15 November
Pengalaman Ke Pulau Pangkor
15 NovemberSalam sayang semua....Ari ni Bella nak kongsikan mengenai satu pulau yang tidak asing lagi iaitu PULAU PANGKOR . Sebenarnya pulau pangkor t...
Salam sayang semua....Ari ni Bella nak kongsikan mengenai satu pulau yang tidak asing lagi iaitu PULAU PANGKOR. Sebenarnya pulau pangkor turut tersenarai antara pulau yang terkenal dikalangan rakyat malaysia. Bella dan kengkawan pun ambik kesempatan nak pergi ke Pulau Pangkor. Jadi haruslah Bella coretkan sedikit mengenai Pengalaman Ke Pulau Pangkor.
Bella dari KL memandu sehingga sampai ke Lumut. Selepas itu, untuk sampai ke Pulau Pangkor kena la naik feri. Berebut-rebut plak tu. Renyah giler. Sape nak naik feri kena la bawak barang yang perlu je. Senang la sikit nak mencelah. Kalau terlepas feri nak beratur menunggu lagi la jawab nya.. fuhhh!! tak tahan.
Keadaan dalam feri. Kalau lambat, kena berdiri!. Beg yang besar - besar, semua dicampak ke bahagian hadapan. Actually time ni kami dah malu. Feri ni ada berhenti di satu perkampungan untuk menurunkan penduduk setempat. Kami ingat dah sampai. cepat - cepat kami bangun. Sekali pehal semua orang tak bangun. Kami je bangun dan berebut - rebut lagi. hahaha. Ada auntie tegur kata, tu next barulah pelabuhan kami. Malunya!!
Inilah terminalnya. Disini adalah perkampungan penduduk setempat. Nampak la perkampungan nelayan disini. Tapi tadi yang turun banyak kaum cina. Melayu langsung takda.hmm.. Perkampungan cini lah kot.
Welcome to Pulau Pangkor!! YEaaapppiii!! seronoknya. Nampak macam cantik. Berbau la skit la. Kami kena tunggu the next trip ferry sebab group kami dah terpecah dua. Kami dapat naik feri awal yang lain tertinggal.
Tengok la beg Bella tu,besar giler kan?
Sampai je kat situ kami diberi pilihan untuk sewa moto atau kereta. Beria-ia HB nak naik kereta. Sebab panas. Bella plak nak naik moto je sebab lagi murah dan senang. Bella hangin la kat sini sebab HB outsider plak yang beria - ia nak bermewah - mewah padahal ni trip group Bella. Kami dah bincang masa dekat office. Semua kena naik motor. Bergaduh la kitaorang. Lantak la semua tengok. Memang senang dan lagi seronok bawa motor dekat sini. Masa ini pun kereta berguna juga untuk angkut semua bag yang ada.
Kami sampai - sampai je penat giler. Terus tukar baju dan makan!! lapor sangat. Sementara tu kami jejalan la dulu dan tengok apa yang istimewa kat sini. Takda apa -apa pun yang pelik.ahakas.. Oppsss ada satu yang rare okey??? Kami jumpa ELLA di Pulau Pangkor okey?? Dia asyik cakp je..sorry im smelly.. sorry.. Ella..you should know. You not smelly at all!! ok jer. Kami minat sangat kat Ella okey. Bella yang perasan dulu cakap, "eh pesal macam ada orang cakp gaya macam ella yer??" Lengok suaranya tu Bella kenal betul. membe cakap "hish!! takkan Ella datang sini kot? sekali tukang kedai tu kenyit mata bagi signal tu betul Ella. Pelagi.. snapping lerrrh!!!
Pagi - pagi kami dah bersiap sedia menerokai Pulau Pangkor! Kecik je. Pusing - pusing dah settle. Kawan - kawan naik moto,kami pusing - pusing naik kereta. Dorang rasalah angin pagi. Tapi kira ok gak. Takda la Bella sakit pinggang. (Sedapkan hati). Kereta sewa buruk! tapi sewa mahal.
Kami singgah di satu tempat yang macam ada kesan tinggalan sejarah. Cantik juga buat tangkap gambar kenang - kenangan. Not bad kan?? Mungkin ada something history kat sini. Sebab ramai gak yang singgah dekat sini.
Selepas kami berjalan-jalan kita berhenti di tepi pantai untuk mandi manda sementara melakukan aktiviti seterusnya iaitu snorkling!! Excited!!.Tapi, air laut ni macam tak bersih la. Lepas pulun mandi Bella tengok dekat tangan kotor. Dekat bulu-bulu roma ni sangkut macam minyak hitam. Entah apa entah. Kami mandi kejap jela. HB pun tak bagi mandi lama - lama.
Tak nampak ikan pun, susah nak nampak ikan kat sini. Puas cari. Kalau ada pun seekor dua je. Masa ni dahla panas giler plak tu. Have fun je r dengan kawan - kawan. Banyak batu kat sini. Bella tergelincir, luka teruk kat kaki. Sakit.
Kami bukan sahaja snorkling dorang juga bawa kami pusing - pusing kat pulau. Kami berhenti dekat satu pulau yang cantik. Pasirnya pun putih sangat. Sebahagian dari kami hanya berehat - rehat. Sebahagian lagi mencari port untuk memancing dah sebahagian lagi melompat-lompat mengambil gambar. Tiba - tiba kawan kami seorang yang ikut group memancing tu jatuh!! tapak kaki dia terbelah. Dah la bot kami sudah pergi. Nasib member Bella ada no nya dan ada line masa tu. Datanglah boat kecemasan. Laju giler dia bawa. Melambung - lambung kawan - kawan Bella dalam tu.
Kami semula kembali ke tepi pantai dan menghabiskan masa duduk di tepi pantai saja. Sedih sebab tak sempat nak mandi manda kat pantai yang cantik tadi. Sebab takda apa nak buat, kami ambil keputusan untuk main dan mencuba banana boat. Happy sangatlah. Budak - budak lelaki. Bella tak nak main sebenarnya. Tapi sebab dah termasuk dalam pakej, Bella main jelah. Kang tak main rugi pula.
Masa naik banana boat ni, boleh plak banana boat tu terbalik kat tengah-tengah laut!! SubbahanaALLAH. Budak-budak lelaki la, sibuk menghenjut-henjut kan banana boat tu. Masa selekoh terbalik!!! yang perempuan, mengelupur la, apa lagi. Masing - masing tak tahu berenang. Masa jatuh tu, kawan Bella dia hempap jatuh atas tengkuk Bella. Sakit sungguh!.
Kawan Bella seorang lagi, dia panjat atas badan yang kawan Bella yang lagi seorang lagi. Sama - sama hampir lemas sebab terlalu mengelabah dan takut. Nasib yang lelaki masing - masing laju ambil peranan selamatkan member - member perempuan. Bella pun sama. Panik habis. Nak naik Banana Boat tu balik pun tak boleh. Tengah - tengah laut tu. Sampai pakcik tu kata maaf - maaf. Padahal Bella dah rayu - rayu minta budak lelaki ni duduk diam. Takut terbalik. Hampeh tol. Jangan main - main tau. Permainan Banana Boat ni dah pernah buat seorang budak mati.
Kami ambik pakej. Penginapan kami macam rumah gitew. Ada 6 bilik semuanya. . Makanan kami semua di penginapan saja. Jada tak banyak yang Bella nak ceritakan. Jalan depan skit jumpa laut. Apa yang Bella boleh cakap, laut pangkor agak mengecewakan. Sebab kami pergi bukan Pangkor Laut. Kalau Pangkor Laut mungkin lebih awesome. Tapi mahal la. Ok la tu. Mungkin nanti kalau diberi kesempatan kami ke pangkor laut pula
bye2x semua.. sampai disini dulu yer...
ikhlas Bella Idura.