Thursday

THE CARNIVALL - Taman Tema Air Cinta Sayang

Bella hendak sambung balik cerita pasal Kedah ini. Korang janji ok. Jelajah seluruh negeri Kedah sebelum jelajah ke Luar Negara. Bercutilah didalam Malaysia saja. Dekat - je. Bagi yang terlepas pandang mengenai entry Bella sebelum ini, Sini Bella tempek balik ok.
Berbalik pada Tajuk Bella hari ini iaitu Taman Tema Air yang berada di KEDAH. Betul, Di Kedah ada taman temalah.The CARNIVAL ataupun Taman Tema Air Cinta Sayang.


Inilah gambaran pada dasarnya. Agak luas. Parking tiada masalah. Tempat makan tiada masalah. Awal - awal cerita, kita bagi yang baik-baik dululah. Pertama kali sampai pula tu. Terujalah sikit. Bella memang teruja dengan benda baru ini. Lagi - lagi yang berkaitan dengan permainan air ini.


Tempat parking yang agak luas dan paling penting PERCUMA. Korang bolehlah consider hendak parking dimana - mana tapi, sebelum parking tu, fikirlah kereta depan boleh keluar tak, kereta belakang boleh lepas tak kalau hendak keluar. Jangan main hemtam saja. Takut akan menyusahkan orang. Tidak pun menyusahkan diri plak nanti. Eh2x membebel plak. Jom2x beli tiket.

mandi manda di kedah

Silalah beratur dan jangan berebut - berebut. Tiket banyak dan tidak akan habis. Waktu The Carnivall ini beroperasi adalah :-

Isnin & Selasa & Khamis Buka dari 11pagi sehingga 6petang

Jumaat & Sabtu & Ahad Buka dari 10pagi sehingga 7malam

Rabu tutup

Harga tiket pula adalah berbeza dari Hari biasa dan hari minggu. Bermula dari 19.00 sehingga rm40.00 korang semaklah harga dekat website atau Facebook atau IG. Kadang - kadang dorang ada buat harga promo. Bella akan share kan laman sosial dorang diakhir penceritaan Bella ni. Jadi sila baca sampai abis ok. Muah cikit.



Korang hendak beli cenderamata, cenderahati, seluar pendek tertinggal, jangan risau. Ada dijual disini. Bella beli balik nanti sajalah. Itupun fridge magnet saja.


Bila hendak masuk kedalam taman tema ini, kita akan disambut oleh pancuran air pancut. Boleh tahan cantik. 


Bila dah masuk beli tiket jalan kedalam. Jauh bukan kemain. Punyalah luas kawasannya. Sampaikan dalam ini, boleh diadakan majlis.Kiranya boleh buka khemahlah dalam ni. korang yang banyak duit boleh sewa untuk buat majlis. Majlis kawen ke, harijadi ke, apa - apa sajalah. Kebetulan masa Bella sampai ini, ada majlis perkahwinan yang sangat privisi. Duduk kampung tapi hendak tema yang kebabom?? Mungkin boleh consider buat dekat sini. Jom2x teruskan perjalanan. (Sambil lap peluh).


Tuuuuudiaaa!!! Baru sampai pintu masuk Taman Tema. Bila Bella tengok website, sebenarnya ia bukanlah taman tema yang sebenar. Ia juga adalah sebuah resort. Maknanya ia adalah pakej lengkap bagi yang menginap disini. Pakej sekali dengan taman tema air yang dekat dengan resort. Nanti Bella hendak cuba menginap disini pulalah.

taman tema air cinta sayang





Kemudahan yang disediakan juga banyak. Locker ada. Tempat tukar baju ada. Tempat makan pun ada. Tapi, semuanya sangat limited. Biasalah, dimana - mana taman tema pun macam itu. Kalau terasa hendak menyimpan gambar yang telah diframekan oleh Taman Tema Cinta Sayang ini pun, boleh. Cuma sekarang kita dah ada handphone yang boleh masuk kedalam air kan. Jimat sikit. Bella pun tak beli. Sebab gambar Bella nampak gemuk. Kalau nampak kurus, potensi Bella beli tu memang tinggi.


OK2X jom mandi. Keadaan masih terkawal. Tidaklah sampai korang tiada ruang untuk mandi. Adik bella sempat main gelongsor air tu 2 3 kali lagi. Tidak ramai sangatlah yang beratur untuk main.

tempat mandi di kedah

Kolam mandi yang seakan - akan pantai pun terdapat disini. Bella seronok bila tengok budak - budak kecil main tepuk - tepuk air dekat kawasan ini. Bagi korang yang mahukan sesuatu yang mencabar di Taman Tema Air ini, memang tiadalah jawapanya. Semua yang ada disini lebih kepada aktiviti kekeluargaan.







Bella suka main dekat air sungai ini dan juga ombaknya. Ombak buatan. Boleh tahan. Bella duduk atas pelampung sambil makan aiskrim lagi. Tapiiiiii... tengok gambar dibawah.


Airnya kotor laa.. banyak sampah. Air sungai tidak apalah. Sebab mengalir. Ini bertakung dan kita bayar kot. Sepatutnya kebersihan air ini haruslah dijaga. Bella harap, phak Taman Tema Air Cinta Sayang silah pertingkatkan kualiti kolam anda ya. Bagi sesia pa yang hendak pergi terjah Taman Tema Air Cinta Sayang di Kedah ini, Bolehlah salin maklumat dibawah.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Website :-
http://www.cintasayangresort.com/waterpark

Facebook :-
https://www.facebook.com/cintasayangresort







3 comments:

  1. erkkk, air kotor tu tak bolh tahan, bnyak ecoli dlm tu, yg penting cara merawat air kan..

    ReplyDelete
  2. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  3. Alamat !! Tempat dah cantik dah tapi airnya lak ada masalah. Semoga pihaak yang berkenaan dapat ambil tindakan yang sepatutnya la

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari