05 April
PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL
05 AprilPencuci muka Bella abis ni. Paling malas kan nak fikir untuk beli dan tukar pencuci muka baru. Selalunya Bella akan tukar pencuci muka sele...
Pencuci muka Bella abis ni. Paling malas kan nak fikir untuk beli dan tukar pencuci muka baru. Selalunya Bella akan tukar pencuci muka selepas 3 bulan setia menggunakan satu jenama. Sebab selepas 3 bulan pencuci muka tu dah macam takda memberi kesan kat wajah Bella. Sebelum ni, Bella ada jerawat besar - besar dekat bawah pipi. Nasib kat bawah pipi kan? Pakai tudung hilang. Kih2x. Selepas 3 bulan, jerawat besar tu mengecil. Tapi mengecil dan menjadi jerawat kecil - kecil pula. Adoi! Bella dah lama dapat tahu yang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL. Cuma tak sempat nak cuba. Jadi inilah masa yang paling sesuai Bella nak cuba. Bella akan cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Jom - jom pergi cari.
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER MENJADIKAN KULIT WAJAH LEBIH SIHAT
Kenapa Bella cakap Pencuci muka terbaik Cetaphil? Korang tak percaya korang Google dan carilah senarai pencuci muka terbaik sama ada di Malaysia ataupun Indonesia. Mesti Brand Cetaphil akan tersenarai. Ia juga disarankan oleh Dermatologist (Malaysia No.1 derma Skincare Brand). Bella baca ini pun dan teruja. Memang terus pilih. Tak pandang yang lain.
Korang jangan salah pilih produk tau. Jangan tertarik dengan iklan dan janji - janji manis produk kecantikan yang menawarkan kulit akan cantik, putih nampak macam kulit bayi dalam masa 7 hari. Jangan! Korang sepatutnya cari produk yang menyihatkan kulit wajah korang luar dan dalam. Bella memilih Gentle Skin Cleanser dan baca segala kebaikan yang akan diberikan kepada kulit wajah. Bella tertarik sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan menjadikan kulit wajah lebih sihat dari dalam. Membuatkan wajah benar - benar sihat.
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER DENGAN FORMULA MELINDUNGI KULIT
Kulit wajah yang sihat tu macam mana ya? Tanpa jerawat? Putih melepak? Kalau korang nak tahu, kulit wajah yang benar - benar sihat adalah yang bila sentuh dan belai rasa lembut dan lembab. Bukan kering atau berminyak tau. Jadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan melindungi kulit dengan kandungan semulajadi yang terdapat didalamnya. Sebuk lembut inilah formula rahsia yang akan membersih jauh kedalam kulit dan sekaligus akan melembabkan kulit wajah. Cara inilah yang akan membuatkan Bella mendapat kulit wajah sihat idaman Bella.
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER SESUAI DENGAN SEMUA JENIS KULIT
Bila korang nak cuba, mesti korang terfikirkan? "Ala, kulit muka Bella macam ok je. Kulit muka aku ni, berminyak. Atau Sensitif. Atau kering sangat." Jangan risau, sebab kajian telah dilakukan dan dan 99% sangat bersetuju yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersihkan wajah dengan lebih bersih dan menjadikan kulit wajah lebih lembut dan lembab keatas semua jenis kulit. Jadi semua jenis kulit pun sesuai. Korang guna saja tanpa was - was. Sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini :-
- Tanpa sabun
Pencuci muka yang mengandungi sabun akan berbuih dan buih itu akan mengikis lapisan pelindung semula jadi dan akan membuatkan kulit kering.
- Tanpa pewangi tambahan
Kalau korang kulit sensitif, janganlah guna pencuci yang wangi kerana pewangi itu akan merengsakan kulit dan jadikan kulit lebih merah atau gatal.
- PH yang seimbang
Cetaphil Gentle Skin Cleanser mengandungi PH value yang dekat dengan PH value kulit semulajadi kita.
- Terbukti secara klinikal
Oleh sebab itu pakar kulit selalu mengesorkan kepada individu supaya kulit lebih sihat kerana ia selamat digunakan dan berkesan menjaga kulit dengan baik.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga sesuai digunakan di badan yang bermasalah jerawat dan juga muka. Ia juga boleh digunakan sebagai penjagaan harian untuk kulit sensitif. Ia juga boleh digunakan keatas kulit bayi. Selamat. Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah dengan mengunakan air atau tanpa air. Macam magik!
- Bila nak gunakan air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian cuci menggunakan air sehingga diyakini bersih.
- Tanpa air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih.
PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGUNAKAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
HARI PERTAMA
Bella pakai sebelum tidur. Cuci mekap dengan pencuci mekap dan pamkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit muka Bella. Alamak! takda buih. Tak biasa sungguh! Sangat janggal dan rasa kulit tak bersih. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini berwarna jernih. Ia dah bertukar kepada warna kelabu bila digosakkan ke wajah Bella. Sebab ia juga menanggalkan mekap yang ringan dan mencuci jauh kedalam. Bella tak perasan sangat masa tu. Tapi bila Bella cuci muka dengan air, air yang jatuh itu berwarna putih susu. Memang jelas sebab sinki Bella warna hitam. Selepas cuci Bella gosok dengan jari, owh dah kesat. Maknanya kulit dah bersih dari kotoran dan minyak. Bella pun tidur.
HARI KEDUA
Bangun pagi - pagi sebelum nak ambil air sembahyang, perasan muka langsung takda minyak. Macam pakai bedak nipis macam tu. Kulit muka Bella jenis berminyak. Selalunya bangun pagi, memang berkilat - kilat muka Bella. Ini macam matte gitew. Bella macam eh! betul ke ni? ke mimpi? Sambil gosok - gosok pipi. Pagi tu Bella cuci sekali lagi. Bila petang, masa Bella tengah masak HB balik kerja dia tegur. Eh! harini ada orang pakai pemerah pipi la. Bella macam eh! takdalah. Tak kuasa Bella nak pakai mekap. Seriously?? Maknanya muka Bella dah nampak perubahan dan glowing. Serius la. Macam tak percaya kali ketiga!
HARI KETIGA
Bella cuba cuci badan HB sebab dia ada masalah jerawat dekat badan. Bukan nak buka aib suami, tapi benda baik dan memberi kebaikan kepada semua, InshaALLAH. Tapi Takda gambar suamilah yer, mahal. Kah2x. Bella buat sama macam cuci muka. Gosok belakang HB rata - rata. Dalam masa 5min macam tu, jerawat yang dah kering, membuang kulit mati dan bintik putih jatuh! Jatuh dekat telapak tangan Bella! Tunjuk dekat HB. Tapi susah sebab warnanya sama dengan warna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Puas Bella cuba. Bella cakap " Sayang, Jerawat sayang jatuhlah!" "Mana??" Bila tunjuk "Bintik putih la" Selama ini dengar je kata bintik putih jatuh. Hari ini tengok ada atas tangan. Allahu. Bersyukur sangat kenal dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni.
HARI KEEMPAT
Kesan jerawat kecil - kecil yang ada bawah pipi Bella mula mengeluarkan isinya. Selama ini ingat jerawat mati. Rupanya ada isi! Patutlah tak hilang - hilang. Boleh dikatakan semua jerawat kecil yang tak hilang - hilang ada isi kat dalam. Bella picit memang banyak sungguh yang keluar. Isi putih macam bintik putih. Sekarang tinggal kesan jerawat yang besar dan yang dah takda isi. Sekarang Bella teruskan supaya kulit Bella mulus dan licin tanpa jerawat.
HARI KELIMA
Bella berani keluar tanpa mekap! pergi pasar raya besar tau. Pergi makan malam dengan HB. Selalunya HB akan tegur, eh kenapa muka berminyak sangat ni? Hari ini HB diam je sampai Bella tanya, pelik tak muka hari ni? HB kata nape? Ok je. Sebab selalunya Bella akan mekap nipis sangat. Bagi muka nampak berseri sikit cukuplah. Jadi HB ingat Bella pakai bedak macam tu. Padahal Bella bedak pun tak pakai. Bella bagitahu yang Bella tak pakai mekap hari ni. HB terkejut sangat - sangat. Dia kata memang ok. Selalunya berminyak. Lagi natural beauty katanya. Tersengih macam kerang busuk Bella.
Memang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL! Bella terus sukakannya dan jatuh cinta. Masa mula pakai takdalah harapkan kesan sepantas, secepat dan sebaik ini. Bella selalunya akan nampak kesan setakat muka kurang berminyak saja. Target Bella, hilang jerawat cukuplah. Ini memang terbaik. Semua kesan Bella rasa dalam masa kurang seminggu. Sekarang yang susah bintik putih dekat hidung dan jerawat kecil - kecil sekitar muka. Tapi yang takda isi. Harapan harap Cetaphil Gentle Skin Cleanser boleh hilangkan juga.
Korang boleh cari dekat drug store seperti Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia dan juga e-commerce store seperti Shopee dan Lazada.