Enter your keyword

Wednesday

Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech

By On 27 May
Assalamualaikum..

Hujung minggu ini, apa perancangan korang semua untuk Keluarga? Mandi manda di laut? atau pantai? Tapi bagi yang nak bawa anak kecil-kecil lagi agak susah kan? Takut main jauh - jauh. Kalau boleh nak tempat yang tenang dan semestinya 100% lari dari kesibukan dan kekusutan kota. Yes!! Sinilah tempatnya. Tenang sangat. Resort Agrofarmstay @ Skill-tech. Bella kesini datang untuk bloggers day!! dan bercuti!! yeahhh!!

Bercuti di Agrofarmstay

Rasa amat dialu - alukan sebab masuk - masuk saja ada banner welcome untuk bloggers. Terasa kedatangan dinantikan sangat-sangat gitew!! Perjalanan untuk sampai ke sini korang kenalah menuju ke Melaka dan menuju ke Durian Tunggal. Paling seronok Bella kat sini 3 hari 2 malam. Jadi Bella akan ceritakan apa yang seronoknya Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech. 3 hari kot, memang banyak sangat masa untuk Bella menjelajah dan terokai apa yang seronok di Agrofarmstay ini.

Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech

Inilah bilik Bella. Namanya river view. Di Resort Agrofarmstay ini terdapat banyak jenis bilik. Ada  yang jenis bilik, villa dan chalet. Kalau ketenangan lah yang korang cari, disinilah tempatnya memang sangat tenang dan best. Jom kita masuk dalam. Cantik ke?


Taraaaa... jemput masuk. Hiasan didalam bilik ini menekan konsep alam semulajadi dan keasliaan adat melayu kita. Contohnya katil ini hanya terdapat pada zaman 80an sahaja. Barangan ini dibaiki dan dijadikan hiasan dalaman di tempat ini. Unik. Old school and really cool. Selesa. Rehat-rehat kan badan sementara menunggu makan malam yang akan disediakan di dewan Lily.

tempat bercuti di Melaka

Masuk-masuk terus dijemput kedalam dewan. Kata-kata aluan dari Pengerusi Resort Agrofarmstay.  En Ahmad Bashiruddin. Lembut kata-katanya. Manis orangnya. Banyak di bantu oleh anaknya.En Abdul Bari sebagai pengurus tempat ni. Di akhir pengucapan.. kami diberi cenderamata. Terima kasih sebab menghargai kedatangan Bella. Selepas diberi ucapan tentang perjalanan majlis besok, kami pun dibelanja makan malam oleh tuan rumah. Waaa!! semoga murah rezeki ya.

agrofarmstay, penginapan di Melaka

Sini pula terletaknya villa yang besar. Boleh terus parking kereta dekat depan villa lagi. Sekitar kawasan ini memang sangat menekankan alam semulajadi. Seriously macam di berada di kampung halaman. Kalau korang tak pernah merasa macam mana indah dan tenangnya kehidupan dikampung, mesti cuba menginap disini sekurang - kurangnya 2 malam. Baru dapat feel tu.

penginapan di melaka, penginapan murah melaka

Ni plak rumah jenis chalet. Terletak diatas bukit dan jenis sebuah - sebuah. Sesuai untuk team building.  Aktiviti sekolah ataupun family day. Bentuk dan design rumah ini, memang banyak dekat kampung Bella di pahang. Comel kan?

penginapan murah di melaka

Petang - petang pula kitaorang layan makan cucur kat sini. Punya la syok. 3 dalam satu. Kita dapat lihat keindahan yang jarang kita dapati. Kekosongan fikiran. Ketenangan yang sukar nak dapat bila di bandar. Awesome kan? Actually ada itik tau kat dalam kolam tu. Bella nak je pergi dekat dengan itik tu, tapi takut kena kejar plak.Hahahaaha...semua takut. APTB.

penginapan murah di melaka

Malamnya kita nak buat apa yer? Haaaa!! ini lah yang paling best kat sini. Ada karaoke!! comel gile. Bentuk kasut lagi. Ada 6000 lagu tersedia dan mempunyai audio terbaik. Bella dengan kawan - kawan berebut - rebut nak menyanyi. Dijadikan cerita, line internet kat sini sangat slow dan wifi disini sedang dibaiki. Ok, memang rasa macam arrghhhhhhh!!! lagi - lagi nak buat artikel yang live Update.Tapi ada 1000 kebaikan disebaliknya. Bila internet tiada, barulah kita duduk bersembang. Kalau tak mesti semua duduk menunduk. Memang terbaik sebab jumpa ramai kawan baru.

penginapan di melaka, agrofarmstay

Zoom in dalamnya.Perghhh!!! memang selesa sungguh. Bantal yang lembut. Memang boleh buat kita tertido kalau yang nyanyi tu suara mendayu - dayu. Hahahhaa Kitaorang dalam ini memang boleh lepak sembang-sembang lagi sebab terlalu selesa. Bila fikirkan balik pasal tempat ni, rasa bestnya!! nak pergi lagi boleh?

agrofarmstay, penginapan di Melaka

Morning!! pagi - pagi Bella dah jejalan sekitar sini. Tengok alam semulajadi yang menghijau. Hirup udara yang segar. Jalan - jalan kat tasik berdekatan dengan surau teratai lepas tu boleh pula terjumpa telur itik yang baru bertelur. Bersepah-sepah. OMG!!! so cute! Bella tak pernah tengok telur itik bersepah macam ni. Hahaahaa.. teruja sikit. Selalu jumpa telur itik yang salut hitam tu je. Ini putih lagi. Macam mana Bella tahu ni telur itik??? good question. Sebab kat sini takda ayam. Hahhahahaa.

agrofarmstay, penginapan murah di Melaka

Lepas abis je selfie ngan telur itik tu, Bella beralih pula selfie dengan Bujang kuda comel ni. Kesian dia takda kawan. Jadi korang jom la kesini temankan dia. Sian kan? Bujang ni masa Bella nak selfie dia tengok je. Mungkin dia ingat Bella nak bagi dia sarapan kot. Nak je Bella datang peluk kuda ni. Tapi seram. Kena sepak saja je.

Agrofarmstay, bercuti di melaka

Lepas abis saja Bella sarapan, kitaorang buat aktiviti sukanneka. Seronok sangat. Bella cadangan siapa yang kesini mesti datang beramai-ramai dan paling terbaik korang buat family day macam kitaorang ni. Memang jadi kenangan terindah. Masa inilah kita boleh gelak bersama-sama. Semua haruslah sporting untuk join semua aktiviti yang telah ditetapkan. Masa ni pun Bella gelak tak ingat dunia. Happy sangat - sangat.

hasz aiskrim, aiskrim murah, aiskrim sedap

Bila dah penat main sukan tu, panas plak la. Apa yang korang akan terfikir? Mestilah air kan? Boleh plak masa ni Agrofarmstay panggil Hasz Aiskrim untuk basahkan tekak kitaorang. Apalagi, berebut - rebut la semua. Mak orang, bapa, ayah, atuk semua sibuk nak menikmati aiskrim yang enak ini. Aiskrim ini adalah homemade tau. Bukan di buat dikilang. Buat kat rumah je. Keluaran bumiputera, orang Melaka dan 100% halal.

Hasz Aiskrim ada dalam pelbagai perisa seperti vanila, strawberi, coklat keladi dan jagung. Kon aiskrim yang digunakan boleh disamakan macam kon cornetto. Tidak mudah lemau dan sangat la ranggup. Korang semua boleh la hubungi Pn. Asmida untuk sebarang tempahan. Hp NO: 0137060466. Menerima tempahan untuk apa saja majlis. Kalau ada kat majlis korang mesti gempak kan?

bercuti di melaka, agrofarmstay

Ini adalah permainan terakhir. Cari gula dalam tepung. Permainan ini saja Bella tak join. Tak nak lah nanti muka jadi kelakar. HB je join. Sporting sangat. Tapi kesian dia lemas. Permainan cari gula-gula dalam tepung ni sebenarnya nak tengok muka orang yang main tu je pas kena tepung macam mana. Hahhahaha...

HARI KELUARGA

Abis je main seronak la HB terus terjun la ke dalam kolam renang yang tersedia indah tu. Fasiliti kolam renang kat sini memang terbaik. Ada dalam, kurang dalam, dan untuk kanak-kanak. Sekitar kolam ni ada wifi. Korang yang tak nak mandi, boleh lepak je tepi kolam main wifi. Sambil minum petang plak, memang perrrggghh!! la. Bagi perempuan agak leceh la nak tukar baju bagai. Bella tak mandi sebab dah nak balik. Lelaki senang la buka baju pun boleh mandi.

agrofarmstay

Makan sudah,bermain dengan fauna sudah, melihat keindahan alam sudah, berseronok main game sudah. Apa lagi? haruslah kita pulang meninggalkan kenangan manis kita disini. Happy sangat. Jumpa bloggers yang hebat - hebat. Berkongsi ilmu dan pendapat. Berkenalan dengan lebih rapat. Memang seronok. Jadi amatlah digalakkan korang juga datang kesini dan merasai keseronokkan yang Bella dah rasa.

Agrofarmstay, boleh diadakan semua jenis majlis. Birthday party, family day, wedding, majlis pertunangan, renuoin dan macm-macam lagi. Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mengadakan majlis disini. Bolehlah menghubungi :

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Website : www.agrofarAgrofarmstaymstay.com
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

Have fun semua... jalan-jalan la di Malaysia.Segalanya ada disini... salam.Harap bermanfaat.

Sunday

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

By On 24 May
Salam semua...

Adat dijunjung, agama dijulang. Pernah tak dengar peribahasa tu? Haaa... ini amat berdekatan dengan majlis perkahwinan. Hmmm ada tak bakal-bakal pengantin kat sini? Korang dah ada perancangan dah dimana korang nak buat majlis perkawinan korang? Perkahwinan kan  sekali seumur hidup, tapi tak tau la kan, kalau ada lelaki di luar sana yang memang mengimpikan bersanding 2 hingga 4 kali. Bella tak masuk campur yer, boleh memang boleh. Tapi, bukan laki Bella la. Amen..

Bella ada cadangan supaya korang masukkan Agrofarmstay diantara tempat majlis bersejarah korang tu. Tempat ini lebih privacy dan aman. Bakal - bakal pengantin yang mahukan majlis yang jauh dari bandar, jauh dari jammed, bau asap kereta dan mahukan majlis yang tenang dan dipenuhi alam semula jadi?? disinilah tempatnya..http://agrofarmstay.my/ klik je.  Jom kita bersama- sama ke MAJLIS PERKAHWINAN DI RESORT AGROFARMSTAY -SKILLTECH.

Agrofarmstay melaka

Perjalanan Bella mengambil masa dalam 2jam. Jauh gak? tapi takpe amat berbaloi. Sampai saja disini, kami dilambai - lambai dengan kehijauaan dan ketenangan alam. Gitew.. hahahahaa... sebab best kan. Rasa teruja dan seronok sangat - sangat sebab nak pergi makan kenduri. Tambahan pula, ia adalah kenduri yang lain dari yang lain dalam Agrofarm tau. Ne ada orang pernah terfikir kan?

PERCUTIAAN KELUARGA

Yeahhhh!!! Sampai juga Bella akhirnya. Terima kasih kepada suami tercinta sebab berjaya bawa kesini. Bila korang ikut waze tu, waze cakap "in 100m you will arriving" perlahan sikit tau. Sebab takut korang terlepas simpang masuk sini. Signboard ada cuma kalau korang drive terlalu laju mesti terlepas punya la. Bukan Bella seorang je yang terlepas. Boleh dikatakan semuanya pun terlepas. Jadi tak nak la berlaku kat korang kan? Sila perlahankan kenderaan anda ok...



Selepas makan, Bella pun berjalan-jalan la melawat kawasan. Sekali ternampak pelamin nan indah di tepi swimming pool. Pelamin ini adalah ilham dari Ilham katering. cantiknya!! simple and sweet. Bella suka sangat dengan kombinasi warna dan gubahan bunga tu. Cantik kan? Bella cerita sikit la pasal Ilham katering & Galeri perkahwinan ni OK..

Ilham katering & Galeri Perkahwinan ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah bertapak lebih 5tahun dalam perkhidmatan katering. Ilham katering bukan saja menyediakan perkhidmatan khidmat katering, dorang juga ada menyediakan kanopi, andaman, kompang, DJ, Karaoke sehinggalah menyediakan doorgift. Korang pilih je bajet korang berapa, apa yang korang nak..pas tu bincang dengan Ilham katering..sure puas ati. Paling best korang boleh tempah perkhidmatan ilham katering min 100px.

katering pengantin

Taraaaa.. comel tak? Tadi bila pelamin waktu malam. Sekarang waktu siang pula. Pengantin comel. Baju pengantin cantik. Mengamit kenangan sungguh. Seriously combination warna yang sangat comel. Personally Bella suka sangat. Korang boleh mempercayai Ilham katering & galeri perkahwinan ini. 100% milik bumiputera dan memang bermula dari bawah. Terbaik! Pengantin ni datang untuk buat photoshot outdoor sekali. Sebab kat sini banyak sangat tempat-tempat menarik yang boleh kita abadikan dalam album perkahwinan kita.

Owh lupa plak.. bagi yang nak gunakan khidmat ilham katering & galeri perkahwinan bolehla lawati

FB         : IlhamKateringGaleriPerkahwinan
Tel         : 019-686 8889

Perkahwinan di Agrofarmstay

Pengantin yang kita raikan pun sudah tiba. Apalagi, ahli persatuan silat dari UTEM pun mula beraksi. Sangat lincah. Semua tetamu hadir terngaga dengan kelincahan aksi dorang. Paling best, ada ahli perempuan. Salute korang la. Dulu Bella pun ada masuk jadi ahli silat gayung. Tapi separuh jalan saja. Takut la. Boleh la siapa - siapa yang berminat untuk menggunakan khidmat dorang sekitar Melaka

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

Nilah pengantin yang ditunggu-tunggu. Segak berpakaiaan tradisional melayu. Baju ini dah berusia lebih dari 25 tahun tau.Pakaian pengantin adalah dari AZ Designer's boutique ..Pelamin yang cantik ini pula dari Noris andaman. Menurut Pak andak, baju dan pelamin mereka amat digemari oleh orang luar kerana amat menekankan adat resam melayu. Jadi kita harus berbangga, bila kahwin pakai pakaian tradisional melayu bukan mengagungkan baju dan tradisi negara luar. Orang luar negara berebut-rebut nak pakai baju tradisional kita. Tengok la pengantin tu, cantik sungguh.

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

Apa yang menariknya di Agrofarmstay ini, korang bakal-bakal pengantin boleh la memilih untuk membuat majlis korang gaya apa? Ala taman? Agrofarmstay ada kawasan yang lapang dan cantik untuk menjadikan impian korang berjaya. Ala - ala moden dan mewah? Agrofarm boleh menyediakan pelamin seperti diatas yang disediakan betul - betul di depan kolam renang. Mesti tetamu pun teruja. Buat majlis yang lebih privacy? Agrofarm ada dewan lily dan dewan palma. Tinggal pilih saja konsep yang korang mahukan..

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

Comelkan? Tengoklah pelamin yang sweet ini. Amat sesuai untuk dijadikan pelamin majlis bertunang. Trend sekarang kan? Betul - betul depan pelamin ni adalah swimming pool. Jadi konsep dia takdelah semua orang berebut rebut serbu korang dihari bahagia korang tu kan, hanya orang yang penting saja datang dan sarungkan cincin. Tetamu lain sila duduk ditepi - tepi saja. Sweet sangat rasa.

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

Balik je dari kenduri mesti dapat gift!!  Bella dapat banyak sangat. Semuanya sedap - sedap. Bella ada botol kacang yang comel dari Hanna Homemade. Hanna homemade bukan sahaja ada gift untuk perkahwinan, apa-apa majlis sekalipun dorang boleh sediakan. Selain dari kacang, Hanna Homemade ada pretzel, marshmallow, almond rocher dan jelly beans. 100% bumiputera. Hanna Homemade sudah lebih 5tahun dari bidang ini.

Hanna Homemade boleh dihubungi tel : 017-2255085  atau instagram : @hannahomemade

Ada coklat juga dari Hanis Fancy Chocolate!! Ia adalah coklat homemade tau. Sama juga dengan menggunakan tagline spread the love korang boleh la menempah untuk sebarang majlis. 100% milik bumiputera jadi status halalnya x usah dipertikaikan lagi. Rasanya pula enak.Tu paling penting.

Boleh terus hubungi umi rania : 017 7938510 FB : Hanis Fancy Choclate Insta : @hanisfancychoclate

Dodol masyhur pun ada nama pun masyhur. Istimewanya mengenai dodol ini, ia menggunakan resepi turun temurun dari melaka. Resepi kampung tau.Dorang dah usahakan perniagaan dodol ini hampir 20tahun. Cara masaknya yang menggunkan kayu arang menjadikan dodol ini sangat istimewa. Bahan-bahan utama seperti santan hanya dari yang segar-segar saja dan menggunakan gula melaka, tiada penggunaan gula pasir disini.

Dodol masyhur juga digodak ataupun dikacau secara manual. Letih tuh!! jadi kena makan pelan-pelan hayati rasa dodol sebenar. Korang juga boleh order untuk apa saja majlis. Pattern, harga, bungkusan macam ne korang nak.. boleh request. Dorang akan ubah mengikut kehendak korang. Terbaik kan? Cubalah idea ni. Bagi doorgift dodol plak. Mesti lain dari yang lain.

Boleh hubungi : 017 3769592   FB : Dodol Masyhur


Bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis disini boleh la hubungi :- 

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13,
Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

Buat semua yang merancang dan sedang mencari-cari kelainan bagi majlis perkahwinan korang.. bolehlah menyenaraikan Agrofarmstay sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk majlis bersejarah korang tu.. Semoga bermanfaat!!!...

Friday

Telco Prabayar Yang Membebankan!!!

By On 08 May
Salam semua, hari ni Bella nak kongsikan mengenai bad experience menggunakan beberapa perkhidmatan jalur lebar. Bella dah guna kebanyakkan jenis perkhidmatan jalur lebar. Benda yang paling penting di zaman maju ini kan? Kalau takda, boleh mati kutu, mengalami kemurungan berpanjangan dan masalah tidur tak lena. hehehe.😜😜 Jadi, sebagai sedikit panduan untuk korang yang nak melanggan line internet terbaik, Bella nak kongsikan pengalaman Bella sendiri bila tersalah pilih Telco Prabayar Yang Membebankan!!!

u mobile, celcom, TM, P1

Bella pernah guna maxis. Line punya, Bella join dengan BF Bella. Dulu maxis ada buat promotion no utama boleh sub kan linenya kepada orang ke 2 ke 3 atau ke 4. Tapi bill orang pertama yang tanggung tau. Kebaikannya, bila kita call sub line kita, percuma. kalau lebih qouta yang dia bagi pun, rate akan lebih rendah. Sms percuma 300. dll la. Jadi, Bella pun tertarik untuk cuba. Bill pertama dah problem. Dia buat separate bill. Bella punya la pulun guna data semua, tengok bill charge mahal! giler!!

Bella pun apa lagi, pergilah complaint. Dia kata, staff dorang buat betul. Bella yang salah pilih plan.Kita pengguna, kalau betul tak kan la Bella nak datang complaint kan?? Staff yang bernama mas (bukan nama sebenar..walaupun dah lebih 8 tahun tetap tak leh lupa pekerja tu) kata dorang tak salah. Kalau nk waive kena pergi HQ, minta refund. Jadi, dorang buat balik ikut plan yang Bella nak.

maxis makan duit orang

Lepas beberapa bulan, Bella rasa plan tu langsung tak menguntungkan. Tiap - tiap bulan bill tetap melambung dan mahal walaupun no tu hanya untuk Bella dan BF bella je berhubung. Dulu mana ada whats app. Bella kalau ikut hati nak terminated saja no tu, sebab bila dah tukar plan ni, No yang Bella pakai, hanya boleh diguna untuk plan ni saja. Tapi, BF sayang sangat dengan no dia, Tak bagi terminated sebab nanti kena guna no baru. Maxis kata cara lain buat sparate bill dulu. Ok la, Bella setuju buat sparate bill. Tapi, kena denda. Teruk betul. Duit aritu tak refund lagi. Kena denda plak. Malas nak fikir panjang dan nak settle kan je benda ni secepat yang boleh Bella bayar je denda lebih kurang rm300 plus dan Bella tanya minta confirmation.  Semua settle yer?? Pekerja tu kata settle!

hotlink, maxis


Trauma tak mau guna Maxis lagi. Lama juga. Tapi, ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bella terserempak dengan promoter celcom. Beria - ia kata fix rate rm28 je sebulan untuk penggunaan call dan sms. Ingat sangat masa tu kat Jalan Tar. Bella pun setuju. Cuba la check guna ic. Sekali, budak tu kata " sorry kak, nama akak blacklist la, kena check ngan maxis." aduiiii!!! menyirap. Aritu kata dah settle semua. Penggunaan no BF plak tu. Adoiii!!! tak leh la cakap banyak, apa - apa bukti pun takda kata dah settle everything haritu. Nak cantikkan nama, Bella bayar je la dalam Rm189. Maxis sangat - sangatlah Bella pangkah sampai sekarang. Ini pengalaman lama Bella sila jadikan rujukkan.

P1-wimax!! siapa pernah dengar?? P1 sekarang sedang buat promosi sakan dekat radio Era. Bella pernah guna P1 sebab kawan yang suggest. Kawan kata P1 sekarang gempak dan laju sebab masih baru. Bella plak masa tu tengah cari modern yang sesuai untuk berinternet. Bila member cadangkan, Bella terus la subscribe  P1-Wimax tu. Mula - mula memang laju. Lama kelamaan ia menjadi sangat perlahan. Bila Bella call customer service P1, dia mesti suruh pusingkam modern tu.. kadang - kadang langsung takda line. 

p1 wimax

Fed up giler!! bila Bella complaint dia kata sebab Bella duduk kat apartment tinggi jadi line slow. Apa pasal pula? line tu tak larat pnjat ke? P1 ni dia contract. Selagi tak abis contract kita dengan P1, kita tak boleh cancel. Kalau cancel kena denda. Contract selama dua tahun, jadi kalau nk cancel dia akan kira penggunaan kita selama 2 tahun tu walaupun kita tak guna lagi. Senang sungguh buat duit. Jadi, bella gigih juga la bayar selama 2 tahun dan cancel. 



Dua tahun Bella cancel P1 tu, tapi penggunaan bulan tu dah bayar awal. Masa nak pergi   terminated tu, Bella bawa modern P1. Petak hitam tu, staff tu kata dia dah terminated kan, Bella tak payah buat apa-apa dan modern tu Bella boleh ambil. Apa??? betul kew? Dia kata betul. Ok la.. senang hati sebab Bella dah terminated line, tapi modern yang lembab ni bella nak buat apa?? Buang dalam longkang jela kot.

Selang seminggu, Bella asyik dapat sms dari P1 yang menyatakan Bella berhutang lagi dalam rm300. Minggu depannya dapat lagi sms kata rm600 tiap - tiap minggu sentiasa bertambah. Mula - mula Bella nak ignore je. Tapi macam menakutkan la pulak. Bella call center dan memang nama bella clean tidak ada hutang dan tunggakkan. Ntah macam mana, Bella ternampak kat fb group P1 Wimax S***ks kalau korang nak lagi detail, cuba korang klik kat link tu dan baca. Rupanya, P1 ni akan masukkan nama yang tak bayar dalam CTOS. Giler ke apa???

Bella pun mengelabah!! download check ctos Bella macam ne. Alhamdulilah takda sangkut ngan P1. Baru-baru ni ada cerita dengan member Bella pasal P1 ni. Rupanya!!! Dia juga adalah mangsa P1. P1 dan masukkan nama dia dalam CTOS. Dia kata, mula - mula, dia tengok kat bill hutang dia ada lagi rm30 sahaja, tapi dia abaikan dulu sebab pembayaran perlu dibuat di Petaling Jaya. Dia kat Johor masa tu. Selang berapa tahun kemudian, sampai lagi surat dan kali ini hutang dia sudah berganda menjadi rm1k lebih! dia kata.. "malas aku nak bayar." Bella just pesan kat dia, terpulang tapi sila check nama dekat CTOS.

Celcom!! sekarang Bella tengah guna Celcom. Bukan sebab terbaik or tiada masalah, tapi sebab terpaksa. Kat kampung Bella ada line celcom sikit. Sikit lebih baik dari tiada langsung. Sebenarnya, Bella banyak bad experience dengan celcom ni. Bella terdetik nak buat pos ni sebab celcom la. Buat taik. Dulu Bella dengan HB guna line. Itupun Bella yang paksa sebab kita asyik call saja. 




Kami subscribe line Celcom. Line yang kami pilih, akan memberikan kami free panggilan. Bella tak ingat berapa jam, tapi memang berbaloi. HB kata cukup tu untuk sebulan. Bill pertama dah problem. Sepatutnya, bayaran bulanan kami hanyalah rm100 macam tu tapi HB kena dalam rm300 lebih. Bila check dengan celcom, HB ada menggunakan internet.  What???? Guna hp nokia keypad bulat je. Rupanya hp tu boleh surf internet!! dan yang paling harunya, Celcom tak sekat pun. Dibiarkan saja bill tu melambung. Padahal line tu untuk panggilan telefon dan jika kami terlebih jam panggilan pada bulan itu, panggilan akan disekat. Celcom!! korang memang geliga buat duit.


Kami pun terminated la line tu, dan bayar sikit - sikit setiap bulan. Bella tetap kena guna internet untuk update blog. Selalunya Bella lepak Starbucks or Old Town untuk gunakan wifi, tapi bila dah kawen, mana boleh lepak lama - lama macam tu kat luar. Jadi Bella belilah line celcom khas untuk internet saja. Masalah tetap ada, haritu kata fix amount tiap - tiap bulan.Tapi tula tak pernahnya fix. Mesti lebih. Mesti.Huh!! HB suruh terminated juga. 


Masa nak batalkan line celcom tu, punyala susah. Call ari pertama, dorang kata "kami akan hubungi PN 2 hari lagi untuk pembatalan."  Lepas 2 hari, pegawai Celcom call offer macam-macam supaya kami tidak batalkan line tersebut. Lepas kami tolak semua offer dia kata ok, dalam process. Lepas 2 hari tak terminated lagi. Offer lagi macam-macam. Pas line sana sini pujuk supaya sambung guna. Bad service. Terminated juga. Tak peduli!!!

Agak lama Bella bertukar kepada line digi, sebab HB hadiahkan. Masalahnya line digi limited sangat.Duduk kat kampung takda line!! dah la duduk seminggu!! OMG!! mati kutu. Then, baru - baru ni, Bella ambil balik line celcom. Tapi yang top up punya. Masalah jugak! Bella ambik plan untuk internet saja. Jadi untuk permulaan ni, Bella nak beli top up yang 4G terus. 7E sebelah office Bella plak takda yang rm50. Jadi Bella top up la Rm10 5x. Check - check balance tinggal Rm30.Apa ni??? baru top up kot.

Bella call Celcom center bagitau kata top up bella kena makan. Takkan tak puas - puas lagi ambil GST. Celcom kata Bella dah on data. Sepatutnya jangan on. Kebetulan HP pulak baru, tak sedar data sedang on. Sepatutnya, celcom tak boleh la buat macam tu. Tolak credit orang sesuka hati. Lainla kalau Bella subscribe Bella nak pakai pakage internet. Ni main tolak jer!!! HB dulu pun pernah kena. Tapi dulu guna HP blackberry. Tetiba credit hilang. Celcom kata HB ada subscribe perkhidmatan apa ntah. Sampai dia tolak kredit laju giler bila on data. Masalahnya ni, bella tak surf internet lagi pun. batu top up. Terus tetiba je hilang.

Bengang sangat!! Celcom, kalau kat kampung aku ada line lain. Sure aku terminate line ko yang curi duit orang senyap - senyap ni.

Ok..kat sini Bella nak bagi sikit Tips :

  1.  Bila terminate kan mana-mana line telco sila follow up untuk 2 bulan yang pertama. Kadang-kadang bill last kita tidak termasuk dengan panggilan atau penggunaan terakhir kita.
  2. Terminate dekat dorang punya head office adalah terbaik, sebab kita akan dapat copy dan surat hitam putih menyatakan kita dah buat pembayaran penuh dan pemotongan perkhidmatan.
  3. Bagi melanggan apa - apa plan internet terutama celcom, korang langgan dulu baru on data. Kalau tak, abis dirompaknya kredit korang tanpa sedar.
  4. Pilih plan yang terbaik mengikut penggunaan harian korang. Kalau sedang bercinta, elok ambil plan berbual. Suka whats app ambil plan internet.
Lumrah la mana - mana syarikat. Ambil duit kita bukan main senang. Bukan main laju. Minta refund.. mimpi la... bye - bye.

P/S: Maaf buat kawan-kawan yang kerja di telco - telco yang Bella sebutkan diatas. Benda yang baik dijadikan teladan, benda yang tak baik kita buat sempadan. 

Wednesday

Jom Makan Di Cafe Uncle Sam Seksyen 15

By On 06 May
Salam Sayang semua, hari ini Bella nak share pasal makanan!! Hah?? tengah diet? Takpe, korang makan la sikit - sikit,  ataupun makan lauk je. Tapi, rugi la. Bella pergi pun tak jadi nak diet. Makanan semua sedap - sedap. Rambang mata nak pilih. Bella nak ajak korang cuba masakkan di Cafe Uncle Sam!! Cafe ini terletak di Shah Alam seksyen 15. Korang cari saja Petronas Seksyen 15, lepas nampak petronas tu, belakang tu ada simpang masuk kanan korang akan nampak Cafe Uncle Sam. Apa lagi? Jom Makan Di Cafe Uncle Sam Seksyen 15.

cadangan makan, sedap

Inilah Cafe Uncle Sam. Dalamnya teratur dan cantik. Cafe ini asalnya kecil saja dan dibina hanya untuk orang-orang setempat saja. Lama kelamaan respon yang diterima semakin baik dan sambutan yang diterima juga semakin meningkat, jadi dengan permintaan yang tinggi ni, dari sebuah kedai kecil uncle sam dan partner nya membuka sebuah cafe. Maknanya memang sedaplah kan? Dari kedai makan kecil menjadi Cafe. Walaupun cafe ini baru beroperasi 4bulan..tapi sebenarnya uncle sudah amat terkenal di kawasan ini. Jadi don't worry. Pasti puas hati.

kedai makan sedap di Shah alam

Makanan terdiri dari western food, malay food dan juga Chinese food. Segala yang kamu mahu ada disini. Ok.. jom intai apa yang special!!

makanan sedap di Shah Alam

Ini memang lain dari yang lain dan tiada dimana-mana cafe. Chicken Chop Uncle Sam. Boleh dikatakan signature dish kat sini. Kelainannya , kerabu mangga yang diletakkan diatas Chicken Chop. Uncle Sam ini sangat hebat dalam membuat kerabu mangga, jadi dorang olah - olahkan kerabu mangga menjadi pelbagai resepi sehingga terjadi nya resepi yang istimewa ini. Istimewa dan yummy! Even member Bella yang cerewet tu memula tak nak makan, sekali dah suap tak abis - abis memuji. Sedap! 

kedai asam pedas sedap, kedai shah alam

Ini Asam Pedas Nyonya. Rasanya berbeza dengan yang korang masak sendiri. Memang terus menjadi makanan kegemaran Bella dekat sini. Pedasnya ngamcam!! sebab bila korang suap saja masuk kedalam mulut, pedasnya sampai menitik air hidung.. hahahhaha.. hot abisss... Bella memang suka masakan yang pedas ni. Kalau korang jenis yang tak makan pedas, tapi teringin nak rasa, makanlah dengan kicap. Gabungan kicap ngan asam pedas ni Pasti buat bontot korang terangkat. Ikan yang digunakan pun tak hanyir dan lembut. 

kedai makan shah alam, kedai sedap

Apa yang istimewa lagi, cafe uncle sam ini menjual air botol keluaran 100% bumiputra. Pop The Soda namanya. Dari korang minum air bergas yang tak tau sumbernya tu, baik korang cuba air ini. Bella cuba air perisa durian belanda. Banyak lagi perasa. Tinggal pilih saja. Ada mangga, pisang dll. Airnya tidak terlalu sedap. Just really nice.

kedai makan sedap shah alam,

Yummy!!! ini adalah air pilihan ramai. Bella memang gilakan kopi. Tandingan antara air berwarna putih, iaitu kelapa shake dan coffee ice. Mana satu pilihan korang? Nasib Bella datang berdua.  Bolehlah Bella rasa kedua-duanya sekali dan hirup!! Walla wei.. rasa kopi yang betul - betul kaw! Coconut lover, you all should try. Best seller drink at uncle sam cafe. Ramai yang pas minum terus say i love you kat coconut shake ni. 

kedai makan sedap dan murah di shah alam


Wantan mee memang kegemaran Bella sepanjang masa. Ini wantan mee dry. Bila Bella dengar je ada wantan mee dalam menu, terus bella Pesan. HB dah menjeling takut Bella tak dapat abiskan. Mestilah abis. Sedap ok. Wantan mee di rendam sikit dalam kicap cair, dan di hidangkan dengan cili kicap dan sup bebola. Masa taip ni pun telan air liur je ni. Sedap. Mungkin kena dengan selera Bella. Bila nak repeat lagi ni.

kedai makan murah shah alam

Ini menu terakhir yang Bella order. Marah diri sendiri. Suruh stop. Kalau tidak, abis satu buku Bella order. Yee Mee Cantonese. Yee Mee la bella hirup sikit - sikit sambil bersembang. Nikmat sungguh. Yee mee ni tak pedas. So, korang rasa dulu, kalau nak pedas sila minta cili kicap. Memang mengancam lepas tu. Tak tipu langsung. Masa Bella datang ni waktu malam. Kedai bahagian depan memang dah penuh. Kalau hari minggu lagilah penuh. Harganya pun amat berpatutan. Dari rm2-rm23. Rm23 tu pun steak.

Kedai ni beroperasi sampai kul 11 malam. Pekerjanya pun baik - baik belaka. Korang yang pertama kali datang, tak tau nak makan apa, tanya je menu yang paling meletop kat sini apa. Mesti dorang akan suggest kan yang terbaik untuk korang. Tak puas lagi? Feel free and just check it out!!

Facebook : unclesam15

Instagram : @15unclesam

Alamat    : 
Tel no : 019-481 1844

Okey.. sampai disini dulu perkongsiaan bella. Banyak lagi makanan Bella tak cerita kat sini. Lain kali kalau Bella datang lagi, Bella kongsikan yang lain pula ok. Semoga bermanfaat. 

Monday

Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

By On 04 May
Hai korang, nak pergi bercuti ke? Bella cadangkan korang ke Pulau Redang. Boleh la korang check it out Pengalaman Bercuti Di Redang Day One.  Ini pengalaman Bella hari pertama di Redang, Jadi hari ni Sambungannya la yer... Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

Esoknya aktiviti kami tetap penuh dengan aktiviti snorkeling. Dari pagi sampailah ke petang. Nama - nama tempat yang Bella snorkeling tu Bella tak berapa ingat, tapi antara yang Bella ingat, tour guide tu bawa ke satu tempat  Taman Laut kalau tak silap. Korang pernah tengok tak? National geographic??? Dimana bila cameraman tu rakam gambar ikan, ikan tu bergulung-gulung beribu-ribu mengelilingi cameraman tu? Macamtulah keadaannya kat situ. Awesome gila!!!


Redang

Tempat snorkling yang lain - lain semua kat laut dalam. Satu lagi tempat yang agak lain dari yang lain, bila Bella snorkling  kat tempat shark. Tujuan nak mengintai baby shark. Masa ini telah dipesan, jangan ikut baby shark ini terlalu rapat atau mengejar dia berenang terlalu jauh. For sure kita Akan jumpa shark iaitu maknya la. Semua orang time nie dah penat dan letih, lebih - lebih lagi bila member seorang dah kena jellyfish. Makin kurang la mood nak ber snorkeling, jadi hanya Bella dan kawan Bella Faz ditemani pemandu Bot ini jer yang snorkeling cari baby shark. Rugi dorang, sebab tempat ini saja yang kita akan jumpa baby shark. Tempat lain takda.  Jadi sangatlah rugi tak snorkeling kan??

bercuti di terengganu

Bella pun pergilah snorkeling. Bella baru saja belajar snorkeling masa sampai sini. Jadi, idoklah Bella berani mengejar baby shark tu sangat. Masa kat taman laut tu, member Bella bagitau, driver boat bawa dia snorkeling sampaikan dia kata semua keindahan laut dia nampak. Satu pulau pakcik tu bawa. Jelousnya! Bella HB yang pimpin tangan, masalahnya dia poyo. Nak bawa Bella tapi tak nak pakai jaket keselamtan. Bila Bella pegang sikit tenggelam!! Hello!! bila tengok macm tu boleh ke ke berenang dengan happy? Kesayangan kita tenggelam tercungap -cungap dekat depan. Pastu ditambah lagi siap kali dia berenang katak, abis ditendangnya muka Bella. adoii!!! 

Jadi untuk melihat kekuasaan ALLAH s.w.t ditempat baby shark ni, Bella ikutlah pakcik tu untuk snorkeling. Dekat pit stop shark ni. Tiada terumbu karang yang cantik. Semua mati. Batu Karang mati!! kalau kat pantai biasa, pantainya diseliputi dengan pasir yang memutih lagi halus, mulus dan cantik kan?? tapi tidak untuk pantai yang dipenuhi shark ni. Pantainya penuh ngan batu karang yang dah mati. Kalau korang pijak, memang sakit abis la. Kena jalan perlahan - lahan dan hati - hati.


Baby Shark, jerung

Nampakkan? Percaturan ALLAH s.w.t kat situ? Contohlah, dicipta pantai yang cantik dan memutih dekat kawasan shark ni, mesti banyak kemalangan kena makan dengan shark berlaku. Kan? Masa Bella sampai saja dengan pakcik  tu dekat kawasan baby shark, Bella terus tanya pakcik tu. "Mana pakcik?  takda pun??? " pakcik tu kata "jauh ke depan lagi" Hah??? cuakk beb!! Tak pandai berenang ni. 

Bila korang benamkan muka ke laut dalam untuk lihat baby shark, korang akan nampak kawasannya sangat gelap. Terumbu karang yang tinggal hanyalah yang berwarna hitam, kelabu dan putih. Menakutkan. Seriously macam kawasan tiada hidupan. Jalan terus ke depan eh.. berenang terus ke depan dan Bella dapat lihat sekumpulan ikan jerung sedang bermain-main sambil berenang perlahan mengintai ikan - ikan kecil. 


pulau cantik, pulau redang,

Pakcik menyuruh kami memperlahankan renangan dan melihat kebawah. Sambil memberi signal patah balik sebab baby shark semakin banyak. Maknanya mama dia berdekatan dengan kami la tu. Baby shark tu comel sangat. Macam kulit baldu berwarna biru nila. Sangat cute!!! Anak -anak ikan jerung tu berenang perlahan menghampiri kami dan berhenti sambil merenung kami. Tiba - tiba terus lari berenang meninggalkan kami. Macam la kitaorang berani nak sentuh awak baby shark!!


pulau redang

Lepas bermain - main dengan segala jenis ikan di Pulau Redang ini, kami pun pulang. Petang tu sementara tunggu dinner, kami hanya merehatkan badan. Esok dah nak balik. Sedeynya. Punyalah baik owner cafe ni bagi kami ambil kelapa diaorang. Hahhahaha.. syok juga minum air kelapa tengah-tengah panas. HB yang panjat taw.. Baik sangat.. hahahaha..


pulau redang

Inilah keluarga kami disini. Kebanyakkannya kami baru je jumpa disini. Kami bergambar bersama-sama sebelum pulang. Persahabatan yang ringkas ini ternyata amat bermakna buat kami. Hahahaha.. sampai sekarang Bella masih ingat yang dorang ni kelakar sangat. Boleh dikatakan semua aktiviti kitaorang dan jadual kitaorang adalah sama. Tu yang boleh lagi erat tu. Dorang suka sangat joget oppa nganam stail. Bella pun happy tengok.

Redang, Percutian, Redang

Cantik sangat picture ni kan?? Korang pun di nasihatkan pakai selipar tau.Bella pun tinggalkan kasut dalam kereta. Kitakan duduk kat pulau.Memang kat pulau je. Berpasir. Takda shopping mall semua. Cendarahati pun takda orang jual. Line internet??? hmm jangan harap!! hahahaaha.. please just spend your time and share your great moment here. Tanpa gangguan.

mutiara resort redang

Bye - bye Pulau Redang, Keindahan dan keunikkan Pulau ini tidak akan kami lupakan. Kecantikkan lautnya, keindahan pantainya, kedamaiaannya yang lagi gempak dari phuket, krabi, dan pantai - pantai lain. Seronok sangat - sangat masa disini.

Semoga bermanfaat. Salam. 

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian