Enter your keyword

Saturday

TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN

By On 15 September
Semua orang ada impian. Sesuatu yang sangat kita inginkan. Sangat mengharap ia akan menjadi kenyataan. Kadang kala impian ini bagaikan mimpi. Mimpi? Boleh ke kita mengapai mimpi? Bermimpilah jika itu boleh buat korang gembira. Lagipun mimpi dan berangan itu kan percuma. Tetapi, tidak semua mimpi dan impian hanya sekadar angan - angan dengan cara dan usaha yang betul ia boleh menjadi kenyataan. Sebab itu Bella nak kongsikan sedikit TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN. Setakat ini Alhamdullilah, Bella dah capai banyak negara dengan simpanan. Yes. Simpanan sendiri. 


tip berbelanja

Impian Bella banyak sebenarnya. Bella pun pasti, korang mesti banyak impian. Macam bermimpi. Hari - hari kita akan mimpikan sesuatu yang berlainan. Bella mengimpikan kehidupan yang serba mudah. Tidak perlu kerja. Tapi, segala - galanya Bella ada. Tapi awas!! siapa yang selalu bermimpi macam tu. Itu bukan impian ya. Itu angan - angan. Impian mestilah logik dan perlu tetapkan suatu masa yang kita akan jangkakan impian itu akan tercapai. Wallpaper di Screen telefon bimbit Bella jelas menunjukan impian Bella. Setiap kali terpandang, Bella akan berkata, inilah impian aku. Gambar di telefon bimbit Bella adalah gambar semasa Bella bercuti di Korea pada musim sakura. Gambar wallpaper ini akan sentiasa bertukar untuk mengingatkan Bella, banyak lagi tempat Bella tak terokai. Gitew!!

impian mengembara serata dunia

Impian Bella adalah untuk merantau serata dunia dan kalau boleh ke setiap ceruk bandar ataupun kampung sebenarnya. Tapi, buat masa sekarang, Bella capaikan apa yang dizinkan oleh suami Bella. Banyak faktor yang akan menyebabkan suami Bella tak izinkan. Keputusan dia sangat penting sebab dia yang akan menemani Bella. HB tak suka pergi negara yang sama dalam satu tahun. Jadi kenalah selang seli walaupun plan asal Bella nak ikut peta je. Cover Malaysia, Thailand, Indonesia dan semakin jauh. Jadi sekarang Bella kena langkah - langkah la negara yang Bella nak terokai tu. Owh kembali kepada tajuk asal. Berita baik, hari ini Bella nak kongsikan TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN.

cara simpan duit pergi travel

Bella pasti mesti ramai yang bercita - cita dan berimpian macam Bella. Mengembara ke serata dunia. Belajar benda baru. Merasai suasana baru. Terasa diri amat kecil dan asing. Mengembara bagi Bella adalah seolah - olah kita belajar mengenal diri sendiri. Bella akan meletakkan nama - nama negara yang Bella mahu pergi dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. 


Impian Bella bagaikan menjadi kenyataan bila percutian Bella ditaja sepenuhnya oleh AirAsia. Bercuti Ke Korea tanpa perlu memikirkan masalah kewangan. Bella dapat menginap di Hotel mewah yang berlainan setiap malam. Makan apa saja yang Bella mahu. Balik dengan kenangan yang menyeronokkan. Masa itu terasa bagaikan Bella adalah manusia paling bertuah didunia. Tapi ini bukanlah impian yang tercapai. Ini sebenarnya adalah rezeki. Bila Bella dapat merasai dan berpeluang merantau jauh macam ni, semangat Bella untuk mengapai impian mengelilingi seluruh dunia semakin kuat. Kena kumpul duit ni. Bukan sentiasa bertuah kan?

TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN

Tapi nak kumpul duit ambil masa. Lambat. Kumpul sebulan rm300 pun kadang - kadang susah sangat - sangat. Tabung mengelilingi dunia tidak penuh - penuh. Asyik kena korek. Perasaan mahu mengelilingi dunia dan mengembara sentiasa menghimpit Bella. Lagi - lagi bila Bella terpandang Screen phone Bella. Impian yang Bella fikir hari - hari. Jadi perlulah ada target dan jalan penyelesaian. Bella mencari dan terus mencari. Akhirnya Bella diperkenalkan dengan ASB Loan.


Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan Bella. Tapi inilah yang Bella buat dan Bella dan pergi semua negeri dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak. Brunei, Myanmar, Macau, Hongkong, Jakarta, Bandung, Krabi, Phuket, Singapore dan banyak lagi. (Boleh tengok IG dan FB Bella kalau nak tahu.) Semua ini Bella kumpul dan menabung dengan ASB LOAN. Hah ???? Loan?  Hutang tu. Bagi korang yang tak faham dan tak tahu nak pusing korang mungkin akan rasa terbeban dan macam tak logik sungguh. Betul tak?

asb loan, pinjaman, pinjaman peribadi

Bagi Bella, ASB Loan ini bagus sebab ia bagaikan komitmen yang memaksa kita untuk menabung. Bukannya letak dalam buku atau tabung yang boleh dan senang keluar dan masuk duit. Itu dah salah. Tabung tidak akan penuh dan impian tak mungkin dapat dicapai. Teruslah impian tu menjadi mimpi. Simpanan ini, bukan saja korang boleh gunakan untuk melancong, semua jenis impian boleh tercapai kalau kena gayanya. Adik Bella, simpan dengan ASB Loan khas untuk kahwin. Target simpanan banyak mana, sampai masa. Tutup. Selamat Alhamdullilah dah pun. Anak pun dah seorang. Itu contoh lain. Impian dia berkahwin dengan cinta hati. Jadi. Tips ini untuk mengapai semua impian! 

asb loan


Bella nak cerita dan jelaskan banyak sangat, takut korang tak faham atau mesej penting tu tak sampai. Jadi, lebih baik korang WhatsApp atau call 019-2592191 Firdaus untuk maklumat lanjut. Dia akan ajar Tips dan tricks terbaik. Personal Banker yang boleh dipercayai. Telah menerima berbagai penghargaan dalam perkhidmatanya. Call atau whatsapp untuk pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kewangan saja tau. Soal hati dan perasaan jangan yer. Kah2x. Kena gigit Bella tak tahu. Soal macam mana nak pusing buat jadi duit mengapai impian korang pun dia boleh tolong. 

P/S :- Tambahan sikit sebab ramai yang menrungut kata ASB investment turun tahun ini. Tapi, kalau korang nak tahu. Ia adalah investment yang berisiko sangat rendah dan dijamin. Ia KHAS buat bumi sahaja. NON BUMI tak boleh ada ASB tau. Dorang ada Fixed Deposit sahaja. Interest paling tinggi untuk dorang adalah 3% sahaja. Korang nak melabur mana lagi yang no risk? Terpulang untuk korang fikir - fikirkan. Bella kongsikan saja. 


Semoga bermanfaat. :)

Wednesday

NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC)

By On 05 September
Bila kita bercakap mengenai nilai matawang kita yang semakin merundum mengikut keadaan  ekonomi semasa, kita akan terasa yang nilai Rm50 dah macam Rm10. Pergi pasaraya, nak penuhkan troli dengan berbekalkan hanya Rm50 bagaikan mimpi. Lagikan pula dibebani dengan SST. Kalau Rm50 nilainya terasa sangat rendah dan sikit. Lagikan pula nilai Rm5. Kecil sangat kan? Budak sekolah rendah belanja sehari pun Rm5. Mungkin juga ada yang lebih. Tapi, Awas!! Bella bukan nak bercakap mengenai politik. Bella nak kongsikan NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC). Rm5 ini menjadi sangat bernilai dan sangat meringankan beban. 


SESI MEDIA SEMPENA KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Baru-baru ini, Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang memenuhi jemputan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald untuk satu sesi berkenaan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di HUSM, Kelantan. Tapi, sebelum Bella terangkan dan kongsikan dengan korang tentang NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC), Bella nak tanya, korang tahu tak? Pernah dengar tak mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)? Korang mesti ingat McDonalds, ingat ayam goreng, burger, ingat makan jer kan? Jangan malu atau segan, Bella pun macam tu. Seriously? McDonald ada Persatuan Kebajikan sendiri? Tak tahu pun!! 


LATAR BELAKANG RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC) MALAYSIA


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT


Mesti ramai yang baru tahu dan sebelum ini tak pernah tahu pun wujudnya RMHC. Padahal, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.

PROGRAM - PROGRAM YANG DIUSAHAKAN DIBAWAH RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT



Pelbagai program dan Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa. Paling terbaru adalah pembinaan Rumah Ronald McDonald yang ke 2 di Kelantan. Alhamdullilah. Bella suka dan tabik dengan semua usaha yang telah dilakukan oleh RMHC ini. 



RUMAH RONALD MCDONALD PERTAMA DI PPUKM

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald ini dibina bertujuan untuk beri kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital – contohnya macam penyakit kanser, leukimia, saraf dan lain-lain lagi. Ia amat membantu. Bayangkanlah perkara macam tu terjadi pada kita sendiri, anak kita sakit, mestilah nak berada dekat je dengan anak, sampai ada yang mungkin sanggup tidur kat surau hospital, dalam kereta, atau sewa hotel sebab risau. 

Bila ada Rumah Ronald McDonald dalam kawasan hospital, bukan ke senang nak tengok anak, tak perlu stress fikir duit sewa hotel dan dapat tidur kat tempat selesa. Hanya dengan RM5 sahaja. Nampak tak? RM5 bila dibawa ke Pasaraya nilainya amatlah kecil, tapi NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC) terasa amat bermakna dan bernilai. 

RUMAH RONALD MCDONALD KEDUA DI USM


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina ni sepenuhnya hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan orang ramai. Rumah seumpama ini akan dibina lagi di Kubang Kerian Kelantan pula. Sasaran untuk dana ini adalah 4juta. Jadi, Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah diadakan dan telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan.

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan ini, dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019. Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan.

Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima iaitu serendah RM5 untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.

APA KATA MEREKA YANG SEDANG MENGINAP DI RUMAH RONALD MCDONALD 

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Semasa sesi memperkenalkan Rumah Ronald McDonald ini, pesakit dan keluarga pesakit telah berkongsi pengalaman mereka menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Sedih. Ayah sehingga menitiskan air mata apabila mengenangkan perjalanan ulang alik yang jauh dari rumah ke hospital sebelum diperkenalkan dengan Rumah Ronald McDonald ini. Sehinggalah doktor mencadangkan emak nya menginap saja di Rumah Ronald McDonald, barulah tugas dapat dibahagikan dan lebih mudah. Ayah menjaga kedua anak perempuannya di rumah, dah emak menemani anaknya yang sakit di Hospital.

Masa Amin (pesakit) berkongsi pengalamannya sendiri menginap di Rumah Ronald McDonald, ia memberitahu yang ibunya happy sahaja bersembang dan membawang dengan ibu - ibu pesakit yang lain. Anak - anak yang sakit juga seronok sehingga lupa yang mereka sedang sakit. Amin kata, Rumah Ronald McDonald sama dan selesa seperti menginap di hotel. Ia memberikan keceriaan kepadanya. Tapi, kebanyakkan kawan - kawan yang senasib dengannya ramai yang telah meninggal dunia. Bella bangga tengok Amin, sebab dia sangat kuat. Sekuat usaha ibu dan ayahnya. Semoga Amin sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan sembuh sepenuhnya. InshaALLAH aminn. 

CARA UNTUK TURUT TERLIBAT DALAM USAHA BERSAMA RMHC MALAYSIA

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Marilah kita bersama - sama memberikan lebih banyak senyuman dan kebaikan bersama dengan RMHC. Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.

Maklumat lanjut mengenai derma :-  https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.
Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.

Harapan Bella, semoga sasaran kutipan tercapai dan Rumah Ronald McDonald yang kedua dapat dibina dengan jayanya. InshaALLAH. Semoga yang memegang amanah, pegang betul - betul sehingga segala kebaikan terus bertaburan di negara kita ini. Buat penderma, dermalah seikhlas hati dan yakinlah dengan menderma takkan mengurangkan harta kita sedikit pun. Assalamualaikum. 

Monday

KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN

By On 03 September
Korang tahu tak yang sebenarnya selain daripada keindahan bunga Sakura, korang juga boleh merasai dan menghayati KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN pada musim bunga iaitu pada bulan April setiap tahun! Bella dah ceritakan secara kasar sebelum ini, dalam Instagram Bella siap ada video lagi. Tapi kali ini Bella nak ceritakan dengan lebih terperinci dan belanja korang gambar banyak - banyak. Boleh kan? Mana tahu ada yang kesini atau merancang ke sini. Boleh bayangkan macam mana keadaan disini. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bila Bella sampai ke tempat ini, jalan memang sesak. Ramai rupanya yang seronok dan suka bergambar dengan bunga canola ini. Bella dari jauh nampak warna kuning yang mengujakan memanggil - manggil Bella. Rasa hayunan kaki semakin laju. Rasa nak berlari pun ada. Sabar Bella. Sabar. Besar giler tu. Jap lagi sampai, berguling pun boleh. (Bella memujuk hati sendiri) . Festival ini memang acara tahunan yang diadakan setiap tahun dalam musim bunga. Masa ini, bunga Sakura ataupun bunga ceri dah nak abis dah.  Tapi cuaca tetap sejuk dan nyaman. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bella sudah semakin hampir dengan kekuningan yang tercipta dari ribuan pepohon bunga Canola. Bunga ini juga dikenali sebagai Yuchae oleh masyarakat tempatan. Sukar Bella nak terperincikan perasaan Bella masa ini. Perasaan yang bagaikan mahu menjerit melihat bunga yang Bella tidak pernah bayangkan pun dan Bella tak pernah tahu pun kewujudannya. Bunga ini macam tiada bau. Cuma, tanah disini ada sesetengah tempat sedikit lembab dan berair. Salah pijak, abislah kasut boot mahal korang kan? 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Festival Bunga Canola ini terletak berhampiran dengan bandar Gimhae. Bella kesini dengan menaiki bas yang disediakan. Tapi Bella baca, korang boleh juga kesini dengan menggunakan subway bergerak dari station Gupo menuju ke station Gangseo-gu office. Bila korang sampai saja ke Station Gangseo-gu Office, ada banyak petunjuk arah yang menunjukan cara korang hendak ke festival Canola ini. Tapi, dalam bahasa Korea la. Siapa yang pandai dan tahu bahasa Korea memang pandai. Hasil dari research Bella, Bella bagi panduan sikit la untuk korang ke sini.

Gunakan subway line 3 line yang berwarna orange kearah Daejeo dan turun di Gangseo-gu Office. Keluar sikit dan keluar exit 2.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Alhamdullilah !! dah sampai. Bella tak sabar nak berenang - renang di tengah - tengah bunga kuning ini. Ada lorong untuk memudahkan kita mendekati bunga canola ini ataupun untuk mengambil gambar. Info yang Bella dapat juga, bunga Canola ini boleh menghasilkan minyak masakan. Kandungan lemaknya sangat minimum dan sangat baik untuk menurunkan kolestrol dan menjaga jantung. Siapa pernah cuba masak menggunakan minyak dari bunga Canola ini? sedap tak? Bella tak pernah cuba lagi.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Wajah dan aksi kanak - kanak riang yang pertama kali dalam hidupnya memegang dan menyentuh bunga Canola. Petik tidaklah yer. Sayang bunga tu. Cantik - cantik nak petik. Walaupun pertama kali, aksi tidaklah tak senonoh, masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan gitew. Kecantikan bunga canola sukar diungkapkan sebagaimana cantiknya bunga sakura. Dua - dua ada kecantikkan dan keistimewaan tersendiri. Cuma Bella lebih menyukai dan mencintai warna pink. Rasa nak kunyah - kunyah je bunga sakura yang berwarna pink tu. Geram sungguh.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Pengunjung memang ramai. Terdiri daripada pelancong dan juga masyarakat setempat. Festival setahun sekali kan? Mestilah meriah. Masa Bella berjalan - jalan tu, bertemu dengan sekumpulan pelajar. Muka macam Melayu. Bila tegur, orang Indonesia rupanya. Mereka sedang sibuk memasang kamera untuk mengambil gambar keindahan bunga Canola disini. Malas nak ngangu mereka, Bella pun beransur ke tempat lain dan dari jauh Bella melihat payung - payung khemah dibuka. Apa tu? Perasaan ingat tahu yang membuak - buak, Bella berlari ke sana. Yer! Bella berlari sebab nak cerita kat korang la. Tips bila sampai ke Festival Bunga Canola. Betul. Ada benda best dekat sana.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Ia seakan - akan pasar yang menjual makanan dan hasil kraftangan masyarakat tempatan. Made in Korea. Paling penting ada makanan halal. Pergghh lega. Tapi Bella kenyang. Tambahan pula, Bella tak banyak masa. Kang beratur nak beli, makanan dapat, jelingan marah pun dapat. Jadi lepas Bella snap gambar dan tengok apa yang patut. Bella pun pergi ke kawasan bunga Canola tadi untuk menaiki bus dan ke destinasi seterusnya yang diaturkan oleh Korea Tourism (KTO) dan AirAsia - X.


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Kawasan luar juga penuh dengan berbagai jualan. Makanan pun wangi semuanya. Maklumlah dibakar. Harumnya. Tak puas sebenarnya Bella nak menghayati keindahan dan kekuningan bunga Canola. Rasa nak datang lagi memang kuat. Buat klip video  "Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmara, cinta setia". Romantik kan? Kalau ada rezeki HB pula. InshaALLAH, boleh repeat. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Selamat tinggal bunga Canola. Walaupun Bella balik tinggalkan awak jauh beribu - ribu batu, kenangan Bella memegang dan menyetuh awak Canola, takda siapa boleh rampas. Jujurnya, tempat ini teramat cantik. Terasa bagaikan berada didunia asing yang kuning. Pengalaman baru yang korang mesti cuba. Kalau mak - mak yang datang ni, mesti dipetiknya buat benih nak tanam dekat Malaysia kan? Hahaha. Ok la. Nanti Bella belanja gambar menarik yang lain pula.

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

Bella Idura & MEDIA

Bella Idura & MEDIA
METRO AHAD

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Lembaga Zakat Selangor

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Blogger Jemputan Tumit Tinggi TV1

Bella Idura & Media

Bella Idura & Media
Berita Harian