7 KESILAPAN KETIKA TIMBANG BERAT BADAN
19 JulyAssalamualaikum..warahmatulallahiwabarakatuh.....
Hari ini Bella nak kongsikan ilmu yang Bella dapat semasa Bella menyertai JK1M Team Rawang. Coach King yang kongsikan dan Bella bagitahu korang mengenai hal yang penting dalam memastikan usaha kurus korang itu berterusan. Antara yang terpenting adalah timbang berat badan. Bella nak kongsikan 7 KESILAPAN KETIKA TIMBANG BERAT BADAN.
1. TERLALU KERAP TIMBANG BERAT BADAN
Disarankan kita timbang berat badan 1 minggu sekali untuk tujuan perbandingan. Jangan timbang berat setiap hari. Biasalah, baru lepas jogging sikit terus kita timbang. Kononnya i-watch atau fitbit dah menunjukkan pembakaran lemak yang tinggi. Mestilah turun berat badan kan? Sebenarnya ini salah, kalau korang timbang tak turun, bukan ke nanti korang akan lebih sedih dan hilang semangat nak teruskan usaha nak kurus korang tu.
2. TERLALU FOKUS PADA ANGKA BERAT BADAN
Berat badan kita merangkumi berat otot, berat organ, berat tulang, berat cecair & berat lemak. Berat lemak yang paling utama sekali utk dikurangkan. Jadi kita bukan saja perlu menimbang berat, kita juga perlu untuk mengukur saiz peha, saiz perut dan bahagian - bahagian lain pada badan. Mungkin berat kita tak turun. Tapi pada sesetengah bahagian, lemak kita dah mencair!!
.
3. MENGGUNAKAN MESIN TIMBANG YANG BERLAINAN
Disarankan menggunakan mesin penimbang yang sama setiap kali timbang berat badan utk tujuan perbandingan. Timbang yang berlainan material, jenis dan jenama mestilah akan menghasilkan berat badan yang berbeza.
4. TIMBANG BERAT BADAN PADA WAKTU YANG BERBEZA
5. MELETAKKAN PENIMBANG DIATAS PERMUKAAN YANG TIDAK RATA
6. TIMBANG SELEPAS BERSENAM
Timbang berat badan selepas bersenam selalunya kurang tepat, disebabkan kurangnya air dalam badan dan juga otot sedang mengembang serta menyerap air yang baru masuk ke dalam badan. Konon - konon nak tengok berapa kalori yang dah terbakar lah tu kan?
.
7. OBSES DENGAN ANGKA PENIMBANG HILANG SEMANGAT
Tujuan utama kita timbang berat badan adalah utk monitor dan memperbaiki setiap apa yg kita dah lakukan dalam proses mengurangkan berat badan. Janganlah bila timbang tak turun, timbang tak turun. Makanlah macam ni. Diet pun tak kurus. Bersenam pun tak kurus. Haaa jangan tau. Sila tekad. Mainkanlah video orang yang usaha untuk kurus dari sebelum dan selepas berdiet. Mesti semangat kita makin naik.
Semoga bermanfaat dan semuanya berjaya menjadi kurus.
3 ulasan
tq bella.
ReplyDeleteaida pernah baca ni.
and this is an ulangan. tq.
now memang dlm sessi nak kurangkan berat badan :)
selalu timbang waktu pagi tapi bila dengan coach plak, aishh, lepas melantak lunch..hahahahancussss. haha
ReplyDeletePernah timbang setiap hari pastu stress tengok berat turun ciput je hehe pasni kena praktis cara yang betul la ikut tips entri ni :)
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.