Wednesday

Liebstar Awards!! Dapat award kah saya???

Salam.. Hello kawan semua...

Korang pernah dengar tak atau ambik tau pasal Liebstar Awards? Bella baru je tau time dekat facebook. Kelab Blogger. Hmm sebenarnya susah nak faham juga. Apa ke benda Liebstar Awards ni? Dapat awards kah? Masuk majalah kah? Susah nak faham. Bella memang ada blog tapi Bella buat blog lebih kepada nak sharing apa yang Bella tau and luahan rasa hati. Hmm tak tau la plak memacam boleh jadi bila kita berblog ni. Anyway jom kita layan je..Liebstar Award ni.. Thanks you juta-juta lemon kepada
Muhammad Shafrizal  salam kenal kawan.

Syarat-syaratnya adalah :


  • Sertakan nama dan url sahabat anda yang telah calonkan anda dalam Liebster Award ini.
  • Sila jawab 11 soalan yang diajukan oleh sahabat anda yang mencalonkan anda.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog orang lain yang mempunyai potensi yang besar. Pandai-pandailah anda pilih.
  • Ciptalah 11 soalan anda sendiri untuk mereka jawab. Mereka wajib jawab soalan anda.
  • Maklumkanlah pada 11 sahabat anda yang tersenarai dengan apa cara sekalipun.
Ini pula soalan untuk bella jawab... macam interview plak yer. Ahaks.. Shafrizal jangan x baca pulak.


  • Apa erti kehidupan pada anda?
Erti kehidupan pada bella adalah cabaran dan kesukaran. Maksudnya,perlunya kekuatan untuk menghadapi cabaran di hari-hari yang kita lalui. Bella tak tau, mungkin ada yang merasakan perjalanan hidupnya mudah, tetapi tidak bagi bella.Kecil sehingga besar sentiasa ada suka, duka, manis dan pahit yang sentiasa perlu ditelan. Bella sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakanNYA.Bella sentiasa berpegang pada ayat, (Allah tidak akan menberikan apa yang kita inginkan, tetapi Allah sentiasa menberikan apa yang kita perlukan) Bila fikirkan itu, hati akan rasa tenang dan redha dengan segala ketentuaanNYA.Mudah-mudahan kehidupan ini dipermudahkan dan diberkati oleh NYA. amin.. Maksud pendek bella disini,susahnya nak jadi isabella idura.Macam artis plak.hehehehe...
  • Suka baca buku? Apa jenis buku?
Bella suka baca buku, lagi-lagi novel. Tapi sekarang dah lama stop sebab bila bella baca novel bella jadi pelik sikit. Bella x akan makan, minum, tido, semua bella skip. Jadi ketagih gile. Sampai mak bakar semua novel bella. Jadi sekarang,bella lebih suka baca buku komik macam dragon ball, lawak kampus dll.Nipis dan jap je abis baca.
  • Apa hobi anda di masa lapang?
Apa lagi..berblogging la dear.. hahhaha. Selain pergi travel.
  • Apa impian anda? 
Impian bella, bella nak travel ke seluruh dunia. Dimulai dengan negara-negara jiran baru ke negara-negara yang lebih jauh. Bella juga mahukan kehidupan yang sangat best iaitu walaupun kita tidak berkerja tetapi duit tetap terjana.Syok giler. Business bella sekarang tak sampai ke tahap tu lagi. Bella mahu bebas hutang dan kaya pastu bawak keseluruhan keluarga pergi mekah. Kalau kaya mungkin semua impian akan terlaksana. Kan???? Akhir sekali bella memang meng impikan sesangat bella ada 4 orang anak. Ini rezeki dariNYA. Mudah-mudahan..semua impian bella tercapai.amin..

  • Makanan kegemaran anda?
Macamne nak jawab soalan ni, sebab bella ini kuat makan. Semua makanan akan menjadi makanan kegemaran. Hmm bella pilih satu, ketam bakar.
  • Suka dengar lagu genre apa? 
Tidak ada specific genre yang bella suka. Semua boleh. Janji penyanyi tu best kita layan je. 
  • Apa yang anda lihat pada persekitaran anda?
Ketenangan dan kebebasan buat apa saja.Yes!! sebab sedang bercuti.
  • Apa pandangan anda tetap masyarakat masa kini?
Masyarakat masa kini perlu diberi kesedaran mengenai keburukan media sosial kepada anak-anak kerana kanak-kanak sekarang terlalu advance dalam laman sosial.
Perlunya kesedaran betapa pentingnya kita sesama menjaga kebersihan menyeluruh seperti pantai, tandas awam, taman dll. Perlu diberi kesedaran untuk sama-sama menbenteras jenayah seperti pecah kereta, rumah, kecuriaan dll bukan hanya rakam dari jauh atau bersikap mendiamkan diri. Masyarakat semua perlu ditingkatkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan di kalangan kita.
  • Apa harapan anda untuk Malaysia?
Mendapat pemimpin yang betul-betul mendahulukan rakyatnya dengan mengekalkan segala kemudahan untuk rakyat tanpa menbebankan rakyat dengan kenaikan harga setiap tahun. Malaysia di iktiraf sebagai negara paling bersih. Malaysia dijauhi dari segala bala bencana.Amin..

  • Apa ketakutan anda? 
Kehilangan orang yang dicintai dan mati tanpa sempat bertaubat. nauzubillahminzalik.

  • Sertakan doa dan pengharapan anda di sini. Bagi doa panjang berjela pun tak apa. Saya aminkan saja. 
Doa untuk kita bersama ok? 

Ya ALLAH, ajari aku ikhlas untuk merelakan, tika aku harus kehilangan.
Ajari aku sabar untuk menerima, ketika hati terluka.
Ajari aku tegar menghadapi semua ketika aku diuji.
Ajari aku untuk tetap tersenyum menyembunyikan segalanya ketika aku dalam masalah,
Ajari aku bersyukur atas segalam nikmat yang aku terima ketika aku bahagia,
Ajari aku ikhlas dan redha atas segala yang engkau tetapkan. 
Amin..ya rabbal'alamin..

Doa ini amat dekat dengan bella then bella share. 

Penghargaan untuk awak shafrizal.Terima kasih sesangat tag saya membuatkan saya lagi semangat nak ber blog dan membuatkan hari saya ceria!!thanks kawan.


Fuhh!! payah juga nak menjawabnya. hahhaaa.. harap awak yang bertanya puas hati yer.. dan blog yang terbaik bella pilih untuk Liebstar Award adalah...

  1. Aina
  2. Jay
  3. Ima
  4. yong
  5. Fash
  6. niza
  7. liza
  8. mas 
  9. wani 
  10. Eina 
  11. afiq 
Korang semua terbaik yang bella pilih tau. Jadi sila lah..berbangga dan jawab soalan bella yang comel ni.

  1. Kenapa nak jadi blogger?
  2. Apa pencapaian terbaik awak sepanjang jadi blogger?
  3. Apa pendapat awak tentang blog saya?
  4. Jujurnya, awak akan perkenalkan tak blog saya ni kepada kawan-kawan awak yang lain?
  5. Dah follow saya ke belum?
  6. Ringkaskan, sape diri awak.
  7. Apa penyakit yang pernah awak hadapi dan rasa penyakit tu terlalu sakit sampai tak boleh diungkap dengan kata-kata.
  8. Pernahkah awak mendoakan supaya orang yang awak benci mendapat malapetaka.hahaha..
  9. Pernahkah awak menghadapi saat yang terlalu sukar dalam hidup? dan bagaimana awak hadapinya?
  10. Pernahkah anda menangis teresak-esak atau beria-ia?
  11. Kongsikan saat paling anda gembira dan tak boleh lupakan..
Ok.. jadi bella harap korang semua jawab. Bella nak baca tau. Salam jumpa lagi

6 comments:

  1. Sangat mulia doa awak, saya dapa rasa kehadiran ruh yg sgt kuat dlm doa tu. Saya amin-kan doa awak sekali.

    http://serbaalah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah kat cni rupanya...tggu akk punya ye...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok akak.. love u. jawab tau. saya nak tau n baca.

      Delete
  3. Dah post entry..
    harap membaca...
    thanks jemput utk Liebstar Awards..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkks??? lama dah ni... hahaha..ok2x. saya dtg.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari