Tempat Honeymoon Yang Sejuk-Bukit Fraser.

As Salam...Harap semua sihat walafiat.Bella doakan kepada semua semoga anda semua dirahmati dan sentiasa berada dalam lindungan yang maha e...

As Salam...Harap semua sihat walafiat.Bella doakan kepada semua semoga anda semua dirahmati dan sentiasa berada dalam lindungan yang maha esa. Bella bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Syukur atas rahmatmu. Alhamdullilah...Segala puji-pujian hanya untukmu. Alhamdullilah.Okeies..Bella nak kongsikan mengenai satu tempat yang terpencil yang ada keistimewaannya.Bukit Fraser. Dikatakan Tempat Honeymoon Yang Sejuk...Bukit Fraser.

bukit fraser

Haaa.. sebelum Bella kawen,sibuk la tanya kawan - kawan mana tempat yang paling sesuai untuk honeymoon dengan harapan bunting pelamin ler.ahaks, gatai sungguh.Kawan - kawan semua memcadangkan pergilah Fraser s hill. Bella macam Ha??? ingat nak cadangankan pergi oversea. ok la.Bella pun pergilah. Time on the way tu jumpa la kawasan tasik ni.Sejuk giler mata memandang.Tenang sangat.

bukit fraser

Jangan terkejut yer..kerana jalan nak ke atas bukit ini amatla mencabar!!! mencabar!!! dan mencabar!! Bella tak tahu lah kalau jalan dah dibesarkan atau apa, tapi memang mencabar. Jalan kecil dan dibawahnya gaung..OMG!! Sampai je ke atas..owh ni la fraser hill?? sunyi.HB pun meluncur naik ke atas lagi kononnya nak cari hotel paling romance la, makin atas,makin sunyi HB kata 'kita sewa dekat hotel yang mula - mula kita jumpa tadi la. Ada orang juga." Owh awak penakut juga orangnya yer.Haha.Akhirnya kami menyewa di Shahzan Inn.. korang boleh la klik di sini http://www.shahzaninn-fraserhill.com/ leh la tengok rate hotel ini.

bukit fraser

Hotel ini cantik.Bilik pun besar. Masa kami nak check in, reception tu tanya, "berapa hari yer?" kami kata 1 hari je. Hahaha.Terngaga dia sebab beg Bella besar macam bawa peti ais.Sebab senang tarik je sebenarnya.Sian HB kalau nak kena angkat. Malam dekat sini sejuk tapi xdalah terlalu sejuk macam dalam peti ais. Bella tak pasti tapi kawan Bella memuji - muji tempat ni kata terlalu sejuk.

Rumah sepupu dia ada kat sini jadi dia selalu pergi kenduri dekat sini. Dia kata, lauk pengantin dalam kawah tidak boleh dibiarkan, kena sentiasa berapi kalau tidak beku. Dia juga kata pernah di mana,pengantin kejang sebab terlalu sejuk. Bercakap kuar asap la. Berkabus la. Bawak baju tebal la. Ne ader... takda. Bila bella kata tak sejuk sangat biasa jer. Dia plak kata tak percaya. Pelik tol. Kalau korang pergi korang plak rasa sejuk ke tak?Lepas itu bagitahu kat Bella k? Biar Bella buat perhitungan dengan member.

percutian di bukit fraser

Makan malam dekat sini mahal. HB siap membebel bebel tak puas ati pasal harga kat sini. Akhirnya dia beli meggi untuk makan sekali lagi. Hahaha.Nasib sarapan disediakan. Lepas check out kami jalan - jalan sekitar fraser hill  ni. Niat hati nak naik kuda, tapi takdalah pula penjaganya. hmmm frust nya. Suasana amat damai dan amat cantik dengan bunga-bunga yang segar yang hidup tanpa penjagaan. Jalan -j alan lagi nampak la zoo mini tapi Bella tak singgah pun. Naik ke bahagian atas sekali lagi sebab nak beli cenderahati.

fraser hill, bercuti di fraser hill

Round - round lagi  kat Fraser Hill itu sebab dah alang - alang dah naik susah.Tenang amat.kadang-kadang rasa sejuk. Kadang - kadang tak. Dekat sini banyak bangunan kerajaan. Paling penting sunyi sangat. Banyak rumah tapi kosong. Kawan kata, rumah dorang je kat atas, tapi kebanyakkannya akan turun kerja kat bawah.

tempat terbaik honeymoon

Bella rasa itu jelah yang boleh diceritakan. Honeymoon sebenarnya, mana -mana pun seronok. Belakang rumah pun seronok. Manis lagi ko. Hahaha. Macam mana? yes atau nay? untuk percutian di Bukit Fraser ni.  semua ada pandangan masing - masing. Bella? Mestilah Best.Yes.Seronok. Eh2x lebih - lebih pula. la sebab pengalaman baru. Pengalaman pertama Bella ke sini di suasana yang berasap dan dingin.

percutiaan ke bukit fraser

Bella cadangan korang kesini.Rasa pengalaman baru. Bagi yang baru kawen,memang terbaik tempat ni.Sunyi sepi, tenang, mendamaikan dan tiada gangguan. Hanya kita berdua. Duit pun tak abis. Kedamaian yang kita cari mungkin ada disini. Melihat keindahan ciptaanNYA.Korang pun bergembiralah dan menikmatilah keindahan ciptaannya sepuas-puasnya. Bukit fraser akan menjanjikan korang ketenangan dan kehijauan yang amat mengasyikkan.Eceh! Berfalsafah pula.

Mungkin korang nak tahu lagi tempat menarik di pahang..link di bawah.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Assalamualaikum bella :)

    Wani dulu honeymoon kat fraser hill..hehe..pagi2 kabus tebal..sejuk jgk la kat sni. Suasana tenang..tapi kitaorang takut plak sbb terlaku sunyi..hehe..teringat kenangan berhineymiin dlu di fraser hill. :)

    Jemput ke blog wani pula ye. :)
    Salam perkenalkan.

    ReplyDelete
  2. Betul..sunyikan.. tapi pengalaman baru kan..

    ReplyDelete
  3. salam.sy xde blog(sori x dpt nk folow2) tp sy silent reader je sebelum ni..cume arini nk mntk tlg bella bg tips n info holidy ke ho chi minh vietnam...sbb bella rajin travel so maybe bleh bg sket reference ke ttg vietnam...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ... salam kenal. Tq sudi baca blog bella ni. hahhaa.kelakar la. Macam ne saya nak bagi tip? Saya tak pergi lagi vietnam. Nanti kalau saya dah pegi saya janji akan share ok? Ke nak suruh saya research untk awak? boleh2x tp kena ada paymnet la. hahhaa

      Delete
  4. Bercuti ni Best Sbb tengok tmpat orang. Jom tgk review avani plak. Best juga AVANI SEPANG GOLDCOAST

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salam perkenalan Bella. Thanks for sharing. Belum pernah sampai lagi me sini. InsyaAllah boleh cuba nnt.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.