Enter your keyword

Wednesday

SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!!

By On 26 December
Paling susah nak cari cermin mata. Kena sangat - sangat memilih dan cerewet dalam memilih. Sebab cermin mata mahal sangat kan? Beli satu pakailah sampai jahanam. Bella selalunya beli satu memang jaga baik - baik. Lepas pakai lap. Simpan baik - baik jangan bagi orang usik. Bella rabun silau. Spek amat diperlukan semasa memandu. Spek yang Bella pakai sekarang dah lebih 5tahun tak tukar. Aritu tukar sekali je sebab HB patahkan. Bila terbaca viral ada kedai spek murah dekat Sungei Wang Plaza, terus Bella terjah. Takkan nak dengar saja cakap orang kan? Kite pergi tengok sendiri. Baru puas hati. SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!! Nama kedainya EYE PRO VISION. Jangan salah kedai plak yer. Nanti korang tak dapatlah spek dengan harga yang sangat murah.

EYE PRO VISION SUNGEI WANG PLAZA

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Yay!! dah jumpa kedai spek viral sebab harganya yang murah sangat ni! ini pun Bella dah lambat. Hari tu Rm38 sahaja. Sekarang dah jadi Rm65. Korang jangan silap tau. Rm65 tu cermin sekali dengan bingkai. Bukan bingkai sahaja. Bella sampai kul 11 pagi. Dah ada orang ok. Siap ada beberapa orang pelanggan tetap yang datang awal sebab tahu yang kedai ini akan penuh. Lagi - lagi musim cuti ni kan? Ini sebenarnya cawangan yang ke 7, jadi pelanggan tetap ini dari kedai yang terdahulu. Mungkin sebab ini kedai baru, jadi dorang nak tukar angin. Ini cawangan baru yang dibuka. Datang sini senang jer. Kalau korang menggunakan public transport naik MRT sampai Bukit Bintang, jalan sikit jer, dah sampai Sungei Wang Plaza.


Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Kedai ini pulak rupanya kat Ground Floor je. Senang sangat nak cari. Sebelum pilih, tanya dengan tuan punya kedai, betul ke Rm65 sahaja? Murahnya. Ada untung ke? Willian kata,

"Untung sikit takpe, janji semua mampu beli cermin mata. Lagi - lagi dulu i pernah susah. Tujuan utama i mahu tolong orang semua mampu beli cermin mata. Bukan untung. You tolong kasi tahu kawan - kawan. Bagi semua dapat dengan harga murah. " 

Omg! Oppa idaman. Nasib i dah kawen tau. Baiklah. Niat you baik. I tolong kasi tahu semua orang. Tapi betul ke kualiti? Baik cuba dulu. Kang dah kecoh sana sini, rupanya jenis tak bagus punya. Biasalah. Peniaga mana mahu rugi betul tak? Jadi, Bella check tahap kesihatan mata Bella dulu. Beratur. Sorang - sorang. Jangan korang pergi tolak plak orang yang tengah check mata tu. Dapat je result, simpan. Senang kepilkan dengan bingkai cermin mata yang kita pilih. Tapi ikut korang lah. Nak pilih bingkai dulu pun boleh.

SPEK MURAH DENGAN BINGKAI TAHAN LASAK DAN REKABENTUK TERKINI

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Orang ramai. Always. Benda tengah panas kan? Bella kena pilih cepat ni. Tapi rambang mata pula. Semua cantik - cantik dengan design terkini. Mana satu nak pilih ni? Macam mana tak rambang mata?  2 Ribu lebih jenis spek semua harga rm65 saja. Bingkai sekali dengan lens multicoated tau. Selalu nampak yang bingkai sahaja promo kan? Terkejut. Semua berebut - rebut pilih. Masing - masing langgar bahu masing - masing. Bila Bella cuba, orang sebelah jeling. Bila orang sebelah cuba Bella jeling. Tengok pilihan siapa yang lagi power. Gitew.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bingkai dari jenis trendy K-Pop sampailah yang biasa punya. Pilih punya pilih, selepas bertanya kepada beberapa orang pelanggan yang lalu lalang. Bella dapatlah spek mata yang sesuai dengan muka Bella. Kak Tati yang jumpa. Bukan Bella. HB majuk sebab tak pilih yang dia pilih. Kah2x. Ala, pilihan Kak Tati sama macam apa yang Bella nak.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bella nak bingkai yang tebal sikit. Sebab sebelum ni dah pakai yang nipis. Lepas tu Bella nak bingkai yang boleh kepak - kepak tu. Korang kangkangkan bingkai tu luas2x pun dia masih maintain. Tak patah. Tapi korang jangan memandai - mandai plak datang terus kepak setiap bingkai. Dia ada jenis - jenisnya. Minta saja bantuan staff kan sini ok. Kalau ada William panggil je dia. Dari nak beli satu, terus rasa nak borong dengar Willian explain.

 LENS ALPHA BLUE 420 PILIHAN YANG TERBAIK!!

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bila dah pilih bingkai, dah check power mata, kenalah pilih cermin pula. Lens banyak jenis tau. Korang jangan tak tahu plak. Ambil tahu, jangan main beli saja. Nanti tak sepadan dengan harga yang korang bayar. Willian cadangkan untuk Bella upgrade ke Lens Alpha Blue 420 dengan bayaran tambahan Rm60 sahaja. Maknanya dari Rm65 + Rm60 = Rm125 korang akan dapat bingkai yang tahan lasak dan comel pilihan korang plus! lens gempak yang giler. Seriously harga ini, dekat luar dapat bingkai yang sehalus macam dawai tu je. Bella la. Tak tahu kalau korang jumpa yang lagi gempak kan?
Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Korang tengok gambar pertama tu yang menunjukkan lens Alpha Blue 420 yang betul - betul menghalang sinar UV. Macam mana lens itu diuji? Menggunakan mesin UV. William meletakkan dua jenis cermin dan masukan ke dalam mesin sinar UV. Macam magik! Bahagian yang terhalang dengan lens Alpha Blue 420 tidak ditembusi dengan sinar UV. William letak cermin tu lama tau dalam mesin tu. Bukan sesaat. Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :-

  • Memudahkan pemanduan pada waktu malam sebab ia menghalang dari silauan lampu
  • 100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
  • 100% menghalang ultra unggu (UV420).
  • Kalis air.
  • Tahan lasak ( Tak mudah calar )
  • Senang dicuci.
Terbaik kan? korang jangan tak tahu. Cermin ini harga kat luar, Rm250 dan keatas tau. Tak cukup, Bella nak tengok lagi. Masih sukar dipercayai. 


Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bella minta nak pegang laser dan buat sendiri. Hah! Bella syak sampai dekat cermin Alpha Blue 420 ni, William off kan laser tu. Sebab takda bukti kot, Tak nampak apa pun. Inilah result nya. Sepanjang penerangan dari William, Bella tak abis - abis teruja. "wah!" "wow" "hebatnya" "Magic" kah2x. Bella tak pernah lagi beli cermin mata dapat penerangan sebaik ini. Thank you to owner William yang humble dan sangat baik hati. Rasa berbaloi sangat datang pagi - pagi jauh dari Rawang. Kalau korang macam 'Iyalah tu'. Bawah ada video. Silalah play. Ok. Jadi Bella tanpa berfikir panjang tambah saja lagi Rm60. Sayang mata. Tapi harga berubah mengikut power tau. Bella tak rabun kuat sangat. Bella rabun silau saja. Jadi memang harga tetap Rm125 sekali lens Alpha Blue 420.

SIAP DALAM MASA 1JAM ATAU KURANG DARI SEJAM MENGIKUT JUMLAH PELANGGAN

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Masa Bella pergi, kedai ni memang penuh dengan orang tapi siap cepat dalam masa 1 jam sahaja. Tapi Bella antara yang terawal. Kalau lambat, korang tunggu lambat sikit la yer. Bella check mata dengan William. William kata kalau ok, tunjuk bagus satu tangan. Tapi Bella bagi dua bagus. Bagus, bagus dan bagus. Oppa hemsem service ma. kah2x. Benda betul, dia model tau. Hebat.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Pergi makan kejap, naik atas. Saja tengok. Takdalah mengharap sangat dah siap. Sekali yes. Bella, you punya dah siap. Cuba pakai dan look around. Wow! Duniaku semakin berseri dan berwarna - warna. Lampu pun nampak bersinar - sinar dan tak menyakitkan. Sindrom dah tua. Rabun memang tak boleh lari. Tapi dengan harga mampu milik ni, Bella berjaya memandang lampu dalam kedai tanpa berkedip. Kalau tak pedih!.  Terima kasih William.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Credit photo to Kak Tati Bella punyalah teruja sampai terlupa nak snap gambar dengan cermin mata pilihan sendiri ni. Comel kan? Pergghh!! Puji diri sendiri plak. Hahaha. Pilihlah bingkai yang sesuai dengan muka korang. Salah pilih, nampak macam nenek plak. Bella dulu takut sungguh nak pakai cermin mata sebab nampak macam nenek. Hahaha. Sorry tau korang yang pakai spek jangan marah. Ini anggapan Bella saja. Tapi ramai je speky yang comel sebenarnya. 

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Lupa!! Spek lelaki pun cantik. Lagipun kebanyakan bingkai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Rugi sangat siapa yang tak percaya dan tak buat cermin mata dekat Eye Pro Vision Sungei Wang ni. Dahlah kedai murah, mana ada tempat lain cermin macam ni, dengan harga murah,  pulak tu siap dalam 1 jam. Selama ini, pengalaman Bella memang kena tunggu sekurang - kurangnya paling cepat 3 hari. Sementara tu, kalau bingkai patah, ikatlah dulu pakai getah. Kalau pecah satu, pakailah jelah sebelah dulu. HB Bella selalu pecah, patah dan hilang. Pakai Bella punya cermin mata dulu. Dah terpaksa. Sekarang dah mudah. Request dekat William kata urgent. Pastu bodek sikit kata dia hemsem 10x plus kata "i kawan Bella" For sure setengah jam dah siap. Hehehe. Lokasi kedai :-

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.

Jalan salah kedai pula. Nanti tak dapat harga murah. Semoga bermanfaat.

Saturday

MOCHA TERSEDAP DI BUSAN

By On 22 December
Melihat kembali gambar - gambar dalam album Bella sepanjang trip Bella ke Korea, Bella teringat sesuatu yang sedap dan mengiurkan yang Bella rasa patut kongsikan dengan korang. Satu cafe yang cantik dan menyediakan MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Bella rasa, Mocha ini lebih sedap dari Mocha yang Bella selalu minum di Malaysia. Jom Bella tunjukan cafe yang comel dan memberikan Bella pengalaman baru dalam menikmati Mocha. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Inilah Cafe nya. Cantik kan? Kuning tema cafe ni. Kalau dalam itinerary korang ada Sesoung Lake, korang patut singgah sini. Cafe yang menjadi sangat luar biasa dengan kehadiran ribuan bunga Sakura. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Melangkah masuk ke dalam cafe hipster ini membuatkan hati Bella berbunga riang. Inilah minuman pertama bumi Korea yang akan Bella cuba. Nampak tak? Cafe ini menyediakan laluan khas buat orang kurang upaya. Sangat perihatin. Bella melangkah perlahan sambil berfikir - fikir minuman apa yang Bella patut cuba. Harap - harap ada lah Mocha. Itu sajalah harapan Bella. Air Favorite Bella sebelum bertemu dengan Caramel Latte. Semua sedap. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Bila masuk saja, Bella terus terpukau dengan susun atur dalam cafe ini. Gabungan warna yang sangat menarik tapi masih mengekalkan warna tema utama iaitu warna kuning. Cawan dan mug nya juga boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. Bella tak terfikir langsung nak beli. Fikir Sakura je masa ni. Jom naik ruangan atasnya pula. Memang besar.

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Cantik! Kemas! Super. Cafe ini sangat luas dan nampak mewah. Mungkin juga sebuah cafe yang terkenal. Mungkin ia sangat gah di Korea. Mungkin juga telah setanding dengan brand international sebab hiasan dalamannya menggunakan bahasa English. Bukan Korea.

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Akhirnya!! Bella memesan ice blended chocolate chip walaupun musim sejuk. Kah2x. Katanya, rasanya sama saja macam Mocha. Ada rasa coklat kopi gitew. Semua orang terkejut sebab air Bella paling besar dan sejuk! Wei inikan musim sejuk. Musim bunga. Semua orang order air panas. Bella je order air sejuk. Kah2x. Tapi memang puas hati. Terima kasih Sarah sebab belanja.

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Sedap sungguh. Mungkin ia adalah MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Tapi namanya Chocolate Chip. Kah2x. Mesti cuba jika sampai sini. Dia punya feel sedut lain macam. Sambil melayan bunga Sakura yang jatuh berguguran. Memang syahdu sangat. Terasa diri amat bertuah dan this what i want.  Bayangkan taman bunga Sakura betul - betul sekeliling cafe ni. Memang sangat - sangat cantik dan indah. Korang boleh baca pengembaraan Bella bersama dengan team AirAsia dekat link Korea. Ok? Bella kesini dengan apa?

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari


AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.




Tuesday

PENGINAPAN DI KYOTO, OSAKA DAN TOKYO

By On 27 November
Assalamualaikum semua, disebabkan ada permintaan yang nak tahu hotel pilihan Bella sepanjang berada di Jepun, jadi disini Bella kongsikan hotel yang Bella dah pilih. Hotel ini berdasarkan cadangan di Page FB Road To Japan. Macam biasalah, Page yang penuh dengan kawan - kawan yang sangat excited berkongsi dan bertukar pengalaman baik dan buruk mengenai Jepun. Pendekkan cerita sebelum Bella panjangkan lagi cerita, Inilah PENGINAPAN DI OSAKA, KYOTO DAN TOKYO yang telah Bella pilih. 

PENGINAPAN DI KYOTO - GUESTHOUSE OKI'S INN
8400yen satu malam

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Penginapan di Kyoto Bella pilih Oki's Inn. Sebelum pilih, Bella bukan saja baca pengalaman semua kawan - kawan yang pernah menginap Oki's Inn di FB Road To Japan, Bella juga baca reviews di FB, Blog dan Trip Advisors. Semua sangat memuji dan berpuas hati dengan owner dan juga rumah ni. Bella pula teruja nak duduk dekat sini bila tengok gambar keadaan rumah ni. Macam rumah Nobita. Masa Bella sampai, pintu tertutup. Bella tak tahu mana pintu masuk. Dah berpusing kami keliling guesthouse ini. Dinding, pintu dan tingkap semua sama design. Hahaha. Ini pintu masuk yer. Ini pula Yuka. Owner guesthouse ni. Comel. Baik. Pandai speaking. So, don't worry. Boleh tanya banyak dekat dia. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Bella pilih bilik berdua macam ni. Cadar memang jenis tak boleh tegang. Bukan Bella dah berguling ya. Masuk bilik kena tunduk. Masuk harum! Haruman semulajadi dari tikar mengkuang. Bukan pewangi. Bella book melalui Booking.com. Korang kalau book melalui Booking.com, tunggu email dari Yuka. Baru korang boleh lega sebab Yuka akan bagitahu cara nak ke Guesthouse dan accommodation tax yang korang kena bayar. Bella tak pasti bilik jenis ini ada berapa tapi yang pasti guesthouse ini cepat penuh. Bella book 4 bulan lebih awal. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Ini tempat makan. Ini macam rumah tau. Depan Bella tu ada dapur. Sebelum check ini Yuka akan bagitahu setiap bahagian rumah dan peraturan rumah ni. Selipar luar dan dalam toilet asing. Bella lupa tersangat nak ambil gambar toilet. Dalam toilet beralaskan tikar mengkuang. Korang bayangkanlah. Macam tikar dekat tempat Bella makan ni. Tapi bersih. Setitis air pun takda. Yuka pun duduk sini. Toilet laki dan perempuan asing. Tempat mandi kongsi. Tapi bersih namati. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Bangun pagi sebelum check out sempat juga Bella bancuh kopi. Cawan, piring, semua - semualah. Comel! Hahaha. Walaupun rumah ini berkongsi ala - ala tumpang rumah sedara. Tapi Bella tak pernah terserempak dengan sedara mara lain. Dengar tapak kaki je. Bilik Bella dekat bawah. Atas macam hostel tau. Jadi akan dengar orang naik tangga dan turun tangga. Tapi macam nak terserempak bersembang memang tak jumpa. Macam kami berdua je dekat rumah ni. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Ini tempat basuh baju. Ada masa yang dibenarkan untuk basuh baju. Comel kan? Bersihlah kesimpulannya. Bella tak pasti macam mana cara nak maintain kan tikar mengkuang supaya sentiasa bersih. Bella memang tak tahu. Dulu nenek ada pakai. Sekarang dah jarang sangat jumpa. Batu - batu dekat sinki tu pun, nak nampak sikit lumut pun susah. Tapi, pokok tepi tu segar. Kagum cara dorang jaga kebersihan. Tu tuala Bella lap peluh. Kah2x. Jemur bagi kuman lari. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Rindu dengan Doraemon dan Nobita bila masuk rumah ni. Tangga ni sebijik macam nak ke bilik Nobita. Sedihnya. Teringat masa kecil - kecil tak nak mengaji sebab nak tengok Doraemon. Walaupun Bella sekejap saja dekat rumah ni. Masuk pukul 9 malm dan check outt kul 6 pagi tapi tetap menjadi satu pengalaman yang sangat manis. Pengalaman baru menginap di rumah orang Jepun. Guesthouse ini juga dekat sangat dengan Naritaya Halal Yakuniku, Ramen Halal, Gion Street, Bus station dan train pun dekat. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Malam tu Bella pergi Kiyomizudera naik bus, tapi balik Bella jalan kaki je. Bella nak round - round sekali nak singgah Starbucks Ninenzaka dan Kongoji Temple. Tapi Kongoji Temple macam tengah renovate. Sedih. Tengok maps macam dah sampai, tapi temple takda. Rupanya kena selubung dengan canvas. Renovated la kot Bella rasa. Malam tu Bella dari Kiyomizudera ke tempat - tempat ini termasuk Gion Street memang jalan kaki saja. Nampak Geisha tapi macam ada orang jaga. Jadi pandang jela. Walaupun jauh juga menapak, tapi puas hati. Maknanya dari Oki's Inn sangat mampu berjalan kaki kesemua tempat menarik ini. Bella berpandukan Google Maps sahaja. Download siap - siap dari Malaysia. 

PENGINAPAN DI OSAKA - HOTEL SHIN - IMAMIYA 
5427yen satu malam

penginapan di Osaka, bercuti di osaka, bercuti ke osaka, osaka, hotel osaka

Menyahut cabaran Tok Jack untuk menjadikan Hotel Shin-Imamiya sebagai mini Malaysia, Bella menyahut cabaran itu dengan mem booking hotel ini bila Bella di Osaka. Hotel ini dekat dengan train dan Donki! Memang giler. Malam - malam bila lapar terus cari Onigiri dekat Family Mart dekat. Boleh jalan kaki. Bella booking melalui Booking.com sama juga 4 bulan lebih awal. Sebab Bella nak bilik yang dalamnya ada toilet. Cepat habis. Jangan risau, bila dah dapat email Booking anda disahkan, maknanya ok la tu. Bella bayar masa check in. 

penginapan di Osaka, bercuti di osaka, bercuti ke osaka, osaka, hotel osaka

Bilik Bella lebih kurang macam ni. Toilet dalam bilik Bella. Tepi katil tu je.  Punyalah tak sempat. Gambar ini pun Bella ambil dari Google je. Gambar sendiri tak teringat nak ambil. Penat. Hotel ni banyak kemudahan. Tapi, Bella tak sempat nak terjah. Inilah hotel yang paling Bella lupa pengalaman tidur dalam bilik ni. Check in kul 8 malam. Letak beg, mandi jap pergi Donki sampai kul 2pagi. Balik tidur. Pagi - pagi kul 7 dah check out. Tapi tak menyesal pilih Hotel ni. Lokasi Tip Top! Terbaik Tok. Tak rugi yer, dengar cakap Tok.

PENGINAPAN DI TOKYO - HOTEL NEW KOYO
10,400YEN DUA MALAM

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Tokyo paling Bella lambat study. Banyak abis masa dekat Kansai area. Kyoto dan Osaka. Boleh korang baca dekat sini, 8 Tips buat itinerary sendiri ke Jepun, kesilapan Bella semasa buat Itinerary. Malam nak fly Bella masih lagi study maps Tokyo. Jadi, korang jangan ulang. Bacalah tips Bella tu. Jadi, Hotel dekat Tokyo Bella pilih dengan tengok yang paling murah dan dekat dengan pengangkutan. Tak sempat nak baca review selidik saiz bilik semua. Bella pilih Hotel New Koyo. Hotel ini pun antara yang panas. Takut penuh. Bella pun booking sajalah. Bella sangat tak sangka yang namanya Hotel tapi macam Motel. Aiyaa!!

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Kecil. Seriously kecil. Tapi under bajetlah kan? Bila bag masuk, kami kena berdiri. Terpaksa Bella susun barang setiap kali lepas shopping. Bella terkejut sebenarnya. Macam tak percaya Hotel tapi kecil macam Motel. Bella banyak kali cakap dengan kawan Bella. Semahal - mahal hotel dekat Hong Kong. Mahal lagi hotel di Tokyo. Bella rasa bilik Hotel Shin-Imamiya dah kecil dah. Hotel New Koyo lagi kecil! Kah2x. 

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Tempat tv ni jadi tempat letak barang kecil - kecil la. Dompet, Handphone, coin dan jadi tempat charge handphone juga. Jangan lupa bawal traveller Charger. Plug ada dua. Toilet kat luar. Bilik mandi dekat bawah. Dapur, pingan mangkuk dan air panas ada kat bawah. Semua kemudahan lengkap. Bila Bella nak mandi HB temankan. Sebab bilik mandi tu campur. Ada bilik mandi untuk perempuan saja. Tapi jenis open tersangat. Bilik mandi plak, kalau korang mandi lama sangat lampu akan terpadam. Bila terpadam, korang buka je balik pintu dan lampu akan terpasang. Tak pe. Sebab pintu  dua lapis. Jangan lupa kunci pintu plak. 

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Backparkers gini lah citenya. Mungkin korang boleh lagi jimat dengan cari dorm. Malam sampai tu kami tidur di airport saja. Pagi - pagi baru kami gerak. Pengalaman berharga. Tidur Hotel sekecil ini. Tidur kat kerusi.Tapi ok je. Bella memang ok. Janji travel. Kah2x. Lagipun pagi - pagi dah keluar. Malam baru balik. Tidur hotel mewah Honeymoon takpe. Tak pun guna travel agency kan? Paling penting cari lokasi dekat dengan pengangkutan a.k.a keretapi. Itu dah cukup.

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Paling Bella nak berterima kasih dekat Hotel New Koyo, sebab bagi HB pinjam basikal kejap pergi cari handplast tampal jari kaki Bella yang pecah. Sepatutnya kena sewa. Tapi HB minta pinjam dia bagi. HB kata kayuh straight je lepas tu jumpa dengan Family Mart. Bella dari train ke Hotel New Koyo tak sempat study. Ikut je Google Maps, memang keliru. Jadi korang study lah landmark untuk masuk simpang ke hotel ni. Sebab hotel ini kedudukannya macam jalan belakang sikit. Masa nak check out last day, baru perasan. Sekeliling hotel ini cantik sangat dengan tanaman orang setempat. Bolehlah korang jalan - jalan tengok nanti. Bella rasa cukup setakat ini dulu. Panjang sangat takut bosan kan? Nanti Bella sambung balik.

Semoga bermanfaat. :)

Sunday

8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN

By On 25 November
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bella doakan semuanya dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn. Hari ini Bella berbesar hati dan terdetik hati untuk kongsikan cara dan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN. Bella ikhlas sebab tak nak korang buat kesalahan yang sama macam Bella buat. Macam biasa, Bella akan menempah tiket untuk mengembara ke luar negara setahun lebih awal. Macam itulah juga untuk ke Jepun. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Selain daripada mengurangkan kos tiket penerbangan, ia juga memudahkan Bella untuk membuat pelbagai persediaan termasuklah, pengangkutan, bajet disana, penginapan dan merancang perjalanan di negara orang. Pertama kali pergi kan? Jadi daripada Zero Bella akan study sampai jadi Hero. Hehehe. Takdalah sampai dipermudahkan segalanya. Dengan keizinaNYA jugalah. Alhamdullilah. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ramai yang ke Jepun dan kongsikan Itinerary dorang dengan Bella. Bella hargai sangat - sangat. Boleh jadikan panduan tapi tak boleh nak tiru 100% Kecuali :-
  • Bilangan ahli pergi sama ramai, sama umur dan dari tempat yang sama.
  • Penginapan di Jepun sama atau tidak terlalu jauh dari penginapan kita tempah.
  • Tempat menarik yang hendak dituju sama.
  • Bilangan hari pergi sama lama. 
  • Tiket penerbangan waktu sama pergi dan balik. 
Jadi, kalau korang jumpa yang sama dengan korang sebijik sebulat sepetak bolehlah tiru. Bella tak jumpa yang sama macam Bella. Jadi, kenalah buat sendiri.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Dalam masa setahun tau Bella buat. Tapi slow - slow la. Takdalah push sangat. Cuma perancangan kali ini terlalu perlahan sebab Bella tersalah langkah. Malam nak pergi tu, Bella masih study map Tokyo. Kah2x. Korang ambil pengajaran dan sini Bella kongsikan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN.

1. PILIH TEMPAT MENARIK DAN TUJUAN UTAMA TERLEBIH DAHULU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang kena pilih dan tentukan tempat wajib korang nak pergi. Korang ke Jepun untuk apa? Tentukan dan tetapkan satu per satu dulu. Maknanya, itinerary korang tu, apa pun terjadi kena pergi ke situ dulu. Takut air liur menjejes sebab tak sempat pergi. Macam Bella tujuan utama adalah USJ, Disneyland dan DisneySea. Memang takda yang nak kesini kalau Backpackers. Hahaha. HB Bella yang nak pergi sangat. Dia pencinta taman tema ni. Jadi ikutkan sajalah. 

2. TENTUKAN BILANGAN HARI DAN WILAYAH YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang dah tahu nak pergi mana, dah ada tempat menarik nak pergi. Tentukan pula tempat menarik yang korang nak pergi sangat tu dekat wilayah mana? Adakah semuanya berada di Kansai? ataupun separuh Osaka separuh Tokyo? Macam Bella, USJ di Osaka. Disneyland dan Disneysea Tokyo. Ketiga - tiga tempat ini kena habiskan satu hari penuh dekat situ saja. Tak boleh pergi mana - mana dah. Tak boleh selit tempat lain sebab masuk pun mahal. Huhuhu. Jadi kenalah lama sikit untuk cover tempat menarik pilihan kedua. 

3. KAJI SETIAP TEMPAT MENARIK YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ini penting. Dah tahu, dah susun tujuan utama. Kaji dulu. Lokasi dekat mana? Bayaran masuk berapa? Buka dan tutup jam berapa? Pergi kesana guna pengangkutan apa? Takut korang sampai tutup atau tak sempat masuk atau sesat. Macam Bella, taman tema kena kaji cuaca juga. Masa Bella pergi, taufan baru saja habis. Taufan paling teruk pula tu. Jadi Bella ambil keputusan untuk beli tiket walk in sahaja. Takut kalau cuaca buruk. Rugi masuk banyak permainan tak boleh main kan? 

4. PILIH TEMPAT MENARIK YANG LAIN UNTUK DISELITKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bila korang dah kaji setiap tempat menarik yang korang nak pergi, korang bolehlah selitkan tempat menarik pilihan kedua yang korang nak pergi sangat dan yang sempat. Bella macam teringin nak ke Kyoto juga. Jadi susun tengok hari yang kosong. Jadi memang amazing race sangat itinerary Bella sebenarnya. 6 hari saja. Kyoto, Osaka dan Tokyo. Perghhh. Pecah jari kaki. 

5. PILIH PENGINAPAN DENGAN LOKASI TERBAIK

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Penginapan kenalah pilih lokasinya yang dekat dengan pengangkutan awam dan harga yang masuk akal. Kami tak perlukan hotel mewah sebab kami akan gunakan tak sampai 5jam pun. Bella banyak baca cadangan - cadangan dari FB Road To Japan. Terima kasih dengan dengan semua ahli group ini dan tok - tok yang pakar dalam group ni. Terlalu banyak info Bella kutip. Tapi korang jangan dah bagi makan nak kena suap plak. Study juga la dekat google map lokasi sebenar dan baca review pasal hotel yang korang dah pilih. Sebab!! citarasa masing - masing berbeza. Bajet pun berbeza. 

6. PILIH JENIS PENGANGKUTAN YANG HENDAK DIGUNAKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat untuk ke lain - lain wilayah saja. Contoh Tokyo ke Osaka. Osaka ke Fuji. Kalau dekat - dekat satu wilayah, korang kena susun itinerary korang, mengikut lokasi dulu. Susun ikut Google Maps. Kadang - kadang tempat menarik ini sangat berdekatan antara satu sama lain. Korang jangan susun ikut perjalanan atau laluan train. Train akan sentiasa berubah - ubah. Tempat tumpuan pelancong kadang - kala banyak line train yang pergi. Jadi, jangan study map train. Tapi study kedudukan tempat menarik mengunakan google maps dulu. Planing yang teliti dan betul akan jimatkan masa dan buatkan banyak tempat korang sempat sampai.

7. PILIH PASS

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Inilah yang terakhir dan akan membuatkan kepala korang pening hampir nak pecah. Bella bila study je pasal pass, tertidur kepeningan. Susah. Bila study pasal pass, automatik korang kena study juga pasal laluan train. Pass Jepun banyak dan berbeza - beza dan Bella pun tak mampu nak taip sekarang untuk jelaskan lebih lanjut dekat korang. Nak taip pasal pass je terus berdenyut kepala. Teringat  study pasal Pass Japan aritu fail. Bella hanya ambil ICOCA. Macam touch n go Malaysia. Settle. Pening sangat tak boleh nak hadam. 

8. SUSUN ITINERARY MENGIKUT KEMAMPUAN SETIAP AHLI

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Itinerary jangan terlalu padat. Jujur Bella cakap. Itinerary Bella sangat padat tersangat sebab nak kejar masa dan Bella di Japan sangat singkat. Satu hari Bella target boleh pergi ke 13 tempat menarik yang berdekatan. Korang yang bawa anak kecil atau orang tua, percayalah. Mungkin satu hari sempat 1 - 3 tempat saja. Contoh masa di Kyoto Bella target :-

  1. Arashiyama Bamboo Groove
  2. Tenryu-ji Temple
  3. Kimono Forest
  4. Arashiyama Chaya (Green Tea sedap)
  5. Halal menu Yoshiya
  6. Kyoto Tower
  7. Ayam-Ya
  8. Fushimi Inari Taisha
  9. Shimada
  10. Kongoji Temple 
  11. Ninenzaka
  12. Kiyomizudera
  13. Nishiki Market

Banyak kan? Bella dah kira masa sesat. Route terpantas. Siap hafal masa train lagi. Memang nak cover semua la targetnya. Semua ini dalam Kyoto dan sangat dekat bila tengok Google Maps. Tapi yang merah tu terpaksa Bella skip sebab tak cukup masa. Tempat cantik. Kena hayati sekejap. Nak snap OOTD terbaik lagi. Nak ke satu tempat ke satu tempat kena jalan kaki cukup jauh. Basah baju. Makan pun sempat sekali je. Bayangkan la penatnya macam mana. Bawa bag lagi. Tapi puas hati la. Separuh juga cover.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bella stuck lama giler masa nak pilih pass untuk digunakan. Akhirnya pakai ICOCA saja. Hmm. :'( Sebab perjalanan Bella tak memerlukan apa - apa Pass. Pass ini sebenarnya akan menjimatkan banyak kos pengangkutan korang. Sebab tu siapa yang nak jimat silalah study sampai Pass. Kesilapan Bella sebenarnya :-
  • Terlalu memikirkan PASS yang hendak digunakan. 
  • Susun tempat menarik akhir sekali. 
Sila jangan ulang kesilapan yang memilukan ini. Sampaikan Maps Tokyo Disneyland dan Disneysea tak sempat nak hadam. Pergi je mana yang lalu. Ok. InshaALLAH ada masa Bella sambung lagi. Semoga bermanfaat. 

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian