Rawatan Muka Murah Dan Terbaik - COSMODERM

Assalamualaikum semua... Letihnya Bella hari ini. Sehariaan penat bekerja. Jom kita pergi rehatkan minda dan kurangkan tegangan dengan ma...

Assalamualaikum semua...

Letihnya Bella hari ini. Sehariaan penat bekerja. Jom kita pergi rehatkan minda dan kurangkan tegangan dengan mandi! Mandi je pun!! Hahahaha. Dapat berendam lagi seronok kan? Paling seronok hari ini Bella nak ajar cara buat Rawatan Muka Murah Dan Terbaik hanya dengan COSMODERM. Rawatan dekat rumah saja. 

cosmoderm

Cosmoderm adalah satu jenama yang sangat dipercayai. Dulu, masa mula Bella bersama - sama memperkenalkan dan mempromosikan Cosmoderm bersama - sama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari, Kawan - kawan semua cakap Bella pakai sebab Ben Ashaari. Boss Bella. Tapi kalau mendatangkan kesan buruk, takkanlah kita nak tadah saja muka kan? Bella memang pakai lama. Tambahan pula Bella menang satu peraduan Cosmoderm Snap & Menang tahun 2015. Sejak dari situ Bella terus menerus menggunakan Cosmoderm sehingga sekarang. Kalau tak ok, mesti Bella dah stop pakai kan? 

cosmoderm, rawatan muka terbaik

Sekarang baru korang percaya kan? Cosmoderm dah masuk majalah, paper, dan iklan-iklan di TV.  Korang masih ragu - ragu lagi, korang Google sajalah. Mesti ramai yang menceritakan kebaikan menggunakan Cosmoderm. Sejujurnya, Bella memang jarang pergi SPA. Sepanjang hidup ni, 2 kali saja Bella pergi. 1st masa nak kahwin, 2nd masa dapat invitation Free SPA. Masa dapat rawatan free spa inilah muka Bella keluar benda - benda yang tak patut. Mula - mula saja flawless, lepas tu teruk. Keluar seketul daging ala - ala jerawat tapi bukan jerawat. Sebab bila pecah dia mengeluarkan isi muka. Takut sangat masa tu. Muka lebam sebelah tau. Lepas tu, Bella memang tak pergi dah free spa walaupun free till 5K. Whatever la. Sejuta pun tak kan pergi. Takut propa je SPA tu.


Alhamdulilah..sebab kulit muka bella takda la masalah sangat. Cuma banyak white head. Bella sekarang cuba cara yang kena banyak bersabar dulu. Perlahan - perlahan bagi semua kesan jerawat tu hilang. Walaupun sampai sekarang kesan tu tetap ada. Bella bersyukur sebab ia tak lah seteruk dulu. Antara produk yang Bella pakai adalah Cosmoderm. Kalau Bella nak tukar pencuci muka pun, Bella akan selang seli kan dengan memakai Cosmoderm. Contoh Bella pakai Glamora. Glamora abis. Bella pakai Cosmoderm dulu sebulan kemudian pakai pula produk Althea. Kalau tak sesuai pakai balik Cosmoderm. Macam tulah selalunya. Sebab bila pakai yang sama saja, produk tu macam dah takda kesan pula dekat kulit Bella. Tu yang Bella selalu tukar - tukar atau habis. Setakat ini sepanjang 3 tahun Bella memang menggunakan Cosmoderm. Terutama scrub muka dan pencuci muka. 

review cosmoderm, rawatan wajah,

Ini kawan baik Bella. Lepas Bella selalu bagi feedback pasal Cosmoderm. Dia pun cuba. Alhamdullilah nampak serasi juga dengan kulit muka dia. Rutin Bella menggunakan Cosmoderm, 

  1. Scrub muka dulu. Masa scrub ini akan rasa macam kasar - kasar je kat muka. Tapi takdalah rasa macam  pakai berus sabut yer.Hahhahaha..rasa bahan scrub tu. Biasanya scrub mesti ada biji-bijiaan yang kasar sikit tu kan? Ha rasa tulah.
  2. Baru Bella cuci muka macam biasa. Tapi kalau korang mekap tebal, kena ada tambahan make up remover. Kalau tak waterproof punya mekap takkan hilang. 

cosmoderm

Bella dah cuba kedua - dua pencuci muka Cosmoderm. Sama ada yang berwarna kuning iaitu Vitamin E dan berwarna hijau untuk kulit berminyak. Bella lagi sesuai dengan yang untuk kulit berminyak punya. Tapi ramai juga yang kata, dorang lagi sesuai dengan range Vitamin E. Jadi korang kena cuba dulu, baru korang boleh tahu apa yang sesuai dengan kulit muka korang. 



Bella memang bawa Cosmoderm kemana saja. Sama ada balik kampung, bercuti, mengembara, panjat bukit dll. Cosmoderm juga telah mempelbagaikan produk mereka. Jadi memang menepati segala apa yang Bella perlukan sesama Travel. Terdapat juga dalam saiz yang mudah dibawa. Korang boleh tengot di Watson atau Guardian. Beli di Lazada atau website Cosmoderm sendiri. Paling penting produk ini halal dan dijamin selamat. Tambahan tips dari Bella untuk mengekalkan kulit korang sentiasa sihat :- 

  1. Sila jangan malas cuci mekap. 
  2. Kesan mekap yang tertinggal akan buat kulit muka tersumbat dan meninggalkan white head. Sila keluarkan white head sebelum muka menggerutu.
  3. Sila rajinkan diri guna scrub at least seminggu sekali.
  4. Gunakan mask muka sekurang-kurangnya seminggu dua kali. 
  5. Pakai satu set rawatan muka, contoh pencuci + toner +  pelembab.
Kuncinya silalah rajinkan diri menjaga kulit untuk abang sayang ye. Salam sayang dari Bella. Selamat mencantikkan diri.

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.