Enter your keyword

Monday

KAMBING BAKAR BBQ SHAH ALAM AA SUPER GRILL

By On 26 February
Macam buntu plak malam ni nak dinner apa. Tengah kepala ligat memikirkan menu dinner malam ni, teringat plak KAMBING BAKAR BBQ SHAH ALAM AA SUPER GRILL yang Bella makan dekat pasar malam je. Tapi, kelazatannya ya ampun. Mengalahkan Hotel 5 Star. Kadang - kadang memang macam tu kan? less is more omputih kata. Sebelum ni Bella dan kongsikan dekat laman sosial. Sebab sedap yang tak dapat dilupakan, Bella kongsikan pula dekat blog Bella. 

kambing bakar sedap

Haa, tengoklah. Betapa lazat dan ranumnya. Dilimpahi sos dan daging kambing yang segar. Korang baru tengok je. Bella yang dah rasa ni, memang tak cukup satu. Nasib AA Super Grill ni bagi daging kambing bakar dengan roti. Kenyanglah sikit. Kalau tak, memang curi HB punya daging kambing sikit lah jawabnya.

kambing bakar terbaik

Ini adalah permulaan. Daging kambing yang telah siap dipotong - potong, terus dimasak diatas dapur. Kambing ni, tak diperap pun. Daging segar bugar ini terus dimasak. Tak tunggu - tunggu lagi.

kambing bakar tersedap

Kambing ini dibiarkan masak terlebih dahulu. Bagi hilanglah segala hanyir pada kambing tu. Bella memang tak boleh makan kalau ada rasa atau bau hanyir kambing ni. Bagi Bella, lagi garing, lagi sedap!


Bila dah separa masak. Sos istimewa dicurahkan. Korang pun boleh buat sendiri dekat rumah. Beli saja sos istimewa untuk buat kambing bakar BBQ ini dari AA SUPER GRILL. Dorang pun ada jual.

kambing bakar pasar malam tersedap

Siap!!! Satu untuk HB, satu untuk Bella. Terbaik! Mesti korang nak tahu lokasi dorang jual kan? Harganya murah plak tu. RM10 saja. Roti tu percuma. Meh ramai-ramai cuba. 

Maklumat lanjut :-

AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI 

Jalan Nova U5/N,
Subang Bestari 40150 Shah Alam
Selangor



Waktu Operasi

Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am
Ahad : Tutup 

Tempahan: +6019 634 0294 (Aslam Zahari)


Media Sosial

FaceBook :- AA SUPER GRILL
Website    :- http://aasupergrill.com

Korang kena follow FaceBook AA Super Gril sebab dorang aktif menjual dekat bazar, event, pameran, pesta makanan. Mana tahu dekat dengan rumah korang. Bolehlah cuba. 

Sunday

MENCANTIKKAN KABINET DAPUR

By On 25 February
Setuju tak, kalau Bella kata, dapur adalah tempat dimana kesemua wanita berkarya. Tidak kira pagi, petang ataupun malam. Banyak masa dihabiskan dekat sini. Bella pun macam tu. Selalu bermimpikan sebuah dapur moden yang comel untuk seronok berkarya. Barulah ada soul gitew. Bukan canggih dan mewah tau. Cukuplah sekadar comel dimata Bella. HB selalu marah. Semua nak comel. Mestilah. Kita yang nak masak. Bukan dia. Dia harap masak maggi je. Itupun kalau merajuk. Kalau tak maggi pun suh kitew masak. Kan? Jadi amat penting dapur yang bersih dan paling penting sejuk mata memandang. Jadi Bella nak kongsikan sikit cara Bella, MENCANTIKKAN KABINET DAPUR.

mencantikkan dapur

Bella bukannya bertukang. Tapi, pemegang besi dekat kabinet Bella dah berkarat. Alamak! Walaupun sikit saja. Tapi, sakitttttttt!! mata Bella tengoknya. Terus mengadu dekat HB. HB kata takpe, benda boleh spray. 

mencantikkan kabinet dapur

Korang nampak kan? Macam ada tompok - tompok berkarat dekat situ. Mesti pegang masa tangan basah. Harap bila spray cantik macam baru pasanglah ye.

tip dapur cantik

Mula - mula korang cabutlah semua pemegang kabinet dapur ni. Ada yang ketat, ada yang senang sangat nak buka. Susun sebaris untuk memudahkan korang nak spray nanti.

deco kabinet dapur

Lapiklah lantai korang. Kalau korang nak buat lantai korang lebih berseri, takyah lapiklah ye. Bella lapik guna surat khabar lama saja. Kena spray hati - hati. Jangan spray terlalu tinggi. Nant lapik pun tak guna. Terkena lantai juga. Buang masa nak bersihkan pula. 

tip deco kabinet dapur

HB belikan Bella spray ini. Lazer by Nippon. Spray Paint. HB belikan saja. Spraynya Bella. Sebab HB sibuk. Lagipun Bella nak cepat, jadi eloklah Bella buat saja sendiri.

kabinet dapur cantik


hilangkan karat

Bella Spray dengan sekali picit je, kesemua pemegang berjaya disaluti warna baru. Tunggu kering dan terbalikkan. Pusing dan susun, spray kan bahagian satu lagi. Jangan terbalikkan cepat sangat. Tunggu betul - betul kering dulu.


Ini harganya. Rm7.50 saja. Boleh guna banyak kali. Masa spray, korang kena tengok juga bahagian atas pemegang. Sebab kita spray kiri dan kanan saja. Bahagian atas takut ada yang tak kena. Padahal. bila pasang nanti, bahagian atas paling penting. Senang sangat. Semua mampu buat. Cuma masa nak pasang dan cabut tu je Bella minta tolong HB. 



Taraaaa!!! dah siap!! Selamat Mencuba. Sejukkkk mata memandang. Seronoknya nak memasak.

Saturday

JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG

By On 24 February
Alhamdulilah, tahun ini Bella ada keluarga baru. Keluarga yang amat bersemangat untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dan berat badan yang ideal. Bella diberi kesempatan untuk mengenali satu program yang sangat baik dan Bella rasa korang semua patut tahu iaitu Program JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG. Jom Kurus 1 Malaysia ini ada disetiap negeri tau. Tapi Bella mengikuti Team Rawang sebab paling dekat dengan Bella. 

diet, cara kurus

Tengoklah aktiviti yang telah disediakan untuk ahli - ahli Jom Kurus 1 Malaysia Team Rawang. Padat. Jujur Bella cakap, Bella tak dapat nak mengikuti kesemua program ini. Penat Beb. Sampai satu tahap nak muntah hijau. Tapi, korang yang mahukan badan yang solid, mesti kena join dan dengar cakap Coach. Owh, lupa Bella nak perkenalkan dengan Coach Bella yang kacak lagi baik hati. Dia faham kalau Bella tak dapat join sebab Bella sibuk dengan aktiviti Blogger Bella. 

coach king

JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG diketuai oleh Coach King. Dekat poster ini pun korang dan boleh nampak kan? Ini adalah program Jom Kurus yang KESEPULUH. Dah 10x pun korang masih tak sedar kewujudan program ini kan? Jadi sila ambil peluang join program yang ke 11.  Apa yang korang kena tahu mengenai Program Jom Kurus ini?
  • Program selama 6 minggu yang bermula dari 27 Jan - 10 March 2018.
  • Bagi Team Rawang, kawasan latihan adalah sekitar Serendah, Bukit Sentosa, Rawang (Country Home) dan ia akan berubah mengikut kesesuaian aktiviti dan keadaan cuaca.
  • Aktiviti RASMI adalah pada setiap SABTU dan AHAD.
  • Kelas tambahan pada setiap hari RABU MALAM. Tapi, Coach King rajin ya amat. Kadang -kadang Khamis malam pun ada.
  • Setiap aktiviti selalunya mengambil masa selama 2 Jam.
  • Timbang Mingguan akan diambil setiap minggu. (Paling menakutkan)
  • Pada Yang Baru lepas bersalin tidak sampai setahun perlu dapatkan khidmat nasihat doktor/atau khidmat nasihat dari COACH/TeamLeader.
  • Ada Apa- Apa Kecederaan Seperti Slip Disc, Gout, Athma, Sesak Nafas, Masalah Jantung, Tekanan Darah Rendah, Hypertension, Mudah Pitam dan lain lain masalah sila maklumkan kepada Coach/TeamLeader. 
  • Jangan risau, latihan yang dijalankan adalah amat bersuaian untuk semua golongan.


Bila korang menyertai JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG, korang juga akan dapat Percuma E-Book From Kevin Zahri yang amat berguna sebagai panduan untuk korang mendapatkan tubuh idaman korang. Selain daripada itu, apa yang bagus mengenai Program Jom Kurus 1 Malaysia ini :-
  • Kita akan dilatih oleh Certified Coach/ Trainer (Certified Bodyweight Fitness Instructor).
  • Program ini akan mengajar kita tentang Nutrition Plan dan Fitness Plan.
  • Hanya Rm300 untuk yuran penyertaan dan untuk 10 Peserta Terawal akan dapat diskaun 10%  selagi tawaran masih ada.
  • Peserta yang menyertai kali kedua dikenakan caj bayaran sebanyak Rm240 sahaja. Diskaun 20%.
kurus

Korang mesti kena ingat, buat apa - apa saja, mesti berguru dan berilmu. Jangan ikut Google atau YouTube. Mungkin cara dia diet tu, sesuai dengan dia. Bila kita cuba, tak menjadi. Disinilah pentingnya ilmu. Apa yang pasti, korang pasti akan seronok dalam menurunkan berat badan dan sihat bersama keluarga Fitness TEAM RAWANG! Tengok sajalah contoh kejayaan diatas. Taknak ke jadi kacak atau cantik? Kalau nak, jomlah ramai - ramai kita mendaftar. Maklumat lanjut :- 

HP :-  Coach King - 0192844684

Thursday

HARD ROCK CAFE HO CHI MINH

By On 22 February
Ini masih lagi pada hari yang sama, lepas Bella balik dari Sungai Mekong. Korang boleh baca :-


Malam tu, ikut itinerary. Bella akan heret HB ke HARD ROCK CAFE HO CHI MINH dengan hanya berjalan kaki dari Hotel Saigon Pink 2. Kalau ikutkan peta dekat. Bella rasalah. 

Hard rock cafe ho chi minh

Perjalanan gelap. Tiada laluan khas buat pejalan kaki. Separuh jalan, Bella dah rasa takut. Tapi, nak naik teksi pun Bella takut. Bella baca macam - macam kisah tak baik tentang pemandu teksi disini. Jadi antara penat dan takut dikhianati pemandu teksi, Bella memaksa HB memilih kepenatan. HB pun redha jelah. Dalam 10min berjalan, kami hilang punca. Tanya beberapa orang pekerja kedai makan, dorang tak tahu Hard Rock Cafe tu dekat mana. Mungkin sebutan kami lain menyebabkan mereka tidak faham.

hard rock cafe ho chi minh

HB pun mulalah membebel. Kata dekat!!?? kami pun mula bergaduh. Ini perkara biasa bila kami backpackers berdua. Bergaduh. Bella kata, tak pe. Kita jalan saja lurus. Sebab Ho Chi Minh ni bandar yang bagi Bella pusing - pusing area situ juga. Jadi kami jalan saja lurus sehingga ke hujung jalan, dan tanya sekali lagi pada petugas hotel pula. Alhamdullilah. Dia faham dan menyuruh kami menuju ke Intercontinental Asiana Saigon yang nampak dari jauh. Kami ke kanan jalan, dan akhirnya jumpa. Itupun selepas bergaduh sakan. Kuang.. kuang.

Hard rock cafe ho chi minh

Bagi korang yang nak naik teksi, bolehlah suruh teksi hantar korang ke Hotel ini dan balik nanti korang cari je teksi di depan hotel ni. Lagi selamat. Sebab semua teksi yang beratur adalah teksi Vinasun yang boleh dipercayai. 



Akhirnya, sampailah kami di HardRock Cafe ini. Alhamdullilah. Bukan apa sangat pun. Nak Beli T-shirt saja. Sebab kami pengumpul HardRock Cafe T-shirt. Masuk saja dalam ni, penuh dengan orang Malaysia membeli belah barang HardRock Cafe disini. Bukannya murah sangat pun. Murah lagi dekat Macau. Beli T-shirt corak standard sehelai seorang dan kami berangkat pulang.



Sepanjang perjalanan balik kami relax sikit sebab tidak terkejar - kejar takut HardRock Cafe tutup dan kami dah tahu jalan. Bella pergi sini dengan kekuatan HB saja. Kalau Bella seorang memang patah baliklah jawabnya. Disebabkan kami jalan dengan lebih santai, jadi banyak benda menarik yang kami dapat lihat. Kebanyakkan kedai makan dihias cantik. Hendak singgah makan tidak pasti halal haramnya, jadi kami terus saja pulang ke Hotel. oklah. Kutip pengalaman berjalan malam dinegara orang.


Wednesday

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

By On 21 February
Sambungan daripada Menyusuri Sungai Mekong HO CHI MINH Bella sengaja buat 2 part sebab terasa panjang sangat pula part 1 tu. Takut korang bosan baca. Ramai yang tanya, berbaloi ke pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2 ni? Bagi Bella ok jer. Pengalaman baru kan.

sungai mekong, ho chi minh

Rupanya!!! ( Kena baca Part 1 baru boleh faham part 2) destinasi seterusnya hanya di belakang kilang yang kecil ini sahaja. Jalan kaki je pun. Sepanjang perjalanan, boleh nampak lah kehidupan orang disini. Kebanyakkan kerja, semua handmade. Semuanya kelihatan amat kurus dan cengkung. Tempat kerja berbumbung, tapi berlantaikan tanah. Insaf.  Kami meneruskan perjalanan hingga ke hujung.

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Perjalanan taklah jauh sangat. Cuma cuaca panas membuatkan kepala berdenyut dan kaki menjadi berat. Tadi kami hanya dihidangkan dengan gula - gula kelapa. Masalah Bella, HB je. Dia kalau tak makan nasi jadi harimau. Tanya sikit kena marah. Salah cakap sikit kena marah. Redha jela. Rupanya sesuatu yang menarik menunggu kami.

bercuti di ho chi minh

Kereta kuda. Waahhh!! HB jadi semangat balik. Bukan senang dapat naik kereta kuda zaman Pak Jib ni. Eh Silap. Zaman moden ni. Nasib tak duduk betul - betul belakang bontot kuda ni. Busuk la. 

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Jauh jugalah kuda ini membawa kami. Meronta - ronta jugalah tulang pungung terhentak - hentak. Walaupun "have fun" juga naik kuda ni. Tapi perasaan kesian tu menebal dalam diri Bella. Bertabah ya kuda.

ho chi minh


Kami dibawa menuju ke satu kawasan macam pasar penduduk tempatan menjual hasil ternakan dan tanaman mereka. Bella hanya lalu saja. Masing- masing hanya lalu dan memandang kiri dan kanan tanpa ada seorang pun yang berhenti untuk membeli. Boleh dikatakan, setiap tempat kami berhenti dan setiap laluan penuh dengan barang jualan. Bella tak pasti sama ada harganya lagi murah dari pasar Ben Then atau lagi mahal. Lagipun kawasan persekitarannya agak kotor. Membantutkan nafsu nak membeli tu.

ho chi minh, bercuti di sungai mekong

Perjalanan diteruskan dan rupanya kami dibawa kembali ke bot. Bila sampai sahaja, air kelapa muda sudah siap sedia untuk kami. Waaahhh!! teruja. Kalau sejuk ni, memang lagi nikmat. Tapi, untuk waktu panas terik ni, dapat air kelapa muda macam ni pun dah terasa kenikmatannya. Alhamdullilah.


Kami dibawa ke pulau seterusnya. Pulau yang agak menarik dan nampak lebih kemas dan tersusun. Macam biasa, penuh dengan kedai kraftangan penduduk tempatan. HB tak bagi Bella beli. Jangan kata beli, tengok pun tak boleh. Lagipun tak ada apa yang Bella teringin nak beli dekat sini.

bercuti di vietnam

Bella tak pasti apa khasiat minyak ni. Nyeri. Tengok pun dah meremang satu badan. Ia dijual disalah satu kedai disini. Tapi, tidaklah Bella tanya harga dan kegunaannya.

HO CHI MINH, SUNGAI MEKONG

Bila masuk lagi kedalam, rupa - rupanya, kedatangan kami memang dinantikan. Disetiap meja telah disediakan buah - buah tempatan. Makan buah lagi. Kalau di Korea, asyik makan sayur saja. Di Ho Chi Minh ini, dari tadi kami dihidangkan dengan buah - buahan tempatan. Bella sukakan semuanya!! Manis - manis. Tapi, takdalah terlalu berbeza rasanya dengan buah - buahan di Malaysia. Sama saja.


Sementara kami sibuk makan, ada beberapa orang gadis Vietnam menyanyi lagu melayu. Jangan terkejut. Bella teruja sungguh dengan adik kecil ni. Dia yang mainkan gitar untuk gadis - gadis Vietnam ini nyanyi.




Akhirnya!!! Kami diminta bergerak ke belakang kedai dan barulah bertemu dengan Sungai Mekong. Aduss. Dari tadi Bella tertanya - tanya. Bilalah nak naik sampan di Sungai Mekong ni. Keistimewaannya, Sungai yang kecil ini, penuh dengan sampan yang dibawa oleh rakyat tempatan yang kebanyakkanya tua - tua belaka. Kesian pun ada. Paling unik, walaupun penuh dengan sampan dan sungainya kecil, tiada pelanggaran berlaku. Unik kan? Hahhaha. Sebelum naik, Tour guide ada bagi penerangan supaya naik berhati- hati dan tidak melompat masuk. HB pergi pijak ntah bahagian mana ntah. Habis satu sampan hampir terbalik. Adui.. 

Ho Chi Minh, Vietnam

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2

Kami dibawa ke seberang, dan disini ada pula teh madu dan manisan pula yang menanti. HB dah membebel dah. Lapar. Mana nasi ni. Bella kalau travel tempat orang inilah masalahnya. HB nak makan nasi. Bella suh dia bersabar kejap dan nikmati dulu secangkir teh madu limau ni. Ini dihasilkan semuanya secara semula jadi. Madu pun dorang dapatkan dari sarang lebah yang dorang bela. sedapla. Rasa unik. 

bercuti ke ho chi minh

Akhirnya kami bergerak ke bot untuk makan tengah hari. Kalau korang ambil pakej ke Sungai Mekong, pastikan restorannya dahulu. Sebab, restoran halal tiada sekitar sungai kena naik bus pula untuk menuju ke restoran yang Halal.


Selamat tinggal Sungai Mekong. Nak kata indah, takdalah indah sangat. Tapi pengalaman yang cukup berharga dalam mempelajari adat dan budaya di tempat orang.







Kami terus menuju ke Kedai makan. Inilah makanan yang disediakan. Korang rasa sedap ke tak? Sedap ke tak, dah tak penting untuk HB sebab dia makan dengan banyaknya. Bella makan sikit je. Langsung tak kena dengan tekak ni. HB marah. Dia kata, masa macam ni pun sempat memilih lagi ke? Mana nak tahu kan? Tekak dah tak boleh nak telan. Tak kan nak paksa. Kedai makan ni, langsung tak macam kedai makan. Ia lebih macam rumah, dan kami datang sebagai tetamu. Hmm hentamlah labu. Janji HB dapat makan nasi. Paling tak boleh tahan, owner siap tanya kami nak minum apa. Ingatkan dah termasuk dalam pakej. Rupanya air asing! Tertipu sungguh kami satu bas.

Masing - masing mengutarakan rasa tak puas hati sebab kami tidak diberitahu sebelum order. Oklah. Kena tipu air je. Jom balik dengan membawa 1001 pengalaman dan kenangan. Malam ni, Bella nak sambung shopping lagi. Depan hotel je. Jom.

Thursday

MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 1

By On 01 February
Siapa yang pergi ke Ho Chi Minh buat pertama kali, tidak lengkaplah kalau korang tidak pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH. Shopping ia juga. Tapi, kalau contoh pergi dengan anak - anak atau suami mesti diorang bosan tidak ada aktiviti. Asyik ikut kita ke hulu hilir cari barang dihajati kan? Bella shopping tu hanyalah part of aktiviti wajib buat. Tapi datang ke Ho Chi Minh tujuaan utama bukan membeli belah. Jadi, memang aktiviti ni wajib kami buat. 

MENCARI PAKEJ HALAL UNTUK MENYUSURI SUNGAI MEKONG 

bercuti ke ho chi minh

Bella mengambil pakej di Hotel tempat Bella menginap saja. Bella pun cadangkan korang ambil dekat situ saja, sebab dijamin 100% halal. Bukan semua pakej ke Sungai Mekong menyediakan makanan halal tau. Sebelum korang beli, korang kena  pastikan betul - betul dulu ia adalah pakej halal. Sebab, Tour ini boleh dikatakan mengambil masa 1 hari. Inilah Tour Guide kami. Buat lawak yang takda orang gelak. Slang English dia buatkan lawak tu tak sampai. Kah2x. Sian dia. Ingat nak keluar awal dan bersarapan terlebih dahulu. Tapi semalam shopping sampai tak ingat malam, pagi ini kali lewat. Tunggu bas dekat hotel saja. Senang. 

sungai mekong

Kami menaiki bas sehingga ke Kinh Chao Qui Khach ini. Panas terik tersangat. Disini, kami menaiki bot yang bergerak perlahan. Ramai juga orang Malaysia dalam ni. 

MENAIKI BOT YANG UNIK 

menyusuri sungai mekong

bercuti ke vietnam

Keadaan didalam bot ini. Kami memilih duduk memandang ke depan saja. Bella takut pening. Bot siap ada meja kat dalam. Keadaan dalam bot ok sikit la dari luar bot yang panas terik tu. Air laut sangatlah coklat. Bella pun tak pasti kenapa. Kotor mungkin.

KILANG YANG SEPI

sungai mekong

Kami dibawa ke sini. Nama tempat Bella tak ingat. Sunyi sungguh. Bella rasa kalau tak ada pelancong datang, mesti tempat ni lagi sunyi. Adalah jual T-Shirt, keychain dan bag. Tapi mahal. Bella rasa dah lama terbiar dekat situ.

BELAJAR CARA MEMBUAT GULA KELAPA TRADISI VIETNAM

bercuti ke vietnam, ho chi minh

Bila sampai sahaja di tempat membuat gula - gula kelapa ini, Bella diperkenalkan dengan mesin untuk memerah santan. Walaupun ia masih memerlukan tenaga manusia, tapi masih ok jika hendak dibandingkan dengan memerah santan menggunakan tangan. Masa kami sampai, santan telah pun siap diperah. Jadi, Bella tak dapat tengok bagaimana cara menggunakan mesin ini.

vietnam, ho chi minh, sungai mekong

vietnam

ho chi minh

Bella sempatlah pura - pura cuba mengacau kelapa ini. Senang sangat. Sebab ia tidak likat lagi. Baru nak masak. Boleh dikatakan, 100% adalah menggunakan tenaga manusia. Macam bengkel la macam tu. 

MEMEGANG ULAR SAWA VIETNAM 

BERCUTI KE HO CHI MINH

Selepas melihat cara pembuatan gula - gula kelapa,  tiada aktiviti khusus. Bella mengambil kesempatan berjalan ke sekitar kilang ini. Nampaklah kuih tradisi ni. Siapa tahu? Bella tidak pasti ini kuih apa. Apa yang pasti, ia harus dijemur. Berlambak - lambak. Atas atap pun ada. Harap Bella tak termakan semasa di Ho Chi Minh. Hehehehe.


Masa Bella tengah lepak - lepak tu, Bella ternampak la ular sawa ni. Terus Bella bagitahu HB. Kesiannya ular ni. HB kata huish besarnya! Tetiba ada pekerja sini ternampak. Terus dia offer untuk Bella pegang. Seriously??? dalam sangkar ini pun Bella tengok jauh - jauh. HB bersetuju untuk pegang. Dia memang, pergi mana - mana kalau nampak, mesti nak pegang. Kalau dekat Zoo mesti cari sangkar ular. Bagi dia, ular adalah binatang yang sangat unik. Bagi Bella mashaALLAH. Kenapalah binatang ni wujud dalam dunia ni. Geli geleman!!

menyusuri sungai mekong

Bila dapat ular tu, sakanlah dia bergambar. Buat aksi cium la, peluk la, apa la. Bella letak sekeping jelah. Kang takut ada yang terkenan plak ngan ular ni. Kahkahkah. Tiba - tiba penuh orang mengelilingi kami. Rupanya ia adalah salah satu tarikan disitu. Lepas pegang dan bergambar, harap bagi sedikit tips lah yer. Bila nampak kami semua dah bosan dan masing - masing semua lepak tak mahu membeli apa - apa, barulah tour guide ajak kami bergerak. Bagi Bella, kesini hanya buang masa. Tidak nampak apa yang menarik.


Rupanya !!!!! sambung nantilah yer. Panjang bebenor dah Bella rasa. Takut korang bosan plak. Jangan lupa baca juga


Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian