Berseronok Di I-city Shah Alam

As Salam.... Sape tau Shah Alam dekat mana??? angkat tangan!! haa sape tak tau Shah Alam dekat mana susahla Bella nak cerita pasal I-City ....

As Salam.... Sape tau Shah Alam dekat mana??? angkat tangan!! haa sape tak tau Shah Alam dekat mana susahla Bella nak cerita pasal I-City. Sebenarnya Shah Alam tempat bella paling suka. Lengkap. Ada polytechnic bella, ada UITM adik Bella belajar, ada giant tempat Bella selalu shopping, ada masjid Shah Slam, ada bazar ramadhan yang makanannya lazat - lazat,pendek kata semuanya ada disini. Panjang pun kata begitu. HEHE.

Bella hendak kongsikan tentang pengalaman Bella Berseronok di I-City Shah Alam.Bella ini terlalu minat melancong. Sape je yang tidak suka berjalan melihat tempat orang kan? Rasanya semua orang suka kan? Bella teringin la nak berkerja dengan Pelancongan Malaysia yang memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Ataupun Bella hendak buka agensi Travel Bella sendiri. Haaaa...syok tu. Opsss lari tajuk plak. Ok sekarang Bella bercerita pasal keunikkan I-City ni. Sila jangan jemu.

i city shah alam

Dulu masa Bella datang, kosong je. Kiranya Bella lah orang pertama yang merasmikan I- City ini sebelum dibuka. Masa itu masuk pun percuma. Masa tu ada lampu-lampu di luar saja. Sekarang penuh. Macam-macam ada.  Kelebihan ataupun yang menariknya disini adalah :-

WATERWORLD I-CITY

 Operation Hours: 11am – 7pm (daily)
Ticket Price: RM40 (Adult) / RM30 (child)

berseronok di waterworld

WaterWorld di I-City lebih kurang macam Sunway Lagoon, Tambun dan taman tema air yang lain. Cuma dia ada permainan baru yang di beri nama Tornado. Tapi rasanya Sunway Lagoon pun membina Tornado tersebut. Bella tidak masuk lagi ke sini, sebab sama je permainan air di mana- mana taman tema. Lagipun Bella tidak sediakan baju nak mandi.

SNOWALK

Operation Hours: 10am – 12am (daily)
Ticket Price:
10am – 5.45pm: RM25 (Adult) / RM20 (child)
6pm – 12am: RM35 (Adult) / RM30 (child)

Snowalk i - city, tempat menarik di i-city

Tempat ini boleh di ambil kira sebagi tempat wajib untuk dicuba. Sebabnya kat sini saja kita boleh bermain dengan salji. Selain dari Genting. Yela..negara kita kan takda salji. Jadi korang boleh la bersejuk-sejukkan dalam ni. Masa Bella sampai, ramainya orang.Kita skip pergi tempat lain dulu. Kalau korang tidak bawa baju sejuk jangan risau, baju sejuk dan sarung tangan ada disediakan. Bella skip pergi tempat lain sampai sini dah nak tutup pula. Memang tiada rezeki. Lain kali je la jawabnya.

CITYWALK

Operation Hours: 10am – 12am (daily)
Ticket Price:
Red Carpet: RM80 (Adult Mykad) / RM40 (Child Mykad) / Family 2Adult + 2Child: RM180

i-city shah alam

Red Carpet I-City ia telah muncul sebagai muzium lilin pertama di Malaysia yang menggunakan kemudahan mengimbas 3D terkini bagi merakam data visual tentang bentuk dan rupa sesuatu subjek hanya dalam masa beberapa minit bagi menghasilkan model digital tiga dimensi. Mempunyai ruang pameran seluas kira-kira 2,787 meter persegi, Red Carpet i-City mula dibuka kepada orang ramai pada Ogos tahun lepas.

Bella pergi tak perasan plak ada Red Carpet ini. Bella sibuk snap pic dekat lampu-lampu tu saja. hahaa. Ditubuhkan dengan kos RM25 juta, Red Carpet i-City tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium lilin pertama dan terbesar di negara ini. Jadi korang boleh la pergi sini untuk ambik gambar dengan artis terkenal macam mrs bean, obama, Mary Moore dan macam-macam lagi.

TRICK ART MESUEM

Ticket Price : RM10 per pax


museum i-city, water fall i-city
Trick Art Museum inilah paling lama Bella dan adik Bella terokai. Syok betul bila kita tgok lukisan tu biasa je. Tapi sangat magik bila kita tangkap, gambar tu macam hidup!! Seolah -olah kita di alam lain bersama-sama dengan karektor dalam lukisan tu. Bella beria-ria berlakon macam real la. Barulah gambar cantik. Siap orang sekeliling tengok Bella pelik. Yela..jerit-jerit bagai. Poyo je.  Best gile kalau kita bawa kamera la. Jangan lupa kamera plak.Menyesal nanti.

HOUSE OF HORROR

Ticket Price : RM25 (Adult) / RM20 (Child)

i-city

House of Horror dalam erti kata lainnya adalah rumah hantu. Bella kalau rumah hantu ni jarang nak masuk sebab kena bayar asing. Lainla kalau dah dalam pakej. Selalunyalah kan rumah hantu yang menyebabkan dia jadi seram adalah sebab hantu tu bergerak, muziknya dan juga suasananya. Bella pergi kebanyakkan rumah hantu yang paling seram dekat Sunway Lagoon je. Sebab hantunya semua orang. Bella takut kena raba. Hahahha. Sampai pintu depan je. Pastu patah balik. Orang tu pun cakap gaya hantu. Pakai jubah bagai. Terpulang la. Ada yang kata seram. Ada yang kata tak seram pun. huhhuhu.

Fun world Rides and Attractions

Operation Hours: 6.30pm – 12am (daily)
Ticket Prices: RM5 to RM10 per ride

City of Digital Lights Rides & Attractions

Ticket Price : RM5 to RM10 per ride
Parking:
Mon – Fri: 6am-7pm: RM1 (1st hour), RM1 (every subsequent hour, max RM3, must exit before 7pm)
Mon-Fri: 7pm-6am: RM10
Sat & Sun, School Holidays, Public Holidays: RM2 (first 2 hour), RM2 (every subsequent hour)

attraction i-city

Dekat sinilah ada banyak attraction lampu - lampu yang menyala riang. Masa mula - mula I- City ini buka..penuh la orang tangkap gambar. Time tu masuk percuma je. Time tu juga penuh la profile pic fb letak gambar kat i-city. hahahaha..Betul x? Pastu barulah dibina attraction yang lain2x tu macam roda berputar tu. Aritu bella naik kereta kat atas rel tu. Permainan tu untuk kanak2x sebenarnya tapi bella naik juga temankan anak sedara.Hahhaha..pastu bella plak yang takut lebih. Hhahahaa..

5D Cinema

Ticket Price : RM10 per pax
City of Digital Lights:
Operation Hours: 6.30pm – 12am (daily)

i-city shah alam

Siapa pernah pergi USS Singapore? Transformer selamatkan kita tu? punyalah gempak. Bella masuk kat sini pun mengharapkan kegempakkan yang sama. Sekali masuk kat sini tak leh ramai2x. Sebab ada berapa kerusi saja. Macam kat pic tu la. Macam Bella aritu kita seolah-olah menaiki roller coaster la. Pastu roller coaster tu akan berpusing-pusing dan akan melalui jalan yang rosak. Masa roller coaster tu melalui jalan yang rosak badan kita pun akan ikut terhenjut - henjut. 5D kat sini sebab kita bukan saja dapat lihat, dengar, merasakan pergerakkan, merasakan hentakkan dan juga effect lain macam air.

Sunway lagoon turut membina pawagam 5D ni. Kebanyakkan tempat teman tema semua dah mula bina attraction ni. Bella dah try di USS singapore. tulah kali pertama bella naik. Time tu kat Malaysia takda lagi. Tapi tak boleh lawan la dengan USS memang gempak giler. hahhaa.. Korang yang tak pernah rasa bolehla try. Syookkk juga.

General Information
Operations Hours:
City of Digital Lights: 7pm – 4am daily
Outdoor Park Rides: 6pm – 12am daily
Snowalk: 10am – 12am daily
FunWorld (Red Carpet/Trick Art Museum/House of Horror): 10am – 12am
WaterWorld: 11am – 7pm
Trick Art Museum: 11am – 11pm
Price Guidelines:
Outdoor Park Rides: RM5 to RM10 per pax
Snowalk: RM25 to RM50 per pax
FunWorld Rides: RM5 to RM15 per pax
Red Carpet: RM40 to RM100 per pax
House of Horror: RM15 per pax
Trick Art Museum: RM10 per pax
WaterWorld: RM25 to RM50 per pax
How to get there:
GPS: 3.064753, 101.485391
Bus: From KL take RapidKL U80 to Shah Alam bus station, then switch to U605 to get to i-City
KTM Commuter: From KL take the KTM train to Padang Jawa station, then catch a taxi to i-City (taxi to i-City is estimated around RM5 – RM7)
For tickets information:

trick mesuem

Sekian dulu dari Bella. Bella cadangan kome semua pergila ke i city. Kalau tiada bajet, pergi yang masuk rm10 dulu. Boleh pergi banyak tempat. Masuk sini memang kena spend banyak duit sikit. Sebab semua aktiviti asing - asing bayarannya. Korang..have fun yer..kita enjoyyyy!!

ikhlas..bella.

You Might Also Like

18 ulasan

  1. Replies
    1. sesama kasih... thanks sudi baca.

      Delete
    2. salam bella.kt area i-ct tu senang parking dan ada hotel budget tak?

      Delete
  2. wah..info yg sangat2 membantu sy..ngah survey utk jalan2 ke i-city mggu depan.tq

    jom follow blog saya
    www.mayanorhawati.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. awak...saya tgh survey budget hotel..
    actually plan nak gi pahang..tp ingat nk check in kat i-city shah alam gara2 nak main ais.
    So suggestion pls...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau puan nak budget skit, Saya cadangkan puan bergerak 500 meter ke blok bangunan belakang stesen minyak shell seksyen 7. Kebanyakan peniaga restaurant disitu menyediakan makanan abc dan cendol. Puan boleh membeli ais sahaja sebanyak rm10 . Sye yakin puan akan puas bermain dgn ais tersebut seperti dlm filem hollywood sambil menikmati juadah kegemaran rakyat malaysia. Sekian~ pandangan dr saya.

      Delete
    2. hahahaha... ni kelaka.. tapi abc di shah alam la yang terbaikkk...

      Delete
  4. Dari airpot ke icty...brpa jam ya..

    ReplyDelete
  5. tq for info.. nk pergi 6 jun ni cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. roda berputar cam best..kt area mana ye? City of Digital Light ke?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Bella such a very nice info😅😅😅 meh explore penang lak

    ReplyDelete
  8. Thank youuuu. Memang terasa nak g pun ni. USS dah merasa. Nak rase Shah Alam pulak. hahahaha. Tp knape orang sibuk kata icity ni mahal? Tengok price nye tak lah mahal mane pun. Biase2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi sorang memang la x terasa mahalnya,. Nanti awak dah kawin, try la pegi suami isteri & anak2.. Baru awak terasa nak nangis kat bucu katil..

      Delete
  9. Pegi sorang memang la x terasa mahalnya.. Nanti dah kawin, try pegi suami isteri & anak2,. Baru awak tau macam mana rasa nangis kat bucu katil..

    ReplyDelete
  10. Pernah masuk rumah hantunya, dan ena sedikit rasa kecewa. tapi memang best jalan2 sini, warna warni buat hati ku tertarik untuk bergambar. Ehhh hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.