GALEEVEURS MENGEKALKAN RESEPI TURUN TEMURUN

Bella diperkenalkan dengan satu syaikat yang menengahkan konsep baru dalam dunia makanan dan juga minuman. Bella pun jujur baru saja pertam...

Bella diperkenalkan dengan satu syaikat yang menengahkan konsep baru dalam dunia makanan dan juga minuman. Bella pun jujur baru saja pertama kali mengetahui mengenai syarikat ini. Jadi, izinkan Bella perkenalkan pada korang juga mengenai Galeeveurs ini. Gitew!!! Korang mesti teruja lepas tahu mengenai GALEEVEURS MENGEKALKAN RESEPI TURUN TEMURUN lagi - lagi bagi mereka yang ada resepi tersendiri tapi tak tahu cara bagaimana nak perkenalkan pada dunia. Dunia tau. Bukan setakat dalam Malaysia saja. 


Galeeveurs adalah inkubator ekosistem bersepadu F&B pertama diumumkan di Malaysia. Ia juga mempunyai satu tujuan iaitu  mengekalkan tradisi bagi generasi akan datang dengan memulakan perkongsian untuk hab F&B untuk menjadi titik permulaan perkembangan perniagaan. Ia menawarkan servis khusus bagi industri makanan dan minuman di Malaysia. Tujuan dan matlamat tetap sama, untuk mengekalkan warisan makanan tempatan bagi generasi - generasi akan datang. 

Macam mana matlamat ini dapat dicapai dengan Galeeveurs? Mesti terfikir - fikir kan? Jangan risau, sebab ia akan dapat dicapai dengan adalahnya sekumpulan pakar yang menawarkan 6 servis yang merangkumi :-
  • Strategi penjenamaan dan pemasran.
  • Servis pengurusan.
  • Kilang produksi sentral.
  • Pendidikan mengenai makanan dan minuman.
  • Perkembangan IT
  • Bantuan kewangan.
Apa macam? Mantap kan? Bella masa dengar ni, terus terfikir. Bagus sungguh. Lebih senang dan mudah untuk kita yang terfikir untuk memulakan perniagaan restoran, kedai makan atau kafe, tapi tidak tahu nak mula dari mana. Galeeveurs boleh dijadikan tempat rujukan ataupun tempat mengadu. 



Dato' Henry Lee, pegasas dan Ketua Pengawai Eksekutif kumpulan Galeeveurs berkata, " Melalui servis yang ditawarkan, Galeeveurs ingin menwujudkan saluran yang betul membentuk generasi industri makanan dan minuman baru menggunakan konsep inkubator. Dengan menempatkan diri kita sebagai Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang pertama, kami berharap warisan makanan dan minuman akan dapat diteruskan. 

Dato' Henry juga adalah generasi keempat sebagai pemilik salah satu jenama warisan. Ia amat percaya yang makanan tempatan mempunyai cara unik dalam menyatukan ramai orang. Ia juga dapat mengembaikan memori sewaktu kecil dan juga amat berpontensi untuk diperkenalkan ke mata dunia. Dato' Henry juga berkata, "Food not only about the taste, but it's also about memory" Deep!! Betul sangat. 


Galeeveurs juga diwujudkan apabila melihat kepada potensi makanan Malaysia yang sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan permintaannya tidak pernah berkurangan. Tapi, dilihat terdapat beberapa masalah bagi peniaga tempatan untuk meneruskan perniagaan mereka kerana tiada waris bagi meneruskan perniagaan mereka. Jadi, Galeeveurs menawarkan perkhidmatan untuk menjadi batu loncatan bagi peniaga yang sebegini untuk terus maju. 

Rancangan berterusan dari Galeeveurs dalam mengekalkan resepi turun temurun ini adalah termasuk mengumpulkan semua jenama dibawah satu bumbung. Galeeveurs mencadang untuk membina satu hab yang bukan saja berfungsi sebagai sistem inkubasi malah ianya selaras dengan perkembangan jenama. Jadi amat dialu - alukan pemilik perniagaan untuk berkembang dibawah platform ini. 


Masa ini juga, Galeeveurs melancarkan perkongsiaan mereka dengan pelbagai pertubuhan termasuk Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology. Pertubuhan ini yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Galeeveurs berharap lebih banyak jenama makanan & minuman menyertai mereka menjelang 2019. 

Bagi Bella, idea dan matlamat Galeeveurs ini sangat jelas dan bagus. Bagi korang yang ada makanan lazat dan resepi yang hendak diperkembangkan bolehlah sama - sama dengan Galeeveurs yang akan membantu resepi ini dikekalkan dan dipertengahkan. Katanya negara yang akan dimasuki terlebih dahulu adalah Hong Kong. Jika mahukan sambal belacan kak jenab, atau ikan pekasam kiah ke Hong kong bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dan boleh hubungi mereka di joinus@galeeveurs.com

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.