Bercuti
Krabi
Travel York
Bercuti Di KRABI-Elephat Trekking
23 September
Assalamualaikum..
Izinkan Bella sambung lagi mengenai percutiaan Bella Ke Krabi. Entry pasal Krabi yang Penuh dengan gambar dan keriangan ok?Ahaks. ok Kalau nak baca entry sebelumnya kilik je link dibawah ok?
Izinkan Bella sambung lagi mengenai percutiaan Bella Ke Krabi. Entry pasal Krabi yang Penuh dengan gambar dan keriangan ok?
Memudahkan korang nak search pasal Krabi ni. Senangla korang nak bercuti. Kita enjoY!!
Flight kami pagi. Kul 7. Kul 5 pagi kami dah gerak dari Rawang. HB parking kereta dekat luar. Rm15 sehari tu.Kebetulan takda parking!!! HB terpaksa park jauh dan berlari masuk ke dalam LCCT. Nasib HB atlet sebelum ni.Cepatlah sampainya. Sampai je kat Bella, dia kata cepat - cepat dah lewat. Ok la. Kami pun beratur. Sampai kat petugas tu dia kata eh ini untuk penerbangan domestic. Penerbangan antrabangsa kat sebelah sana. OMG!!!! kami dah lambat!!! Nasib takyah check in bag.Argggghhh!!! Punyalah kalut. Sampai beratur ditempat yang salah.
Potong barisan lari ke tangga dan pergi ke petugas AirAsia.Tunjuk tiket dan dia kata.hish dah lewat ni. Pergi cuba nasib. Lari!!!Nasib dia bagi kami masuk.Alhamdulilah.Ramai yang kena tinggal sebab petugas tak bagi masuk. Kami pun berlari macam orang gile ke landasan tambang murah yang paling hujung plak tu!!! OMG!! Bella dah tak larat pastu kata kat HB pergi la dulu. Bella dah tak larat nak lari. Jarang bersenamlah katakan. HB ambik bag Bella dan suruh Bella lari juga. Masuk je dalam flight basah baju. Semua orang tengok. Malu giler. Paling haru, perut terus sakit. Tak tahulah sakit sebab takut kena tinggal ke, lemak dah mencair. Hhhahaa.. kelaka. Sedih. Syukur.
Alhamdulilah, masih diberikan keizinan dan rezeki kepada kami untuk menjejaki kami ke bumi Krabi. Sampai dekat airport Krabi, sila jangan ambik gambar ye.Di jeritnya korang nanti. Garang sungguh immigration dorang. Dirampasnya hp dan di paksanya delete. Pekerja tu cakap sambil menjerit! bergema satu airport tu. Takut. Peringatan jangan la buat.
Sampai di airport kami dijemput oleh supir yang telah di booking dengan hotel dengan harga 600bath. Cerita pasal ni kat entry sebelum ni pun banyak. Perjalanan ke hotel agak jauh,tapi masih teratur. Aonang beach jauh dari bandar. Apa yang menarik semua ada kat pantai. Jadi, haruslah kita book hotel yang berdekatan dengan pantai.
Sampai disana, Bella jumpa la reception hotel ni. Dia macam terkejut sebab bila Bella tanya..
"hi, im ready booking your hotel thru booking.com. here my full payment. then how about my room? already done for honeymoon couple?hehehe" happyla konon time ni.
Then dia reply.. "Actually not yet beautiful." Sambil gabra2x."Your room still in cleaning process..we try to do faster".
"Oh..its OK..then how about my activity? i want do activity now because i in short trip".
"Sorry because my friend not book for you, but its ok..i try call all agent". Masa ni dah rasa nak ngamuk, nasib deal ngan Bella yang baik ni.hehhee..angkat bakul.
Bilik tak kemas takpe lagi. Activiti tak book tu melampau. Penat jerk Bella email siang malam plan dengan dia. Boleh plak yang attend orang lain. Orang yang email Bella tu dia tak datang dan tak book untuk Bella. Nasib driver datang jemput kalau itu pun dia lupa memang melampau.Jangan harap Bella nak review. Hhhaaha..Auntie tu memang baik. Dia jugala yang call motor comel untuk kitaorang sewa.
Dapat je motor kami pun pergi makan dan pusing-pusing pantai. Sebenarnya aritu Harvest House masa email aritu dah bagi harga kat Bella untuk Naik gajah. Dia bagi pakej tour trip Jungle trip full day 4 in 1 it's Tiger cave temple,Emerald pool and hot spring and elephant trekking. The price is 1600 baht for one person. I will discount for you is 1400 baht for one person. It's include lunch,transfer,fruit, water, assurance and entrance for get inside the national park and English speaking guide.
Murah ke korang rasa? Mahal kan? Bella argue la napa mahal sangat,sebab ada yang kata dapat pakej harga 1000bath je. Dia kata kalau nak harga tu boleh tapi 3 in 1 je. Emerald pool and hot spring and elephant trekking only. Ok la. Bella memang nak elephant trekking je. Lain - lain tak kisah sangat. Ramai yang kata yang lain - lain tu takdela syok sangat, jadi tak terkilan pun la. Naik gajah lagi best. Huhhhu.. Gajah ni besar...
Jadi, bila Bella dah deal nak ambik 3 in 1 tu, boleh plak dia tak book. Masa sampai kat hotel tu auntie tu call sana sini la untuk kitaorang buat aktiviti. Sepatutnya pergi island dulu, tp dah tak book. Full la. Hanya elephant trekking saja ada,tapi bukan 3 in 1. Sebab dorang ada kekosongan untuk sesi petang saja. Tak sempat nak pergi emerald pool ngan hot spring sebab kedudukan jauh2x. Takpe, takda rezeki mungkin ada hikmahnya. Jadi Bella hanya pergi Elephant trekking dengan harga 600Bath per person. Bayar jela. Janji dapat naik gajah!!
Nanti dorang ambik kita kat hotel. Perjalanan kat sini agak jauh. Sementara tu boleh la kita tengok pemandangan sekitar. Rare la kan.Papan tanda dia semua. Pastu kita kena tunggu daftar nama semua dan kita kena naik atas bangsal yang tinggi, sama dengan ketinggiaan gajah tu.Memula nak naik takutnya!! Mengigil-gigil kaki. Guide kitaorang budak - budak je. Tapi sian gajah ni, kena rotan. Pastu Bella cakp jangan rotan dia!! sian!! Pastu budak tu pusing belakang cakp sorry madam.Aikkss? paham plak.Lepas tu dia pakai kaki je suruh gajah tu bergerak. Gajah tu plak degil. Seram giler. Dia ikut je kehendak dia. Sambil jalan tu dia makan. kelaparan ke gajah ni?
Paling menakutkan bila budak penjaga gajah tu turun!! pastu dia ambik gambar kita dan paksa gajah tu senyum. Pic gajah naikkan belalai tu, dia senyum la.Masa budak tu turun,Bella jerit -jerit ketakutan sebab dia suruh my HB duduk depan plak. Bella kata..dear..boleh ke ni? boleh ke? Hhhahaaa...seram. Mana tau dia tak mau selain dari tuan dia. Sangat seronok naik gajah ni.Then, masa nak balik, tanya la tourist yang 1 van ngan kitaorang, "are you enjoy it?That really fun right?" Dorang kata tak best sebab kesian sangat tgok gajah tu kena pukul. "That not really interesting, more interesting at chiangmai because there we can travel with elephant with love". Owh really? kena pergi chiangmai plak la ni? ahaks. Pastu bagilah tip kat budak tu.. seikhlas hati yer..
Sebelum korang nak redah hutan tu dengan gajah, Dorang akan snap pic kita. Nanti sebelum korang nak balik. Dorang akan print pic tu dan suruh kita beli la. Harga nya Bella lupa tapi Bella rasa macam tak berbaloi la. Gambar yang dorang print tu plak mata Bella pejam. Hmm buruk! Bella kata, sorry,Can i choose another pic?because i dont like this pic. Dorang kata boleh2x. Tapi Bella tengok semua gambar Bella buruk!! Bella kata dengan HB cakap je la tak nak beli. HB pun bagitahu kata la tak mau beli sebab Bella tak suka. Selamat.Tak cantik buat apa nak beli. Kan?
Malam tu Bella kata ngan HB kita pergi Krabi Town untuk pergi night market. Jimat punya pasal tambahan kononnya nak menghayati sangat suasana krabi kami decide naik motor saja. Semua orang kat situ kata dekat. Kami pun ok la. On the way hujan plak. HB memang hebat la. Dengar orang tu cerita jalan sekali je. Terus dia boleh ingat jalan. Kalau Bella memang sesat barat la. Drive pergi mah sendiri pun sesat. hahhaha. Krabi Town dari pantai Aonang jauh. Memang jauh. Naik motor slow ni pula.
Kebanyakkan barang Bella shopping kat pasar malam ini je. Memang jimat. Semua lebih murah dari pantai Aonang.Key chain, Fridge Magnet, Small wallet dll. Makan malam tu pun Bella beli kat sini je. Malam tu banyak yang takda, sebab hujan. Jadi banyak barang yang tak dapat nak di shopping.
Kedai ni paling lama Bella stop sebab semua cantik - cantik. Bella pilih baju daripada mula - mula banyak size Bella, tapi tak terfikir nak beli. Bila rasa macam corak tadi tu cantik, nak beli dah abis. Gila laju. Jadi kalau korang dah berkenan, cepat - cepatlah ambil tau. Bajunya pun berkualiti dan tulisannya tak tertanggal. Bella juga beli bag yang diperbuat daripada jeans. Hand made ok. HB berkenan sangat sampai suruh beli dua. Hahaa..Cute sangat. Bella beli semua kat sini cenderahati untuk kawan-kawan semua. Dorang semua kata best dan cantik. Bella bagi wallet kecil untuk semua.
HB berhenti tengah-tengah jalan nie semata-mata nak ambik gambar dengan isyarat lampu jalan tu.Bukti kami sampai Krabi Town. Masa nak balik, kami tak sedar hari dah lewat. Sibuk shopping ambik gambar bagai. Masa nak balik ni kami sesat. Dua tiga kali pusing jalan yang sama. Sebab masa nak masuk ke pasar tu pun HB dah berpusing-pusing cari parking last - last lupa plak jalan balik. Baru je puji tadi. hehehe. Memang dah buntu. Nak tanya orang takut bahaya. Dah lewat malam kan, tetiba nampak bas yang tulis Pantai Aanong. Bella kata pergilah kejar bus tu.
HB pun kejar la, dah la motor ni macam siput. Rupanya bas tu bukan nak ke Aonang la. Dia nak ke bus station. OMG!! macam ne ni? HB seorang yang sangat cool. Apa pun problem dia cool je macam xda apa -apa berlaku. Bella dah gelabah gile. Lepas tu Bella kata, ikut kata hati Bella pula la. Jadi Bella cuba ingatkan balik jalan. Bella kata cuba masuk jalan ni.. jalan tu.. jalan ni.. akhirya jumpa. Itu kelebihan Bella. Bella takboleh ceritakan jalan kat orang. Bella akan ingat tempat tu ikut pemandangan. Nasib Bella menghayati pemandangan masa tu. Kalau jalan tu kosong macam highway memang boleh sesat.Alhamdullilah jumpa signboard ke pantai Aonang. Sampai je kat highway Bella dah lupa jalan. HB pula yang ingat.
Kami pun bergerak ke pantai Aonang dalam keadaan yang sunyi sepi dan gelap gelita. Ya ALLAH selamatkan lah kami. Berdoa Bella dalam hati. Masa bella pergi ni Thailand tengah dalam darurat. Jadi memang sangat takut. Bella nak nangis sangat, sebab terlalu takut. Memang hikmah besar kitaorang sewa motor baru. Alhamdullilah kami selamat sampai. Sangat mendebarkan. Jadi korang kalau nak ke Krabi Town dari Pantai Aonang naik motor reramai ok la, at least apa apa senang. Lagi ok korang naik je tuk tuk atau teksi.Selamat.
Hari ini punya pengalaman penuh dengan keterujaan. Best sangat. Semua pengalaman yang tak pernah di rasa. Nasib semuanya selamat. Nanti Bella sambung untuk entry last ok.
Semoga membantu.
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.