Shopping Raya Berpahala

Assalamualaikum... Semoga anda semua dilindungi dan dirahmati ALLAH s.w.t hendaknya. Haaa nampak, post yang baik, dimulai dengan ayat y...

Assalamualaikum... Semoga anda semua dilindungi dan dirahmati ALLAH s.w.t hendaknya.

Haaa nampak, post yang baik, dimulai dengan ayat yang baik dan indah - indah saja. Hari ni Bella nak kongsikan macam mana dengan bershopping korang still dapat pahala. Haaa?? Tak nak pahala? Nauzubillah, pahala tu ganjaran dari ALLAH s.w.t kepada kita hambanya. Saham akhirat tu. Betapa sayangnya ALLAH s.w.t kat kita. Bayangkan kita niat saja nak buat baik pun dah dapat pahala. Jadi sila la niat dalam hati benda yang baik - baik sahaja. Korang nak tau macam mana nak buat pahala dengan hanya ber shopping? Bella tak nak la berceramah panjang sebab Bella bukanlah seorang yang penuh ilmu didada untuk bertekak pasal dosa dan pahala ni. Bella masih belajar dan sentiasa mendoakan untuk semua dan diri Bella sendiri supaya diberi pentunjuk oleh NYA.. aaaminnn... Apa maksud Bella dengan Shopping Raya Berpahala? 

tempat membeli belah murah


Apa yang Bella maksudkan, kita bolehlah menambah pahala dengan membawa ibu dan keluarga kita shopping bersama - sama. Cerita dan kisah ini kenangan juga untuk Bella. Impian yang Bella semai dari tahun 2011. Impian nak bawa sama - sama keluarga dalam menyambut kemeriahan hari raya. Idea ini datang masa Bella dan HB beraya di Selangor, turn rumah Bella. Jadi, kami ambil cuti selepas raya dan sebelum itu memang tak sempat langsung nak membeli baru raya. Jadi, kami pergi malam raya. Dua hari sebelum raya rasanya. 

Tempat membeli belah murah di KL


Masa tu HB bawa kereta Mazda sport. Bukan nak eksen, tapi ada kaitan dengan kereta ini. Kereta ini sangatlah limited dan jarang sangat hendak nampak di jalan raya. Bella tak suka sangat naik kereta ini. Ini kereta hujung minggu saja. Minyak dah la mahal. Lepas tu setiap kali bawa saja, mesti ada kereta lain ajak race. HB bukan kaki race pun. Tapi disebabkan kereta ini, memang malam minggu Bella tak akan aman. Kalau satu hari takda orang cucuk rapat belakang, memang pelik. Jadi Bella lebih prefer bawa kete Bella saja. HB taknak la. Dia nak juga bawa kereta dia. Penat mekap kan?

mak, hadiah untuk mak


Kereta ini juga, (bagi Bella luahkan perasaan pasal kereta ini dulu ok? ) buat Bella hangin satu badan. Duit gaji laju macam air pancut tiap - tiap bulan keluar sebab kereta ini. Macam - macam. Bella pun tak faham. Paling pelik lagi pasal kereta ni, HB tak pernah pun rem kereta dia atau cucuk rapat kereta orang lain. Tapi, boleh dikatakan semua kereta yang walaupun yang sekadar tukar ekzos baru mesti ajak dia berlumba. Kereta ini pula makan minyak kemain banyak. Kebanyakkannya kalah sebab menuju ke stesen minyak. Hahaha, sorry dear. Tapi ada juga yang menang. Kalau minyak full la. Hahaha ambil hatilah sikit. Bella betul - betul tak faham perangai lelaki ini. Bab membazir, serah kat dorang. Pelik. 

kereta mazda, mazda limited


Berbalik kepada tajuk asal, apa kaitan kereta ini dengan shopping raya berpahala Bella ni? Ceritanya, masa kami shopping dengan kalut tu, memang masa tu kami dah nak balik. Bella terpandang baju kat tepi jalan. Betul - betul berdekatan dengan parking kete HB. Memang sudah ditakdirkan. Padahal Bella dengan HB dah siap beli semuanya. Bella pun dah masuk dalam kereta. Bella minta kebenaran HB yang ketika itu check enjin kereta sebab nak terus balik kampung. Check air rasanya. Bella keluar pintu dan terus hempas pintu. Sambil Bella kata, "pergi kejap tau" HB kata "Cepat sikit, nak terus balik kampung ini." Sambil menutup bonet enjin. Keadaan masa itu serentak. HB tutup bonet dan Bella tutup pintu. Enjin pula sudah dihidupkan. 

idea hadiah hari ibu


Bella terus berlari dan pergi belek - belek baju yang tergantung dan pergi ke parking balik tengok HB. Tak sampai 5 min pun. Tengok muka HB cemas. Kenapa? Bella tanya. HB tengah garu - garu kepala sambil kata "Pintu ini terkunci dari dalam". OMG!!!!! Ya Allah!!! korang boleh bayangkan tak? dengan enjin sport kereta ini. Bunyi memang bingit giler. Dengan asap yang keluar berkepul - kepul macam fogging. Kereta panas gila. Bella dah runsing. Google cara - cara nak buka pintu yang terkunci dari dalam. Bukan melegakan, tapi lebih menakutkan sebab kereta Mazda adalah diantara kereta yang ciri - ciri keselamatannya paling bagus. Jadi memang mustahil nak cungkil pintu ke apa. HB nak pecahkan cermin. Bella rasa mustahil juga. Cermin dari depan sampai belakang. Kalau pecah, ada jual ke kat Malaysia ni? Waaa!!!! Tak raya lah plak nanti. Mesti HB murung punya. 


Kami cuba juga cari macam - macam cara sampai penat. Kami duduk disisi kereta dengan setiap kali orang lalu akan cuba tolong dan cakap maaf bro, dan blah. Semua orang pandang kami marah. Yelah asap penuh kat area situ. Berbau hangit dan busuk. Bella takut sungguh kereta ini meletup. Sampai ada seorang pomen ini lalu ditepi kereta kami dan berjanji nak tolong. Kesian GF dia. Dia suruh GF dia jalan dulu, dan dia berpatah balik ke bengkel mengambil kelengkapan untuk membantu kami. Kami sudah hubungi beberapa pomen untuk bantu kami, tapi kebanyakkannya sudah balik ke kampung. Alhamdullilah ada insan yang sudi membantu. Kalau abang / adik ada baca kisah ini, terima kasih ya. 

hadiah untuk mak

Masa menunggu pomen ini datang kembali kepada kami. Kami hanya duduk lepak ditepi kereta tanpa dapat membuat apa - apa dan membiarkan saja kereta ini mengaum - gaum bagaikan singa yang nak beranak. Kereta kami park di sebelah Alphard dan kebetulan tuannya datang. 

Tuan kereta " Kenapa dengan kereta ni?
HB " Terkunci dari dalam."
Tuan kereta " Kereta import ini memang susah nak handle. Dulu kereta Merc saya, kuncinya saya terbawa pergi scuba, terus rosak satu kereta. Merc kata dekat kunci tu ada segala mak datuk cip yang mengawal kereta saya. Saya pun tak tahu. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah beli kereta baru"
HB " Sampai macam tu sekali?
Tuan Kereta " Tulah, selalunya saya jarang bawa kereta masuk Jalan Tar ni. Selalunya saya akan booking saja hotel berdekatan. Saya akan tidur di hotel dan anak isteri saya biarkan ber shopping sampai pagi. Kalau salah beli atau tak muat sempat lagi nak tukar. 

Bella dan HB berpandangan. Sambil Bella terus memasang niat untuk mengembirakan hati Mak Bella macam itu. Harapkan ayah memang tak la. Ayah hanya kerja kampung. Tapi, bayangkanlah. Nak dekat raya. Kena sewa hotel. Bagi duit raya. Macam macam nak beli kan? Memang kena banyak menabung dari kecil macam Rosmah ni. 

Bercuti di KL

Tahun demi tahun, impian ini memang sukar nak dilaksanakan. Antara duit yang tak pernah nak cukup sebab tabung kena korek ataupun masa pula tak mengizinkan. Tahun 2018 ini tercapai. InshaALLAH selepas ini hendak bawa keluarga mentua plak. memang seronok bila tengok mak sibuk memilih baju. Walaupun tak shopping banyak, tapi sekurang - kurangnya bagi Mak rasa keseronokkan yang Bella selalu rasa setiap kali membeli belah untuk hari raya. Pasal kereta tu, korang jangan risau. Bila pomen tu sampai dengan alatan dia, tak sampai 5 min pintu berjaya dibuka. Tunggu dekat 3jam. Sian kereta tu mengaum. 


Pengalaman ini Bella kongsikan untuk Bella baca kemudian hari dan juga mungkin bagi korang sedikit idea untuk mengembirakan yang tersayang. Buat dekat isteri pun cantik ni. Apa salahnya hargai isteri setahun sekali. Pasal kereta plak, tak semestinya kereta hebat tak da masalah kan? Bagi Bella, cukuplah ada kereta yang boleh bawa Bella dari A ke destinasi B. Janji selamat sampai. 

Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

3 ulasan

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Dahsyatnya pengalaman kereta terkunci dari dalam pastu enjin mengaum 3 jam lak tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.