AirAsia
Bajet
Bercuti
korea
Travel York
TAMAN SAKURA DI KOREA - Suseong Lake Daegu
11 July
Korang yang mengikuti pengalaman Bella bersama dengan AirAsia ke Korea, mesti sudah dapat gambaran betapa seronoknya pengembaraan ke sana kan? Bella nak detail kan lagi dengan belanja korang suasana dan mood di TAMAN SAKURA DI KOREA - Suseong Lake Daegu. Cantik Nauzubillah. Bersyukur Bella dapat menjejak kaki ke sini dan melihat sendiri bunga - bunga sakura jatuh berguguran dan berkembang. Sebagai kenangan untuk Bella dan mungkin pengetahuaan untuk korang, apa yang ada disini. Jom Bella belanja gaya muslimah Bella ke Korea. Kah2x. Tak menahan.
Masa Bella sampai sini, sudah nak dekat - dekat habis musim bunga. Masa jejak kaki saja ke bumi Korea, terus nampak sepohon pokok sakura. Kami sangat excited. Pemandu pelancong kata, sabar. Ada tempat yang lebih cantik dia nak bawa. Malangnya, bila kami sampai pokok bunga sakura semakin tiada. Maknanya dah tak cantik lah kan? Dia cakap, "it's ok, we will have another place to go. I hope still have a lot of sakura blossom. " " Ya, i hope too." Hampalah kalau takda kan? Kami meneruskan perjalanan dengan penuh harapan.
Alhamdullilah!! Bunga sakura amat banyak dan berkembang mekar bila kami sampai kesini. Adalah sepohon atau 2 pohon yang dan hampir nak botak. Tapi gabungan pepohon sakura ini menjadikan tempat ini sangat cantik dan perfect!. OMG!!! i really miss my oppa. Sayang, nanti inshaALLAH jika dimurahkan rezeki kita sampai sini sama - sama ye. Tak kisah lah. Janji korea dan ada pepohon bunga sakura buat kita mengabadikan kenangan kita. Sayang tengok gambar dulu k. (meluat sila skip hahaha) . Korang pun bolehlah tengok dan tulis impian untuk ke sini. Perempuan mesti akan teruja. Bunga ini takda kat Malaysia, tu yang membuatkan ia menjadi semakin rare! Gitew.
Gaya yang sama. Hahahaha. Cuma menggunakan filter yang berbeza. Bella nak tunjukkan betapa susahnya nak bagitahu dekat korang warna bunga sakura yang sebenar. Ramai sangat kawan - kawan yang nak dan pesan suruh bawa bunga sakura balik Malaysia. Maaf sayang, bila dia layu jadi perang. Hilang warna asal. Cara dia gugur pun, sekelopak, sekelopak. Cantik. Sangat cantik. Bella kalau boleh nak baring bagi bunga ini jatuh ke muka Bella. Berangan kejap sambil baring atas riba oppa. Kahkah. Orang Korea pun tak buat gitew. Lagipun oppa Bella takda. Takda feel.
Rasanya gambar ini menunjukkan warna bunga sakura yang hampir tepat. Warna yang sangat soft pink dan lembut. Pink, bunga, lembut. Ada ke perempuan yang tak teruja? Bella nak je duduk sini lama - lama sampai bosan. Bukan senang nak tengok bumi sakura di bumi Korea lagi. Takda ke kumpulan atau artis Korea lalu? Lee Min-ho pun jadilah. Impian melangit sangat. Heee.
Suseong Lake adalah taman yang mempunyai tasik. Tasik ini pula, sentiasa dipenuhi dengan air tidak kira apa jua musim. Sekelilingnya memang dihiasai dengan pepohon sakura yang cantik dan bangku. Macam kawasan riadah dekat Malaysia jugalah kan? Mesti ada disediakan bangku.
Suseong Lake ini juga sebenarnya dikelilingi dengan kedai - kedai untuk melepak yang hebat - hebat. Lepas ni, Bella ceritakan mengenai salah satu cafe yang Bella masuk ok. Restaurant banyak di sebelah timur dan tenggara tasik.
Inilah sebenarnya Suseong Lake. Tapi kami lebih fokus dan menikmati keindahan bunga Sakura dari menikmati pemandangan tasik. Pemandangan sebegini biasa kan dekat Malaysia. Tasik ini juga terkenal dengan bot yang berbentuk itik ni. Bella teringin juga nak naik. Tapi Bella pergi dengan trip AirAsia tak boleh la buat sesuka hati. Terlambat sikit pun sepanjang trip kena jeling. Hmmm nasib badan lah.
Bella ada google. Kalau korang nak datang sini sendiri, bolehlah cari bas yang bernombor 104, 204, 401, 404, 405, 424, 434, 439, 449, 564, atau 704.
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.
Maklumat Penerbangan :-
KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari
AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.
AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.
#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea
#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea
2 ulasan
cantiknya tempat ni..:)
ReplyDeleteHaah cantik sangat. Susah nak move on.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.