AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Tuesday

Idea Kejutan Hari Jadi

Hai korang. Hari ni Bella nak bagi sikit idea untuk buat birthday party. Mungkin korang ketandusan idea and here Bella bagi idea kalau nak tiru. Bella ada ada satu group yang memng kitaorng rapat sangat. Lepas tu plak couple semua kawan - kawan juga jadi memang sekepala dan sangat seronok!

Birthday party

Biasanya kalau BF punya harijadi, GF akan aturakan dan kami sama - sama jayakan. Tapi, macam mana dengan kawan yang masih single? Tiada siapa yang peduli dan ambil kisah. Jadi, kami bersama - sama sepakat untuk buat Party Hari jadi untuk kawan kami yang solo ni. Nampak la fungsi kawan di sini.  Kami hanya perlu fikirkan macam - mana nak buat party ini betul - betul memberi kejutan! Tapi paling penting, makanan. Bella just call member - member yang sudi sponsor. Bella sponsor kek. Ada yang masak bihun. Bawa makanan ringan dan air-air semua. So done! makanan settle!


Seterusnya kita kena fikirkan tempat untuk buat  Surprised Party ni. Paling penting tak ganggu sesiapa.  Mesti bising punya. Bella kata kita buat je kat pool. Kebetulan time tu HB duduk dekat condo. Pool pula ada tempat rehat yang agak tersorok.ok.la. Tempat pun settle. Korang boleh je buat kat mcd. Selalunya MCD ada tempat parking yang luas kan, kat situ pun kitaorang pernah buat, tapi tak boleh baling tepung tau. Aritu kitaorang, abis semua kereta kat situ. Tapi kitaorang lap semua kete tu balik. Baik kan.


Ok, macamne kita nak bagi benda tu betul - betul memberi kejutan? Kadang-kadang kita dah plan baik punya pun birthday boy atau girl tu mesti dapat rasakan betul tak?So korang jangan buat time besday dia. Buat lewat atau awal. Normally lewat la kan.. Kitaorang seorang pun tak wish birthday dia. Padahal dia baik sangat, selalu sponsor cake untuk sape - sape punya birthday. Dia sedih sangat. Siap ngadu nape semua orang senyap je? Tak tau ke birthday aku bila? Sekurang - kurangnya wish la.. kan.. kita kawan. Hahahaha. Padan muka.

birthday present

Bella pun kata...ye ke? eeee tak patut betul kan dorang tu. Bella pun kata aku pun x wish lagi wei..happy birthday tau. Bella dengan HB masa tu tahan je gelak. Hari yang kitaorang nak celebrate birthday dia tu kitaorang cakap la ngan dia. Malam ni kita mandi swimming pool tau. Dia kata malas la.HB kata jom la, kejap je.Dia kata tengok la. Kitaorang dalam hati kata mampus kalau dia tak datang.  Dia pun busy gak. Kalau korang pun kena pastikan la orang yang kita nak sambut tu free yer.Lagipun kawan rumah dia ada untuk pantau.Diaorg akan gerak sekali. Kitaorang stand by je kat pool tu.


Dia datang dengan muka sedih je.Ye la kitaorng sambut lewat giler. Dia ingat kitaorang lupa la tu. Masa dia datang tu, Kawan-kawan lain semua menyorok. Plan kitaorang akan baling tepung dulu. Yela.Kalau potong kek dulu tak berapa nak surprise la. Kan pool tu licin, kang pergi kat dia bawa kek tu terjatuh abis! Jadi semua dah ambik tempat memasing. Pool dengan tempat rehat tu seberang tau. Kira jauh gak la. Kitaorang cakap jom la tukar baju kat tepi semak tu, tandas rosak la. Dia kata ye ke? Betul. Tetiba dia kata..eh..tadi aku nampak fakhri la. Hahaha... kawan Bella tu masa nyorok tu terjatuh.


Bella kata eh xda la! dia kata..iye..aku nampak. Dah la jom la g tukar baju. Sekali dia masuk kat kawasan tu semua dah kepong dia. Memang tak dapat lari. Gegila dia terkejut. Hahahhaa... Kitaorang tak kena pun. Dia kena sorang je. Kelakar abis. Dia kata betul la tadi aku nampak fakhri!! aku tanya dia, dia kata nak kuar ngan membe. Hampeh la.Yela tak kan nak bagitahu. Abisla tak surprise.


Lepas je abis potong kek dan makan-makan sape yang kena tepung semua terus terjun pool mandi. Settle. Takdalah la pening sangat nak jalan balik rumah malu ataupun kereta kotor. Paling penting member terkejut. Menjadilah kiranya tu.

Happy birthday dari bella untuk yang birthday ari ini. Bye2x..

1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.