Enter your keyword

Friday

BENGKEL YANG PENUH DENGAN KEJUTAN

By On 27 July
Bengkel ini adalah dilaksanakan atas usahasama ahli - ahli KBBA dan kerja keras AJK untuk melaksanakan Bengkel Personaliti dan juga Bengkel Kecantikan. Padat!! memang padat dengan ilmu dan keluar dengan penuh ilmu didada. Paling seronok sebab bengkel ini boleh dikatakan BENGKEL YANG PENUH DENGAN KEJUTAN.


MATIC TEMPAT PEMBELAJARAN YANG SELESA DAN LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN


matic, tempat buat majlis, tempat mesyuarat


Awal pagi Bella dah bergerak Ke Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Kebanyakkan aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari kami adakan disini. Banyak kali dah Bella cerita mengenai Matic ini. Seribu penghargaan daripada Bella khas buat MATIC. Bagi sesiapa nak buat apa juga aktiviti korporat, kursus ke, apa jua majlis. Boleh juga buat dengan menyewa mana - mana dewan yang disediakan disini. Korang yang tercari - cari tempat yang sangat selesa bolehlah ke www.matic.gov.my dalam tu semua ada. Alamat. Peta. Ruang apa yang korang boleh sewa. Senang sangat. Berbagai kemudahan ada. Surau, tandas, tempat makan kiranya semua adalah.

BENGKEL PERSONALITI BERSAMA AZIE SAM

Azie sam, bengkel personaliti, pakar cari baju, pakar pilih baju

Bengkel bermula seawal jam 9pagi dan otak Bella terus digerakkan untuk bangun dari terus bermimpi oleh Puan Azie Sam. Ajar tentang tips dan teknik memilih baju. Korang boleh baca ilmu yang penuh dan bermanfaat ini dekat sini. Kenapa Pandangan Pertama itu Penting Tak nak baca rugi.

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING 

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING , NASI TOMATO SEDAP

Tepat jam 12 tengah hari. Perut pun lapar minta diisi. Berbunyi - bunyi. Kali ini kelas kami agak panjang. Dari awal pagi sehinggalah jam 6.30 ptg nanti. Makan tengah hari tidak perlu risau kerana Makanan dari Nurul Izzah Catering sudah menanti. Nasi tomato. Sedap!! Bella suka sangat denga ayam masak merah yang dibekalkan hari ini. Korang yang nak menempah untuk sebarang majlis. Kecil atau besar, bolehlah Hubungi :-

Nurul Izzah Catering
Tel No :- 013-3408944
Email :- enquiry@nurulizzahcatering.com.my
Alamat :- No 94, Jalan Tempias, Kampung Tengah A, 47150, Puchong Selangor

Mesti puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Korang pergi saja tengok ke website Nurul Izzah Catering, dekat dalam website pun ada form yang boleh terus diisi untuk booking. 

PEEK - A - BOX KOTAK YANG PENUH DENGAN KEJUTAN !!

peek o box

Masuk saja sesi petang, terus dapat hadiah dari Puan Shuhada Alauddin. Cikgu lama Bella ni. Korang jangan pandang Puan Shuhada Alauddin sebelah mata tau. Dulu dia adalah seorang peguam dan bertukar kepada pakar warna MYRYL. Korang boleh baca di Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna.  Selepas itu, beliau memulakan Peek - a - box ini dengan visi untuk menyatukan kecantikan dalaman dan luaran. Gumbira kemain Bella!!. Tak sia - sia tunggu sampai petang. Dapat Peek-a-box kotak yang penuh dengan kejutan!! sebab Puan Shuhada tak bagi buka dulu. Kena buka sama - sama.

peek a box, kotak kecantikan, kotak kejutan

Peek-a-box ini adalah kotak kecantikan no.1 Malaysia yang menawarkan 4 hingga 5 produk kecantikan istimewa yang berbeza - beza isinya. Paling penting, Peek-o-box ini tidak menghadkan erti kecantikan sekadar penjagaan kulit dan kosmetik. Ia turut memperkenalkan jenama yang mempromosikan kecantikan dalam cara dan medium berbeza seperti hijab, skarf, lilin dan macam - macam lagi. Maknanya apa saja yang berkaitan dengan wanita dan kecantikan, mungkin akan ada dalam kotak misteri ini. Jom tengok Bella dapat apa kali ini.


Taraaaaa!!! Setiap bulan, kandungan dalam peek-o-box ini akan berbeza - beza tau. Kali ini Bella dapat barangan ini. Kalau contoh korang tercari - cari produk kecantikan terbaru secara lebih jimat dan mesra poket, peek-o-box lah yang boleh korang beli. Korang boleh memilih untuk melanggan secara individu atau bulanan dengan harga serendah RM59.90 sahaja. Buat masa ini, Peek-o-box boleh dilanggan menerusi pakej langganan 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Pilihlah yang sesuai dengan bajet. Gitew!!

peek a box, kotak kecantikan, kotak kejutan


Mudah sangat untuk dapatkan Peek-o-box ini. Pergi ke website dan klik langganan kotak kecantikan ke dalam troli dan tunggu saja kejutan Peek-o-box ke depan rumah. Alamilah pengalaman dan kejutan membuka hadiah hebat untuk diri sendiri. Seronok apa. Maklumat lanjut. :-

Website :- Peek-o-Box
Facebook :- Peek-o-Box
Instagram :- Peekabox_beautybox
Customer Care :- info@peek-a-box.com

BELAJAR BUAT PENYEGAR MUKA SENDIRI

diy face mist, diy penyegar muka

Lepas saja dapat hadiah, kami diajar pula cara buat penyejuk dan penyegar muka. D.I.Y saja. Barang - barang pun sangat mudah didapati. Ada kat dapur saja. Bella excited sangat nak tahu. Sebelum ini Bella ada buat. Ikut google menggunakan bunga rose pemberian HB Bella. Sayang nak biarkan bunga itu layu Bella buat sebagai penyegar wajah bunga mawar. Hari ini Bella dapat ilmu baru cara buat penyegar wajah madu. Seronok sangat. 

BAHAN - BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

  • Drinking water, air Coway pun boleh.
  • Rose water
  • Pewangi macam rose, lavender, lemon. 
CARA - CARANYA :-

  1. Masukan sedikit Rose water.
  2. Masukan drinking water
  3. Masukkan pewangi
  4. Kacau rata
Siap!! mudah kan? Sukatan dia untuk air tu 1:1. Pewangi tu letak ikut kekuatan bau yang korang nak. Kalau nak wangi semerbak letaklah banyak. Bella suka wangi sikit je. Sebab nak sembur kat muka kan. 


BELAJAR BUAT BASE UNTUK BIBIR SENDIRI

diy lip base, buat pelembab bibir sendiri


pelembab bibir sendiri

Kejutan seterusnya kami diajar pula cara D.I.Y buat pelembab bibir. Sesuai sangat dengan Bella yang tidak boleh main pakai saja lipstik. Bibir Bella akan terus merekah dan berdarah. Masa mula - mula tu, Bella pun terkejut! Eh apasal sensitif sangat bibir ni. Kuar darah meleleh - leleh tau. Padahal Bella beli lipstik masa tu bukan dekat pasar malam ye. Sephora lagi. Jadi lepas ini, Bella tidak ada masalah nak cuba semua lipstik kegemaran Bella. Cara nak buatnya tengok di gambar ok? Penat Bella tulis. Tulisan budak darjah satu. Buruk benor. Hahaha.

BELAJAR MEKAP MEWAH BERSAMA KHAIAZWAN

khairulazwan, belajar mekap, tips mekap, cara mekap

Ilmu mencantikan diri diteruskan oleh Khaiazwan. Serious laaa!! lelaki kot. Bukan gang sajat tau. Dia cakap pun tak dalah auch.auch. Nampak tegasnya kat situ. Hebat kemahirannya. Bella angkat tangan. Memang tak boleh nak ikut. Lagilah nak ajar korang ni. Korang pergilah follow di dekat :-

Instagram :- @KHAIAZWAN
Book terus whatsapp :- 013 - 3667460

Apa yang Bella belajar, mekap ini sebenarnya tak ada cara yang khusus dan khas. Setiap orang mempunyai cara dan teknik tersendiri. Maknanya, tiada yang salah atau betul dalam cara mekap. Ikut teknik masing - masing. Barang yang digunakan untuk mata contohnya, boleh saja dipakai sebagai lipstik atau blusher. Takda masalah. Barang untuk muka, nak pakai mana - mana bahagian untuk muka memang boleh. 


Apa yang Bella paling simpan dan ingat adalah base untuk mekap paling penting. Jangan tak sekata, terlalu tebal sampai merekah dan pecah. Sesuaikan dengan jenis kulit. Kalau kulit bermasalah wajib tutup dengan concealer. Bagi base tu betul - betul nampak rata dan smooth, barulah mula tempek benda lain. Ok?  Penuh!! Padat!! Sangat berpuas hati dengan ilmu yang dapat hari ini. Bersama dengan keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Semoga bermanfaat.


Thursday

GALEEVEURS MENGEKALKAN RESEPI TURUN TEMURUN

By On 26 July
Bella diperkenalkan dengan satu syaikat yang menengahkan konsep baru dalam dunia makanan dan juga minuman. Bella pun jujur baru saja pertama kali mengetahui mengenai syarikat ini. Jadi, izinkan Bella perkenalkan pada korang juga mengenai Galeeveurs ini. Gitew!!! Korang mesti teruja lepas tahu mengenai GALEEVEURS MENGEKALKAN RESEPI TURUN TEMURUN lagi - lagi bagi mereka yang ada resepi tersendiri tapi tak tahu cara bagaimana nak perkenalkan pada dunia. Dunia tau. Bukan setakat dalam Malaysia saja. 


Galeeveurs adalah inkubator ekosistem bersepadu F&B pertama diumumkan di Malaysia. Ia juga mempunyai satu tujuan iaitu  mengekalkan tradisi bagi generasi akan datang dengan memulakan perkongsian untuk hab F&B untuk menjadi titik permulaan perkembangan perniagaan. Ia menawarkan servis khusus bagi industri makanan dan minuman di Malaysia. Tujuan dan matlamat tetap sama, untuk mengekalkan warisan makanan tempatan bagi generasi - generasi akan datang. 

Macam mana matlamat ini dapat dicapai dengan Galeeveurs? Mesti terfikir - fikir kan? Jangan risau, sebab ia akan dapat dicapai dengan adalahnya sekumpulan pakar yang menawarkan 6 servis yang merangkumi :-
  • Strategi penjenamaan dan pemasran.
  • Servis pengurusan.
  • Kilang produksi sentral.
  • Pendidikan mengenai makanan dan minuman.
  • Perkembangan IT
  • Bantuan kewangan.
Apa macam? Mantap kan? Bella masa dengar ni, terus terfikir. Bagus sungguh. Lebih senang dan mudah untuk kita yang terfikir untuk memulakan perniagaan restoran, kedai makan atau kafe, tapi tidak tahu nak mula dari mana. Galeeveurs boleh dijadikan tempat rujukan ataupun tempat mengadu. 



Dato' Henry Lee, pegasas dan Ketua Pengawai Eksekutif kumpulan Galeeveurs berkata, " Melalui servis yang ditawarkan, Galeeveurs ingin menwujudkan saluran yang betul membentuk generasi industri makanan dan minuman baru menggunakan konsep inkubator. Dengan menempatkan diri kita sebagai Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang pertama, kami berharap warisan makanan dan minuman akan dapat diteruskan. 

