Friday

Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga

Salam...arrgghhhh malasnya pagi ni nak update entry..hahaha.. sebab aritu gigih sangat update pasal pergi krabi pastu rasa mata dah penat nak mengadap notebook ni.. xpela...kalau x hadap nak buat apa lagi time cuti2x ni.Ada baby leh la gomel2x... hehehe.. Hari ni nak share mengenai Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga. Tujuaannya bukan nak take awesome picture pun saja nak try hiking. Tak pernah hiking sebelum ni. Tapi ni just bukit bukan gunung,belasah je la.
Sesudah subuh kami dah bergerak ke Bukit Broga. Sape tak tau bukit broga kat mana? Dekat semenyih yer.. ia terletak berhampiran dengan pekan Broga dan kira kira 50km dari Kl dan 33km dari Seremban. Kalau dari KL atau dari Mines Wonderland, just follow jer signboard ke Semenyih, kemuadian kat pekan Semenyih ada signboard menunjukkan ke arah Bukit Broga, senang sekali nak pergi sini...kemudian korang akan melepasi kampus Nothingham University dan tak jauh dari situ korang akan nampak Taman Rekriasi Arnab sebelah kanan, dan di depannya (bertentangan dengan taman rekreasi arnab tu) ada kebun sawit yang di jadikan tempat parking...so kiranya korang dah samapai ke kaki Bukit Broga...hehehe...parking jer kereta kat situ, dan bayar RM2.
Dimana bukit broga
Masa on the way ni HB tengah pecut kitaorang terasa macam langgar sesuatu.Then HB tengok kat belakang kata "eh,kita langgar ular sawa la..besar!!" memang time langgar tu rasa macam naik bumper tapi sebelah tayar je la. Kitaorang bawa 2 buah kereta.Means that my cousin yang langgar ular tu dulu.Then kitaorang patah balik tengok betul ke ada kitaorang dah langgar ular. Bella x tgok betul2x hanya samar2x je la nampak warna ular tu ke oren.. mungkin kena lampu kereta. Gelap kan.. tp yang dak2x laki semua tengok kata besar la.. besar woo..time dah meremang kot satu badan. Takut...
Broga
Its ok la kan.. nak buat macam ne der..bukan kami sengaja. Kami pun teruskan perjalanan. Dengan kuasa ALLAH kami sesat ok.. X jumpa jalan. Pusing2x ntah kemana-mana. Padahal dah dekat. Macam x masuk akal, tp tu terjadi kat kami. Dengan kuasa ALLAH juga, kami terjumpa juga masuk ke Bukit Broga ni secara x sengaja. Masa kami tengah melilau tu. HB kata.."eh bukan jalan ni dari tadi kita lalu ke? pesal td x nampak kereta yang parking bebanyak ni???" :ne ada kita lalu la...kita ikut jalan lain" saja la nak sedapkan hati baru nak enjoy hiking neh.
bukit broga
Masa kami nak gerak tu, kumpul la kat depan kedai auntie jual air ni..sebab haruslah bawak bekal air. Penat kot memanjat tu nanti. Then kitaorang bising-bising la membebel2x macam ne leh sesat suma. Then biarla dorang nak borak..baik bella g beli air jap. Then auntie tu ask me.."Pasai pa lengloi? tadi tarak jumpa jalan mali sini ka?" Bella kata haah.. "sesat." "Tu pasai aa..ni ari ada itu semayang panggil hantu..mungkin tu hantu kacau sama kamu. mesti punya. Nasib kamu sampai sini ok ya.". bella sengih je. Sambil blah.. Patutla..hantu kacau rupanya.hahahaha.1000 satu kemungkinan la. Benda2x tu kan memang wujud.
Korang yang nak kesini mestila pakai baju yang selesa.Pakai kasut. Tengok kawan-kawan bella tu, pakai sweater bagai.. memula memang la sejuk. Pastu..haaa..tau la. Bella pakai je jersey yang x serap peluh tu sebab time bella ala2x jungle trekking masuk dalam GUA NIAH tu..basah baju xpe..ni basah ketiak..hmmm malu...xnak..xnak.. then guna t shirt ni senang. Tak serap peluh..mengalir je bawah baju.hehehe..Jangan lupa bawa air.
Kalau korang gerak pagi..gelap lagi kekonon nak tengah matahari naik,sila bawa torchlight. Time ni kitaorang semua tak bawa. Nasib BFF Bella si mimi tu bawa. Tu dia kena duduk belakang jadi penyuluh jalan. Bahaya ye korang.. boleh masuk juram ni kalau x hati2x. Walaupun ada tali..tetap bahaya. Sape yang ala2x diva tu x leh g sini. G shopping mall je.
Time kitaorang pergi tu memang ramai n penuh sangat dengan orang. Memang penuh. Ada satu time tu sampai berselisih. Kitaorang baru nak naik ada plak yang dah nak turun. Pelik. Pemandangan apakah yang dorang dah lihat? Suasana bulan penuh ke? Ntah la.
Korang..malu la..budak2x dari negara luar pun datang sini. Time ni gak la penuh dengan pelajar-pelajar MMU. Rasanya kitaorang naik dulu dorang boleh kejar tu dari belakang. Yela kaki dorang kan panjang...dari bawah dengar bunyi zas..zas...zas.. dorang berlari meredah semak samun tu.. semangat habis. Tiap2x 10 min menjerit MMU!!! MMU!!! adus... memekak je. Baru nak hayati alam...
Ni check point yang pertama yang kitaorang rehat lama sikit la. Sebab dah nak sampai atas. Nampak berpusu-pusu orang kat situ nak naik. Then tunggu jap la. Penat sangat ok..
BUKIT BROGA
Tengok bawah tu..curam. Nak naik kena hati2x. Kalau kasut licin mengelongsor balik turun bawah. Tapi ok je kalau dah biasa.. Kalau kaki hiking gelak je naik broga hill ni.
Kitaorang dah sampai di Atas bukit yang pertama. Cantik kan awannya.. Nampak berwarna-warni gitew..Sebenarnya ada 3 bukit tau.Bella ajak la HB ke sana. Dia kata x yah la.. Bella saya la nak uji ketahanan. Kalau ok nak g panjat gunung kinabalu. Membe2x bella semua gelak. Pehal?? xleh ke?? Dorang kata.. Baru lepas naik broga dah berlagak nak naik gunung kinabalu.. Bella boleh la.

Cantik kan?? hai bulan.. masih mahu menemani kami lagi..time ni Kami semua sedang duduk berehat2x menunggu matahari terbit. Awesome sangat suasana time tu.
Dan akhirnya...kelima-lima kami dapat berkumpul bersama. Sebab dari tadi kami tunggu 2 lagi ahli group kami ni x sampai2x. Penat betul dorang. hehehe. Time ni matahari nak menyinar tapi tak muncul lagi.
Tengok kat belakang bella tu..tula bukit yang kedua. Macam semut je orang kan? Teringin pergi sana. Tapi xda sape nak teman then x gi la jawabnya..
Matahari dan menunjukkan kuasanya..Semua yang duduk bangun capai kamera memasing. Mengabadikan kecantikkan alam..
Dari atas nampak kecil je semua. Bella camera je canggih tapi tangkap gambar hemtam kormo je. Hahahha..still berkabus.Then kitaorang bergerak turun la sebelum panas terik.
Bye2x bukit broga..kenyamannanmu dan kepenatan mendakimu takkan kami lupakan..jom turun!!
Time nak turun ni, mula2x je susah teruk. Curam kan.. Bella x abis2x jerit arrghhh!! arggghhh!! kuat plak tu budak2x atas bella tu tanya..ok ke kak? ok ke? HB  kat sebelah kanan dengan cousin lg seorang. Seorang lagi sebelah kiri. Time ni Kita orang berpecah. HB kata pergi guna tali. HB time ni dah kat bawah tunggu. Hmmm hampeh je. Tangan pun sakit pegang tali tu. Goyang2x sebab semua orang pun nak pegang.
Bella memang takut time nak turun. Takut mengelungsur. Membe bella kat sebelah kiri tu tak pegang tadi pun tetiba budak belakang bella kata haaahhaaa ada budak nak jatuh!! bella ngan mimi kawan bella terus stop. Keadaan time tu seolah-olah berhenti seketika,semua mata memandang kat kawan bella tu..bella pun cakap cakap kat mimi..wei..ok ke dia tu? Sebab memula nampak dia macam berlari turun dan cuba mengimbangi badan...pastu tergolek- golek dan terus masuk semak!! Ya ALLAH kalau dalam semak tu ada batu macam ne? Pastu nampak dia bangun berdiri dan mencekak pinggang wat macho macam xda pe2x. Then semua kembali kepada asal bergerak turun.Hehehe....
Lepas je turun curunan tu..sampai kat dia bella tanya "ko ok ke?" "eh..ok..takda hal.Korang pasal lambat sangat turun??cerdas la cikit..." "adui..orang risau boleh plak dia buat lawak.." Sepanjang turun tu kitaorang gelak sakan kat dia. Bahan habisan2x sampai x terasa langsung kesusahan turun tu. Hahahaha. Kelakar habis kenangan naik bukit broga ni. Tahu2x dah sampai bawah. Jumpa orang menjual kat sini.
Macam-macam dorang jual. Mungkin sesampai tadi kurang jelas sebab gelap. Hiking stick pun ada? Membantu ke nak hiking ni?
Dah la jom balik bawak 1000 kenangan. Time naik ni turunla 1kg balik singgah makan roti canai.. nasi lemak teh tarik naik 5kg.Hhahahaha.. Apa-apa pun jangan la anggap bukit broga ni x bahaya sebab semua orang dah dapat naikkan..Ada yang mati ye kena hempap batu kat atas tu..Jadi keselamatan first. k la.Setakat ni dulu perkongsiaan bella.. Nanti jumpa di lain masa...

tadaaaa... bye2x..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari