29 September
Konsert Akim & The Majistret
29 SeptemberGirang rasa hati, dapat pelawaan daripada Abg Ben Ashaari untuk join Konsert Akim & The Majistret bersama - sama dengan ahli Kelab Blo...
Girang rasa hati, dapat pelawaan daripada Abg Ben Ashaari untuk join Konsert Akim & The Majistret bersama - sama dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Jom Bella bawa korang ke Konsert Patriot Akim & The Majistret bersama Yeos!!
Konsert hari itu percuma saja. Malangnya dah lepas yer.. Boleh dikatakan, Akim pusing satu Malaysia untuk promosikan album beliau dan Yeos! Bella pergi yang di Stadium Shah Alam.
Pada hari itu juga, Akim & The Majistret mempromosikan Album terbaru diorang. Bella tak beli sebab harap Bella dapat cabutan bertuah. Hehehe. Bella datang sebagai media dan di jemput khas, tapi rasa langsung tak special. Ini yang lambat review ni. Sepatutnya bagilah album satu percuma ke, ini dapat air kotak je. Sekotak yang rm 1.20 tu. Marketing out dah kat sini. Sepatutnya bagi banyak lagi barangan Yeos supaya kami sebagai Blogger dapat promosikan produk Yeos di Media sosial. Kami selalu buat live update tau. Tapi, korang bagi setakat sekotak je. Memang tidak la jawabnya.Sekadar teguran kecil buat team marketing Yeos. Kadang-kadang modal yang kecil boleh bagi impak yang besar juga.
Konsert bermula seawal jam 8.30 malam. Tapi kami telah berada di sana seawal jam 6.00 ptg. Haruslah kerana kami Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari memang telah didisplinkan supaya berada awal dan tepat pada masanya supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak KECUALI ada hal yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa la kan... hendak buat macam mana.. Kami dijanjikan dengan VIP seat!! Fuhh gempak je dengar. Yeos kot. Haruslah percaya. Mana tahu dapat pepeluk Akim! Eh haram.. selfie atau tengok dengan tersangat dekat pun jadilah kan??
Rupanya TIDAKkkk!! kami hanya diberi masuk ke dalam kandang khas yang bukannya hanya kami didalamnya tapi boleh dikatakan semua peminat boleh masuk dengan hanya membeli barangan YEOS dengan min RM10!! Huh!! Maknanya seat VVIP kami ni rm10 la?? OMG!!! Takpelah lagipun Bella sangat teruja nk bersua dengan Akim.
Persembahan dimulakan dengan artis jemputan Precious. Nama yang sangat asing tapi mungkin chinese sudah mengenali mereka. Seksi woo... Dorg ni buat persembahan ala - ala K POP. Terhibur juga la. Lagi lagi budak lelaki la.. Remaja lelaki lebihnya. Asyik jerit I love You.. I love You je... nasib korang la. Macam dia ambik perhatian siapa yang sebut I Love You tu. Penat korang jerit je.Persembahan seterusnya dari Alinda Masya ALLAH suaranya! Punyalah lunak merdu. Menusuk dalam jiwa. Bergema-gema satu alam. Seriously sedap! Korang pernah dengar x lagu hindi yang macm koch koch hota Hai tu.. Mohabattien.. kan suara dorang lunak giler. Sama lah ni Bella dengar live. Sekali dia AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaAaaAaaaAaaaaAAAA.... meremang! Seriously.
Sampailah ke saat yang ditunggu - tunggu. Kemunculan Akim & The Majistret. Semua orang pun screemmm!!! Menjerit bagai kena rasuk. Terus Akim & The Majistret nyanyikan satu lagu yang tidak berapa selalu berkumandang ya. Tajuknya pun Bella tak ingat. Hampanya. Bella mahu lagu yang pupolar itu. Bella pun turut sama teruja, tengok dari bawah hemsemnya Akim.. Machonya, Jambunya Cutenya!!! Sampai HB kata last ok kita pergi tengok Akim. Hahhaaha.
Baru nyanyi satu lagu hujan la plak.. lebat plak tu. Lepas tu boleh plak la Si Akim ni bercakap-cakap benda yang kami tidak mahu tahu pun. Mengenai ahli kumpulan diorang. Disitu dah abis banyak masa dah dibazirkan.Bella asyik jerit, nyanyi!! nyanyi cepat!!! Mungkin cari tenaga balik kot. Nasib Akim ni pandai ambik hati kami dengan basah bersama - sama. Tapi,awak nyanyi la dulu lagu-lagu yang menjadi kegilaan semua peminat awak.Bella takut demam ni.
Akhirnya sampai masa ditunggu-tunggu Akim menyanyikan Lagu MEWANGI dan POTRET. Waaaa Bella puji Akim sebab suara dia sangat unik dan lagu dia, Hanya dia seorang saja yang boleh bawa lagu itu dengan unik dan sedap sekali. Bella pun ikut Akim nyanyi sesama. Eh!! bukan Bella jer.. boleh dikatakan, semua ikut nyanyi.
Lepas dengar Lagu kegilaan Bella tu, Bella pun gerak la pulang. HB la lapar la bagai. Jadi terkuburlah harapan Bella nak bersalam - salaman dan ber Selfie dengan Akim & The Majistiret. Itulah peminat. Tengok dari jauh dengan mata kepala sendiri pun jadilah.. Harap lepas ni Akim & The majistret panggil la Bella. Bella sanggup buat satu post hanya untuk Akim & The Majistret sahaja. ok? Nice to meet you Akim..even you didnt notice me. Muahciked.