cantik
Idea Cantik
mekap
Tips cantik
PURE BEAUTY BUKTI TEKNOLOGI KECANTIKAN KOREA
13 July
Bila sebut mengenai kecantikan, semua akan mengaitkan ia dengan Korea. Kenapa Korea? Bella tiada jawapan yang tepat untuk itu, tapi Kebanyakkan wanita Korea memang memiliki kulit yang terlihat sangat cantik dan sihat semulajadi. Tua atau muda. Semuanya memiliki kulit wajah yang diimpikan wanita. Jangan kata wanita, kulit wajah artis lelaki Korea juga mengalahkan kulit wajah wanita. Sehinggakan apa saja yang berkaitan dengan Korea, akan jadi kegilaan disini. Artis K-pop, drama Korea, sakura, apa saja yang berkaitan dengan Korea jarang tidak akan menjadi kegilaan disini. Sehinggakan lawak Korea turut menjadi viral. Apa ntah lagi Tips untuk menjadi secantik artis Korea. Bella dah jumpa dan sekarang masanya Bella akan nak kongsikan dengan korang. PURE BEAUTY BUKTI TEKNOLOGI KECANTIKAN KOREA.
MAJLIS PELANCARAN PURE BEAUTY ILLUMINATING URBAN SHIELD
Bella berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini bersama - sama dengan Watson. Disinilah akan terbongkarnya teknologi kecantikan Korea. Pure Beauty telah membuat kajian terhadap masalah kulit muka yang dihadapi oleh banyak wanita dan diantara sebabnya adalah berpunca dari pencemaran. Jika kulit kita sentiasa terdedah kepada pencemaran ia akan meninggalkan kesan yang buruk dan akan menyebabkan wajah kita kelihatan tidak bermaya dan letih. Paling teruk jika pencemaran ini mengandungi bahan radikal merbahaya, ia akan menjadikan wajah kita lebih cepat berkedut! Jadi ia menjadi mustahil untuk mendapatkan kulit yang sihat dan sempurna sekiranya kita sentiasa terdedah kepada pencemaran. Jadi, Pure Beauty dicipta untuk mengatasi masalah ini. Bella pun tak sabar nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini.
MAJLIS PELANCARAN DAN BENGKEL KECANTIKKAN
Majlis pelancaran ini, turut diadakan bengkel kecantikan bersama dengan Shazreeyana Shukri. Tempat yang dipilih juga sangat sesuai. Bella suka. Bengkel diatur dengan kemas dan menjadikan ia lebih santai dan selesa. Bella pun seronok bila berada didalam bengkel ini. Ia terletak di tingkat 25. Jadi sementera menunggu majlis pelancaran bermula, Bella seronok saja melihat pemandangan bandaraya KL.
MUA TERKENAL SHAZREEYANA SHUKRI BERKONGSI RAHSIA
Majlis pelancaran dan bengkel di kendalikan oleh Mua Shazreeyana Shukri atau lebih dikenali sebagai Kak Love. Kak Love kata, ia amat mencintai dunia kecantikan sehinggakan dia sanggup berhenti dalam pengajiaan menjadi doktor. Alamak Kak Love, cita - cita saya tu nak jadi doktor. Kak Love banyak berkongsikan pengalamannya menggunakan Pure Beauty. Dia kata, sebelum dia nak ajar dan terangkan mengenai Pure Beauty ini, dia telah mencuba dulu sudah hampir 3 minggu. Dia kata kesannya sungguh tidak disangka. Kulitnya lebih glowing walaupun tanpa mekap. Rakan - rakannya juga perasan dan menegur perubahan yang ketara pada kulit wajah dia.
Kak Love turut berkongsi cara dan tips yang betul untuk menggunakan rangkaiaan produk Pure Beauty. Kak Love menerangkan kelebihan setiap produk dan menunjukkan cara yang betul untuk menggunakannya kepada Riena Diana. Lepas kena sapu dengan produk Pure Beauty terus glowing muka dia. Korang mesti tak sabar kan nak tahu lebih lanjut mengenai produk Pure Beauty ini.
RANGKAIAN PRODUK PURE BEAUTY ILLUMINATING URBAN SHIELD
Pure Beauty mengguna formula 4P dalam meningkatkan kuasa intensif dalam mencerahkan dan mencantikan kulit wajah. Iaitu :-
- P - Persediaan dalam menggunakan estraxt kulit willow untuk meningkatkan kesihatan kulit
- P - Pemeliharaan menggunakan Neurolight yang terdapat pada bunga lili.
- P - Perlindungan dengan menggunakan Ceramide 123 untuk menguatkan kulit.
- P - Pencegahan dari pencemaran yang merosakkan kulit.
Banyak sungguh kebaikkan Pure Beauty ini kan? Rangkaian produk nya pun banyak. Jadi, jom Bella terangkan satu per satu untuk korang pilih apa yang kulit wajah dan yang paling sesuai dengan keperluaan kulit korang.
ILLUMINATING URBAN SHIELD RADIANCE SERUM (RM 59.90)
Illumating Urban Shield Radiance Serum ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia bukan saja akan mengurangkan bintik hitam di kulih wajah kita, ia juga akan membuatkan warna kulit kita lebih sekata. Kandungan nutrien yang terkandung didalam llumating Urban Shield Radiance Serum ini, akan membantu memperbaiki kulit kita yang rosak dan akan mempertahankan kulit kita dari kerosakkan akibat pencemaran.
Cara penggunaanya :-
- Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih.
- Gosok di tangan.
- Sapukan di muka dan juga leher.
- Tepuk - tepukkan dimuka dan tekan - tekankan sedikit.
- Biarkan ia kering untuk seketika.
Kulit kita akan terasa lebih lembab. Digalakkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam, diikuti dengan toner Pure Beauty.
ILLUMINATING URBAN SHIELD CAPSULE ESSENCE (RM69.90)
Illumating Urban Shield Capsule Essence juga mengandungi Nerolight. Sekaligus turut berfungsi untuk mengurangkan bintik hitam. Ia akan membantu mengurangkan bintik hitam dan meninggalkan kulit yang semulajadi berseri. Capsule Essence ia diformulakam istimewa untuk menjadikan kulit kita kelihatan lebih bersinar. Kandungan pearl yang terdapat didalam Capsule Essence ini amat membantu dalam mendapatkan kulit yang terlihat lembut dan bersinar.
Cara penggunaanya :-
- Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih.
- Gosok di tangan.
- Sapukan di muka dan juga leher.
- Tepuk - tepukkan dimuka dan tekan - tekankan sedikit.
Bila kita picit ke jari, biji - biji pearl ini akan pecah dan mencair. Kandungan yang terdapat didalam biji ini pearl ini amat dilindungi. Jadi bila kita nak guna baru ia akan pecah. Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum.
ILLUMINATING URBAN SHIELD WATER GEL (RM55.90)
Illumating Urban Shield Water Gel ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia akan berkesan untuk menjadikan kulit kita lebih kelihatan bersinar dan lembab. Bila kita pakai Water Gel ini, kulit kita akan sentiasa dan kekal segar. Tekstur dan kandungan yang terdapat didalamnya sangat ringan dan mudah menyerap kedalam kulit.
Cara penggunaanya :-
- Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih.
- Sapukan di muka dan juga leher.
- Urut sedikit semasa memakainya dimuka.
Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum atau llumating Urban Shield Capsule Essence.
ILLUMINATING URBAN SHIELD RADIANCE CREAM (RM59.90)
Illumating Urban Shield Radiance Cream ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia akan memastikan kulit kita lebih putih dan berseri. Ia juga membantu dan mengelakan kulit kita menjadi tidak sihat akibat kekotoran dari pencemaran. Tekstur ia sangat lembut.
Cara penggunaanya :-
- Sapukan pada wajah yang betul - betul bersih.
- Sapukan di muka dan juga leher.
- Urut sedikit semasa memakainya dimuka.
Digalakan untuk menggunakannya di waktu pagi dan malam, diikuti dengan penggunaan llumating Urban Shield Radiance Serum atau llumating Urban Shield Capsule Essence. Kak Love bagi tips. Katanya, ia menggunakan llumating Urban Shield Radiance Cream sebagaj krim malam. Kalau terasa berat pada muka, boleh jadikan ia sebagai sleeping mask. Penggunaan ia lebih kepada penerimaan kulit muka kita. Kalau rasa sesuai, bolehlah pakai setiap malam.
ILLUMINATING URBAN SHIELD SUN PROTECTOR SPF 50+ PA++++ (RM49.90)
Illumating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++ ini mengandungi Nerolight iaitu bahan semulajadi yang terdapat pada bunga lili dan ia amat berkesan untuk mengurangkan bintik hitam. Ia adalah krim pelindung matahari. Bila kita memakainya, ia akan mengekalkan kulit wajah kita sentiasa lembab. Kak Love kata, SPF yang terdapat pada mekap kita tak cukup untuk menghalang dari UV cahaya matahari merosakkan kulit muka kita. Kita kena pakai krim yang betul - betul berfungsi untuk mengelakkan kerosakkan akibat cahaya matahari.
Cara penggunaanya :-
Pakai bila kita terdedah kepada cahaya matahari. Pakai dibahagian yang terdedah kepada cahaya matahari.
ILLUMINATING URBAN SHIELD MAKEUP REMOVER
llumating Urban Shield Makeup Remover Bella tergerak hati hendak bagitahu korang yang penanggal mekap ia juga bagus. Bella terdengar makcik - makcik bawang sebelah Bella ni bagi komen katanya makeup remover dari Pure Beauty ini senang menanggalkan mekap. Muka pun tak sakit kena tonyoh. Sekali sapu semua hilang. Bella tidak pasti tebal mana mekap dia. Tapi apa salahnya mencuba.
PURE BEAUTY DIYAKINI LEBIH 90% PENGGUNANYA
Kajian yang dijalankan terhadap pengguna Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini, lebih 93.3% berpuas hati dengan kesan flawless dan kecerahan semulajadi pada wajah. 96.7% pula merasakan kulit mereka lebih lembut dan lembab. 90% amat menyukai llumating Urban Shield Radiance Cream kerana telah meningkatkan kecerahan kulit mereka. Jadi jangan ragu - ragu lagi. Ramai sudah cuba.
MENCUBA SENDIRI PURE BEAUTY DI RUMAH
Bella turut diberi 3 produk Pure Beauty untuk Bella cuba dirumah dan diberi payung transparent yang ada nama Bella. Comel sungguh! Lepas ni kalau muka Bella jadi mulus macam artis Korea, korang dah tahulah kan rahsianya. Bella dah terangkan satu persatu produk untuk memudahkan korang buat pilihan mengikut masalah kulit muka korang. Pure Beauty percaya yang rahsia kecantikkan adalah bermula dari dalam kulit yang terjaga dengan bahan - bahan semulajadi. Jadi produk ini telah dicipta dengan kajian yang bertahun dalam dunia kecantikan. Bella memang yakin nak cuba.
MAKLUMAT LANJUT
Produk Pure Beauty ini adalah diilhamkan oleh alam semula jadi dan disempurnakan oleh sains. Ia telah diuji dan sesuai untuk semua jenis kulit. Harga yang amat berpatutan dan dihasilkan di Korea. Paling penting ia exclusively at Watsons store dan online shop.
Pure Beauty Facebook: Purebeautymalaysia
Pure Beauty Instagram: Purebeautymy
#PureBeautyMalaysia #PureBeautyKoreanSkinCare #PureBeautyIlluminatingUrbanShielduk #WatsonsMalaysia
6 ulasan
Produk Korea makin ramai orang suka sekarang.
ReplyDeleteWahh cantiknya payung ada nama gtu.. hahaha dlm byk2 nampak payung dlu .. macam menarik cam best jer ni produk ni..
ReplyDeletebanyak jugak ek produk pure beauty ni.
ReplyDeletebleh jd org korea le pasni bell.
akak suka produk korea.....boleh cuba nanti
ReplyDeleteComel lah.. suka payung tu siap ada nama.
ReplyDeletemenarik dia punya produk..pakaila..nak tengok keberkesanannya..
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.