PERTAMA KALI KELUAR TV - TUMIT TINGGI

DIPANGGIL SEBAGAI BLOGGER JEMPUTAN - TUMIT TINGGI TV1 Pernah dengar tak   Program TV1 Tumit Tinggi yang banyak berkongsi mengenai...

DIPANGGIL SEBAGAI BLOGGER JEMPUTAN - TUMIT TINGGI TV1

Pernah dengar tak  Program TV1 Tumit Tinggi yang banyak berkongsi mengenai wanita. Program ini telah bersiaran selama beberapa minggu dan memanggil blogger sebagai jemputan. Bella telah dipanggil untuk siaran minggu ke 10. Pada 11 Jun 2016. Siaran adalah pada setiap hari Ahad jam 12.05 tengah hari. Sebelum ini kawan - kawan Bella dah pernah keluar dah, termasuklah @Juliajohari, @Ayujean, @Nadiajohari, @CikZa, @Mera @Fiza dan @Yanty #kbba9 Terbaiklah. Sekarang sampailah minggu jemputan untuk @Bella-idura. OMG!! Takutnya. Jom Bella ceritakan  pengalaman PERTAMA KALI KELUAR TV - TUMIT TINGGI.

Tumit Tinggi TV1

PERTAMA KALI PEGANG SKRIP DAN KELUAR IKLAN - TUMIT TINGGI TV1

Ini adalah iklan di TV1 mengenai Program ini. Malam itu, dah ada 2 3 orang whatsapp kata 
"wahhh!! keluar TV la" " Eh Bella kuar TV1 la, ke salah orang? " giteww.. 
Betullah tu sayang - sayang, teaser pun Bella dah kaku. Ada membe Bella kata, "wei, kenapa cakap macam itu? macam cakap tudung tengah ketat giler. " Hahaha. Tidak tahu lutut tengah mengeletar masa ini.  Sebenarnya sebelum ini dah banyak kali TV panggil, tapi Bella tolak. Selalunya sebab dah ada temujanji lain. Program Tumit Tinggi ini, Bella diberitahu awal seminggu, jadi Bella siap - siap kosongkan minggu itu untuk program Tumit Tinggi ini. Bella tidak mahu mengecewakan hati-hati yang Bella sudah janji.



MENGHAFAL SKRIP - TUMIT TINGGI TV1 

Dua hari sebelum Bella dah dapat skrip untuk dihafal. Itu pun selepas HB suruh Bella yang minta. Bella kalau tidak malas hendak minta. Tapi Bella fikirkan takut Bella merapu akibat terlalu gabra jadi Bella pun mintalah. Sekali itu, ituuuu dia! Skripnya panjang bukan main. Bella siap buat toyol sebab tidak mampu hendak hafal. Macam boleh tengok toyol. Marah penerbit. Bila tengah menghafal itu pun Bella dah terasa hendak terkucil dah. Baru hafal skrip. Rasa hendak tarik diri pun ada. Tapi dah janji dan terima, terpaksalah Bella harungi juga. Ketaq!! 


ALAMAK!!! TIDAK SEMPAT HENDAK MELARAM-  TUMIT TINGGI TV1

Mula - mula produksi Tumit Tinggi Shima, memberitahu Bella supaya datang ke lokasi pengambaran pada jam 2 ptg. Bella rasa macam ok, sempat ini hendak minta tolong @SurayaSufian jurumekap yang boleh membuatkan hidung Bella nampak mancung dan comel ala2x barbie doll. Sekali diberitahu balik yang Bella kena "Stand by" pukul 11pagi. Alamak! punah! Bella pun datang dengan tergesa - gesa dan mekap yang ala kadar sahaja. Gaya lilitan tudung pun entah apa - apa ntah Bella buat. Padahal, sebelum ini tidak pernah buat pun gaya tudung macam itu. Jadi apa yang korang akan lihat di kaca Television adalah Bella idura yang "neautral beauty" gitew. Plus ke"kayu" an yang terserlah. Arrrgh!! malu. Bella faham, masa yang diberi sekadar garis ukuran yang tidak dapat dijangka jika berubah.


LOKASI PENGAMBARAN YANG INDAH -  TUMIT TINGGI TV1

Lokasi pengambaran Bella adalah di Bukit Jugra. Cantik sungguh. Bella pertama kali datang sini. Teruja sekejap. Cabaran bagi krew pengambaran Tumit Tinggi adalah mencari sudut yang tiada orang lalu lalang dan pencahayaan yang tidak terlalu terik. Waktu itu cuaca amat panas dan terik, tambahan tiada kedai berdekatan yang menjual air. Mencabar! Tambahan pula, aktiviti Paragliding sedang rancak pada waktu ini. Sukar yang amat untuk menghalang orang daripada lalu lalang. Mekap Bella pun dah mencair. Tudung pun dan senget benget. Perasaan cemas makin-makin menebal. Rasa nak lari balik!!


BERDIALOG KALI PERTAMA -  TUMIT TINGGI TV1

Setelah dicari sudut yang sesuai, jadi Krew Produksi Tumit Tinggi sepakat untuk merakamkan Bella di celah tangga ini. Bella terus berpeluh dengan laju dan bagitahu dekat abg cameraman, "Alamak bang, dekatnya. Nanti nampak saya gemuk." Abang cameraman itu gelak kecil saja. "Mesti dalam hati dia kata "Dah gemuk salahkan aku plak" Hahaha. Tapi Bella seronok kerja dengan abang kameraman ini. Sempoi je layan Bella. Alhamdullilah. Hari ini Bella dapat krew - krew yang sungguh sporting dan sempoi. Ini adalah slot yang pertama. Bella pun sebutkanlah apa yang Bella sudah hafal, sekali    Suriawaty minta Bella sebut skrip yang tengah - tengah. Maknanya skrip Bella dah jadi tungang terbalik dan sukar untuk Bella mengingati skrip Bella, sebab Bella sudah hafal ikut susunan!! OMG!! Cabaran! Sebab sudut yang sangat terhad, pergerakkan Bella amat terbatas. Jadi Bella kena tegak saja sambil berdialong. 


PERGERAKKAN YANG TERBATAS -  TUMIT TINGGI TV1

Berbagai gaya dan berbagai sudut Bella kena Shoot. Bella paling takut slot yang kena duduk. Adeh. Kalau berdiri dan nampak gemuk, duduk lagilah. Takut orang confuse, ini abam ke Bella. HB tidak habis - habis gelakkan Bella sebab Bella terlalu kaku dan membaca. Apa lagi, Bella cubalah berdialong sambil feeling - feeling menggerakkan tangan. Sekali cut!!!! Bella, awak sentuh mic. OMG!! kena buat sekali lagi dari awal. Ambil ko. Feeling la kenkonon. Jadi Bella ambil keputusan untuk tegak berdiri macam nyanyi lagu Negaraku sajalah.


JANGAN KUTUK FATTAH AMIN KAYU LAGI, SUSAHNYA BERLAKON!! -  TUMIT TINGGI TV1

Adegan seterunya Bella kena berlakon sebagai gadis yang lalai dan leka. Kena ragut dan kena menjerit. Masa ini adalah masa paling memalukan. Padahal senang je. Jerit minta tolong saja. Tapi, Bella jerit minta tolong dengan reaksi muka senyum gembira. Tapi, mulut jerit "Tolong, tolong," Hahahah. Maaflah abang kakak adik dan semua. Hobi saya tu gelak tu. Gelak tu nama ketiga saya. Tidak abis - abis "CUT!! CUT!! CUT!!" sampai Abg Cameraman suruh Bella berlatih menjerit dekat situ sampai jadi. Malangnya Bella masih menjerit sambil muka happy riang dan gembira. Sedih betul. sudahlah orang ramai tengok. Semuanya gelak. HB tidak abis - abis gelak sambil gelengkan kepala.Jadi korang jangan Gelakkan dan Ejek Fattah Amin tu kayu. Bella pun kayu. Susah sungguh rupanya berlakon ini. Siapa yang pernah alaminya saja faham. Masa ini juga tiba - tiba HB kena panggil sebagai pelakon tambahan. Padahal, sebelum itu dia ejek- ejek kan, kata kayu la, macam baca buku teks la. Dia dapat watak kecil je pun, kena tanya "kenapa2x?" suara tak keluar!! Haaa!! padan muka. Ejek orang lagi. Kah! Kah! 100x. Fattah Amin, now i feel you. 


MENJADI PENGACARA DENGAN SOALAN DAN DIALOG SENDIRI -  TUMIT TINGGI TV1

Slot menjadi pengacara pula. Masa Bella jadi pengacara ini, tidak ada skrip ok. Hentam kromo! korang tengoklah nanti apa yang Bella merepek masa ini. Tapi Bella rasa ok kot. Hahaha. Puji diri sendiri sikit la.Bella mewawancara En. Hakim Berdasarkan tajuk pada minggu ini Keselamatan Wanita. Disini, En Hakim akan memberitahu sedikit tip kepada wanita untuk menjaga keselamatan di tempat awam yang sunyi. Cabaran Bella selain daripada mengolah ayat dan juga memberikan soalan spontan, Bella juga kena memandang dan merenung En Hakim! malu woi! renung ayah orang.Kadang - kadang anak mata Bella, merenung hutan belukar tepi sana tu. Kang renung lebih2x takut selipar terbang tepat kena muka. HB baling dari depan. 


TAHNIAH KEPADA DIRI SENDIRI KERANA BERJAYA MENYAHUT CABARAN -  TUMIT TINGGI TV1

Akhirnya habislah rakaman Tumit Tinggi bersama Bella. Bella rasa amat bersyukur kerana dapat melalui detik - detik gabra dan mengigil kepala lutut. Bella hendak ucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri kerana berjaya mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang Bella rasa amat sukar dan memalukan. Bella kalau diberi peluang lagi, Bella akan cuba untuk buat sehabis baik dan setenang yang boleh. Eceh!! nak lagi. Hahaha.


TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KREW - KREW PENERBITAN -  TUMIT TINGGI TV1

Terima Kasih yang tidak terhingga Bella ucapkan kepada Shima yang menjemput Bella, Kak Suriawaty selaku penerbit, abang - abang kameraman, En Hakim, Pelakon peragut dan isteri dan juga tidak lupa kepada HB yang turut sama berpanas dan kering tekak menemani Bella. So touching. Terima kasih korang layan perangai Bella. Terlalu gabra dan asyik kena Cut!! jer. Bella tidak faham kenapa bila sebelum abang cameraman cakap ACTION!! Bella boleh cakap dan berdialong dengan lancar. Tapi bila perkataan ACTION!! itu keluar terasa macam abang Cameraman melepaskan Harimau dari sangkar menunggu masa untuk menerkam Bella bila Bella ada buat salah ataupun tergagap. Bella terus mengeletar dan terpaku bila perkataan Action itu keluar. OHmaigad! Apa - apa pun Bella dah selsai. Alhamdullilah.

MENJADI PENGALAMAN PALING BERMAKNA DAN TIDAK DAPAT DILUPAKAN -  TUMIT TINGGI TV1

Pengalaman ini adalah yang amat bermakna dan tidak akan dapat Bella lupakan. Banyak sangat ilmu yang Bella dapat temasuklah Tip Keselamatan untuk wanita.Disini Bella kongsikan juga Tip Keselamatan bagi wanita jika tidak mahu diragut atau diapa - apakan ketika bersendiriaan ataupun berjalan di tempat yang sunyi. 

- Tengok sekeliling dan jangan leka bermain HP jika berjalan ditempat yang sunyi.
- Jika leka bermain HP walaupun sudah pasti selamat kerana jenayah dimana - mana.
- Pegang bag secara selamat dan berjalan laju ke tempat yang ramai orang. 
- Jika pasangan yang diragut, pastikan pasangan selamat dulu dan emosinya terkawal sebelum membuat apa - apa tindakan. 
- Jika diserang secara tiba - tiba, cuba sepak atau pukul sekuat - kuat hati bahagian sulit lelaki dan lari ketempat yang selamat.

Banyak ilmu yang korang boleh dapat selain daripada tengok Ke"kayu"an Bella kan? Korang juga boleh tengok contoh menyelamatkan diri jika didalam keadaan kecemasan. Jadi jangan lupa saksikan Tumit Tinggi Setiap Hari Ahad Jam 12.05 tengah hari. Paling penting minggu ini sebab ada Bella. Selamat menonton.


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Alhamdulillah.. pengalaman yang berharga.. tahniah sis..

    ReplyDelete
  2. bestnya kak.. hehe.. pengalaman muka keluar tv tu.. tetap nampak cantik..

    ReplyDelete
  3. Share video tu kat saya. Boleh ke?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.