Bajet
Bercuti
Krabi
Travel York
Pengangkutan dan Makanan Bercuti Di Krabi Thailand
22 September
Assalamualaikum...salam semua... apa khabar? harap sihat...
Hari ni Bella nak sambung cite pasal Krabi,Thailand. Haritu Bella ada cite PENGINAPAN BERCUTI DI KRABI,THAILAND (Click je kat sini). Ini diantara persediaan awal la yer.. Krabi tempat yang kecil saja. Bella pergi kat airportnya pun takda map. Bella research la cari macam ne pengangkutan disana. Lebih-lebih lagi transport dari airport ke hotel. Hmmm paling bajet naik bas,tapi susah la cara dia cite tu lagipun flight Bella pagi takut bas tak beroperasi lagi. Jadi Bella minta tolong hotel book kan. Settle. Leh la tengok kat entry sebelum ni ada cite sikit pasal pengangkutan di Krabi.
Nilah pemandu kami. Alhamdullilah.. cepat dia sampai.Naik toyota camry. Charge dia 600Bth. Selesa. Jalan pun takdalah seteruk Myanmar..berhati - hati je dia bawa.Lepas je Bella sampai kat hotel tu,agak petang. Bella dan siapkan itinerary bella sendiri dan Bella dah bagitahu dengan hotel juga untuk semua aktiviti Bella di sana.
Inilah pengangkutan Bella semasa di sana. Comel kan? Senang pergi mana-mana korang bawa je moto. Sewa pun murah. Moto bella 300bath sebab moto baru.Ada review kata dapt 150bath. HB kata ambik jelah. Sewa 24jam. Pastu plak Bella mati-matian nak warna pink. hahhaa.. Ok la. Bella ambik petang, dan kita hantar la petang esoknya.Tapi bukan ambik kat kedai, dorg hantar ke hotel.Kitaorang hantar awal sebab hari kedua tak guna motor.
Motor ni jela kami guna ke banyak tempat..Kami terus ke kedai makan. Sebab bilik tak siap lagi dan activiti seterusnya lambat lagi. Bella hanya pusing - pusing di sekitar hotel. Cuma motor ni slow skit. Tak boleh nak bawa pergi race.Hehehehe.
Kami ada juga naik van ni untuk melawat gajah. Kalau korang nak naik benda alah ni.. tak perlu risau sebab memang termasuk dalam bayaran pengangkutan korang ke tempat gajah tu. Kalau nak naik moto jauh ye cyang.. Van ni sakit giler bontot time masuk lobang pastu, van ini tak boleh naik penuh-penuh. Buat2xnya kaki panjang memang berlaga-laga la kepala lutut. Kurang selesa.
Inilah kedai pertama yang kami pergi. .. sebab tanda halal food tu punyalah besar.. walaupun hanya warung yang agak kecik. hehehe. Kedai ni just ok je la untuk mengisi perut yang lapar.
Masa nak minta order tu kami terpinga-pinga la nak makan apa. Bila kami tanya, apa ada? Orang yang ambik order tu suruh kami baca papan ni. dia main tunjuk je.Adoi. Bella dengan HB bantai gelak la. Macam mana nak baca tulisan Thailand ni dik non?? Hahaha.. then its ok la. Kami pergi dekat bahagian depan, tengok apa yang dah ada je. Pakcik yang jaga bahagian depan tu tau cakap melayu..sikit2x la.
Paling awesome bila korang makan nasi campur dorang akan bagi ulam-ulamnan ni satu pinggan. Ok la. Kat Malaysia semua ni berbayar.kan? masa tengah makan tu, meja sebelah kitaorg pandang -pandang. Rupanya orang Malaysia.HB salam - salam. 4 orang semua. Dorang bikers la. Selalu keluar masuk Krabi. Tujuan? hanya ALLAH s.w..t yang tau. Hehehe.Dorang kata hati-hati dekat sini. Nak makan biarlah ke gerai - gerai atau restaurant. Jangan makan dekat kedai nampak mewah. Sebab dorang baru je kena. Makan tak seberapa tapi kena pow sampai Thb4000!! Dorang kata nak ckp apa lagi kang tak bayar ni negara orang. Bahaya. Jadi bayar jela. Korang pun hati - hati ok?
Pancake!! sedap sangat ke korang? Aku baca ramai giler kata sedap sampai ketagih. Bella rasa biasa je. Rasa sikit berminyak. HB langsung tak nak makan. Makan sekali je. Hahaha. Rasanya macam lempeng. Rasanya lempeng cicah sambal ikan bilis lagi sedap. Seriously. Masa nak beli ni Bella tanya, kak..halal? Ngamuk dia. Dia kata ko tak nampak ke aku bertudung ni?? hahhhaa... nak kan kepastiaan je kak..
Dah sampai harusla cuba. Ni pancake pertama Bella rasa. Biasa jew? Pesal dorang kata sedap sangat? hmmm mungkin Bella salah beli kot. Nanti Bella nak beli lagi. Tu yang beli kali kedua. Pertama beli banana-choco. HB makan pisangnya je. Dia kata terlalu berminyak. Kali kedua Bella beli nutella. Tu HB kat sedap. Pancake ni banyak sangat perasa, korang tinggal pilih je.
Makanan lain kena pergi pasar malam kat pekan. Bella pergi naik moto je. Jauh dan takut. Memacam ada. Kat pasar ni Bella try beli satay ikan tu. Sedap sosnya, dah la time hujan,menambahkan kesedapannya lagi la. Bella bukan beli kat perempuan ni tau. Bella beli dekat perempuan bertudung, tapi tak boleh snap sebab hujan lebat. Sempat snap pic aunty ni je. boleh la.. Hahaha.
Ni apam balik. Malaysia pun ada kan? tapi yang ini ada banyak perasa. Murah. Bella cuba yang ini juga. Ternyata sama je rasanya. Sebab Bella cuba perasa jagung. Takut pula nak cuba perasa lain. Kalau korang nak cuba perasa lain, cari kelainan, cubalah la perasa lain ok? boleh mix2x lagi.
Kat pasar nie. Ini, ayam ini adalah yang paling terbaik. Bella suka sesanggat ayam goreng kat krabi ni. Sedapppnyaaa!!! korang kena beli. Aritu Bella beli dua ketul je. Satu original. Satu pedas. Hb lah suruh beli satu. Kata suruh rasa dulu. Baunya pun dah tahu sedap. Sudahnya berebut. Bella kata jom la patah balik beli lagi. HB kata tak yah la. Last - last Bella asyik teringat je ayam goreng ni. Bella nak beli banyak - banyak! sedap!!! Lagi sedap dari KFC. Korang kena cuba. Memang kena cuba. Perasa yang digunakan tu. Sedap.
Gerai ni bukan nak cakap pasal kesedapannya tapi pasal harganya. Bella makan tom yam dan ayam pakprik dan air bawak sendiri. Dorang ketuk sampai rm80. HB kata adus, kena ketuk plak. Jadi korang elakkanlah makan kat kedai tepi jalan yang mejanya warna biru. Kalau dari pantai kedai ni sebelah kanan. Maaf nama kedai tak ingat. Hehehe. Nanti kalau ingat Bella habaq tau.
Kedai ni terbaik. Telur tu rare betul. Ranggup sangat tapi tak berminyak.Orang kat kedai ni pun ramai. Macam makan kat Malaysia je. Penuh orang melayu. Bella ada senaraikan banyak kedai yang patut Bella pergi dan makan kat situ, tp HB malas nak cari. Lapar sangat agaknya. Jadi kitaorang hanya pergi ke tempat yang ramai orang. Maknanya sedap la tu. Secara logiknya la kan. Kedainya tepi jalan juga. Tempat masak bahagian atas. Tapi meja semua disusun dekat bawah. Area hotel Bella je.
Gerai ni jual sup itik. Penuh orang beratur. Bella kata ape tu? Kat sini penuh dengan couple melayu yang datang honeymoon la yer, Jadi Bella tanya satu couple tu. Makan apa? Dia kata sup itik.. sedapp!! Dia kata dari Malaysia ke? Cubalah, rugi tak cuba. Sedap. Tak rasa itik pun. Maaf, minta ampun. Bella tak makan dan tak pernah makan itik sepanjang Bella hidup ni. Tapi gerai ni memang terkenal dengan kesedapan sup itiknya. Bella tak letak pun dalam itinerary nak makn sup itik. Tapi jumpa plak.
Kesimpulannya sangat puas ati bercuti disini. Kan Bella kata Bella punya la nak makan lagi ayam goreng krabi ni kan? Bella pergi la cari sekeliling pantai krabi ni,ada jual tak.Rezeki agaknya, pagi2x ada pakcik jual dekat tepi jalan.Ramai orang beratur. Kiranya untuk sarapan la. Pagi tu sebelum naik flight pun Bella nak pergi beli, tapi tengok pemandu tu macam tak ok je. Jadi terus je la balik.
Boleh juga check entry sebelumnya...
2 ulasan
Terima Kasih bella share info di KRABI.
ReplyDeleteInsyaAllah..planing nak pi sana sefamili bawak anak2..
Tips dan info yang Bella share dapat jadi panduan kami disana nanti.
Terima kasih
hi! Saya enjoy baca your entries! Kira Krabi ni senang jugak cari makanan halal ye?
ReplyDeleteThanks for the tips!
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.