BANYAKNYA ORANG SUSAH!! LEMBAGA ZAKAT TAK BUAT KERJA

17 July

Setiap kali nampak posting di Facebook, Instagram ataupun mana - mana sosial media yang memaparkan kisah sedih masyarakat diluar sana, kita masing - masing terus melatah. BANYAKNYA ORANG SUSAH!! LEMBAGA ZAKAT TAK BUAT KERJA. Bila satu komen kuar menghentam macam ni, makcik dan pakcik bawang terus bersama - sama menghangatkan keadaan dengan menambah berbagai kata tomahan. Tengok contoh Bella screenshot dibawah jela ye. Jangan cakap Bella buat cerita pula. 




Banyak sangat sebenarnya. Nak letak semua takut korang pula tak terbaca. Mesti kita pelik kan? Takkan duit kita semua orang Lembaga Zakat makan kot? Pasai pa depa tak agih - agih kan? Hah! terus tercakap kedah. Bella nak ceritakan dekat korang sikitla yer. Harap korang buka hati dan sama - sama membantu Lembaga Zakat dalam mencari asnaf yang layak menerima bantuan.

SATU KISAH SEDIH 


Kisah ini cukup membuka mata Bella mengenai Lembaga Zakat. Bella dulu pun macam makcik bawang juga, selalu merasakan yang Lembaga Zakat tak buat kerja. Apa pasal ramai sangat orang yang masih susah? Duit zakat kita kemana sebenarnya. Mesti persoalan yang sama juga berlaku dengan korang kan? Kisah sedih ini bermula bila di pejabat Bella, ada seorang pakcik posmen yang sangat tua. Bella tegur dan secara tidak sengaja dia menceritakan kisah sedih dia yang baru sahaja kehiangan tempat tinggal dan terpaksa tidur didewan.

Bella macam "Eh, pakcik boleh minta bantuan Zakat ini." Dia cakap "Takda pun" Bella kebetulan berkerjasama dengan Lembaga Zakat dan Kelab Blogger Ben Ashaari terus direct tanya mengapa pakcik yang nampak tulus dan polos lagi susah ini tidak diberikan bantuan? Bella siap cakap lagi, kalau Lembaga Zakat nak turun Bella hendak turut sama serta untuk melihat kerja yang dilakukan oleh pihak Zakat. Dalam erti kata lain, tidak percayalah dorang ni buat kerja. 



Bantuan yang diberikan oleh Lembaga Zakat ini sebenarnya banyak. Kita sebenarnya yang tidak mahu ambil tahu. Selalu ambil yang buruk saja. Biasalah, masyarakat lebih suka yang buruk dari benda yang baik untuk di viralkan. Berbalik pada kisah pakcik tadi, setelah satu hari siasatan dilakukan. Rupanya pakcik ini memang sudah menerima bantuan zakat. Sewa rumah turut telah dibayar kepada beliau untuk menyewa rumah yang lebih selesa. Bantuan seterusnya akan terus diberikan dan pakcik ini dibawah jagaan seorang uztaz ditempat beliau.

Bermakna pakcik ini yang tidak jujur bagitahu Bella dia tak dapat bantuan. Mungkin juga bantuan yang diterima tidak mencukupi. Bella minta pakcik ini berurusan dan berbincang dengan uztaz yang menjaganya untuk meminta bantuan buat anak - anaknya yang masih bersekolah pula. Jadi korang pun seharusnya macam itu. Nampak atau tahu mengenai orang susah, orang miskin atau apa saja yang layak untuk mendapat bantuan zakat, sila laporkan. Bukan viralkan.

LEMBAGA ZAKAT BUKAN TEMPAT MINTA SEDEKAH


Korang yang tak tahu jangan main hemtam saja. Biasalah manusia, bila tak dapat apa yang dia nak, abislah diburukkan semuanya. Mesti korang terfikrkan, kenapa ramai yang merungut susah nak dapat bantuan dari Lembaga Zakat. Bagi makluman korang, Lembaga Zakat bukan tempat kita nak minta sedekah. Bukan juga tempat mengumpul sedekah atau menerima sedekah. Jangan salah faham disitu. (Sebab Bella pun pernah salah.) Oleh sebab itulah ada prosedur untuk mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat. Bukan boleh main bagi saja. Lembaga Zakat memegang amanah duit zakat kita. Bagi Bella, berat sangat tugasan itu. Jadi Bagi Bella, sebelum menghentam, sila siasat dulu si pengadu. Takut sebenarnya dia yang bermasalah.

CONTOH - CONTOH BANTUAN



Banyak dan terlalu banyak sebenarnya yang telah diberikan. Korang boleh tengok dan ikuti usaha mereka di :-

WEBSITE : ZAKAT SELANGOR

FACEBOOK : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

INSTAGRAM : @ZAKATSELANGOR

BORANG MELAPORKAN ASNAF


Diharapkan penjelasan dan perkongsiaan dari Bella ini dapat menjelaskan dan memadamkan presepsi buruk korang kepada Lembaga Zakat.  Semoga bermanfaat.

Boleh juga baca perkongsiaan Bella sebelum ini Rumah Orang Tua Zakat Selangor

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Kan, fiza pun selalu dengar org duk kutuk LZS ni padahal byk bantuan yang LZS dah berikan untuk bantu golongan susah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY