Air terjun Chamang
Bercuti
Pahang
Travel York
Berseronok di Air Terjun Chamang
25 September
Salam...semua. Hujan hari ni sangat mendamaikan.Bella nak kongsikan dengan korang satu tempat yang sangat menarik di Pahang iaitu Air Terjun Chamang yang terdapat di Bentong. Korang pernah pergi tak? Rugi kalau tak pernah pergi. Dalam Malaysia jer. Tempat ini sangat cantik. Masuk percuma pula tu. Tinggal sediakan duit makan, minyak dan tol. Jom - jom, Bella perkenalkan tempat tempat yang menarik ni. Jom kita Berseronok di Air Terjun Chamang.
Kami gerak pagi- pagi. Nak kumpul orang semua, nak sediakan bekal. Sebenarnya masa ni Bella demam, tapi tak teruk sangat la. Macam hujung - hujung la dah nak baik. Bella bagitahu kawan-kawan semua tak nak dapat "join". Takutlah demam balik. Tapi HB pula serba salah la nak pergi tanpa Bella. Kitaorang xda la rancang sangat malam tu tanya sape leh join then terus pergi. HB pujuk - pujuk la kata jom la kawan - kawan semua tak nak pergi kalau Bella tak pergi. Bella pun makanlah panadol dan gerak la pergi demi kawan-kawan. Kalau korang terbaca kena hargai ni.hehehee.
Air Terjun Chamang ni terletak di Bentong Pahang. Dari KL takdalah jauh mana. Rasa dekat je. Mungkin sebab Bella seronok sangat nak pergi mandi manda jadi terasa macam dekat.Happy bebenor lah tu. Hahhaa. Kalau tak silap selepas Hospital Bentong dalam 500m ada simpang untuk
masuk ke Chamang. Dari simpang itu perjalanan melalui jalan menaik &
jalan yang kecil sepanjang 7/8km lagi barulah bertemu dengan air terjun
Chamang ni.
Air Terjun Chamang ni memang sesuai sangat untuk beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Buat kanak-kanak yang tak tau berenang tu tak digalakkan sangat tau.Silalah mandi tepi - tepi sungai saja. Sebab tempat ni terkenal dengan air pusar yang ada dibawahnya. Sangat bahaya. Masa Bella datang ngan kawan-kawan, kitaorang berhenti jap dekat KFC sebagai bekal. Almaklumlah takda sape sudi nak masak. Korang pun bawa la sedikit makanan dan minuman
sebab ada beberapa gerai yang menjual makanan, tapi agak mahal jika nak dibandingkan dengan harga biasa. Lagipun, lepas mandi - mandi sejuk, lapar woo...
Banyak je tempat rehat dan
wakaf yang disediakan & sesuai jika hendak melakukan aktiviti bbq, tapi peralatan kena bawalah sendiri. Alhamdulillah time kitaorang pergi tu tak hujan dan cuaca sangat baik. Kitaorang pun terus tukar baju untuk mandi. Disediakan tandas untuk tukar baju tapi, kena bayar. Ok la janji bersih. Kebanyakkan tempat macam ni, toiletnya...nauzubillah!!! boleh buat tak selera makan seminggu.Jijik. hish.Tolong yer semua, Bella minta tolong sangat - sangat jangan pentingkan diri sendiri, sila jaga kebersihan tandas awam.
Maklumlah bila mandi beramai - ramai macam ni, semua perangai setan masing - masing keluarlah. Seronok macam budak kecik. Happy sangatlah tu. Bella selalu gak datang sini, sebab HB suka sangat mandi kat sini. Airnya dalam. Seronoklah dia mandi dan melompat sana sini. Lagi - lagi bila musim panas kan? Air sejuk! Amat menyegarkan. Bella nasihatkan korang yang nak kesini jangan pergi lepas hujan. Airnya akan jadi terlalu keruh dan menakutkan. Bella suka mandi air sungai sebab tak pedihkan mata macam air laut. Tapi kesejukkan air sungai kadang - kadang melampau. Sampai ke tulang.
Tengok member - member Bella, sampai berpeluk sesama sendiri sebab terlalu sejuk.Masa ni memang dorang mandigila - gila.Tapi perempuan ramai yang tak tahu berenang, semua duduk je atas batu. Kitaorang duduk atas batu dan ditemani air terjun di belakang. Kalau korang nak lepak berdekatan dengan air terjun, korang kena menyeberangi air sungai untuk ke atas batu. Bella takut sangat-sangat nak ke tengah sungai tu, tapi kawan-kawan dan HB pegang untuk ke tengah. Lepas sorang-sorang pergi naik atas dan yang lain-lain tunggu di bawah. Memang asyik melayan kesejukkan dan ketenangan di sungai.
Bagaikan mahu dijadikan kenangan dan cerita yang tidak akan dilupakan, kawan Bella yang berbadan kecil, seberang sungai tanpa ditemani kawan - kawan lelaki yang lain. Dia datang dengan kawan Bella perempuan yang agak tinggi la. Macam romantis je kan. Pegang bahu. Kami semua buat tak tahu jelah. Rehat - rehat dan duduk diatas batu merehatkan badan. Tiba - tiba orang sekeliling menjerit ke arah kami. Kawan kami di bawa pusar air!! Kawan-kawan Bella yang lelaki semua terjun dari batu nak selamatkan dia. Dia dah tenggelam timbul dah. Kitaorang baru tahu dia tak tahu berenang!. Nasib baik air yang deras bawa dia ke arah group lelaki lain dan dorang selamatkan dia. Alhamdullilah. Nasib tak ada perkara buruk berlaku.
Kejadiaan berlaku terlalu pantas!! Bella terus dapat bayangkan kenapa kalau ada yang lemas depan mata tapi orang sekeliling tak dapat nak selamatkan. Sebab benda tu semua tak terjangka dan sangat pantas. Tempat yang kitaorang lalu tu, HB dah lalu dulu dan kata ok yang tak tau berenang ikut sini sebab kat sini ada laluan yang cetek, dan kaki masih boleh jejak tanah. Jadi korang kalau tahu berenang macam mana pun, keselamatan mesti jaga. Jangan yakin dan berani sangat.
Bila member yang hampir lemas ni naik, kami semua tanya sama ada dia ok atau tak. Kenapa boleh jadi macam tu? Dia cakap " memula ok je, tetiba aku terpijak kawasan dalam dan gabra. Masa tu arus dah bawa aku. Takpe - takpe aku ok." Hmm Lega. Bella nampak dari atas yang member Bella ni, memang bersungguh - sungguh cuba berenang. Sian tengok dia. Kenangan sungguh.
Penat mandi lapar la plak. Korang bawa la makanan banyak - banyak mesti abis punya. Semua makanan akan jadi sedap. Suasana itu akan buat korang rasa lapar dan semua makanan rasa enak sangat.Berebut-rebut plak tu kan, kitaorang siap tak cukup lagi. Balik tu singgah pasar cari makanan lagi.
Korang semua memang terbaik. Langsung tak rugi mengenali korang. Happy sangat - sangat dulu dengan korang. Masa dan keadaan menjarakkan kita..Sob:'( khas untuk BFF Bella.Kalau korang terbaca la. Korang tetap di hati dan ingatan. Kita dekat tapi jauh. Memang seronok sangat - sangat masa ni. Lepas makan kitaorang pusing - pusing untuk tangkap gambar je. Semua dah terlalu sejuk nak mandi.
Gaya apa - apa ntah korang buat. Kalau korang nak berkhemah pun boleh. Mesti seronok. Malam ni, mesti lagi sejuk kan? Boleh juga memancing. Chalet pun banyak.
Sungai biasanya ramai budak - budak remaja yang pergi bermandi mandakan? sebab air sungai kadang-kadang deras, kadang - kadang ada pusar, banyak batu tajam. Sebab itulah kalau keluarga yang ada anak kecil lebih ke pantai sebab laut luas dan boleh mandi ombak. Bagi pendapat Bella, kalau keluarga yang nak datang sini, boleh je. Tunjuk la kat anak-anak sungai tu macam ne, laut tu macam ne. Sebab pengalaman adalah pelajaran terbaik. Mandi je kat tempat yang cetak. Tempat yang kitaorang ambik gambar ni cetak. Tempat batu besar tu je paling dalam kat sini.Lain-lain kawasan sungai ok. Langsung tak dalam.
Ok, jom kita balik. Sebelum balik silalah kemas tempat kita makan. Kemas dan buanglah sampah kedalam tong sampah. Sekali lagi Bella minta tolong jagalah kebersihan sungai kita. Janganlah bagi jadi tempat sarang tikus. Sekarang ni sungai pun dah jadi bahaya sebab tercemar dengan kencing tikus. Korang seronok ke kalau semua sungai jadi macam tu? Tak kan? jadi tolongla jaga kebersihan sungai kita.
Jom pulang!!! dengan seribu satu kenangan yang tak dapat dibeli dimana-mana. Love u all. Korang pun cuba la pergi. Syokkk giler. Tapi keselamatan diri, kawan-kawan, anak-anak dan semua - semua kena jaga. Masa nak balik tu ada penduduk yang sedang memancing kat situ tegur kami. Kawan tu ok? Kitaorang cakap ok pakcik. Pakcik tu kata, jangan mandi kat kawasan tu. Bahaya. Tiap-tiap tahun ada kematian. Sebenarnya memang kami tahu, sebab ada signboard punyalah besar tanda tiap-tiap tahun berapa kematiaan kat sini. Faham. Tapi kami memang jaga diri 100% tambahan pula, air sangat tenang dan cetek. Benda nak jadi kan.
Bella bukan nak takutkan korang. Bella cerita ini pun sebab air terjun ni the best yang terdekat dengan KL. Korang pergi je. Takkan rugi melihat ciptaan ALLAH s.w.t dan membuktikan kewujudanNYA. Sambil mandi hayatilah alam. Memang sangat awesome dan tak ada ucapan yang boleh mengambarkan suasana disini hanyalah SUBAHANAALLAH diluar jangkaan dan akal. OK.. macam merepek pula.
Salam sayang dari Bella Idura. Pergilah bercuti. Dekat jer.
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.