30 April
Cara makan buah zuriat
30 AprilSalam sayang semua... sebab bella sayangkan semua oranglah, bella nak share satu petua orang tua yang diturunkan kat bella iaitu Mengenai bu...
Salam sayang semua... sebab bella sayangkan semua oranglah, bella nak share satu petua orang tua yang diturunkan kat bella iaitu Mengenai buah zuriat.
hmmm sape tau buah ni untuk apa? Sebenarnya Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam.Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.
Tetapi ada juga yang menyatakan khasiat buah ini takda langsung kaitan dengan kesuburan. Buah ni lebih kepada khasiat-khasiat lain seperti:-
-Mengubati darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid
Apa cara sekalipun yang korang guna, Lebih molekla kalau iringi dengan bacaan doa dan surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
hmmm sape tau buah ni untuk apa? Sebenarnya Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam.Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.
Tetapi ada juga yang menyatakan khasiat buah ini takda langsung kaitan dengan kesuburan. Buah ni lebih kepada khasiat-khasiat lain seperti:-
-Mengubati darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid
Tapi mak bella kata, Jiran depan rumah minum air buah zuriat ni alhamdullilah lekat. Sekarang anak dah 3orang. Sebab mak bella yang kata jadi bella pun cuba je la. Bella nikah sesama dengan adik bella. Padahal bella punya majlis, tapi adik bella nak tumpang. Jadi setuju je la. Sebab adik kan?? Tak kan nak say no. Orang kata nikah sama ni salah seorang akan panas. Tu yang bella tengah takutkan dan risaukan. hmmmm "YA ALLAH dengan bantuanMU, kurniakanlah kepada ku hati yang sentiasa sabar dan sentiasa redha dengan ketentuanMU, Sesungguhnya aku insan yang lemah dengan tipu daya syaitan".AMINnnnn....
Takut tau. Kadang2x sampai bella rasa nak mengamuk kat family sebab kenapalah suruh adik bella wat sama. Time nak nikah tu bella tanya tok kadi. "uztaz, takpe ke nikah sama ni?" uztaz tu kata "astafirruALLAHalazim..... istifar, jangan sampai syirik."hehehe. Mak bella cubit2x. Yela.. risau jadi macam ni la.. Bella pun malas nak percaya, Tapi jiran bella pun sama. Kawen hari yang sama. Seorang dah ada dua anak. Seorang lagi takda. Check doctor semua kata ok. Rahim pun cantik. Tak ke pelik. Argggh lantak la. Tu semua ada hikmah dan ada alasanNYA.
Berbalik pada buah zuriat ni, Buah ni hanya terdapat dari mekah saja tau. Jadi kena kirim dari orang yang nak ke sana. Memang rezeki bella. Kawan bella dah pregnant. Dia tumpang sedih la bella tak pregnant lagi. Jadi dia sedekahkan buah zuriat tu. Siap bagi hati unta yang kering tu lagi. NINI and Lobang, Kalaulah kot2x korang terbaca blog aku ni, Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih dan I LOVE YOU so much Friend!! ye la ramai kawan yang menunjukkan rasa kesian, Tapi tak ramai yang sudi ambik tindakkan untuk membantu.AN?
Amaran!! jangan la korang percaya yang buah ni dapat bagi kita anak. Bukan tau. Ini adalah antara usaha kita untuk mendapatkan anak. Macam kita demam, usaha kita nak sihat jangan minum ais, makan ubat. Pastu sihat. Ubat usaha kita, yang menyembuhkan tu tuhan kita. Kita usaha dan tawakal. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain. Dia kata dia tak mau minum air ni, sebab takda saintifik pun yang menyatakan buah zuriat ni dapat meningkatkan kesuburan, macam ni dah was2x tak yakin memang lah tak menjadi. Penting yakin tu. Usaha je kan.. Kalaupun buah ni takda kaitan dengan kesuburan, apa salahnya? minum jela.Mungkin bagi kebaikan untuk benda lain. Anggap macam ubat je. Serasi cepat sihat. Tak serasi lambat sikit la sihatnya.
Tapi takpe kita usaha je. Biar tuhan yang tentukan. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain kata dia jumpa uztaz minta petua nak hamil a.k.a mengandung la kan.. Uztaz tu kata Kita kena lah pelbagaikan cara kita dan suami bersama tu. Macam orang putih. Kat tepi semak, celah tangga, bawah katil, Atas mesin basuh.Hahahahahah... acah je bukan tempatnya yang berubah. Tapi caranya. Ni pepandai korang la. Kang budak sekolah baca blog bella ni susah plak. Pastu uztaz tu kata lagi cari buah zuriat ni atau buah hamil. Tengok..uztaz tau bagi petua. Kita cuba je la.
Cara makan buah zuriat ni ada 1000 macam cara yang disyorkan.Antaranya;-
Cara pertama:-
2 biji di ambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus sabut dan biji buah itu dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint.Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat sahaja
sama airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis
dan minum.Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh
lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....khasiat
buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap
hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan.
kami di arab sana memang guna cara ini untuk mendapat khasiat buah itu.
(cara yang ini tak boleh minum time period)
Cara kedua:-
Menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah
) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk
dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara ketiga:-
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang
merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di
ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk
membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar
warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau
sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali
sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru
di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia
gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa
kelegaannya)
Cara keempat:
Bella gunakan cara ni. Ambil dua biji buah zuriat. Potong sampai abis kulitnya. Ambil yang bahagian dalamnya sahaja. Potong kecil-kecil dan rebus 1/2 jam. Time ni bella lupa nak setkan jam. Jadi bella tengok airnya dan berubah warna menjadi kuning ok la tu. Pastu minum suami isteri. Buah yang dipotong tadi boleh digunakan berkali-kali sehingga air dah tidak lagi berubah menjadi warna kuning, barulah kita tukar dengan buah yang baru.Bella ambil cara yang keempat ni sebab boleh dikatakan, kebanyakkan blog yang menunjukkan cara minum air buah zuriat ni semua guna cara ini. Siap bergambar lagi. Senang faham.
Apa cara sekalipun yang korang guna, Lebih molekla kalau iringi dengan bacaan doa dan surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).
Semoga semua mendapat kebaikan dari sini. Bella pun tengah usaha. Samalah kita. Bella time bercuti pun bawak. Letak dalam bekas air.
Bila tengok pic ni korang boleh la agak kan.. nak gopek cane. susah tau kopek. bella pun minta tolong my dear. Kena minum sambil tawakal la. My dear pun minum sama. Sama2x usaha. Macam bella, bella selalau ras bella yang ada problem sebab my dear bella atlet. hmmm... sedih. Sama-sama kita doakan satu sama lain ok.
salam sayang dari bella.