Pengalaman Pertama Memandu Go-Kart

Holla...Assalamamualaikummm. Harini nak cerita sikit pengalaman Bella menaiki Go Kart kali pertama. Korang rasa best sangat ker? ...

Holla...Assalamamualaikummm.

Harini nak cerita sikit pengalaman Bella menaiki Go Kart kali pertama. Korang rasa best sangat ker?

go kart

Bella kebetulan diberi peluang menyertai pertandingan Go-Kart. Aduihai!! terpaksa sebenarnya. HB nak join sangat pertandingan ni. Dalam satu group mesti ada perempuan. Jadi Bella kenalah join. Kami satu group bayar murah je yang lain -lain ditanggung company.Korang pun boleh main di litar Shah Alam.Korang click kat sini Go-Kart Murah korang boleh la try main. Paling murah rm40 untuk 10minute. Ok la.

Tengok kakak kat pic ni,time selekoh je badan di pun turun senget. Pemenang ni. Teror gile kot.Jangan tak tahu, timer perempuan banyak yang kalahkan lelaki. Hebat la dorang.

go cart

Ok... Bella cerita masa memula nak main go kart ni atau nak lawan go kart ni, langkah-langkah keselamatan perlulah di ambil berat. Korang perlulah pakai penutup kepala macam serkup tu dan helmet. Kalau korang ada sarung tangan lagi la bagus. Bagi yang bertudung sila masukkan tudung kedalam baju. Dorang akan bagitahu semua tu dan kita tinggal pilih go kart mana yang kita nak bawa.

1st time go kart

Lepas tu akan ada satu leader yang akan bawa kita round - round test, try tengok Go Kart kita tu ok ke tak. Tengok mamat tu, ingat duk depan sekali menang la tu hahaha.Ni time ni test dulu.Kenal litar dulu. Pusing sekali perlahan - lahan.Ni permulaan la untuk berlumba di litar Go kart ni.

go kart
lepastu dia akan lepaskan kita.Apa lagi pecut la.Nampak tak HB senyum and sengih tu? Sebab masa ni dia depan sekali. Ingat dia menang la tu.Memangla orang dah pusing dua round dia baru seround. Kah! Kah! Jadi depan sekali la.Tapi yang dah dua round pun tak tentu lagi boleh menang, sebab macam-macam boleh berlaku masa ni.


Alamakkk!!! HB terbabas..hahahaa..dah jadi no last. Berpusing-pusing kot. Takut tengok. Then stuck kat situ tak leh gerak. Kena orang tolong angkat. Sian.Kalah la jawabnya. Balik awal la. Ingatkan HB no last,tengok keputusan owh..not bad.Dapat no4. Fuyooo!!! tapi final sampai no 3 je. Its ok.xda rezeki dear.

Ok, Bella datang untuk berlumba!!! go baby!! go! hahahaha.. tengok semua orang tewas ngan Bella. Semua kat belakang. hahhaha. Masa nak start ni Ya ALLAH, hanya tuhan je yang tahu betapa takutnya Bella. Banyak accident boleh berlaku  tau. Lagi pulak ini pertama kali Bella pandu binatang ni. Go Kart ala - ala pelumba litar ni. Masa bawa ni rasa bergegar satu badan. Gegeran tu sampai rasa kat otak!! sambil berlumba tu Bella jerit aaaaaaaAAAaaaa suara yang keluar tu macam ckp depan kipas. Bergetar!

Hello2x roger2x juara nak masuk. Bagi red carpet. hehehe. Jangan la special sangat, biasa-biasa dah la..malu i. Tengok betapa seriuosnya muka pelumba no1 harapan bangsa ni. Hhaha. Masa ni dah nak abis yer.Nak tengok aksi - aksi hebat Bella masa berlumba? Bawah ni Bella closed out ok?

accident main go kart

Bella adalah pelumba yang bawa paling slow!! dahla tu, cuba nak laju sikit kena langgar dan berpusing ke wrong way! OMG!!!! malunya. Betul - betul depan penonton plak tu. Pastu nak pusing tak tau. Bella terus ke depan. Makin dekat dengan penonton plak tu. Hhahaha. Dengar penonton menjerit salah jalan!! salah jalan!! sambil gelak. Hahhahaa. Bella pun masa ni gabra. Rasa nak kuar je dari Go Kart tu lari balik. Malu...

go kart

Agak lama juga baru dapt berpusing. Tapi masa pusing tu tak perasan ada pelumba lain tengah pecut. Nasib tak berlaku kemalangan sekali lagi. Banyak kali Bella Accident. Melekat dengan pelumba lain.Cuma tak da kecederaan berlaku. Masa dah tamat tu HB tanya. Nape tak bawa je lelaju? Takut terbalik ke? Kereta tu rosak la bergegar sampai ke otak. Tak nak la. Masa ni banyak round tau. Round kedua pun sama. Bella tak lumba pun. Bella bersiar-siar je. hahaha.


Macam ni la duduknya. Kali kedua Bella join Go Cart championship ni, dah hebat sikit la. Laju dan takda accident apa pun berlaku. Tapi Bella dah tekad. Kalau Bella lumba first round ni, Bella dapat no last lagi Bella tak nak join yang second round. Sekali betul - betul dapat no last lagi :( yela lumba dengan pelumba yang hebat - hebat yang tahun pertama punya. Sampai DJ tu kata..wow... sangat lancar dan hebat tanpa ada sekali pun berlaku accident, pengalaman mengajar mereka nampak nya.. haaa tengok  hebat2x kan semua??


Korang cubala.. main. Kalau korang nak datang tengok je pun boleh. Petang - petang ramai kot budak - budak lepak dekat sini sambil tengok orang main Go Kart ni. Berhampiran dengan stadium Shah Alam. Macam-macam aktiviti korang boleh buat. Happening.

Ok, nanti Bella cerita pengalaman lain pula yer. salam.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.