AirAsia
Bercuti
jepun
Tip
Travel York
PENGINAPAN DI KYOTO, OSAKA DAN TOKYO
27 November
Assalamualaikum semua, disebabkan ada permintaan yang nak tahu hotel pilihan Bella sepanjang berada di Jepun, jadi disini Bella kongsikan hotel yang Bella dah pilih. Hotel ini berdasarkan cadangan di Page FB Road To Japan. Macam biasalah, Page yang penuh dengan kawan - kawan yang sangat excited berkongsi dan bertukar pengalaman baik dan buruk mengenai Jepun. Pendekkan cerita sebelum Bella panjangkan lagi cerita, Inilah PENGINAPAN DI OSAKA, KYOTO DAN TOKYO yang telah Bella pilih.
PENGINAPAN DI KYOTO - GUESTHOUSE OKI'S INN
8400yen satu malam
8400yen satu malam
Penginapan di Kyoto Bella pilih Oki's Inn. Sebelum pilih, Bella bukan saja baca pengalaman semua kawan - kawan yang pernah menginap Oki's Inn di FB Road To Japan, Bella juga baca reviews di FB, Blog dan Trip Advisors. Semua sangat memuji dan berpuas hati dengan owner dan juga rumah ni. Bella pula teruja nak duduk dekat sini bila tengok gambar keadaan rumah ni. Macam rumah Nobita. Masa Bella sampai, pintu tertutup. Bella tak tahu mana pintu masuk. Dah berpusing kami keliling guesthouse ini. Dinding, pintu dan tingkap semua sama design. Hahaha. Ini pintu masuk yer. Ini pula Yuka. Owner guesthouse ni. Comel. Baik. Pandai speaking. So, don't worry. Boleh tanya banyak dekat dia.
Bella pilih bilik berdua macam ni. Cadar memang jenis tak boleh tegang. Bukan Bella dah berguling ya. Masuk bilik kena tunduk. Masuk harum! Haruman semulajadi dari tikar mengkuang. Bukan pewangi. Bella book melalui Booking.com. Korang kalau book melalui Booking.com, tunggu email dari Yuka. Baru korang boleh lega sebab Yuka akan bagitahu cara nak ke Guesthouse dan accommodation tax yang korang kena bayar. Bella tak pasti bilik jenis ini ada berapa tapi yang pasti guesthouse ini cepat penuh. Bella book 4 bulan lebih awal.
Ini tempat makan. Ini macam rumah tau. Depan Bella tu ada dapur. Sebelum check ini Yuka akan bagitahu setiap bahagian rumah dan peraturan rumah ni. Selipar luar dan dalam toilet asing. Bella lupa tersangat nak ambil gambar toilet. Dalam toilet beralaskan tikar mengkuang. Korang bayangkanlah. Macam tikar dekat tempat Bella makan ni. Tapi bersih. Setitis air pun takda. Yuka pun duduk sini. Toilet laki dan perempuan asing. Tempat mandi kongsi. Tapi bersih namati.
Bangun pagi sebelum check out sempat juga Bella bancuh kopi. Cawan, piring, semua - semualah. Comel! Hahaha. Walaupun rumah ini berkongsi ala - ala tumpang rumah sedara. Tapi Bella tak pernah terserempak dengan sedara mara lain. Dengar tapak kaki je. Bilik Bella dekat bawah. Atas macam hostel tau. Jadi akan dengar orang naik tangga dan turun tangga. Tapi macam nak terserempak bersembang memang tak jumpa. Macam kami berdua je dekat rumah ni.
Ini tempat basuh baju. Ada masa yang dibenarkan untuk basuh baju. Comel kan? Bersihlah kesimpulannya. Bella tak pasti macam mana cara nak maintain kan tikar mengkuang supaya sentiasa bersih. Bella memang tak tahu. Dulu nenek ada pakai. Sekarang dah jarang sangat jumpa. Batu - batu dekat sinki tu pun, nak nampak sikit lumut pun susah. Tapi, pokok tepi tu segar. Kagum cara dorang jaga kebersihan. Tu tuala Bella lap peluh. Kah2x. Jemur bagi kuman lari.
Rindu dengan Doraemon dan Nobita bila masuk rumah ni. Tangga ni sebijik macam nak ke bilik Nobita. Sedihnya. Teringat masa kecil - kecil tak nak mengaji sebab nak tengok Doraemon. Walaupun Bella sekejap saja dekat rumah ni. Masuk pukul 9 malm dan check outt kul 6 pagi tapi tetap menjadi satu pengalaman yang sangat manis. Pengalaman baru menginap di rumah orang Jepun. Guesthouse ini juga dekat sangat dengan Naritaya Halal Yakuniku, Ramen Halal, Gion Street, Bus station dan train pun dekat.
Malam tu Bella pergi Kiyomizudera naik bus, tapi balik Bella jalan kaki je. Bella nak round - round sekali nak singgah Starbucks Ninenzaka dan Kongoji Temple. Tapi Kongoji Temple macam tengah renovate. Sedih. Tengok maps macam dah sampai, tapi temple takda. Rupanya kena selubung dengan canvas. Renovated la kot Bella rasa. Malam tu Bella dari Kiyomizudera ke tempat - tempat ini termasuk Gion Street memang jalan kaki saja. Nampak Geisha tapi macam ada orang jaga. Jadi pandang jela. Walaupun jauh juga menapak, tapi puas hati. Maknanya dari Oki's Inn sangat mampu berjalan kaki kesemua tempat menarik ini. Bella berpandukan Google Maps sahaja. Download siap - siap dari Malaysia.
PENGINAPAN DI OSAKA - HOTEL SHIN - IMAMIYA
5427yen satu malam
Menyahut cabaran Tok Jack untuk menjadikan Hotel Shin-Imamiya sebagai mini Malaysia, Bella menyahut cabaran itu dengan mem booking hotel ini bila Bella di Osaka. Hotel ini dekat dengan train dan Donki! Memang giler. Malam - malam bila lapar terus cari Onigiri dekat Family Mart dekat. Boleh jalan kaki. Bella booking melalui Booking.com sama juga 4 bulan lebih awal. Sebab Bella nak bilik yang dalamnya ada toilet. Cepat habis. Jangan risau, bila dah dapat email Booking anda disahkan, maknanya ok la tu. Bella bayar masa check in.
Bilik Bella lebih kurang macam ni. Toilet dalam bilik Bella. Tepi katil tu je. Punyalah tak sempat. Gambar ini pun Bella ambil dari Google je. Gambar sendiri tak teringat nak ambil. Penat. Hotel ni banyak kemudahan. Tapi, Bella tak sempat nak terjah. Inilah hotel yang paling Bella lupa pengalaman tidur dalam bilik ni. Check in kul 8 malam. Letak beg, mandi jap pergi Donki sampai kul 2pagi. Balik tidur. Pagi - pagi kul 7 dah check out. Tapi tak menyesal pilih Hotel ni. Lokasi Tip Top! Terbaik Tok. Tak rugi yer, dengar cakap Tok.
PENGINAPAN DI TOKYO - HOTEL NEW KOYO
10,400YEN DUA MALAM
Tokyo paling Bella lambat study. Banyak abis masa dekat Kansai area. Kyoto dan Osaka. Boleh korang baca dekat sini, 8 Tips buat itinerary sendiri ke Jepun, kesilapan Bella semasa buat Itinerary. Malam nak fly Bella masih lagi study maps Tokyo. Jadi, korang jangan ulang. Bacalah tips Bella tu. Jadi, Hotel dekat Tokyo Bella pilih dengan tengok yang paling murah dan dekat dengan pengangkutan. Tak sempat nak baca review selidik saiz bilik semua. Bella pilih Hotel New Koyo. Hotel ini pun antara yang panas. Takut penuh. Bella pun booking sajalah. Bella sangat tak sangka yang namanya Hotel tapi macam Motel. Aiyaa!!
Kecil. Seriously kecil. Tapi under bajetlah kan? Bila bag masuk, kami kena berdiri. Terpaksa Bella susun barang setiap kali lepas shopping. Bella terkejut sebenarnya. Macam tak percaya Hotel tapi kecil macam Motel. Bella banyak kali cakap dengan kawan Bella. Semahal - mahal hotel dekat Hong Kong. Mahal lagi hotel di Tokyo. Bella rasa bilik Hotel Shin-Imamiya dah kecil dah. Hotel New Koyo lagi kecil! Kah2x.
Tempat tv ni jadi tempat letak barang kecil - kecil la. Dompet, Handphone, coin dan jadi tempat charge handphone juga. Jangan lupa bawal traveller Charger. Plug ada dua. Toilet kat luar. Bilik mandi dekat bawah. Dapur, pingan mangkuk dan air panas ada kat bawah. Semua kemudahan lengkap. Bila Bella nak mandi HB temankan. Sebab bilik mandi tu campur. Ada bilik mandi untuk perempuan saja. Tapi jenis open tersangat. Bilik mandi plak, kalau korang mandi lama sangat lampu akan terpadam. Bila terpadam, korang buka je balik pintu dan lampu akan terpasang. Tak pe. Sebab pintu dua lapis. Jangan lupa kunci pintu plak.
Backparkers gini lah citenya. Mungkin korang boleh lagi jimat dengan cari dorm. Malam sampai tu kami tidur di airport saja. Pagi - pagi baru kami gerak. Pengalaman berharga. Tidur Hotel sekecil ini. Tidur kat kerusi.Tapi ok je. Bella memang ok. Janji travel. Kah2x. Lagipun pagi - pagi dah keluar. Malam baru balik. Tidur hotel mewah Honeymoon takpe. Tak pun guna travel agency kan? Paling penting cari lokasi dekat dengan pengangkutan a.k.a keretapi. Itu dah cukup.
Paling Bella nak berterima kasih dekat Hotel New Koyo, sebab bagi HB pinjam basikal kejap pergi cari handplast tampal jari kaki Bella yang pecah. Sepatutnya kena sewa. Tapi HB minta pinjam dia bagi. HB kata kayuh straight je lepas tu jumpa dengan Family Mart. Bella dari train ke Hotel New Koyo tak sempat study. Ikut je Google Maps, memang keliru. Jadi korang study lah landmark untuk masuk simpang ke hotel ni. Sebab hotel ini kedudukannya macam jalan belakang sikit. Masa nak check out last day, baru perasan. Sekeliling hotel ini cantik sangat dengan tanaman orang setempat. Bolehlah korang jalan - jalan tengok nanti. Bella rasa cukup setakat ini dulu. Panjang sangat takut bosan kan? Nanti Bella sambung balik.
Semoga bermanfaat. :)
5 ulasan
paling best ni kalau pergi Japan ni...sbb makanan dia sedap2
ReplyDeletemenarik juga stay tempat gini. ish serius rasa nk repeat Jepun. x puas
ReplyDeleteWahhh cantiknya guesthouse ni. Rate dia berbaloi ke kalau nak stay lama dekat sini?
ReplyDeleteYeah bookmaking this wasn't a speculative determination outstanding post!
ReplyDeleteHi! Quick question that's totally off topic. Do you know how to make your
ReplyDeletesite mobile friendly? My site looks weird when viewing from my iphone4.
I'm trying to find a theme or plugin that might be able
to resolve this problem. If you have any recommendations, please
share. Thank you!
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.