Seronoknya di Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling,Kedah

Hi...semua!! Holla2x.. Semua sihat ke tak? Kalau x sihat jangan lupa makan ubat k. Hari ini Dura nak share pasal Travel York!! page Dura y...

Hi...semua!! Holla2x.. Semua sihat ke tak? Kalau x sihat jangan lupa makan ubat k. Hari ini Dura nak share pasal Travel York!! page Dura yang still berkisar pada percutian di negeri Kedah.. Korang yang nak ke negeri kedah boleh la juga singgah disini. Bercuti ke Langkawi, Jejalan di Alor Setar Kedah, Ladang Anggur Tasik Beris clik je link-link ni semua.

Ok..Kembali kepada tajuk utama kita.Air Panas Ulu legong. Tempat rekreasi ini sangat la dekat dengan kampung dura. Kalau rajin bolehla pergi. Tinggal rajin dan malas je. hahaha...Rekreasi ini telah menjadi Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta mereka menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat.




air panas di kedah

Perjalanan ke sini dari rumah Bella dekat je. Kalau korang dari KL kenalah menuju ke daerah Baling dulu. Masa belajar kat Polimas pun selalu pergi dengan kawan-kawan. Malam tu Bella pergi dengan family. Tak tau kenapa malam tu terlalu penuh sampai jalan pun jammed. Rasanya ini pertama kali Bella pergi tempat ni jammed macam ni. Apa sudah berlaku?? huhuhuhu.. mungkin sebab cuti sekolah kot kan.. ntah la.


baling

Disekitar Pusat Rekreasi Ulu Legong ni, ada bermacam-macam kedai yang menjual makanan dan ada juga yang menjual pakaian. Jadi, kalau korang tertinggal seluar mandi ke, baju mandi ke, jangan panik! Sebab korang tinggal beli jer. Makanan pun banyak. Tinggal pilih je. Kalau nak makanan berat pun ada kedai yang di buka.


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.Sebelum nak masuk harusla beli tiket dulukan..ne ada yang percuma sekarang ni. Di abad 2014 ni.Bayaran masuk untuk dewasa adalah rm6 dan kanak-kanak pula rm3. Dulu percuma jer. Mungkin sebab air panas ulu legong ini telah dibangunkan. Dulu ada 3 kolam sahaja. Sekarang dah jadi banyak kolam.


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dibuka 24 jam sehari. Para-para pengunjung dapat mengunjungi pusat ini bila-bila masa sahaja. Kalau korang ada sebarang pertanyaan dan tempahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sila hubungi no telefon berikut 04-4721548 ; 04-4721468; 04-4731024;04-4731025 sebab kat sini pun ada chalet.


Memula korang masuk, korang akan nampak kolam ni. Kiri dan kanan pun ada. Bella tak pernah mandi dikawasan ini. Sebab kolam ni cetek dan lebih sesuai untuk kanak-kanak. Lagipun kawasan ini selalu penuh dan padat. Bella tak tau la kat sini suhunya macam mana, tapi Bella rasa mesti hanya suam-suam sahaja. Kawasan ni dan kolam ni baru je dibangunkan. Kalau tidak dulu kawasan ni kosong saja.


Rekreasi ini juga penuh dengan kemudahan. Ada chalet dan toilet untuk tukar baju, tapi sentiasa la penuh. Chalet Bella tak pernah lagi duduk. Sebab rumah dekat. Rasa macam bazir plak. Kebanyakkan budak2x bujang ataupun keluarga yang ada khemah dorang pasang je siap2x khemah. Merata-rata penuh khemah kat sini. Yela, senang nak tukar baju. Nak letak barang berharga dan merehatkan badan. Syok gak kan? Kalau banyak anak-anak mesti dorang happy. Pengalaman baru bagi dorg, ber camping di taman rekreasi. Pagi-pagi bangun terus terjun kolam.


Nilah keluarga besar dura yang join malam tu. Sebenarnya ramai lagi tapi dah sangkut kat jammed tu. Aktiviti ni lebih kepada nak membawa adik Bella yang tak pernah pergi tu. Happy giler!! Tapi kalau dengan keluarga suami ni kena lebih bersopan yer.. lagi2x kalau suami jeling2x bila Bella gelak kuat-kuat..ala.sibuk jerk!.


Ini kolam pertama. Dari kolam nilah.. air panas tu keluar dan kolam nilah kolam pertama yang dibina. Kolam ni takda yang mandi, tapi ada yang terjun yer.. Biasalah budak2x baru nak up. Tarik perhatian ramai dengan terjun kedalam kolam yang pertama nilah. Bila ada yang terjun riuh. Semua menjerit dan bertepuk tangan. Kira hebat sangat la tu. Tapi HB kata, kebanyakkan kawan-kawan dia dan dia pun boleh je terjun ke dalam kolam no 1 ni, tp tak lama la. Ada la beberapa kawan dia yang mampu berenang dan menyelam tenang je dalam kolam ni. Mungkin kebanyakkan anak jati Baling semua mampu terjun kot kedalam kolam no 1 ni.


Kami memilih untuk bermandi manda di kolam yang ketiga. Memula nak masuk kaki pun susah dan payah.Rasa macam arggghhh!!! panasnya!! TAK NAKK!!. Korang kena masukkan tapak kaki dulu.Tahan sikit, lepas tu masukkan sikit lagi dan seterusnya sampaila korang boleh berenang dalam tu. hahhahaa. Senang kan? Budak-budak memang happy giler la. Sampai taknak balik.


Penat dah mandi manda rehat kejap la makan. Sebelum makan pose dulu.. Tu penting, hahhaa. Masa ni kitaorang ada bawa bekal roti telur. Bella rasa macam alamak!!masinnya!! tapi adik Bella kata bawa je. Abis licin ok? hhahaha.. lapar. Lepas makan boleh la terjun lagi. Syok.. sebab suasana masa tu sejuk. Kena plak ngan air panas,memang ngam la kan. Bila korang naik je, badan korang akan berasap. Tak tipu. Kalau mandi lama sangat kulit akan jadi kemerahan. Ok la tu. Ubati penyakit kulit.



Tengok la tu, HB melayan anak buah dia. Seronok dia pergi lambungkan bebudak tu. Air separas dada. Masih mampu mencecah lantai kolam. Memang seronok sangat kalau pergi reramai. Kalau pergi berdua ke sini, agak tidak sesuai kerana banyak mata memandang.Ye la, kawasan kampung kan.. walaupun korang suami isteri. Tak boleh la nak berpelukkan sakan dalam tu. Kecuali korang tak kisah. Bolehla.Sian mak su. Tak mandi. Jadi penjaga beg. huhuhu. Love u mak su.


Dah puas mandi marilah kita pulang yer.Nanti kita datang lagi. Dekat je pun. Selalunya jarang Bella kesini berdua. Mesti ramai sepupu nak join. Oh ya.. better Bella bagi tips sikit la sape yang nak kesini.
  • Korang bawa la kain batik, sebab selalunya la toilet terlalu penuh dan jadi kotor. Jadi kalau korang bawak kain batik, bolehlah tukar kat dalam toilet tapi bahagian luar je. Senang. Tapi korang kena taulah cara nak tukar baju guna kain batik. Tau kan?
  • Korang bawa la bekal kalau nak jimat. Sebab makanan dorang lebih kepada makanan segera seperti nugget, hot dog paling berat pun nasi lemak.
  • Bawa tuala.
  • Jangan lupa bawa plastik beg kosong letak baju basah.
  • Korang kena ada seorang jaga barang berharga. Bahaya. 
  • Tempat kebanyakkannya licin. Jalan je. Jangan lari.
  • Kalau nak buka khemah, sila datang awal.Buka khemah betul2x depan kolam ketiga yg tempat Bella mandi tu. Memang heaven.
Sampai sini dulu.. nanti kalau ada pertanyaan, tinggalkan je kat ruangan comment, nanti bella balas. Memang seronok ke sini. Tak rugi. Murah plak tu. Tak banyak guna duit sangat la.Bella guna DSLR, tapi pic still tak awesome #SEDIH. Kalau korang search Air Panas Ulu Legong ni waktu siang lagi cantik.

Korang boleh je klik link ni. Semuanya di Kedah.

Bercuti Ke Langkawi
Jejalan Di Alor Setar Kedah
Jom Melawat Ladang Anggur Tasik Beris


Ok..sampai disini dulu...ikhlas dari BELLA IDURA.

You Might Also Like

29 ulasan

  1. Menarik...

    salam singgah.. http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. ada masa datg la sini. best. Kolam air panas yang tercantik.

      Delete
  2. Bestnya..dah la buka 24jam... Boleh gi malam-malam jugak.. Jemput lawat dan follow blog www.kindhearty.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii ne tau best xpergi lagi?hehehehe... tapi memang best pun. Selalu bella gi. Sebb kat kg nak buat apa lgi..semua activiti nature je. salam kenal.

      Delete
  3. Baguslah dah ada review pasal air panas ni. Hari tu planning nak datang sini lah :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. abis pergi tak? Byk la dear orang review, tp cara memasing la kan.. kalau nak tengok kecantikkan sebenar air panas legong ni, boleh tgok pic time siang. Saya x pernah lagi pergi time siang lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. nanti raya jemputla datg mah kat baling kedah. hehehe..

      Delete
  5. seronoknya..best berjalan hilang stress...salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bella memang kaki jalan. Sampai mah kata, simpan la duit tu sama.. hahaha..sanggup berabis untuk travel.

      Delete
  6. baru dk search pasal kolam air panas n .....nak cari tempat menginap yg harga bwah RM 100 da x untuk dua org ja

    http://acaashafatin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat menginap tu saya x pernah search tapi memang ada hotel kat baling. Baling inn. Tak mahal rasanya. Saya pernah duduk situ.

      Delete
  7. salam kenal dura, pcl dah lama tak ke sana, nakpi lagi ..plan masa cuti xmas ni.. serius lama sangat dah sebelum ada chalet tu lg.

    Tq shareing info.

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga.... pergila.. tapi datang la awal sikit. Sure penuh orang time tu. Cuti sek kan...

      Delete
  8. tak pernah bawak anak ke sini.. memang ada plan nak bawak anak2 ke sini.. harap menjadi laa plan nak ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergila..x bahaya pun.. banyak ruangan untuk kanak-kanak disediakan.

      Delete
  9. Teringin nk p sana. Nmpk mcm best jer

    ReplyDelete
  10. Teringin nk p sana. Nmpk mcm best jer

    ReplyDelete
  11. Teringin nk p sana. Nmpk mcm best jer

    ReplyDelete
  12. Bestnya mandi kolam air panas malam2.... Huishhh segar badan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.