Enter your keyword

Saturday

Makanan Paling Sedap Di Melaka.

By On 31 January
Assalamualaikum..

Bella sudah kongsikan mengenai  Penginapan Bercuti di Melaka, Bercuti Ke Melaka, Pengalaman Di Melaka Wonderland Theme Park & resort korang click je kalau nak tau lebih-lebih. Pernah Bella pergi melaka hanya untuk mencari Makanan Terbaik Dah Tersedap Di Melaka. Memang Melaka banyak makanan sedap. Sedappp!!! sangat. Makanan yang sedap - sedap ini, banyak terdapat di sekitar Pantai Klebang. Kalau korang menginap di hotel sekitar Pantai Klebang, cubalah nasi bungkus yang dijual dalam bakul tepi jalan ni. Sangat unik dan sedap. Teringat zaman sekolah dulu. Nostalgia sangat.

makanan sedap di Melaka

Sepanjang perjalanan di Pantai Klebang ni pun banyak gerai-gerai yang jual makanan gantung-gantung ni. Bella bukan nak cakap sedap, tapi nampak menarik kan?? Bella tak beli pun. Jadi Bella tak tau sedap ke tidak. Cuma menarik perhatian Bella untuk singgah. Gerai ni jual macam-macam makanan tradisi. Korang kalau ke Melaka tak beli cencalok memang rugi. Jadi Bella beli cencalok dekat sini saja. Alang - alang dah singgah kan.

sedap sangat ke coconut shake

Paling meletup dan viral di Melaka. Famous giler kot!! nak beli punyalah beratur panjang. Nasib masa Bella pergi beli sekejap je dah dapat sebab kedai baru nak buka. Kalau pergi Melaka tak singgah sini memang pelik la. Cuaca Melaka yang panas, buatkan bila korang minum air ni dia rasa macam satu kepuasan pada tekak dan naik ke kepala. Nikmat. 

makanan paling sedap di Melaka

Landmark nya. Ia berdekatan dengan Caltex. Jangan tertipu dan tak tahu, banyak cetak rompak coconut shake ni. Bella mula-mula nak beli pun melilau cari. Berpandukan blog dan cerita dari FB baru jumpa yang sebenar. Sepanjang perjalanan penuh dengan gerai Coconut Shake. Orang dah mula meniru. Tengoklah, siap ada kon. Ada satu masa tu, jalan ni pun jadi jammed sebab orang nak masuk parking nak beli coconut shake ni. Masuk dalam ada gerai. Makanan yang dijual pun sedap - sedap belaka. Kuih muih pun sedap. Sampai pening nak makan mana satu.

kedai makan sedap di melaka

Kedai Ikan bakar Malim ni memang telah dikenali dengan kesedapan ikan bakarnya. Kalau korang ada masa dan ada rezeki bolehlah rasa ikan bakar disini. Sebab ikan bakar sini selalu habis. Tapi Bella singgah di sini kali ini adalah untuk mencuba murtabak singapore nya yang sangat umppppphhh!!!! memang tak tipu. Sedap sangat.

murtabak sedap di Melaka
Murtabak ini pun dah masuk dalam segmen Jalan-Jalan Cari Makan tau. Kalau korang nak cari   restaurant ini, ia berdekatan dengan stadium. Kawan - kawan yang pergi ke Melaka mesti akan suruh Bella singgah makan dekat kedai ni. Sedap.



Makan seafood di muara melaka. Masa Bella makan di parameswara yang glamour sangat tu. Katanya sangat sedap, dan masa Bella datang ni, memang penuh orang. Melilau - lilau cari tempat duduk. Terus duduk dan HB pilih lauk. Masa ni hujan lebat. Lapar lagi. Bella pula semuanya teringin nak makan. Banyak jugalah kami order. Tapi semua nya sikit - sikit untuk sekadar nak rasa. 

seafood di melaka
Kedai ni Bella bukan nak cakap pasal kesedapan dia sangat, tapi kedai ni mahal. Korang baik pergi kedai Sungai Duyung. Orang melaka kata di situ lagi berbaloi.Tapi Bella tak sempat cuba lagi. Bila balik dari Melaka lepas tu bagitahu dekat member, makan sini mahal. Member kata dulu memang sedap dan murah. Lepas tempat ini popular. Terus makin hari makin mahal dan kurang kesedapannya. 


Melaka paling havoc mestilah asam pedas kan? Ada banyak sangat kedai. Paling sedap masa mula  -mula Bella cuba makan asam pedas di Melaka ini, dekat area Hotel One o One. Asam Pedas Laksamana. Makan pula masa tu tengah lapar, hujan lagi. Memang sangat sedap dan kena dengan tekak Bella. Bila kali kedua makan, rasa dan tak sedap. Jadi Bella ajak lah HB cuba makan di Asam Pedas Claypot. Punyalah penuh orang. Mesti sedap kan?

asam pedas melaka

Korang silalah datang malam dan masa lapar. Bella datang makan time tu tak lapar sangat. Singgah sebab tengok ramai sangat orang. Bila rasa, Asam pedas ni rasa belanga yang lebih. Hhahaha.. entah la mungkin sebab kenyang kot. Citarasa kan lain-lain. Mungkin korang rasa sedap. Tapi Bella rasa macam asam pedas ni hangit terbakar. Rasa hangit tu melekat dekat Asam Pedas tu. Haaa.. macam tulah Bella rasa.


Selalunya, mana - mana kedai kalau kita makan Asam Pedas Kat Melaka ni.. mana - mana kedai pun akan sediakan set macam ni. Ada nasi, sedikit sayur, sambal belacan dan telur masin. Terbaik!


Bella rasa sampai disini dulu perkongsiaan Bella. Kalau Bella pergi Melaka dan jumpa makanan sedap yang lain,  Bella tambah ok.  Salam.

Monday

Pengalaman di Melaka Wonderland Theme Park & Resort

By On 12 January
Hari ini Bella nak kongsikan pengalaman Bella Bercuti Ke Melaka yang entah kali yang ke berapa tapi kali ini nak pergi ke Melaka wonderland yang Bella tidak pernah jejak lagi. Kali ini Bella menginap di Hotel Sentral Melaka. Apa yang seronok sangat mengenai Melaka Wonderland ini? Jom Bella kongsikan Pengalaman di Melaka Wonderland Theme Park & Resort.

melaka

Melaka Wonderland Theme Park and resort!! fuhhh!! nama sangatla gempak. 5 bintang Bella bagi untuk nama yang sedap tu. heheehee. Masa nak pergi ke sini kami tak jumpa jalan masuk. Sebabnya agak tersorok dan masih baru. Jalan nak masuk nya dekat dengan belakang Hotel Permaisuri. Parking panas. Bila melangkah Masuk, alamak!! still under renovation ke? Bella pergi dengan harga promo, tapi still takdalah murah sangat. 

melaka theme park

Bella beli tiket ni kt MY DEAL yang sangat sengal, terrible and b***H tu.. dia forward tiket kata itu untuk dua orang. Sampai kat kaunter dia kata resit tu mewakili seorang je. Mampus. K fine, Bella pujuklah adik tu minta tolong printkan dekat office diaorang. Dorang suh Bella naik atas jumpa manager dia. Benda kecil je sebenarnya. Bella nak print satu je receipt lagi sebab salah baca kat mail tu. Kaunter tu kata bayar la dulu. Satu jeorang boleh guna. Bella macam tak puas hati, semua detail ada. Cuma tak print saja. Bella naik atas jumpa manager dia. 

melaka resort

Inilah entrance dia. Terpaksala Bella beli satu lagi tiket. Dahlah tiket dari MY DEAL tu nak expired! Adus!! Masa ni mood dah kelaut. Nak pergi murah jadi mahal juga. Naik la atas jumpa manager dia. Seorang perempuan cina yang sombong melayan kitaorang. Malangnya nama dia Bella dah lupa. Kalau ingat, senang beli tulis sini minta Boss dia hantar pergi training customer Service. Bella minta tolong la pinjam komputer nak email kat MY DEAL minta tiket satu lagi and nak print dan Bella akan bayar untuk print out tu. Dia tak bagi. Takpe. Bella turun then still thinking macam mana nak buat ni.

Bella email dekat MY DEAL tanya kenapa attachment ada satu je? Nasib baik dia reply cepat. Bila Bella dapat saja no tiket, terus Bella pergi dekat kaunter, bagi no tiket. Sebab kertas print out tu tak ada apa pun. No tiket saja pun. Tak kan nak simpan tiket tu. Dah la jauh. Lagipun Bella memang tak akan datang lagi sini lepas terrible experience ni kan. Sebab tadi Bella dah beli tiket baru, jadi tiket ini Bella kena jual dekat oranglah. Bella tanya dekat orang yang beratur tu, Jual murah sikit dari harga asal. Asalkan tak burn macam tu je. Lagi rugi. Nasib!!! menjadi. Thanks a lot adik 2 orang kat kaunter tu. Harap di reward oleh company sebab akak dah tulis penghargaan terima kasih akak diatas pertolongan adik - adik dekat peti cadangan. OK.. abis cite sal MASALAH berat Bella tu.. hehehe.. jom kita terjah ke dalam. Jadi nasihat Bella, bila Bella apa - apa tiket diskaun dekat mana - mana website sila baca dan check betul - betul. Jangan gopoh macam Bella. 

bercuti ke melaka

Dari kaunter masuk ke dalam jauh. Kena naik tram ni. Tunggu dia datang lepas tu bolehlah naik. Hehehe itupun nak explain. Masa kitaorang naik tu takda orang. Jadi terpaksa la tram ni bergerak bawa kami berdua je. Sampai saja kedalam terus nampak kolam renang. Tapi macam mana nak tukar baju? kat mana? Blur. First time sampai katakan.

bercuti di Melaka

Tram tu terus berjalan dan berhenti di cafe ini. Penuh orang makan. Bella ingat kena tukar kat tandas ni. Kotor. Sebab semua baju basah dorang tukar kat sini. Macam mana nak tukar baju kering? Bella bagitahu HB, mesti ada tempat tukar baju yang lain. Rasanya bukan tukar baju dekat  sini. Jadi kami pergi naik tangga dan baru jumpa. Korang kena pergi ke arah kedai souvenir ni.

ke melaka

Korang naik tangga nanti jumpa kedai cendarahati ni. Tepi  tu ada tandas dan tempat penyimpanan barang. Macam dekat taman tema lah. Kebanyakkannya semua sediakan kemudahan macam ni.

melaka wonderland

Bella sempatlah temgok barang - barang cenderahati yang dijual dalam ni. Cute kan? Bella cari fridge magnet tapi tiada. Belum buat lagi dia kata. Bag ni cute, tapi kalau Bella beli mesti tak guna. 

ke melaka

Kolam renang ini adalah yang paling besar dan paling ramai orang berenang. Kat sini air dalam dan berombak kuat. Siapa yang sewa pelampung seronok la, boleh terapung - rapung. Bella malas nak sewa pelampung sebab HB tak nak mandi. Panas katanya. Takut hitam. Hampeh sungguh. Tak mandi pun bukan boleh putih. 

melaka theme park

Macam pantai betul kan? Bella memang main kat sini je. Bila bosan kita ke taman temanya la plak..

melaka wonderland

Tengok!! tinggi gila. Nak main kena naik berapa anak tangga tuh!! Bella tak cuba pun, sebab kena sewa pelampung. HB nk main sangat. Bella tak bagi. Buat apa. Masuk dah bayar. Nak main pun kena bayar pelampung pula. Lagipun duit semua dah terkunci dalm locker tuh. Jadi tengok jela jawabnya. Bukan tak pernah main pun.

melaka wonderland

Waaaaahhh! tengok tu. Melingkar-lingkar. Ni pun Bella tak naik. Kena ada pelampung juga. Sampai HB merajuk sebab semua tak boleh main. Kata panas tadi kan? Macam budak tadika merajuk. Kah3x

melaka wonderland, theme park best

Gelongsor yang ini pulak tak perasan ada kat celah-celah ni. Dah tukar baju nak balik baru perasan. Permainan yang ini tak perlukan pelampung. Gelungsur terus je. 

bercuti ke Melaka

Permainan gelongsor ni saja yang sempat kitaorang main. Itu pun yang sebelah kiri itu saja. Tak sanggup rasanya nak beratur dan berebut dengan budak - budak sekolah yang datang. Rombongan agaknya.

melaka wonderland

Sini tempat mandi budak-budak. Tapi Bella dengan HB lepak paling lama kat sini.Sebab utamanya kawasannya sejuk sambil tunggu air dari tong tu penuh dan melimpah. Tengok gelagat budak - budak sekali. Ambil berkat. 

melaka wonderland

Disini kawasan budak - budak mandi. Belakang kawasan inilah ada gelongsor-gelongsor yang lain tu. Kira luas jugak la. Kalau jalan kaki dari pintu masuk ke theme park ni memang berpeluh. 

melaka wonderland

Disini juga ada permainan token yang  macam baling - baling botol, tarik botol dapat patung yang besar - besar macam ni. Nampak senang tapi Bella main tak pernah dapat pun. Sedih!! Masa ini tram tu dah ada tapi dia tak mau jalan. Tunggu jap la. Sebab orang lain semua tak nk balik lagi. Bella masuk sini kejap sangat. Takda apa yang nak dibuat sangat. Ada bawa anak seronok la.

melaka wonderland

Ok. Jom balik. Sebelum itu Bella nak kongsikan Tips yang Bella rasa korang perlu tahu sebelum sampai Melaka Wonderland Theme Park & Resort :- 

  • Jangan lupa bawa towel untuk keringkan badan,bella tengok kesian anak - anak kecil mengigil-gigil kesejukkan.
  • Sebelum masukkan barang-barang dalam loker, silalah keluarkan duit untuk sewa pelampung sebab bayarannya berasingan.
  • Sesuai sangat bawa anak - anak.
  • Pakai je selipar.
  • Jangan lupa bawa bag plastik untuk pakaian basah. 
  • Tempat tukar baju bukan di tandas tapi ada tempat asing khas untuk tukar baju.
  • Naik saja kenderaan yang disediakan. Percuma. Kalau nak berjalan jauh. 
Semoga bermanfaat. Doakan Bella dapat bawa anak sendiri datang main sini. Aminn.

Saturday

Bercuti Ke MELAKA

By On 10 January
Horray!!! jom kita ke MELAKA!!! seronok sangat bagi Bella. Bella bercuti ke Melaka selalu. Sebab Melaka have everything!. Makanan sedap, banyak tempat menarik, banyak cerita sejarah, ada laut, memang best la. Jadi, bagi sesiapa yang tak pernah pergi dan nak pergi, jom Bella kongsikan sikit  kisah Bella Bercuti Ke MELAKA yang mungkin korang tak tahu lagi. Mana tahu kan.

melaka

Kali ni Bella kongsikan tempat menarik yang Bella dah pergi di Melaka. Kita zoom in apa yang seronok sangat dekat Melaka tu yer. Bagi yang tercari - cari penginapan bila ke Melaka boleh la klik disini Penginapan Bercuti Ke Melaka . Bella pergi ke Melaka terus menuju bandar Melaka. Apa yang akan kita nampak???

MENARA TAMING SARI


Menara Taming Sari. Bella naik sebab nak merasa. Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur. Jadi, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk kita melihat kota Melaka dari pandangan atas.Masa Bella nak cuba naik ni, pelawat punyalah ramai. Tapi korang jangan risau. Kejap je kena tunggu. Sebab Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat pada satu masa dan hanyalah berputar selama 7 minit.Rasa kejap giler..

Dikawasan Taming Sari ini sendiri memang sudah cukup meriah. Ada pertunjukkan, jual cenderahati dan yang paling menarik adalah beca yang dihias sungguh indah dan menarik. Korang pilih je tema apa korang nak.  Korang jangan saja depan sikit, ada pasar malam. Memang sangat meriah kawasan sini.


Masa ini kami macam bosan duduk dalam bilik. Jadi kami keluar berjalan ke kawasan Dataran Pahlawan. Kami pergi lepak dekat padang yang luas. Siapa yang pernah pergi Melaka, mesti faham padang mana yang Bella maksudkan. Bella duduk je lepak - lepak relax2x tengok perangai budak - budak wechat. Suasana sini nyaman sangat. Shopping mall pun bersepah-sepah. Tapi Bella tak shopping pun. Kat sini juga ada taman yang di hiasi dengan lampu yang comel. HB tangkaplah seekor buat kenangan.  Kiut giler!!  Malam pun still meriah.

MELAKA RIVER CRUISE


Korang yang pergi melaka, tak cuba naik Melaka River Cruise memang rugi. Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada kita menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. Sambil bot ni menyusuri sungai,dapatlah kita tengok sendiri bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.Kita juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise ni.

Bagi Bella, sungai Melaka ini kelihatan kotor, dan bila Cruise ini lalu di sesetengah kawasan ada macam bau busuk sikit. Tapi enjoy sangat. Terasa lembut angin menyapa, percikkan kecil air sungai ke muka, kadang-kadang kita juga yang mungkin terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan. Mana nak jumpa biawak yang bersantai dekat KL ni? Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.Bella naik masa siang. Ingat malam tutup. Bila masa malam, Bella sempat makan kat tepi sungai tu jela.

Korang boleh menaiki bot ini dari :-

1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

bercuti ke melaka

Lepas je korang bersiar-siar dengan river cruise, bolehlah mendalami peninggalan sejarah dengan memasuki Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka. Korang kalau masuk bandaraya Melaka tak nampak kapal ni memang pelik, sebab kapal ini terlalu besar dan ia adalah antara monumen Melaka yang kelihatan seperti sebuah kapal lama dan diletak di tepi muara Sungai Melaka.

MUZIUM SAMUDERA @ MUZIUM KAPAL

bercuti di Melaka

Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar — iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Di dalamnya ada macam-macam peninggalan lama. Macam wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Bella datang aritu dorang buat program tidur dalam muzium ni. Ada berani?

bercuti ke Melaka

Lepas abis cover dan lawat semua yang menarik di dalam bandar Melaka,  bolehla kita ke Zoo Melaka and Night Safari. Zoo ini adalah zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Mini Safari di sini ialah satu kawasan di mana kita boleh melihat haiwan-haiwan dari Afrika seperti zirafah, impala dan kuda belang bergerak bebas dalam kawasan lapang. Kita akan melalui kawasan ini melalui platform tinggi di atas haiwan liar ini. Tengokla.. memang bebas binatang - binatang ini untuk kita lihat. Zoo Negara pun dah buat cara macam ni kan?

zoo melaka

Kalau korang datang ke sini pada hujung minggu, korang juga boleh menunggang kuda dan gajah. Bella tak sempat nak cuba, jadi tak bolehlah Bella nak cerita detail. Ada juga kompleks harimau. Kompleks ini memuatkan beberapa jenis harimau. Harimau belang ada,  harimau bintang pun ada. Harimau - harimau ini dipelihara di dalam rumah kaca.  Mereka yang tidak sanggup berjalan (ya, zoo ini sangat besar) boleh menaiki trem. Kalau korang datang pada hujung minggu, jangan lupa melawat Lily si gajah yang comel dan manja. Korang mungkin boleh memberinya makan dalam sesi yang bermula pada pukul 11:30 pagi. Bella takut walaupun ia comel. Hahaha.

TAMAN BUAYA MELAKA

Taman Buaya Melaka

Bertentangan dengan Zoo Melaka korang boleh nampak Taman Buaya.Taman ini kecil jer. Macam tak berbaloi rasanya kena bayar. Hahahaha.  Bila masuk saja, apa yang kita akan temui dulu adalah reptilika banggunan-bangunan yang mencipta sejarah dibina sebiji macam yang asal. Di taman kecil ini, korang boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Tapi Bella tengok semua macam sama je, takda yang berwarna atau berbentuk lain pun. Susah nak bezakan.

Apa yang Bella bacalah kan, antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat Buaya ini termasuk dalam kategori haiwan yang kurang bergerak, jadi korang akan rasa macam tengok patung buaya je. Buaya - buaya ni akan kaku je dekat satu tempat. Korang datanglah pada hujung minggu bermula dari pukul 10:30 pagi. Bolehlah tengok sesi memberi makan dan menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya dalam pertunjukan buaya. Masa Bella datang, tempat ni tengah renovated. Paling teruk kaunter tu tak cakap pun tengah renovated,rasa tak berbaloi sangat bayar. Banyak benda tak boleh buat. 

A FAMOSA MELAKA 

bercuti di melaka

Sini paling berbaloi datang sebab PERCUMA!!. hahahaa.. Bella kongsikan sikitlah sejarah mengenai Kota A Famosa ni kan. Kota A Famosa Melaka ialah sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina pada tahun 1511 sebaik sahaja Portugis berjaya menawan kota Melaka dari tangan orang Melayu. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kubu tentera ini dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka yang ditawan dan menggunakan bahan binaan hasil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. Jadi jangan galak sangatlah masa datang sini yer.

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa. Kalau korang mendaki bukit hingga ke puncak, akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda. Bella tak perasan plak.

PUSING - PUSING NAIK BECA 

beca ke Melaka

Bella naik beca ni kat Bandar Hilir. Pakcik beca ni bawa kitaorang pusing - pusing dekat bandar Melaka ni. Baik sangat. Mula-mula pergi A famosa. 

pusing - pusing melaka

Pergi melawat stesen kereta api lama yang digunakan zaman portugis. Sangat unik ok. Bella nak tangkap banyak gambar lagi. Tapi malu.Kah2x.

jalan - jalan Melaka

Kami juga dibawa ke kapal perang yang pernah digunakan semasa perang. Ini bukan yang kapal contoh tau, tapi kapal sebenar. Masih utuh gitew. Bella seram gak nak pegang. Takut luruh. Yela, barang lama kan. Mana nak tahu, masa kita pegang masa tulah kapal ni runtuh. Adoi. Negatif sungguh.

Pusing - pusing A famosa

Cantik sangat kan pemandangan kat sini.. Pakcik ni paling cool sebab dia yang beria-ria suh kitaorang pose dengan berbagai gaya. Bella malu plak nak pose tapi pose gak. hahaha. Terbaik la pakcik ni.


Nilah pakcik tu. Baik no extra charge. Seikhlas hati je pakcik ni minta. Dia bawak ke semua tempat tu tau. Kali yang pertama kali round - round naik beca dalam bandar melaka ni, memang seronoklah. Benda baru.

PANTAI KLEBANG MELAKA

BERCUTI DI MELAKA

Melaka pun ada pantai okeisss. Masa ni  memang panas terik tapi angin kuat dan best. Bella nak je mandi, Tapi takda plak orang mandi. Takut bahaya. Sekitar sini banyak makanan sedap yang popular. Antaranya Klebang Original Coconut Shake. Beratur orang nak cuba. Korang boleh baca Makanan Paling Sedap DI MELAKA Rasa macam dah panjang sangat Bella cerita ni. Ok harap bermanfaat.

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian