Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga

Salam... arrgghhhh malasnya pagi ni nak update entry .Sebab aritu gigih sangat update pasal pergi Krabi pastu rasa mata dah penat nak men...

Salam...arrgghhhh malasnya pagi ni nak update entry.Sebab aritu gigih sangat update pasal pergi Krabi pastu rasa mata dah penat nak mengadap Mac ni. Takpelah kalau tak hadap nak buat apa lagi  masa cuti - cuti ni.Ada baby leh la gomol - gomol.Hari ni nak kongsikan mengenai Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga. Tujuaan kami kesini bukannya nak ambil gambar ke, tapi nak menjinakkan diri dengan aktiviti memanjat bukit ni. Impian nak tawan gunung kinabalu. Tengok, tinggi kan cita - cita.

mendaki bukit broga

Sesudah subuh kami dah bergerak ke Bukit Broga. Siapa tak tahu Bukit Broga kat mana? Dekat Semenyih tau. Berhampiran dengan Pekan Broga dan kira kira 50km dari KL dan 33km dari Seremban. Kalau dari KL atau dari Mines Wonderland, korang ikut je signboard ke Semenyih, kemuadian kat pekan Semenyih ada signboard menunjukkan ke arah Bukit Broga, senang sekali nak pergi. Kemudian korang akan melepasi kampus Nothingham University dan tak jauh dari situ korang akan nampak Taman Rekriasi Arnab sebelah kanan, dan di depannya (bertentangan dengan taman rekreasi arnab tu) ada kebun sawit yang di jadikan tempat parking.Jadi kiranya korang dah samapai ke kaki Bukit Broga! parking jer kereta kat situ, dan bayar RM2.
Dimana bukit broga

Masa on the way ni HB tengah pecut kitaorang terasa macam langgar sesuatu.Then HB tengok kat belakang kata "eh,kita langgar ular sawa la..besar!!" memang masa langgar tu rasa macam naik bumper tapi sebelah tayar je la. Kitaorang bawa 2 buah kereta.Means that my cousin yang langgar ular tu dulu.Lepas tu kitaorang patah balik tengok betul ke ada kitaorang dah langgar ular. Bella tak tengok betul - betul hanya samar - samar je la nampak warna ular tu oren. Mungkin kena lampu kereta. Gelap kan. Tapi yang budak - budak laki semua tengok kata besar la.. besar woo.. masa ini Bella dah meremang kot satu badan. Takut.
Broga

Tapi nak buat macam ne. Bukan kami sengaja. Kami pun teruskan perjalanan. Dengan kuasa ALLAH kami sesat!! Tak jumpa jalan. Pusing - pusing entah kemana-mana. Padahal dah dekat. Macam tak masuk akal. Tapi itu yang terjadi dekat kami. Dengan kuasa ALLAH juga, kami terjumpa juga masuk ke Bukit Broga ni secara tak sengaja. Masa kami tengah melilau tu. HB kata.."eh bukan jalan ni dari tadi kita lalu ke? pesal tadi tak nampak kereta yang parking bebanyak ni???" Bella kata, mana ada kita lalu la, kita ikut jalan lain" saja la nak sedapkan hati baru nak enjoy hiking nih.
bukit broga

Masa kami nak gerak tu, kumpul la kat depan kedai auntie jual air ni..sebab haruslah bawak bekal air. Penat kot memanjat tu nanti. Masa kitaorang bising-bising la membebel - bebel la macam mana boleh sesat suma. Bella terus pergi beli air. Auntie tu terus tanya."Pasai pa lengloi? tadi tarak jumpa jalan mali sini ka?" Bella kata haah.. "sesat." "Tu pasai aa..ni ari ada itu semayang panggil hantu..mungkin tu hantu kacau sama kamu. mesti punya. Nasib kamu sampai sini ok ya.". Bella sengih je. Sambil blah.. Patutla..hantu kacau rupanya.hahahaha.1000 satu kemungkinan la. Benda - benda macam tu kan memang wujud.

Korang yang nak kesini mestilah pakai baju yang selesa.Pakai kasut. Tengok kawan-kawan Bella tu, pakai sweater bagai. Memula memang la sejuk. Pastu..haaa..tau la. Bella pakai je jersey yang tak serap peluh tu sebab masa Bella ala - ala jungle trekking masuk dalam GUA NIAH tu, abis basah baju kena peluh. Bajutak pe lagi. Ini basah ketiak. Malu...xnak..xnak. Jadi memang tahulah. Guna jer t -shirt ni senang. Tak serap peluh. Mengalir je bawah baju. Paling penting.Jangan lupa bawa air.

Kalau korang gerak pagi, suasana memang gelap lagi. Kami pergi awal pagi sebab kekonon nak tengok matahari naik,sila bawa torchlight!!! Masa ni kitaorang semua tak bawa. Nasib BFF Bella si mimi tu bawa. Tu dia kena duduk belakang jadi penyuluh jalan. Bahaya juga Bukit Broga ni. Salah langkah memang boleh masuk juram ni kalau tak hati -hati. Walaupun ada tali, tapi tetap bahaya. Sape yang ala - ala diva tu, tak boleh pergi sini. Sila ke shopping mall saja.

Time kitaorang pergi tu memang ramai n penuh sangat dengan orang. Memang penuh. Ada satu time tu sampai berselisih. Kitaorang baru nak naik ada plak yang dah nak turun. Pelik. Pemandangan apakah yang dorang dah lihat? Suasana bulan penuh ke? Ntah la.
Korang, malu la, budak - budak  dari negara luar pun datang sini. Masa ini gak la penuh dengan pelajar-pelajar MMU. Rasanya kitaorang naik dulu dorang boleh kejar tu dari belakang. Yela kaki dorang kan panjang, dari bawah dengar bunyi zas..zas...zas.. dorang berlari meredah semak samun tu.Semangat habis!! Tiap - tiap 10 min menjerit MMU!!! MMU!!! adus..Rengsa!!. Baru nak hayati alam.
Check point yang pertama yang kitaorang rehat lama sikit la. Sebab dah nak sampai atas. Nampak berpusu-pusu orang kat situ nak naik. Tunggu jap la. Penat sangat ok..
BUKIT BROGA
Tengok bawah tu..curam. Nak naik kena hati - hati. Kalau kasut licin mengelongsor balik turun bawah. Tapi ok je kalau dah biasa.. Kalau kaki hiking gelak je naik broga hill ni.
Kitaorang dah sampai di Atas bukit yang pertama. Cantik kan awannya.. Nampak berwarna-warni. Sebenarnya ada 3 bukit tau.Bella ajak la HB ke sana. Dia kata tak yah la.. Bella saja la nak uji ketahanan. Kalau ok nak g panjat gunung kinabalu. Membe - membe Bella semua gelak. Pehal?? tak boleh ke?? Dorang kata.Baru lepas naik broga dah berlagak nak naik gunung kinabalu.Huh!

Cantik kan?? hai bulan, masih mahu menemani kami lagi?? Masa ni Kami semua sedang duduk berehat rehat menunggu matahari terbit. Awesome sangat suasana masa tu. SubhanALLAH.
Dan akhirnya...kelima-lima kami dapat berkumpul bersama. Sebab dari tadi kami tunggu dua orang lagi kawan kami ni tak sampai - sampai. Penat betul dorang. hehehe. Time ni matahari nak menyinar tapi tak muncul lagi.
Tengok kat belakang Bella tu..tula bukit yang kedua. Macam semut je orang kan? Teringin pergi sana. Tapi takda sape nak teman. Jadi tak pergilah jawabnya.
Matahari dan menunjukkan kuasanya.Semua yang duduk bangun capai kamera memasing. Mengabadikan kecantikkan alam..

Dari atas nampak kecil je semua. Bella camera je canggih tapi tangkap gambar hemtam kormo je. Hahahha..still berkabus.Lepas hilang semua penat, kitaorang bergerak turun la sebelum panas terik.
Bye bye Bukit Broga..kenyamannanmu dan kepenatan mendakimu takkan kami lupakan..jom turun!!
Masa nak turun ni, mula - mula je susah teruk. Curam kan.Bella x abis2x jerit arrghhh!! arggghhh!! kuat plak tu budak - budak atas Bella tu tanya..ok ke kak? ok ke? HB  kat sebelah kanan dengan cousin lagi seorang. Seorang lagi sebelah kiri. Masa ni Kita orang berpecah. HB kata pergi guna tali. HB time ni dah kat bawah tunggu. Hmmm hampeh je. Tangan pun sakit pegang tali tu. Goyang - goyang sebab semua orang pun nak pegang.

Bella memang takut masa nak turun. Takut mengelungsur. Member Bella dekat sebelah kiri tu tak pegang tali pun tetiba budak belakang Bella kata haaahhaaa ada budak nak jatuh!! Bella dengan Mimi terus stop. Keadaan masa tu seolah-olah berhenti seketika,semua mata memandang kat kawan Bella tu.Bella pun cakap cakap kat Mimi..wei..ok ke dia tu? Sebab memula nampak dia macam berlari turun dan cuba mengimbangi badan...pastu tergolek- golek dan terus masuk semak!! Ya ALLAH kalau dalam semak tu ada batu macam mana? Tak lama lepas tu, nampak dia bangun berdiri dan mencekak pinggang wat macho macam takda apa - apa. Kami semua kembali kepada asal bergerak turun. Nasib ok.
Lepas je turun curunan tu,sampai kat dia Bella tanya "ko ok ke?" "eh..ok..takda hal.Korang pasal lambat sangat turun??cerdas la cikit..." "adui..orang risau boleh plak dia buat lawak.." Sepanjang turun tu kitaorang gelak sakan kat dia. Bahan habisan - habisan sampai tak terasa langsung kesusahan turun tu. Hahahaha. Kelakar habis Kenangan naik bukit broga ni. Tahu - tahu dah sampai bawah. Jumpa orang menjual kat sini.
Macam-macam dorang jual. Mungkin sesampai tadi kurang jelas sebab gelap. Hiking stick pun ada? Membantu ke nak hiking ni?
Dah la jom balik bawak 1000 kenangan. Masa naik ni turunla 1kg balik singgah makan roti canai.. nasi lemak teh tarik naik 5kg.Hhahahaha.. Apa-apa pun jangan la anggap Bukit Broga ni tak bahaya. Ada yang mati ye kena hempap batu kat atas tu.Jadi keselamatan kena didahulukan. Setakat ni dulu cerita Bella untuk perkongsiaan dan kenangan Bella juga. 

Tadaaaa... bye2x..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.