim. Tak akan saya nak elakkan dari awal benda tu berlaku lagi kat saya pun tak boleh. Lagipun doktor sini yang merawat saya dulu yang suruh saya datang sini cepat - cepat kalau saya mengandung." Doktor tu terus diam. Keputusan darah Bella terdahulu hanyalah 400 Bella tak tahu apa, tapi rendah. Doktor kata kalau betul - betul mengandung mesti seribu keatas. SEDIH!! Air mata nak gugur. Tapi tak pe itu kata doktor. Kita kena bertawakal kepada Allah s.w.t. Sekali lagi kamera dimasukkan dan makin ramai doktor meneliti Bella. Masih tak nampak apa - apa dalam rahim Bella. Doktor suruh Bella datang 2hari lagi. Allahuakbar. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.
2 hari kemudian Bella datang balik ke Hospital Sungai Buloh. Alhamdullilah. Result darah Bella terdahulu sudah 700. Satu petanda yang baik. Tapi sama juga, kamera dimasukkan. Rahim Bella tetap kosong. Allahuakbar. Takutnya. Cukuplah Ya Allah s.w.t dugaan macam ini. Kalau kandungan ini sekali lagi luar rahim, tiub fallopian Bella akan dibuang. Maknanya Bella tak boleh mengandung normal. HB kata dulu doktor pakar bagitahu kalau boleh kesan awal, tiub fallopian Bella masih boleh diselamatkan. Tapi bila Bella tanya doktor yang periksa Bella tu, dia kata tak boleh. Luar rahim je mesti buang. Doktor kata takpe, ambil darah lagi dan datang lagi 3hari. Allahuakbar. Itu dah nak raya. Kami dah rancang nak balik Kedah. Bella dah kemas semua baju nak balik Kedah. Tapi kita merancang, tuhan yang menentukan. Bella tanya doktor, bolehlah jarakkan lagi tarikh tu. Doktor kata tak boleh. Kena periksa juga. Sangat bahaya kalau apa - apa berlaku. Nak balik Kedah juga boleh, tapi apa - apa berlaku Bella kena cepat - cepat ke Hospital Alor Setar. Jauh dari Baling tu. HB kata takpe Bella tak yah balik Kedah.
Masa HB balik Kedah dan Bella duduk dengan emak Bella di kampung, keluarga masing - masing pelik. Kenapa kami tak balik sama - sama. Mula - mula Bella nak rahsiakan daripada mak Bella. Tapi mak macam pelik sangat bila HB izinkan Bella tak balik Kedah. Bila Bella cerita dekat mak Bella mengandung mak terus bersyukur. Tapi Bella bagitahu mak jangan seronok sangat lagi sebab kandungan Bella tak confirm lagi. Mak kata doa banyak - banyak inshaALLAH ok. Nasib baik jugalah turn raya tahun ni dekat rumah Bella. Jadi HB balik KL balik lepas berpuasa di Kedah.
3 hari kemudian Bella datang ke Hospital Sungai Buloh dan tengok hospital dah kosong. Banyak staff yang dah balik kampung. Dalam hati Bella, abislah staff cukup pun lambat lagilah tak cukup. Memang betul. Sampai nak buka puasa dekat hospital dah Bella. Bila doktor datang check dan bagitahu keputusan darah dah naik 1000 maknanya Bella mengandung! Berita baik tu. Doktor ni bagus. Semua doktor marah sebab period Bella tak teratur. Jadi sangat susah nak tentukan berapa usia kandungan Bella. Bella bukan tak ingat. Itu memang tarikh period Bella, cuma period Bella tak teratur. Sebab tulah doktor pelatih semua cakap kandungan Bella kali ini pun luar rahim. Kalau ikutkan period kandungan Bella dah besar. Sepatutnya nampak.
Penting untuk korang rekod tarikh period ya. Sampai laki Bella pun kata mungkin Bella salah rekod. Eh tak mungkin. Bella guna apps la. Doktor ini kata takpe, kita boleh tentukan usia kandungan dengan mesin scan. Tapi doktor ini tetap tak nampak apa - apa dalam rahim Bella. Doktor ni kata takpe, tunggu kejap dia nak panggilkan doktor pakar untuk Bella. Doktor pakar masukkan kamera dan terus cakap " EH adalah but its too small" Doktor bagitahu Bella InshaALLAH kandungan yang ini dalam rahim. Tapi kena datang lagi untuk last confirmation. Adui tak berayalah Bella. Sebab kena datang lagi. Penantian kan satu penyeksaan. Allahuakbar. SubhanaALLAH. HB dari tadi wasap tanya. Masuk kereta Bella cerita dekat HB. HB terus kata InshaALLAH ok. Kita doa banyak - banyak.
Korang boleh bayangkan tak betapa banyak air mata Bella dah tumpah setiap kali abis check up masih tak nampak apa - apa dalam rahim Bella. Setiap kali masuk kereta tengok muka HB nak bagitahu yang masih tak nampak apa - apa dalam rahim. Doa jelah yang menenangkan hari - hari Bella. Tambahan pula berkat bulan Ramadhan masa tu. Buatkan Bella kuat dan redha dengan segala ujian darinya.
Hari yang ditunggu tunggu dah tiba. Mungkin doktor pakar masih beraya. Tinggal lagi doktor pelatih. Keputusan darah makin meningkat Alhamdullilah. Seribu lebih dah. Doktor pakar kata ini adalah check up yang terakhir untuk menentukan kandungan Bella kali ini dalam atau luar rahim. Melangkah masuk pintu hospital pun rasa macam jantung nak gugur. Bila nama Bella dipanggil, boleh pula doktor yang periksa Bella bersembang sakan bersuka ria. Tak hormat pesakit langsung. Bella sabar je. Kamera sekali lagi dimasukkan dan doktor tu berhenti sembang bagitahu Bella, "Saya nak check sama ada anak dalam kandungan puan ini ada atau tidak ya. Owh dah nampak. Itu denyutan jantung dia." Sambung sembang. Bella yang terbaring tengok denyutan jantung anak dalam kandungan Bella dengan menahan air mata.
Allahuakbar. SubhanaALLAH. Akhirnya Bella mengandung dalam rahim. Terus membesar sayang. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Walaupun sebulan nak tahu kandungan ini dalam rahim atau tak, bila tengok denyutan jantung bayi dalam kandungan, Bella rasa ia sangat berbaloi. Berapa kali jarum cucuk urat pun ia sangat berbaloi. Semoga menjadi anak soleh sayang. Barulah doktor bagi surat rujukan untuk pergi KK ya. Kalau tak doktor tak bagi pergi KK untuk buka buku pink lagi. Barulah tenang hati. Alhamdullilah untuk dugaan ini. Walaupun banyak dugaan masa nak periksa kandungan Bella, Bella nak ucapkan berbanyak - banyak terima kasih untuk semua doktor, doktor pelatih dan staff nurse yang merawat dan membantu Bella. Terima kasih.