Tuesday

Majlis Penyerahan Cek AIRASIA Kepada MAKNA #AirAsiaMakna

Bella berbesr hati kerana dapat bersama-sama memberi sokongan dalam kempem kutipan sumbangan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA). Sehubungan dengan itu, AirAsia telah mengadakan satu majlis penyerahan cek kepada MAKNA #AIRASIAMAKNA hasil dari kutipan sumbangan dari orang ramai yang telah menderma secara tidak lansung dengan hanya membeli AirAsia T-Shirt.

AIRASIA

Baguskan korang derma pun korang tak perasan sebab dapat T-Shirt yang cantik.Kutipan ini telah berjalan beberapa bulan lagi bermula sejak bulan Jun lagi. Kutipan yang berbentuk pembeliaan T-Shirt exclusive AirAsia. Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA   

MAJLIS AIR ASIA

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan”.

“MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka" tambah beliau.

MAKNA

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad turut menyerahkan dana terkumpul menerusi kempen ini kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA di majlis penyerahan cek hari ini di Fahrenheit 88, penaja lokasi acara ini.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran. Ini membolehkan MAKNA bertemu lebih ramai orang dan menyebarkan informasi yang diperlukan yang juga penting. Lebih banyak kita berbicara mengenai kanser, lebih ramai akan memahami dan mengambil tindakan dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan kempen ini, AirAsia bukan sahaja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi juga terus dengan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini."



Selebriti tempatan juga turut hadir menyokong kempen #AirAsiaMAKNA serta bertemu pesakit kanser, bekas pengidap kanser dan keluarga mereka yang telah bermanfaat dari inisiatif-inisiatif MAKNA.Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke  Maldives atau Sapporo!

Peraduan ini telah menyaksikan lebih dari 750 penyertaan dan dua pemenang bertuah dipilih oleh Aireen Omar dan diumumkan semasa majlis hari ini juga. Pemenang-pemenang adalah @shaarin dan @suzanekassim, dan mereka akan dihubungi oleh syarikat penebangan tersebut untuk menebus hadiah
penerbangan mereka. Sepanjang kempen ini  AirAsia juga telah berkongsi fakta pantas mengenai kanser di laman media sosial bagi meningkatkan kesedaran terhadap kanser.


Ini diantara artis - artis yang sama-sama memberi sedikit sumbangan untuk pertubahan MAKNA. MAKNA ditubuhkan dengan tujuan  mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta  masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini.  Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.


AirAsia komited membawa perubahan terhadap perkara ini,  dan telah turut berkerjasama dengan Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di .Malaysia. ‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.
Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari