Bercuti
kedah
Makanan Sedap
Travel York
Jom Melawat Ladang Anggur Tasik Beris
12 September
Assalamualaikum... apa kabar.. Bella idura disini. Sape disana? Sape pun awak disana..terima kasih sebab sudi baca. Hari ni Bella nak cite ataupun menceritakan dan berkongsi dengan semua tentang satu tempat terpencil yang ramai tak ambil tau walaupun mereka berdekatan dengan tempat ini. Iaitu..Ladang Anggur Tasik Beris!! Jom Bella bawa korang terjah tempat ni. Yuhuuuu!! Excited plak..
Korang kenalah pergi ke Kedah. Takkan Bella nak bgtau jalan dari KL ke Kedah plak kan.. atau dari Terengganu ke Kedah..Jadi Bella tunjukkan bila korang dah sampai Kedah je, silalah menuju ke arah Sik untuk sampai Ke Ladang anggur ini.
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan yang menghijau. Korang straight je Sehinggalah korang jumpa tasik yang besar dan signboard seperti di atas. Korang sila slowkan kenderaan kerana ladang anggur berada di sebelah kanan anda. Takut tak perasan.
Masa Bella pergi aritu, Ramai orang!! Maklumla..ari tu Maharaja lawak buat show kat Kedah dan Datuk yusof haslam ada sebut dia nak pergi ladang anggur tasik beris ni. Time tu barulah ramai orang nak datang. HB pun sama. Selama ni ajak tak mau. Maharaja lawak tu sebut sekali je. Terus nak g. eee teruk betul. Bella bawa la adik kesayangan ni sekali. hehehee.. Sesampai je, korang akan disajikan dengan pandangan yang memukau. Cantik..betul. Ada tasik disitu.
Snap satu dua gambar dan terus la ke kaunter. Kaunternya berdekatan dengan kedai cenderamata. Kadar bayaran masuk bagi orang dewasa adalah Rm6.00 ringgit dan kadar bayaran bagi kanak-kanak adalah Rm3.00. Tak tau la..kanak-kanak suka masuk sini ke tak kan..hehehe. Anggur ni duduk dalam penjara rupanya.
Ladang ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, mengikut jenis anggur. Ladang pertama yang Bella lawat dipenuhi dengan baby anggur. Putik-putik yang hijau dan kecil2x. Mestilah jadi dari putik dulukan.. kitarn semualajadi semua tu.
Kita masuk ke dalam sikit. Kita boleh nampak la batas-batas anggur. Pokok anggur jenis yang merayap. Maknanya kita kenalah sediakan kayu bagi di memanjat ke atas. Kalaulah senang hidup kan best. Kita buat rangka rumah, Pastu kita tanam dekat setiap tiang rumah. Nanti bila pokok anggur tu dah besar dia panjat tiang tu dan membentuk bumbung dan dinding. Cantiknya rumah rehat kita tu nanti. Untung2x lebat plak anggurnya,memang menjerit keriangan la. huhhuhu, berangan sungguh. Tengok tu adalah signboard larangan memetik, tapi ne ada anggur pun kat sini. Mungkin ikut turn kot pokok anggur ni berbuah.
Ni plak, anggur yang baru pandai berjalan. Jalan pun jatuh-jatuh lagi. Ala2x tomey. Ni yang tak matang lagi. Takyah la kalau korang pergi, korang dok gatal tangan nak petik. Sebab anggur ni masam dan pahit. Tak sedap langsung!! sebab tak masak lagi. Jangan salah anggap. Bukan Bella pergi petik dan rasa, tapi pekerja ladang ni yang terangkan untuk Bella.
Dekat kawasan ni lak, banyak dah anggur yang hampir nak dewasa. Kadang-kadang, dalam satu gugusan tu bercampur-campur dengan yang dah masak dan baru nak masak. Pekerja tu kata itu bermaksud, anggur tu belum matang sepenuhnya. Masih masam. Jadi jangan petik. Tak berbaloi. Walaupun belum masak, tapi Bella geram nak petik. Huish gatal tangan nak petik. Macam geram je nak gigit semua. Huhuhu..
Nanti kalau korang ada rezeki pergi sini, korang pijakla kat tempat yang disediakan..jangan jadi macam Bella pijak batas tu. hihiihi..mendap tanah tu jap tampung berat badan ini. ahaks. Bukan apa lalu bahagian mana pun, tangan sibuk nak pegang anggur tu. Sape yang makan anggur tu bila petik, abisla..mesti mimpi Bella punya. hhahaa.
Ni pulak kawasan dimana, anggur dah masak dan matang dan manis. Korang boleh petik tapi bayarannya asing. Sekian yer. Asing. hmmm.. Ni adalah bekas korang nak letak anggur tu supaya anggur tu tak hancur.
Inilah harga kalau korang gatal tangan nak memetik anggur tu. Rm50/kg. Fuyooo...mahal kot. Ntah sape yang rasa murah boleh la belanja kami petik. Syok tu.
Silakan masuk dan petiklah anggur sesuka hati anda yer. Kawasan ni x boleh masuk. Bella ambil gambar dari celah-celah pagar je. Geram kan? Kalaulah boleh petik kan seronok.HB tak bagi...hmm dia kata beli kat pasar pun sama je. Ne sama kan,perasaan tu lain. Ni kita petik sendiri punya.
Sebenarnya kat sini ada 3 jenis anggur. 2 yang berwarna purple dan satu yang berwarna hijau. hmm Sedapnya. walaupun x rasa. Ada ke anggur tak sedap?
Bila kita dah sampai kat sini, maknanya kita sudah di penghujung ladang. Dah takda ladang anggur dah.
Di penghujungnya adalah bilik yang di tanam dengan buah strawberry. Bella rasa macam sangat membazir sebab dorang menggunakan aircond. Mestilah banyak guna tenaga elektrik kan? strawberry nya pun,tengok macam hidup segan mati tak mahu je. Kalau ada yang besar pun macam nak buruk. Takyahlah kot ladang strawberry ni. Macam membazir je. Tak teruja pun. Betul.
Kita pun keluar la daripada situ yer, dihujungnya ada cafe. Cafe tu diberi nama Beris grape cafe. Panas kot aritu. Jadi semua berpusu-pusu membeli air disini. Malangnya, kebanyakkan makanan habis. Adui.
Kami sempat membeli air anggur dan karipap panas anggur. Bella tanya la, pesal nama dia karipap anggur, dia kata sebab dalamnya ada anggur. Ingat dia buat lawak! rupanya betul2x ada anggur dalamnya. Waaa..resepi baru ni.
Kami makan karipap dan rehat di depan tasik ni. Cantik dorang buat tempat rehat ni. Time nak balik baru perasan, tak beli fridge magnet. Tu benda wajib kalau pergi mana-mana. Bella kumpul tu. Masa naik balik ke kedai cederahati tu. Jauh juga la. Kena pusing balik. HB bising la sebab panas.Ala, dah memang hitam manis macam tu, tak kena panas bukan putih pun. bluekk!! Jadi korang make sure dan beli everything baru turun ke sini. sebab sini dah nak menuju ke parking.
Dekat kedai cenderahati ni pulak ada jual macam-macam. Semuanya pasal anggur.
Semuanya mengandungi anggur. Syampu anggur. Losyen anggur. Sabun mandi anggur. Anggur yang dah dipetik dan di packing pun ada. Adik Bella beli kek coklat anggur kot. Ntah rasa apa-apa ntah. Bella pun ada cuba losyen anggur dia,boleh tahan wangi juga la. Paling banyak orang beli cordial anggur.
Ni jela yang mendapat kelulusan untuk dibeli. Percutian bajet. Air tu memang terbaik. Siapa datang sini sila beli bebanyak.Rasanya kat tasik beris ni je ada jual air tin ni. Tengok la magnet tu pun,rm10 satu. Ok la. Dari takda. Jom la kita pulang..bye2x anggur.
Maklumat lanjut:-
Alamat: Lot 264 Kampung Ternas, 08200, Sik, Kedah, 08200, Malaysia
MAKLUMAT TERKINI.SEDIHNYA,LADANG ANGGUR TASIK BERIS DAERAH SILK INI TELAH DITUTUP.
16 ulasan
Teringinnya nak pergi tempat anggur ni.. Haihh.. bila la ada rezeki.. hihi..
ReplyDeleteanyway, saya tag awak untuk liebster award... jemput lah.. :)
http://life-of-pearl.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dari-blogger-zai-jamilah.html
Tq sgt2x nadkaz!!! Excited nk join. Nanti saya tgok. Baru je buka blog. Sebb kt kg xda internet. Huhuhu.tq again. Salam kenal.
DeleteTong ramai ramai, boleh cut cost rm50 tu ,boleh rasa memetik anggur hehehe, rasanya manis tak?
ReplyDeleteHi radin salam kenal..x leh tong2x sebb adik2x saya belajr lg. Hahaha. Tp kakak ipar saya ada pergi lepas tgok pic saya kt fb. Dia ada bwak balik 2 bungkus anggur warna hijau. Xdala manis mcm gula. Ada masam sikit. Nanti awak g, awak petik n rasa ok?
Deletelagi?? x kn ladang anggur je kot... sik punya besar hukhuk...
ReplyDeleteOk tarmimi, saya akan selidik lg kat silk apa lg yg best. Awat? Org kedah ka? Cuba menguji saya disini. Huhuhu.
DeleteSalam. Hai. Singgah blogwalking sini. Done follow
ReplyDeleteNice entry btw. Keep it up!
Zahidah...tq. salam kenal.
DeletePergh ladang anggur. Boleh kutip anggur dan bikin juice. Sedap boss~
ReplyDeleteAnyway, you... my dear... are nominated for the Liebster Awards. Go check this page for further info. Enjoy~
http://serbaalah.blogspot.com/2014/09/boom-liebster-awards.html
Arggghhhh!!! Tq2x.. excited giler. Tq to you too dear... nomited me.. for that award.! Tak sangka.
DeleteTahniah atas pencalonan. Salam perkenalan
ReplyDeletehttp://nadiamamadeqcha.blogspot.com
Terima kasih ima.. Nanti saya calonkan awak pulak k?
DeleteSalam kenal, saya singgah sini dan follow #245.
ReplyDeleteJemput ke blog saya juga.
www.norazua10.blogspot.com
ok.. tq azua.
DeleteBlog yang penuh informasi! Melawat ladang anggur pulak ye... Sorry ye, tersilap letak blog link, kak dah padam :) Selamat berblogging dear!
ReplyDeletehahahha..nohal la kak... x padam pun takpe..
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.