Dato' Henry juga adalah generasi keempat sebagai pemilik salah satu jenama warisan. Ia amat percaya yang makanan tempatan mempunyai cara unik dalam menyatukan ramai orang. Ia juga dapat mengembaikan memori sewaktu kecil dan juga amat berpontensi untuk diperkenalkan ke mata dunia. Dato' Henry juga berkata, "Food not only about the taste, but it's also about memory" Deep!! Betul sangat. 


Galeeveurs juga diwujudkan apabila melihat kepada potensi makanan Malaysia yang sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan permintaannya tidak pernah berkurangan. Tapi, dilihat terdapat beberapa masalah bagi peniaga tempatan untuk meneruskan perniagaan mereka kerana tiada waris bagi meneruskan perniagaan mereka. Jadi, Galeeveurs menawarkan perkhidmatan untuk menjadi batu loncatan bagi peniaga yang sebegini untuk terus maju. 

Rancangan berterusan dari Galeeveurs dalam mengekalkan resepi turun temurun ini adalah termasuk mengumpulkan semua jenama dibawah satu bumbung. Galeeveurs mencadang untuk membina satu hab yang bukan saja berfungsi sebagai sistem inkubasi malah ianya selaras dengan perkembangan jenama. Jadi amat dialu - alukan pemilik perniagaan untuk berkembang dibawah platform ini. 


Masa ini juga, Galeeveurs melancarkan perkongsiaan mereka dengan pelbagai pertubuhan termasuk Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology. Pertubuhan ini yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Galeeveurs berharap lebih banyak jenama makanan & minuman menyertai mereka menjelang 2019. 

Bagi Bella, idea dan matlamat Galeeveurs ini sangat jelas dan bagus. Bagi korang yang ada makanan lazat dan resepi yang hendak diperkembangkan bolehlah sama - sama dengan Galeeveurs yang akan membantu resepi ini dikekalkan dan dipertengahkan. Katanya negara yang akan dimasuki terlebih dahulu adalah Hong Kong. Jika mahukan sambal belacan kak jenab, atau ikan pekasam kiah ke Hong kong bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dan boleh hubungi mereka di joinus@galeeveurs.com

Monday

KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?

By On 23 July
Pandangan pertama dari mata turun ke hati. Macam bercinta pula. Betapa pentingnya pandangan pertama, sampai ada lagu tentang mata. KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?


♫♬♩♪Bermula segala kerana mata, Jika dihati harapan nyata, Apakah yang pasti, yang diteka, Bila dihati lain berkata, Berbeza semua tidak kan sempurna, sakit dimata cinta ♫♫♩♪ 

Menyanyi plak.. ada yang tak tahu ke lirik Dari Kerana Mata ni? Popular dari dulu sampai sekarang. Dari gambar hitam putih lagi. Ini menunjukkan betapa pentingnya pandangan pertama. Tapi, KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA? bertentangan mata je pun. Kadang - kadang sempat salam senyum dan blah. kadang - kadang tak sempat salam pun. Selisih nak pergi tandas. Nak pandang? Pandang jelah. Ada aku kesah. Gitew.

PAKAR PERSONALITI AZIE SAM ATAU AZIE FAZIEDA

azie sam, bella idura, pandangan pertama,

Menjelaskan KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA? Bella serahkan dan haruslah belajar dengan pakar. Perkenalkan Puan Azie Sam atau Azie Fazieda. Pakar perunding imej. Siapa yang tak pernah tengok dan tak kenal Puan Azie? Banyak kali keluar majalah. Buat tutorial tudung. View berjuta. Kalau korang kenal bagus. Kalau tak cedera emosi dia. Tak kenal jangan risau sangat.  Tak pe! Tidak mengapa. Sebab itu ditakdirkan korang baca post Bella ni. Supaya korang lebih mengenali Puan Azie, sekaligus kenal Bella. Kita ditakdirkan bertemu disini. (Ayat puan Azie ni Bella ciplak). Bella akan kongsikan segalanya tentang pembelajaran Bella bersama Puan Azie dan juga lepas korang baca ni sampai abis, korang boleh kurus! Ya kurus. Pastikan baca semua tips Bella. Jangan skip ok?

BENGKEL PERSONALITI DIRI BERSAMA KBBA

first impression, pentingnya pandangan pertama


Ini kali kedua Bella belajar dan masuk bengkel personaliti bersama dengan KBBA . Boleh baca di sini Tip Pemilihan Pakaian. Kedua - dua pakar personaliti mempunyai cara dan gaya yang berbeza. Jadi Bella kiranya dah banyak jugalah ilmu mengenai penampilan dan personaliti ni. Tapi, Bella masih ada lagi  masalah nak memilih baju untuk ke mana - mana majlis dan masih lagi merunggut. "Arghhhhh!!! takda baju!!" Siapa sama? Angkat tangan follow blog Bella. Takda blog, sila follow ig. Sempattt!! Hahaha.  Itu mungkin masalah kita orang perempuan yang tak pernah rasa cukup. Bukan masalah personaliti. Masalah personaliti ini adalah bila mana kita tak tahu nak bawa diri kita kedalam majlis. Padanan warna baju yang salah. Terlalu yakin dengan penampilan santai kita sampai nampak selekeh.

KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?

pernampilan, jaga penampilan, cara cantik


Bila penampilan kita yang entah apa - apa tu kita bawa tanpa segan silu, ia akan memberikan pelbagai tanggapan negatif. Kita akan memberikan "first impression" "pandangan pertama" yang buruk kepada sesiapa saja yang melihat kita buat pertama kali. Kita jangan rasa pelik atau mustahil orang kita tak kenal akan membuat berbagai tanggapan kepada kita, sebab kita pun akan sentiasa membuat tanggapan kepada orang yang baru kita kenal. Imej dan penampilan kita inilah yang akan menentukan tanggapan seseorang itu kepada kita. 


Masa dalam bengkel ini, semua diminta untuk melekatkan kertas dibelakang dan kawan - kawan diminta untuk tulis apa pandangan pertamanya kepada kita. Alhamdulilah Bella dapat pandangan yang baik - baik gitew. Ke jaga hati ni? Puan Azie juga kata.

"Imej bukanlah segala - galanya namun tanpa imej yang tepat, kita tidak mungkin dapat menyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai - nilai positif, potensi besar dan kemampuan serta bakat  yang ada dalam diri kita. "

Nampak macam tak ada apa kan? tapi sebenarnya kesannya amat buruk jika pada pandangan pertama orang tu kita ni nampak macam tidak berkeyakinan, muka tak siap ataupun nampak lemah.  

5 TIPS UNTUK PERJUMPAAN KALI PERTAMA

pakar personaliti, pakar,

Bella nak kongsikan beberapa tips yang Puan Azie bagi. Tips yang pertama adalah tips untuk bagi orang suka kat kita bila pertama kali bertemu. Boleh digunakan oleh jejaka juga untuk mengorat si idaman hati bagi mendapatkan perjumpaan seterusnya. Salin yer. Hehehe.
  1. Tenang - tenang saja yer, jangan gelojoh. Relax kan diri. Buat muka cool dan tenang.
  2. Membersihkan diri, wangi dan kemas. Senang cite sedap dan sejuk mata memandang.
  3. Senyum sentiasa. Senyum kan sedekah. Senyum tau. Bukan sengih!
  4. Bahasa tubuh. Tunjukkan yang kita minat dengar cerita dia jangan main hp pula yer. 
  5. Banyakkan bertanya. Jangan kita pula sibuk cerita mengenai diri sendiri tak nak tumbang. 
5 Tips perjumpaan kali pertama ini kalau kita buat, kita boleh nampak impak nya. Bella pun suka nak jumpa jenis orang yang macam ni. Bella paling hangin bila kita tengah cerita dia potong cerita kita. Sakit hati sungguh. Lagilah kalau baru pertama kali jumpa. Memang tak akan bercerita panjang dah la lepas tu. Betul tak? 

JOM KENALI GAYA PERSONALITI DIRI

pentingnya kenali diri, mengenal diri sendiri

Kita dah ada tips untuk perjumpaan kali pertama. Tapi masalah lagi satu timbul. Nak pakai baju apa? warna apa? pemilihan baju yang macam mana sesuai? Masalah - masalah macam ini adalah masalah biasa. Lagi - lagi orang perempuan. Kami di beri soalan untuk mengetahui dan mengenali gaya personaliti diri Bella. Korang nampak tak soalan tu? Kalau korang nampak, korang cubalah jawab.  Setiap jawapan memberitahu sebenarnya korang ini adalah seorang yang berpesonaliti macam mana.
  • A - NUTERAL     - Seorang yang tidak berfesyen, minimal aksesori dan ringkas.
  • B - ROMANTIC   - Seorang yang feminin, sukakan aksesori & mengikut fesyen terkini
  • C - CLASSIC        - Seorang yang elegen, klasik, berpadanan dan pentingkan kualiti.
  • D - DRAMATIC   - Seorang yang unik, kretif, berani dan memakai baju yang sarat.
Bella bagi ini pun secara kasar. Lebih terperinci lagi kena berguru dengan Puan Azie 3 hari 3 malam. Tapi, gaya penampilan korang ini boleh diubah dan sepatutnya korang kena ubahkan mengikut Masa, tempat dan kesesuaian majlis. Ingat ya. Memakai mengikut tema majlis adalah untuk menghormati majlis. Bukan kira malu lah, simple je la, tak yah beriya la. Selain dari sporting kan diri. Ia adalah salah satu cara kita menghormati majlis.

TIP PEMILIHAN WARNA PAKAIAN


Pemilihan warna dan padanan warna baju amatlah penting. Kita yang perempuan pula, nak padankan dengan tudung. Jangan risau. Sekarang Bella ada Tips memilih warna pakaian, supaya tak nak over atau jadi mangsa fesyen. Kajian mendapati, lebih 80% mesej yang ingin disampaikan dengan tepat adalah berkaitan dengan warna. Dalam erti kata lain, warna mampu menyampaikan sesuatu mesej yang tepat.

Warna - warna yang sesuai untuk jaket, blazer, suit dan yang perlu ada dalam semua almari pakaian kerana tidak akan salah digabungkan dengan apa sekalipun iaitu warna neutral ( Hitam, Kelabu, Putih,  Coklat dan Biru gelap).  Warna ini warna yang memenuhi almari pakaian HB Bella.Ya ampun. Sama je semua. Klasik sungguh!! Warna - warna yang selain warna diatas adalah warna fesyen. Warna - warna ini pula boleh dibahagikan kepada kualiti warna.

  • Cair                   - mudah berkawan, mudah didekati, muda dan kurang berwibawa
  • Pekat                 - Berwibawa, matang, berkuasa dan penuh keyakinan.
  • Terang               - Aktif, bertenaga dan positif
  • Kusam / pudar   - Sila beli baju baru. Hahahha. Nampak berumur, letih dan tak penting.
Lepas ni korang bolehlah memilih warna yang sesuai dengan majlis dan aktiviti. Masa nak pergi temuduga atau temujanji pertama penting tu. Bolehlah gunakan tips ini.

TIP MEMADANKAN WARNA PADA PAKAIAN

tip pemilihan warna pakaian, warna, pemilihan warna

Maksud setiap warna kita dah tahu. Kita dah boleh pilih warna mengikut tempat. Macam mana pula nak memadankan warna baju dengan seluar, tudung dengan seluar, bagi nampak sesuai dan manis saja. Korang perhatikan dan kaji colour wheel diatas. Pemilihan mengikut warna ini adalah yang paling sesuai dan tepat. Kalau nak beli baju pun boleh gunakan teori warna ini juga. Kalau macam Bella nak buat padanan warna, contoh baju kurung yang banyak warna, cari saja warna yang paling banyak. Itulah warna tudung korang. Korang boleh ikut la tips Bella ini sebab Bella dah jawab kuiz, Bella adalah seorang yang bijak dalam berfesyen dan menentukan padanan warna. Gitew!!

pentingnya padangan pertama

Bella harap perkongsiaan Bella ini dapat korang praktik kan. Owh ya. Tips untuk nampak kurus pula dengan hanya menutupi apa yang besar. Kalau dada besar, jangan pakai baju yang fokuskan dada. Kalau bawah besar jangan pakai yang menfokuskan bahagian bawah. Macam beropol - ropol macam tu. Cari baju yang ada corak menegak. Senang cerita lagi, korang bolehlah belajar dan minta diajar oleh Puan Azie Sam. Boleh follow :-

Facebook :- Azie Sam
Instagram :- Azie Sam

Credit gambar yang takda watermark to :- Saidila.com & Google

Semoga bermanfaat dan selamat memperbaiki diri. Jangan lupa amalkan. Assalamualaikum.......

Thursday

7 KESILAPAN KETIKA TIMBANG BERAT BADAN

By On 19 July
Assalamualaikum..warahmatulallahiwabarakatuh.....

Hari ini Bella nak kongsikan ilmu yang Bella dapat semasa Bella menyertai JK1M Team Rawang. Coach King yang kongsikan dan Bella bagitahu korang mengenai hal yang penting dalam memastikan usaha kurus korang itu berterusan. Antara yang terpenting adalah timbang berat badan. Bella nak kongsikan 7 KESILAPAN KETIKA TIMBANG BERAT BADAN.


penimbang yang betul, berat badan, tips kurus


1. TERLALU KERAP TIMBANG BERAT BADAN

Disarankan kita timbang berat badan 1 minggu sekali untuk tujuan perbandingan. Jangan timbang berat setiap hari. Biasalah, baru lepas jogging sikit terus kita timbang. Kononnya i-watch atau fitbit dah menunjukkan pembakaran lemak yang tinggi. Mestilah turun berat badan kan? Sebenarnya ini salah, kalau korang timbang tak turun, bukan ke nanti korang akan lebih sedih dan hilang semangat nak teruskan usaha nak kurus korang tu. 

2. TERLALU FOKUS PADA ANGKA BERAT BADAN

Berat badan kita merangkumi berat otot, berat organ, berat tulang, berat cecair & berat lemak. Berat lemak yang paling utama sekali utk dikurangkan. Jadi kita bukan saja perlu menimbang berat, kita juga perlu untuk mengukur saiz peha, saiz perut dan bahagian - bahagian lain pada badan. Mungkin berat kita tak turun. Tapi pada sesetengah bahagian, lemak kita dah mencair!!
.
3. MENGGUNAKAN MESIN TIMBANG YANG BERLAINAN

Disarankan menggunakan mesin penimbang yang sama setiap kali timbang berat badan utk tujuan perbandingan. Timbang yang berlainan material, jenis dan jenama mestilah akan menghasilkan berat badan yang berbeza. 

4. TIMBANG BERAT BADAN PADA WAKTU YANG BERBEZA 

Lepas makan timbang, lepas naik tangga timbang, lepas sapu sampah timbang, lepas siram pokok bunga timbang. Salah tu. Sebenarmya waktu paling elok menimbang berat badan adalah pada waktu pagi selepas membuang dan sebelum bersarapan.

berat, badan, berat badan, timbang berat, menimbang berat

5. MELETAKKAN PENIMBANG DIATAS PERMUKAAN YANG TIDAK RATA

Asal boleh timbang saja. Nampak dijual dekat pasar raya, diletakkan dibawah kaki korang. Korang pun pijak konon - konon nak tengok berat badan terkini. Sampai koyak pembalut yang membaluti penimbang tu. Itu salah. Kotak dan plastik yang terdapat pada penimbang itu sendiri membuatkan angka penimbang akan menjadi tidak stabil. Lagilah bila diletakkan diatas permukaan yg tidak rata, contoh seperti carpet. Mula - mula berat turun, 5 minit eh2x kemudian berat naik 2kg.

6. TIMBANG SELEPAS BERSENAM

Timbang berat badan selepas bersenam selalunya kurang tepat, disebabkan kurangnya air dalam badan dan juga otot sedang mengembang serta menyerap air yang baru masuk ke dalam badan. Konon - konon nak tengok berapa kalori yang dah terbakar lah tu kan?
.
7. OBSES DENGAN ANGKA PENIMBANG HILANG SEMANGAT

 Tujuan utama kita timbang berat badan adalah utk monitor dan memperbaiki setiap apa yg kita dah lakukan dalam proses mengurangkan berat badan. Janganlah bila timbang tak turun, timbang tak turun. Makanlah macam ni. Diet pun tak kurus. Bersenam pun tak kurus. Haaa jangan tau. Sila tekad. Mainkanlah video orang yang usaha untuk kurus dari sebelum dan selepas berdiet. Mesti semangat kita makin naik.


Semoga bermanfaat dan semuanya berjaya menjadi kurus. 

Tuesday

BANYAKNYA ORANG SUSAH!! LEMBAGA ZAKAT TAK BUAT KERJA

By On 17 July
Setiap kali nampak posting di Facebook, Instagram ataupun mana - mana sosial media yang memaparkan kisah sedih masyarakat diluar sana, kita masing - masing terus melatah. BANYAKNYA ORANG SUSAH!! LEMBAGA ZAKAT TAK BUAT KERJA. Bila satu komen kuar menghentam macam ni, makcik dan pakcik bawang terus bersama - sama menghangatkan keadaan dengan menambah berbagai kata tomahan. Tengok contoh Bella screenshot dibawah jela ye. Jangan cakap Bella buat cerita pula. 




Banyak sangat sebenarnya. Nak letak semua takut korang pula tak terbaca. Mesti kita pelik kan? Takkan duit kita semua orang Lembaga Zakat makan kot? Pasai pa depa tak agih - agih kan? Hah! terus tercakap kedah. Bella nak ceritakan dekat korang sikitla yer. Harap korang buka hati dan sama - sama membantu Lembaga Zakat dalam mencari asnaf yang layak menerima bantuan.

SATU KISAH SEDIH 


Kisah ini cukup membuka mata Bella mengenai Lembaga Zakat. Bella dulu pun macam makcik bawang juga, selalu merasakan yang Lembaga Zakat tak buat kerja. Apa pasal ramai sangat orang yang masih susah? Duit zakat kita kemana sebenarnya. Mesti persoalan yang sama juga berlaku dengan korang kan? Kisah sedih ini bermula bila di pejabat Bella, ada seorang pakcik posmen yang sangat tua. Bella tegur dan secara tidak sengaja dia menceritakan kisah sedih dia yang baru sahaja kehiangan tempat tinggal dan terpaksa tidur didewan.

Bella macam "Eh, pakcik boleh minta bantuan Zakat ini." Dia cakap "Takda pun" Bella kebetulan berkerjasama dengan Lembaga Zakat dan Kelab Blogger Ben Ashaari terus direct tanya mengapa pakcik yang nampak tulus dan polos lagi susah ini tidak diberikan bantuan? Bella siap cakap lagi, kalau Lembaga Zakat nak turun Bella hendak turut sama serta untuk melihat kerja yang dilakukan oleh pihak Zakat. Dalam erti kata lain, tidak percayalah dorang ni buat kerja. 



Bantuan yang diberikan oleh Lembaga Zakat ini sebenarnya banyak. Kita sebenarnya yang tidak mahu ambil tahu. Selalu ambil yang buruk saja. Biasalah, masyarakat lebih suka yang buruk dari benda yang baik untuk di viralkan. Berbalik pada kisah pakcik tadi, setelah satu hari siasatan dilakukan. Rupanya pakcik ini memang sudah menerima bantuan zakat. Sewa rumah turut telah dibayar kepada beliau untuk menyewa rumah yang lebih selesa. Bantuan seterusnya akan terus diberikan dan pakcik ini dibawah jagaan seorang uztaz ditempat beliau.

Bermakna pakcik ini yang tidak jujur bagitahu Bella dia tak dapat bantuan. Mungkin juga bantuan yang diterima tidak mencukupi. Bella minta pakcik ini berurusan dan berbincang dengan uztaz yang menjaganya untuk meminta bantuan buat anak - anaknya yang masih bersekolah pula. Jadi korang pun seharusnya macam itu. Nampak atau tahu mengenai orang susah, orang miskin atau apa saja yang layak untuk mendapat bantuan zakat, sila laporkan. Bukan viralkan.

LEMBAGA ZAKAT BUKAN TEMPAT MINTA SEDEKAH


Korang yang tak tahu jangan main hemtam saja. Biasalah manusia, bila tak dapat apa yang dia nak, abislah diburukkan semuanya. Mesti korang terfikrkan, kenapa ramai yang merungut susah nak dapat bantuan dari Lembaga Zakat. Bagi makluman korang, Lembaga Zakat bukan tempat kita nak minta sedekah. Bukan juga tempat mengumpul sedekah atau menerima sedekah. Jangan salah faham disitu. (Sebab Bella pun pernah salah.) Oleh sebab itulah ada prosedur untuk mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat. Bukan boleh main bagi saja. Lembaga Zakat memegang amanah duit zakat kita. Bagi Bella, berat sangat tugasan itu. Jadi Bagi Bella, sebelum menghentam, sila siasat dulu si pengadu. Takut sebenarnya dia yang bermasalah.

CONTOH - CONTOH BANTUAN



Banyak dan terlalu banyak sebenarnya yang telah diberikan. Korang boleh tengok dan ikuti usaha mereka di :-

WEBSITE : ZAKAT SELANGOR

FACEBOOK : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

INSTAGRAM : @ZAKATSELANGOR

BORANG MELAPORKAN ASNAF


Diharapkan penjelasan dan perkongsiaan dari Bella ini dapat menjelaskan dan memadamkan presepsi buruk korang kepada Lembaga Zakat.  Semoga bermanfaat.

Boleh juga baca perkongsiaan Bella sebelum ini Rumah Orang Tua Zakat Selangor

Friday

PURE BEAUTY BUKTI TEKNOLOGI KECANTIKAN KOREA

By On 13 July
Bila sebut mengenai kecantikan, semua akan mengaitkan ia dengan Korea. Kenapa Korea? Bella tiada jawapan yang tepat untuk itu, tapi Kebanyakkan wanita Korea memang memiliki kulit yang terlihat sangat cantik dan sihat semulajadi. Tua atau muda. Semuanya memiliki kulit wajah yang diimpikan wanita. Jangan kata wanita, kulit wajah artis lelaki Korea juga mengalahkan kulit wajah wanita. Sehinggakan apa saja yang berkaitan dengan Korea, akan jadi kegilaan disini. Artis K-pop, drama Korea, sakura, apa saja yang berkaitan dengan Korea jarang tidak akan menjadi kegilaan disini. Sehinggakan lawak Korea turut menjadi viral. Apa ntah lagi Tips untuk menjadi secantik artis Korea. Bella dah jumpa dan sekarang masanya Bella akan nak kongsikan dengan korang. PURE BEAUTY BUKTI TEKNOLOGI KECANTIKAN KOREA.

MAJLIS PELANCARAN PURE BEAUTY ILLUMINATING URBAN SHIELD 

pure beauty, cantik

Bella berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini bersama - sama dengan Watson. Disinilah akan terbongkarnya teknologi kecantikan Korea. Pure Beauty telah membuat kajian terhadap masalah kulit muka yang dihadapi oleh banyak wanita dan diantara sebabnya adalah berpunca dari pencemaran. Jika kulit kita sentiasa terdedah kepada pencemaran ia akan meninggalkan kesan yang buruk dan akan menyebabkan wajah kita kelihatan tidak bermaya dan letih. Paling teruk jika pencemaran ini mengandungi bahan radikal merbahaya, ia akan menjadikan wajah kita lebih cepat berkedut! Jadi ia menjadi mustahil untuk mendapatkan kulit yang sihat dan sempurna sekiranya kita sentiasa terdedah kepada pencemaran. Jadi, Pure Beauty dicipta untuk mengatasi masalah ini. Bella pun tak sabar nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini. 

MAJLIS PELANCARAN DAN BENGKEL KECANTIKKAN 

pure beauty, cantik, menawan, tips cantik

Majlis pelancaran ini, turut diadakan bengkel kecantikan bersama dengan Shazreeyana Shukri. Tempat yang dipilih juga sangat sesuai. Bella suka. Bengkel diatur dengan kemas dan menjadikan ia lebih santai dan selesa. Bella pun seronok bila berada didalam bengkel ini. Ia terletak di tingkat 25. Jadi sementera menunggu majlis pelancaran bermula, Bella seronok saja melihat pemandangan bandaraya KL.

MUA TERKENAL SHAZREEYANA SHUKRI BERKONGSI RAHSIA

pure beauty, cantik, korea, kak love

Majlis pelancaran dan bengkel di kendalikan oleh Mua Shazreeyana Shukri atau lebih dikenali sebagai Kak Love. Kak Love kata, ia amat mencintai dunia kecantikan sehinggakan dia sanggup berhenti dalam pengajiaan menjadi doktor. Alamak Kak Love, cita - cita saya tu nak jadi doktor. Kak Love banyak berkongsikan pengalamannya menggunakan Pure Beauty. Dia kata, sebelum dia nak ajar dan terangkan mengenai Pure Beauty ini, dia telah mencuba dulu sudah hampir 3 minggu. Dia kata kesannya sungguh tidak disangka. Kulitnya lebih glowing walaupun tanpa mekap. Rakan - rakannya juga perasan dan menegur perubahan yang ketara pada kulit wajah dia. 

pure beauty, cantik, watson, kak love

Kak Love turut berkongsi cara dan tips yang betul untuk menggunakan rangkaiaan produk Pure Beauty. Kak Love menerangkan kelebihan setiap produk dan menunjukkan cara yang betul untuk menggunakannya kepada Riena Diana. Lepas kena sapu dengan produk Pure Beauty terus glowing muka dia. Korang mesti tak sabar kan nak tahu lebih lanjut mengenai produk Pure Beauty ini. 

RANGKAIAN PRODUK PURE BEAUTY ILLUMINATING URBAN SHIELD 

cantik bagaikan korea, cantik, menarik,

Pure Beauty mengguna formula 4P dalam meningkatkan kuasa intensif dalam mencerahkan dan mencantikan kulit wajah. Iaitu :- 

  • P - Persediaan dalam menggunakan estraxt kulit willow untuk meningkatkan kesihatan kulit
  • P - Pemeliharaan menggunakan Neurolight yang terdapat pada bunga lili.
  • P - Perlindungan dengan menggunakan Ceramide 123 untuk menguatkan kulit.
  • P - Pencegahan dari pencemaran yang merosakkan kulit. 
Banyak sungguh kebaikkan Pure Beauty ini kan? Rangkaian produk nya pun banyak. Jadi, jom Bella terangkan satu per satu untuk korang pilih apa yang kulit wajah dan yang paling sesuai dengan keperluaan kulit korang. 

ILLUMINATING URBAN SHIELD RADIANCE SERUM  (RM 59.90)

pure beauty, cantik, serum bagus

Illumating Urban Shield Radiance Serum ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia bukan saja akan mengurangkan bintik hitam di kulih wajah kita, ia juga akan membuatkan warna kulit kita lebih sekata. Kandungan nutrien yang terkandung didalam llumating Urban Shield Radiance Serum ini, akan membantu memperbaiki kulit kita yang rosak dan akan mempertahankan kulit kita dari kerosakkan akibat pencemaran. 

Cara penggunaanya :-
  1. Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih. 
  2. Gosok di tangan.
  3. Sapukan di muka dan juga leher.
  4. Tepuk - tepukkan dimuka dan tekan - tekankan sedikit.
  5. Biarkan ia kering untuk seketika.
Kulit kita akan terasa lebih lembab. Digalakkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam, diikuti dengan toner Pure Beauty.

ILLUMINATING URBAN SHIELD CAPSULE ESSENCE (RM69.90)

cantik, korea, menawan

Illumating Urban Shield Capsule Essence juga mengandungi Nerolight. Sekaligus turut berfungsi untuk mengurangkan bintik hitam. Ia akan membantu mengurangkan bintik hitam dan meninggalkan kulit yang semulajadi berseri. Capsule Essence ia diformulakam istimewa untuk menjadikan kulit kita kelihatan lebih bersinar. Kandungan pearl yang terdapat didalam Capsule Essence ini amat membantu dalam mendapatkan kulit yang terlihat lembut dan bersinar. 

Cara penggunaanya :-

  1. Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih. 
  2. Gosok di tangan.
  3. Sapukan di muka dan juga leher.
  4. Tepuk - tepukkan dimuka dan tekan - tekankan sedikit.

Bila kita picit ke jari, biji - biji pearl ini akan pecah dan mencair. Kandungan yang terdapat didalam biji ini pearl ini amat dilindungi. Jadi bila kita nak guna baru ia akan pecah. Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum.


ILLUMINATING URBAN SHIELD WATER GEL (RM55.90)

PURE BEAUTY, cantik, korea, teknologi jepun

Illumating Urban Shield Water Gel ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam.  Ia akan berkesan untuk menjadikan kulit kita lebih kelihatan bersinar dan lembab. Bila kita pakai Water Gel ini, kulit kita akan sentiasa dan kekal segar. Tekstur dan kandungan yang terdapat didalamnya sangat ringan dan mudah menyerap kedalam kulit. 

Cara penggunaanya :-

  1. Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih. 
  2. Sapukan di muka dan juga leher.
  3. Urut sedikit semasa memakainya dimuka.
Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum atau llumating Urban Shield Capsule Essence.

ILLUMINATING URBAN SHIELD RADIANCE CREAM (RM59.90)

PURE BEAUTY, radiance cream, cantik

Illumating Urban Shield Radiance Cream ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia akan memastikan kulit kita lebih putih dan berseri. Ia juga membantu dan mengelakan kulit kita menjadi tidak sihat akibat kekotoran dari pencemaran. Tekstur ia sangat lembut. 

Cara penggunaanya :-
  1. Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih. 
  2. Sapukan di muka dan juga leher.
  3. Urut sedikit semasa memakainya dimuka.

Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum atau llumating Urban Shield Capsule Essence. Kak Love bagi tips. Katanya, ia menggunakan llumating Urban Shield Radiance Cream sebagaj krim malam. Kalau terasa berat pada muka, boleh jadikan ia sebagai sleeping mask. Penggunaan ia lebih kepada penerimaan kulit muka kita. Kalau rasa sesuai, bolehlah pakai setiap malam.

ILLUMINATING URBAN SHIELD SUN PROTECTOR SPF 50+ PA++++ (RM49.90)


Illumating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++ ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia adalah krim pelindung matahari. Bila kita memakainya, ia akan mengekalkan kulit wajah kita sentiasa lembab. Kak Love kata, SPF yang terdapat pada mekap kita tak cukup untuk menghalang dari UV cahaya matahari merosakkan kulit muka kita. Kita kena pakai krim yang betul - betul berfungsi untuk mengelakkan kerosakkan akibat cahaya matahari. 

Cara penggunaanya :-

Pakai bila kita terdedah kepada cahaya matahari. Pakai dibahagian yang terdedah kepada cahaya matahari. 

ILLUMINATING URBAN SHIELD MAKEUP REMOVER

MAKE UP REMOVER, CANTIK, PURE BEAUTY

llumating Urban Shield Makeup Remover Bella tergerak hati hendak bagitahu korang yang penanggal mekap ia juga bagus. Bella terdengar makcik - makcik bawang sebelah Bella ni bagi komen katanya makeup remover dari Pure Beauty ini senang menanggalkan mekap. Muka pun tak sakit kena tonyoh. Sekali sapu semua hilang. Bella tidak pasti tebal mana mekap dia. Tapi apa salahnya mencuba. 

PURE BEAUTY DIYAKINI LEBIH 90% PENGGUNANYA

pure beauty, cantik, teknologi korea

Kajian yang dijalankan terhadap pengguna Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini, lebih 93.3% berpuas hati dengan kesan flawless dan kecerahan semulajadi pada wajah. 96.7% pula merasakan kulit mereka lebih lembut dan lembab. 90% amat menyukai llumating Urban Shield Radiance Cream kerana telah meningkatkan kecerahan kulit mereka. Jadi jangan ragu - ragu lagi. Ramai sudah cuba. 

MENCUBA SENDIRI PURE BEAUTY DI RUMAH

pure beauty, cantik, cantik bagaikan korea

Bella turut diberi 3 produk Pure Beauty untuk Bella cuba dirumah dan diberi payung transparent yang ada nama Bella. Comel sungguh! Lepas ni kalau muka Bella jadi mulus macam artis Korea, korang dah tahulah kan rahsianya. Bella dah terangkan satu persatu produk untuk memudahkan korang buat pilihan mengikut masalah kulit muka korang. Pure Beauty percaya yang rahsia kecantikkan adalah bermula dari dalam kulit yang terjaga dengan bahan - bahan semulajadi. Jadi produk ini telah dicipta dengan kajian yang bertahun dalam dunia kecantikan. Bella memang yakin nak cuba.

MAKLUMAT LANJUT 

PURE BEAUTY BUKTI TEKNOLOGI KECANTIKKAN KOREA

Produk Pure Beauty ini adalah diilhamkan oleh alam semula jadi dan disempurnakan oleh sains. Ia telah diuji dan sesuai untuk semua jenis kulit. Harga yang amat berpatutan dan dihasilkan di Korea. Paling penting ia exclusively at Watsons store dan online shop.

Pure Beauty Facebook: Purebeautymalaysia
Pure Beauty Instagram: Purebeautymy
#PureBeautyMalaysia #PureBeautyKoreanSkinCare #PureBeautyIlluminatingUrbanShielduk  #WatsonsMalaysia

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian