Enter your keyword

Monday

WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD

By On 08 October
Murad? nama orang ke ni? siapa yang pertama kali dengar, mesti akan ingat ia adalah nama seseorang. Tapi sebenarnya, produk yang Bella Sebutkan ini adalah satu jenama antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Murad ini didatangkan dari USA, Los Angeles. Bella berkesempatan untuk mencuba 2 produk daripada jenama terkenal ini iaitu Outsmart Blemish Clarifying Treatment dan Nutrient Charged Water Gel. Ini adalah salah satu cara Bella, untuk mendapatkan WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD. Jom Bella ceritakan mengenai keistimewaan kedua-dua produk ini. Kenapa Bella pilih 2 produk ini daripada banyak produk yang ada.


MURAD BLEMISH CONTROL

Kawalan kerosakan kulit. Ia mengalahkan kerosakan yang menakutkan keatas kulit wajah kita. Ia juga bertindak sebagai perawat dan memberikan rawatan kepada kerosakan kulit wajah kita. Serum gel ini bersifat ringan dengan teknologi Penta Acid. Ia bertindak mengawal dan menghilangkan :-

  • Bintik hitam
  • Kawasan kulit berminyak
  • Bakteria yang merosakkan kulit muka kita
  • Mengurangkan kulit wajah kering 
  • Kerengsaan kulit
Murad Blemish Control ini juga cepat membersihkan kulit daripada kesan jerawat. Ia juga melawan jerawat yang mahu tumbuh.


Cara pakainya :-

  1. Picitkan sedikit ke jari.
  2. Letakkan nipis ke kawasan yang bermasalah terutama jerawat.
  3. Biarkan.
Sesuai dipakai selepas cuci muka bersih - bersih diwaktu pagi dan malam. 


MURAD NUTRIENT - CHARGED WATER GEL

Pelembab wajah semulajadi yang akan mengelakkan daripada wajah menjadi kering kerana ia mengandungi teknologi "Hydration-release" yang akan menyebabkan wajah kita akan sentiasa lembab dan bertahan kelembapan pada wajah akan terus bertahan. Bila kelembabpan pada wajah dapat dikekalakan, ia akan menyebabkan kulit wajah kita akan bertambah baik dan sihat. Ia juga akan menjadikan wajah kita lembut. Selembut kulit bayi. 

RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS

By On 08 October
Kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad di kebanyakan lebuh raya adalah tempat umum yang telah diketahui oleh semua orang. Tapi sekarang ini, Bella nak bagi korang lebih banyak sebab kenapa korang mesti berhenti di R&R PLUS ini. Sekarang, PLUS Malaysia akan mentransformasikan R&R lebuh raya ini kepada sesuatu yang lebih menarik. Korang patut RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Kelainan yang dibawa oleh PLUS untuk keselesaan kita. 


KEMUDAHAN - KEMUDAHAN DI R&R PLUS

R&R memang memudahkan perjalanan jauh kita sebenarnya. Bagi rehatkan pemandu dan enjin kereta. Pergi mana - mana mesti singgah R&R. Selain berehat, tandas juga menjadi tujuan utama semua pengguna jalan raya. Kadang - kadang dekat tandas pun sesak sangat.  Bagi umat islam pula, kemudahan surau yang disedikan di R&R ini selalunya lebih selesa dari stesen pam minyak.

Macam Bella R&R ini memang tempat wajib singgah setiap kali pulang ke Kedah. Perjalanan daripada Selangor ke Kedah hanya mengambil masa sekitar 4 jam itupun Bella akan berhenti di mana-mana R&R. Tapi itu Kalau hari biasa kalau waktu perayaan pula perjalanan ke Kedah akan mengambil masa sehingga 8 jam!! Haa.. giler tak singgah? memang dah jadi tempat wajib singgah lah. Sampai sesak semua R&R. Penumpang penat pemandu pun penat kereta pun panas. Jadi ingat, korang jangan paksa diri. Penat singgah. Biar lambat asal semuanya selamat sampai. Jangan terburu - buru. Paling penting korang singgah, korang akan dapat RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Tak rugi pun kan?


TRANFORMASI R&R PLUS

Pagi ini, Bella dah terpacak depan Persada Plus untuk mengetahui Tranformasi R&R Lebuh raya. Transformasi yang akan membuatkan R&R menjadi tempat yang wajib untuk disinggah. Bella pun tertanya - tanya, transformasi apa yang akan dilakukan untuk menjadikan R&R lebih baik. Bagi Bella, sediakan wifi yang laju macam kuda berlari pun dah kira hebat dah tu. Hehehe. Rupanya transformasi ini adalah dari segi penambahbaikan dan menaik taraf beberapa kawasan R&R yang terpilih. Maknanya bukan semua R&R ok. Pembayaran tanpa tunai juga diperkenalkan di R&R terpilih. Aplikasi Boost telah diperkenalkan di R&R Ayer Keroh (arah Selatan) dan Visa Paywave di R&R Dengkil (arah Utara). Dulu semua guna cash sahaja tau. 


PLUS JALIN KERJASAMA DENGAN JENAMA BESAR

Transformasi ini juga bukan setakat penambaikan R&R sahaja. Plus Malaysia Berhad juga telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan Kawasan Rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya.  Ia juga dilakukan dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Jenama tersebut adalah Starbucks, krispy kreme , Harold's Bread, Mohd Chan, famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews Kenny Rogers dan line clear nasi kandar . Wah! bertambah hebatlah R&R selepas ini. 


JENAMA MAKANAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN

Semua jenama makanan ini, adalah jenama yang disukai oleh masyarakat zaman kini dan mendapat permintaan ramai. Kita sedia maklum yang di R&R memang sudah terdapat berbagai gerai yang menjual makanan berat seperti nasi, mee, lauk - pauk, masakan panas dan macam - macam lagi. Tapi sebenarnya pelanggan mahukan makanan yang sekadar alas perut dan tidak terlalu berat. Jadi, bila wujudnya makanan yang lebih banyak pilih sebegini, mesti ramai yang lebih berpuas hati. Bella setuju dengan semua pemilihan jenama makanan ini. Memang semuanya terbaik. 


Jangan tak tahu, yang PLUS mengikuti selera pelanggan masa kini. Jadi, kesemua jenama ini juga, dipilih berdasarkan beberapa kajian dari segi kehendak pelanggan dan juga pasaran. Jadi, Plus membuat strategi untuk memberi fokus terhadap jenama - jenama yang mempunyai permintaan yang besar. Ini baru sikit tau, selepas ini PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama untuk beroperasi di R&R. Wah! mesti lagi meriah.


Korang pun setuju kan? Zaman sekarang ni, kalau sebelum makan, kamera kena makan dulu. Kalau setakat nak pos mee goreng. Benda tak rare. Jadi, budaya macam ini sebenarnya telah menjadi trend terkini dimana medan selera yang biasa bukan lagi pilihan. Korang sanggup berbelanja lebih untuk secawan air starbucks dari sepinggan mee goreng basah kan? Disebabkan budaya ini jugalah PLUS berevolusi kepada penyedia perkhidmatan. Dimana PLUS akan menyediakan pengalaman berbanding produk. 


Pengalaman di PLUS akan lebih menarik dengan kehadiran jenama - jenama makanan terkenal ini. Betul tak? Sebelum ini, jika singgah di R&R tiada siapa yang akan peduli. Tapi mungkin selepas ini, dengar saja R&R semua teruja sebab ada semua restaurant makanan kegemaran korang betul tak? Lepas ni, nak lepak R&R pun lebih seronok. Menjadikan R&R tempat berkumpul sebelum ke destinasi seterusnya pun makin havoc.


Bella dah cuba dan rasa semua restoran dan jenama makanan hebat ni. Semuanya sangat sedap dan memang sangat dikenali. Cuma Harolds Bread. Satu jenama baru yang Bella pertama kali dengar. Berkolaborasi dengan PLUS. Tapi, memang tidak mengecewakan. Semua makanan kek, biskut dan roti sangat menyelerakan. Lepas ini, korang kalau nampak restoran Harolds Bread ini di PLUS mesti singgah dan cuba semuanya, terutama Cheese Tart memang sangat sedap dan takkan cukup satu. Diharapkan PLUS Malaysia terus maju jaya dan terima kasih untuk pembaharuan ini. Bella suka makan, jadi Bella seronok sangat menerima berita ini. 

Friday

5 CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI

By On 05 October
Alamak!!!  mesti ramai yang nak tahu tips yang Bella nak kongsikan hari ini kan?  lagi- lagi orang  yang suka makan.  Macam Bella. Kalau korang nak tahu, Bella  hari-hari ada je benda yang Bella teringin nak makan. Lagi-lagi  bila tengok posting kawan-kawan dekat Facebook dan Instagram. Mestilah gambar yang dorang post tu nampak sedap sangat. Tapi nak kurus!!! Arrgghh. macam mana nak buat? Tertengok pula masa tengah lapar. Ya ampun dia punya teringin tu rasa nak terbang pergi restoran yang kawan-kawan mention tu.  Jadi sebenarnya kita  susah nak kurus,  sebab kita sentiasa lapar. CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI adalah paling tepat untuk orang yang selalu lapar  dan asyik nak makan jer. Bila nak kenyang pun tak tahu.


1. MENGURANGKAN SELERA MAKAN

Kitsui Royal Lpo ini ia bertindak dengan mengurangkan selera makan kita. Lepas korang ambil Royal Lpo ini, makanan sedap macam mana pun korang akan nampak tak sedap dan takda selera  nak makan. Macam kita tak selera makan semasa kita sakit. Haa macam tulah perumpamaanya. Masa kita sakit kan semua benda sedap macam mana pun kita tak selera nak makan. Perasan kan? bila kita sakit je mesti kita akan nampak kurus sebab sakit akan menyebabkan kita kurang selera makan. Jadi macam tulah Royal Lpo bertindak. Tapi yang ini lebih baik sebab kita tak berselera masa kita sihat. 


2. MELAMBATKAN PERTUKARAN KARBOHIDRAT KEPADA LEMAK

Macam mana kalau satu hari tu, korang termakan lebih. Teringin sangatlah katakan. Orang belanja pula. Bila korang amalkan Kitsui Royal Lpo ini, korang jangan risau sebab Kitsui Royal Lpo akan melambatkan pertukaran karbohidrat kepada lemak. Maknanya lepas korang dah melantak tu, korang masih diberi waktu kecemasan untuk insaf. Jadi, korang boleh gunakan waktu kecemasan tu, untuk bersenam bagi terus menghalang pertukaran karbohidrat kepada lemak.

3. MEMBAKAR LEMAK YANG BERLEBIHAN

Korang kena ingat, nak kurus mestilah kena bersenam. Kalau korang kurus tanpa buat apa - apa senaman, nanti badan korang jadi tak cantik!. korang skipping 50 kali sehari hari je pun dah cukup ok. Bagi bakar lemak tu sikit dan halang daripada terus menjadi lemak. Bila korang minum pula dengan Kitsui ini, pembakaran lemak tu akan lebih cepat dengan bantuan bahan kandungan yang terdapat didalamnya.




3. MEMPERCEPATKAN RASA KENYANG

Memang terbaiklah kan? Mula-mula Kitsui Royal Lpo ini akan membuatkan selera kita hilang. Kita juga akan rasa kurang lapar. Tapi, makan kenalah tetap makan. Kita perlukan tenaga dan khasiat yang ada dalam makanan. Tapi, dengan Kitsui Royal Lpo, ia akan membuatkan kita makan sedikit saja, tapi cepat kenyang. Terbaik!! Sebab nak kurus bukan tak boleh makan, cuma kita kena kurangkan potion makanan kita tu je. Bila dah cepat rasa kenyang, mustahilah kita dapat makan semua yang terhidang atas meja kan? Kita akan makan apa yang termampu saja. Jadi, automatik kita potion makan kita menjadi sedikit. 


4. MENGANDUNGI ANTI - OKSIDA

Jangan risau, walaupun ia memberikan korang banyak kebaikan, ia tetap sihat. Malahan korang akan lebih sihat selepas pengambilannya. Kerana ia mengandungi anti-oksida. Anti-oksida ini terdapat di dalam bahan bahan yang terdapat didalamnya. Bahan utamanya Kitsui Royal Lpo ini adalah Mango, Green Coffee, African mango, dan hoodia. Patutlah bila Bella minum, rasanya sedap macam minum air mangga. Bahan utama yang digunakan pun banyak yang berasaskan mangga. Mungkin anti-oksida ini diperolehi daripada khasiat mangga. 


5. CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI

Selain daripada cara - cara diatas yang Bella senaraikan yang membuatkan kita kurus cepat dengan mengambil makanan tambahan Kitsui Royal Lpo, korang kena juga mengikut sedikit pantang dalam mengamalkan Royal Lpo. Berkorbanlah sikit kan? Kata nak kurus. Pantangnya :-

  • Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik. Bukan air Starbucks ya. Ini penting untuk kurus. Nak kurus memang kena banyak minum air. 
  • Perempuan bila datang bulan, atau period, tidak digalak dari mengambil sebarang suplement kerana pada waktu period, sistem penyerapan badan masih lemah. Membazir sangat kalau korang minum.  Tiada kesan.
  • Jarakan pengambilan selam 5 jam jika ada mengambil atau memakan ubat dari hospital. 
  • Boleh jarakkan satu hingga dua jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa-apa jenis produk atau supplement lain.
  • Suplement ini, hanya sesuai diambil selepas kandungan baby yang berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung atau menyusu.
  • Bagi produk kuruskan badan atau detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau mengandung.
  • Jika mempunyai apa - apa masalah kesihatan sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Boleh dibancuh dengan air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul-betul larut dulu sebelum minum.
  • Produk ini sesuai di ambil selepas sarapan atau sebelum tidur. Tetapi amat minum sebelum tidur. Ini kerana, penyerapan waktu malam lebih tinggi.

Maklumat lanjut :- 

Instagram: @kitsuimalaysia
Facebook: Kitsui My

Cara bancuh, campurkan 150ml air suam bersama dengan sepeket kitsui dan goncang. Pastikan bancuhan larut dan minum. Boleh juga dibeli di Watson dan Guardian. Harganya hanyalah RM38.80 sahaja.

Thursday

5 SEBAB DONS WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN

By On 04 October
Sarapan. Ramai yang merasakan sarapan tak penting atau rasa macam kalau makan banyak pagi tu, nanti kita akan mengantuk di tempat kerja. Ataupun mungkin ada jugak yang "DIET ON" jadi tak boleh nak sarapan. Tapi korang tahu tak? sarapan pagi sebenarnya adalah lebih cenderung untuk kita mengekalkan berat badan yang sihat. Kita juga akan mendapat tenaga yang cukup sepanjang hari  untuk membuat sebarang aktiviti. Tidak sarapan pagi hanya akan membuatkan badan korang berada dalam mood kebuluran! dan ini akan menyebabkan badan kita untuk menyimpan makanan berikutnya sebagai lemak. Baik makan kan?  Jadi haruslah Bella Perkenalkan dengan korang  restoran yang menyediakan sarapan yang sedap di Plaza damas. Bella tertanya - tanya, kenapa kedai makan sesedap ini korang semua tak tahu. Jadi sini Bella senaraikan 5 SEBAB DON'S WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN.



1. DON'S WARONG TEMPAT MAKAN LEPAK YANG SANTAI DAN SELESA

Masa Bella sampai ke Don's Warong ini, Bella merasa sangat teruja dengan suasana santai dan relax yang ditonjolkan dalam restoran ini. Nama je warong, tapi bila masuk saja ke dalam kedai, macam lebih kepada cafe. Korang boleh memilih untuk duduk di dalam ataupun untuk duduk makan chill dan lepak diluar atau di bahagian dalam. Mungkin bagi yang merokok boleh duduk di luar dan tak merokok bolehlah pilih meja di dalam. Don's Warong ini, walaupun terletak ditepi jalan, tapi ia tidak menganggu kami yang lepak diluar.  Paling penting, Bella sukakan suasana restoran ini, yang bersih dan mengenegahkan konsep santai.




Cantik kan? Korang jangan risau. Korang duduk saja bahagian atau ceruk mana pun. Setiap meja ada butang untuk korang panggil pekerja dekat situ.



2. SARAPAN NOSTALGIA MELAYU

Bella diberitahu yang menu sarapan di sini adalah asli daripada Johor. Paling istimewa sebab ia adalah resepi turun temurun. Menurut pekerja di sini, resepi ini ditulis di dalam sebuah buku dan diperturunkan. Tapi, Bila tak pastilah pula ini generasi yang ke berapa. Kalau korang nak tahu, dekat sini ada menu ubi rebus!! seriusly! ubi rebus kan susah dapat dalam KL ni. Ia sangat sinonim dengan masyarakat Melayu kita sebab ia mengingatkan kita kepada zaman Jepun dimana semua tok nenek kita hanya mampu makan ubi rebus saja ketika itu. Jadi kalau dapat ubi rebus dekat kafe atau mana -mana restoran mesti rasa macam nostalgia sangat betul tak?


Nostalgia bercampur baur dengan keinginan untuk mengigit keempukkan ubi rebus tu kan? Korang boleh memilih sama ada mahu di gabungkan atau dicicah dengan apa. Sambal ikan bilis, kelapa parut manis atau gula melaka hiris. Bagi Bella, gabungan sambal ikan bilis sudah cukup terbaik. Harganya pula, hanyalah RM5 sepiring. Kalau korang nak set Ubi Rebus Special iaitu gabungan kelapa parut manis dan ikan kering, harganya pula RM6.50.


3. SARAPAN RINGKAS KEGEMARAN SEMUA

Bagi yang mahukan hidangan ataupun sarapan yang ringkas, tapi mengenyangkan. Jangan risau, Don's Warong turut menyediakan sesuatu yang sedap dan hidangan ini juga cukup sempurna bagi yang diet. Menarikkan? paling penting hidangan ini sedap giler . Dekat sini ada menyediakan lempeng. Bella rasa, lempeng ini adalah hidangan ringkas dan menjadi kegemaran semua. Tak kiralah budak - budak ke, orang dewasa ke, tua atau muda. Semua suka. Betul tak? orang putih panggil pancake tapi kita orang Malaysia panggil lempeng.



Ini lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan terbaik untuk lempeng ini adalah madu. Pisang tu manis - manis masam. Madu pula, akan melengkapkkan rasa. Madu bukan semanis coklat. Jadi ia sangat nice. Lempeng ini pula rasa dia tak terlalu garing dan tak pula terlalu hangit. Ketebalan dia pun memang sedang - sedang saja dan sedap bila masuk ke dalam mulut.


Ini pula lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan istimewa adalah dengan sambal ikan bilis. Memang terangkat.  Bella tak tahu nak cakap macam  mana rasa dan kelainan lempeng yang ada dekat Don's Warong ini. Korang mesti fikir, Aalah,lempeng je pun!! tapi ini berbeza tau. Dua -  dua lempeng ini, sangat sedap. Paling terbaik, isi dia "Overload". Kalau contoh lempeng kelapa, setiap kali gigit mesti rasa kelapa. Macam tu jugalah kalau lempeng pisang. Bagi Bella, lempeng disini memang sesuatu yang baru dan sedap untuk dicuba. 


4. SARAPAN BERAT NASI LEMAK DENGAN PELBAGAI LAUK PILIHAN

Bagi korang  yang dah biasa sarapan berat setiap pagi,  jangan risau sebab dekat sini ada juga nasi lemak.  Nasi lemak sebenarnya akan jadi sedap jika sambalnya sedap.  Betul tak?  Dekat Don’s warong ini,  bukan saja sambalnya saja sedap, nasi lemaknya pun berasa. Maknanya sedaplah. Tak adalah rasa macam makan nasi putih.


Menjadi kegemaran Bella sekarang ini!  nasi lemak berlaukkan soft shell crab. Masa menaip ni pun, kecur air liur. Bella memang suka sangat makan sushi.  Jadi,  bagi penggemar Sushi macam Bella, korang mesti akan menjadikan nasi lemak ini sebagai makanan kegemaran korang juga. Sedap wei.


Bagi Bella ia adalah satu kelainan gabungan makanan yang berjaya! makanan Jepun digabungkan dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia nasi lemak.  Menjadikan dan melahirkan satu hidangan baru yang diberi nama nasi lemak kukus with soft Shell crab. Harganya pula RM13.50 Bella paling tak boleh lupakan saat menggigit ketam lembut ni. Rasanya pergghhh! Rasa ranggup campur lemak ketam. Memang sedap. 


Korang yang tak minat makan Sushi, Jangan risau. Banyak  lauk-lauk yang lain. Jadi, korang bolehlah memilih nasi lemak kukus dimakan bersama dengan sambal sotong, ayam goreng berempah, ayam rendang, ayam masak merah, daging rendang, paru goreng, udang goreng bawang atau udang masak merah. Banyak pilihan kan? Semuanya sedap - sedap.


5. KACANG POL ASLI JOHOR

Kacang pol.  Rasanya memang agak unik.  Gabungan rempah ratus yang terdapat didalam kuahnya memang memberikan satu citarasa yang sangat berbeza. Bagi Bella ia agak asing sebab Bella tak pernah makan sebelum ini. Tapi kawan Bella cakap, Ia adalah salah satu hidangan kacang pool yang sedap yang pernah dia rasa.  Citarasa masing-masing kan berbeza memang sedap tapi Bella lebih suka perabihkan nasi lemak kot. Korang yang memang suka makan kacang pool bolehlah cuba rasa dekat sini mesti puas hati.




Korang yang asal Johor, teringin nak minum kopi muar, bolehlah ke sini lepaskan gian. Memang pekat sungguh. Bagi yang teringin nak sarapan disini, bolehlah ke :-

DON'S WARONG
B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas
Kuala Lumpur, Malaysia

Selamat menjamu selera.


Wednesday

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

By On 03 October
Perempuan dan Kecantikan memang tak dapat dipisahkan betul tak? Bila dapat hadiah atau dapat beli mekap idaman, rasa macam dapat cinta yang hilang. Gitew punya seronok. Itulah sebab, bila Bella dijemput untuk menemui Mark Malaysia, Bella macam tak fikir panjang, terus setuju nak join. Mark Malaysia? bila Bella dengar nama Mark ni, Bella tak sangka ia sebenarnya adalah rangkaian terbaru daripada Avon.  Biar betul nama dia Bella rasa sangat memikat, eksklusif, elegant, cantik dan mahal betul tak? Bila Bella sampai sana, baru Bella tahu. Wow!! Terbaik la Avon. Banyak sangat peningkatan yang telah dibuat. Sekarang korang semua mesti setuju yang MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Bella melangkah masuk ke perasmian mekap terbaru Avon yang diilhamkan dari seni  untuk Gaya berimpak tinggi iaitu Mark! Jom Bella bawa korang bertemu dengan Mark. Mark adalah rangkaian makeup terbaru dan boleh dikatakan juga ialah jenama mekap terbaru yang akan memberikan kuasa dan warna baru  atau juga boleh memberikan semangat baru kepada pencinta mekap terutamanya wanita. Bella yakin, dengan Mark ini, korang mesti tak sabar-sabar nak berkarya dan membuat gaya tersendiri menggunakan make up Mark. Diinspirasikan dari seni dengan produk inovatif dan formula tahan lama ia telah dilancarkan pada 1 September 2018 jadi hari ini dia datang nak cuba kehebatan mekap Mark.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Pelancaran yang sangat-sangat meriah bagi Bella. Ia juga menunjukkan dan memberi kebebasan kepada semua pengunjung untuk mencuba semua range produk terbaru Mark. Rugi siapa yang tak datang. Bagi Bella, makeup ni sama je macam kita buat seni lukis. Tapi make up adalah seni dalam mencantikan wajah kita. Ia penting untuk menjadikan kita lebih cantik dan nampak lebih menarik. kadang-kadang ia juga membuatkan kita lebih yakin untuk sesuatu majlis. Penting juga dalam memberikan first impression kepada orang yang baru kita jumpa. Betul tak? jadi bagi Bella makeup ini adalah penting. Tapi, tak semestinya yang mahal dan berjenama. Mekap berkualiti dan dijamin kandungan yang digunakan itu penting.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Bella memilih untuk mencuba rangkaian lipstik atau gincu yang terbaru daripada Mark! ia sangat mengagumkan dan Bella sangat tak sangka ia adalah daripada rangkaian Avon. Lipstik terbaru ini telah dicipta dalam pelbagai warna, bentuk dan tekstur yang amat menarik. Ia juga melambangkan yang Avon tidak mahu ketinggalan dalam mengikut trend kecantikan dan ia amat menepati citarasa golongan wanita masa kini. Mark menginspirasikan Bella untuk lebih mencuba dalam berkarya dan mencipta entiti diri sendiri. Bagi Bella, Mark mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk menginspirasikan diri. Mark terdapat pelbagai jenis gincu yang mengubah warna serta-merta hinggalah kesemburan wajah yang menyempurnakan mekap. Bella suka!


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Jujur Bella cakap dulu, Bella macam memandang rendah pada brand makeup Mark ini sebab Bella rasa macam ia kurang berkualiti dan akan merosakkan kulit muka Bella. Tapi bila Bella Cuba, rangkaian terbaru mekap Mark ini, terus persepsi Bella pada mekap jenama Avon ni berubah! Contohnya bila Bella cuba Liquid Lip Lacquer Matte, ia bukan sahaja terasa ringan tetapi ia juga tahan lama di bibir. Kawan - kawan Bella pun setuju dan teruja untuk terus menggunakan rangkaian mekap terbaru Mark ini. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Sekarang ada lebih sebab untuk korang dapatkan rangkaian mekap Mark. Sekarang ini Mark ada promosi istimewa Mark hanging cosmetics pouch dengan pembelian mana-mana 3 barangan Mark. Mark hanging cosmetics pouch ini Kalau korang beli harga biasa adalah RM49.90, tapi dengan pembelian mana-mana barangan Mark, korang boleh dapatkan dengan harga RM12.90 sahaja. Cantik kan? tapi pouch mekap Bella special sikit sebab ada nama. Sayang nak guna tau. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Jadi apa tunggu lagi? korang tak nak rasakan ke perubahan terbaru yang dilakukan oleh Avon dalam mencipta rangkaian produk mekap terbaru iaitu Mark? Macam Bella cakap sebelum ini, MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. Maklumat lanjut :-


WEBSITE :- AVON.MY
INSTAGRAM :- AVONMY
FACEBOOK :- AVONMY
03-7965 7100 | TOLL FREE: 1-800-22-2866 (AVON)
OPERATING HOURS: 8.30AM - 6.00PM; MONDAY - FRIDAY (EXCEPT PUBLIC HOLIDAY)
AVON COSMETICS (MALAYSIA) SDN. BHD. (12757-D) AJL 93001
LOT 13A, JALAN 219, SEKSYEN 51A, 46100, PETALING JAYA, SELANGOR


Mekap adalah ekspresi, jadi pilih rona mengikut keberaniaan dan mood. Merah tanda hebat, unggu bak rebel atau kombinasikan untuk sentuhan unik. Selamat berkarya.

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian