cantik
Kongsi Sikit
Review By Saya Isabella Idura
Shopping Here
Shopping Here!!
Tips cantik
DAPATKAN KULIT WAJAH YANG SIHAT DENGAN GLAMORA
30 March
Katakan tidak pada merkuri!! Mula - mula saja kulit muka korang akan nampak "glowing" lembab, bersinar, warna sekata, bila korang berhenti pada produk tu, kesan yang ditinggalkan akan membuatkan kulit wajah korang menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Bella banyak baca sebelum - sebelum ini dan untuk hilangkan merkuri pada kulit korang bukan senang. Ada ahli farmasi yang bagitahu merkuri ini sangat bahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggan! Apa kaitannya kan? Sebab kita pakai kat muka. Kaitannya sebab merkuri ini akan masuk kedalam saluran darah yang ada pada muka kita. Hah!! Takut kan dengar? Jadi Jom DAPATKAN KULIT WAJAH YANG SIHAT DENGAN GLAMORA. Sebab, Glamora mengambil kebaikan daripada bahan - bahan semulajadi.
RANGKAIAN PRODUK GLAMORA
Ini adalah sebahagian saja produk Glamora. Cantik sangat packaging bila sampai ke tangan Bella. Sebelum korang beli, pihak Glamora akan tanya apa masalah muka korang. Macam Bella dia tanya apa masalah muka Bella. Produk apa yang Bella tengah pakai sekarang dan Bella ada alahan atau tak pada kulit muka Bella. Masalah terbesar Bella adalah bintik putih dan hitam. Jadi rangkaian produk diatas adalah yang paling sesuai untuk Bella. Menurut pihak Glamora, ia akan membantu dan menghilangkan bintik putih serta memudarkan bintik hitam pada wajah Bella.
Masa Bella nak cuba produk baru ni, Bella berhenti sekejap pakai segala jenis produk lain dulu. Bella nak tengok penerimaan kulit muka Bella keatas produk Glamora ini. Kadang - kala kulit muka Bella menjadi amat sensitif. Jadi memang kena berhati - hati. Masa pertama kali pakai, macam apa benda ni? Buih pun takda. Sebab Bella picit ke tangan, gosok dan sapu ke muka. Langsung takda buih. Jadi Bella cadangkan korang pakai :-
Ia mengandungi pati buah oren sebenar dan juga kulit buah oren yang akan membuat pengelupasan secara semulajadi. Pengelupasan akan berlaku untuk membuang kulit mati yang ada pada muka korang. Korang digalakkan untuk menggunakan ia sebagai mask dan sebagai scrub sekali untuk memberi kelembapan pada wajah dan dalam masa yang sama ia akan membuang kulit yang rosak.
Jika nak jadikan ia sebagai mask, korang tetap kena cuci muka dulu ya. Pastikan muka bersih. Ia bukan macam mask biasa yang kena pakai masa muka kering. Korang digalakkan untuk menggunakan Fresh Glow Pure Orange Scrub + Mask 3 atau 4 kali seminggu. Kalau boleh jarak - jarak hari. Bella dah cuba pakai selang sehari. Panas muka Bella. Sebab muka Bella takda masalah sangat. Jadi Bella akan pakai 2 kali saja seminggu. Jadi korang pun pakai ikut kesesuaian korang lah yer. Tapi seriusly lepas pakai, korang akan rasa muka korang macam baru balik dari SPA. Licin kulit.
Sebenarnya Glamora hanya mencadangkan Bella untuk mencuba dua produk saja untuk masalah kulit Bella. Tapi, lepas Bella baca mengenai Rose Secret Hydrating Toner ni, Bella macam berkenan pula. Jadi Bella minta ditambah dengan toner ini. Sebab, ada kawan Bella. Dia hanya pakai pencuci dan toner sahaja. Tapi, kulit muka dia punyalah licin dan putih. Bella pun terujalah nak mencuba pakai toner ni. Selama ini, kalau korang nak tahu. Bella tak pernah pakai toner. Bagi Bella sangat leceh. Nak kena berkapas - kapas bagai. Tapi bila umur meningkat ni, kita pun kenalah ada peningkatan dari segi penjagaan muka kan?
Rose Secret Hydrating Toner ini bukan range Fresh Glow. Fresh Glow semuanya bahan utama adalah buah oren. Tapi ini bahan utamanya adalah extract bunga ros. Ia bertindak sebagai pembersih tambahan untuk muka kita. Maksudnya, kalau contoh kita dah pakai make up remover, lepas tu cuci muka, pakai pula scrub. Sepatutnya mestilah bersih kan? Tapi macam mana sebenarnya ada lagi kotoran yang tertinggal pada kulit wajah? Jadi, Rose Secret Hydrating Toner ia akan bertindak sebagai penghapus kotoran, minyak dan mekap yang tertinggal pada kulit wajah. Jadi ia akan membuatkan Wajah kita bersih dari sebarang kotoran atau lebihan mekap yang tertinggal, mengimbangi PH kulit, mengecilkan pori - pori dan melembabkan wajah.
Bella dah cuba. Setakat dua minggu Bella pakai ni, memang Bella berpuas hati. Kulit rasa tegang bila lepas cuci. Jerawat mula pudar. Bintik putih pun sudah berkurangan. Korang pun mesti tak sabar - sabar nak cuba kan? Korang boleh lah ke :-
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
FRESH GLOW PURE ORANGE FACIAL CLEANSER

- Picit 3 pam ke tangan.
- Calitkan ke muka.
- Lebihan yang ada di tangan tu, gosok.
- Urutkan dan gosok ke muka.
Barulah ada buih tapi sikit tak macam pencuci muka biasa. Sebab dia organik, dan diambil dari pati buah oren, memang tak berbuih sangat la ceritanya.
Fresh Glow Pure Orange Facial Cleanser ini boleh digunakan hari - hari. Nampak tak dah suku Bella dah guna. Pembersih muka Fresh Glow ini mengandungi extract buah oren sebagai bahan utamanya. Memang akan berbau oren masa cuci muka. Baunya tidak terlalu kuat. Tapi, jangan sampai termasuk dalam mata. Pedih. Selain dari memcuci kulit muka korang jauh kedalam, ia juga meningkatkan kesihatan kulit muka. Ia akan membuatkan wajah kita lebih cerah, bersih, mengecilkan pori - pori wajah dan memudarkan kesan jerawat. Paling penting, Vitamin C yang terdapat dalam extract buah oren ini akan membuatkan wajah kita berseri, cerah dan bertambah sihat.
FRESH GLOW PURE ORANGE SCRUB + MASK
Bella pernah ternampak tutorial seorang artis ni, tips penjagaan kulit muka dia. Lepas dia cuci muka, dia pakai mask sambil gosok gigi. Bella macam, hah?? ada ke mask macam tu. Terus jumpa. Ada dekat Glamora. Fresh Glow Pure Orange Scrub + Mask ini mempunyai dua fungsi iaitu sebagai mask dan juga sebagai scrub muka. Bella mula - mula pakai sekejap saja dekat muka. Sebab cara pakainya, kalau korang nak ia bertindak sebagai mask, korang pakai dan biarkan selama 5min ke 7min. Lepas tu gosak ke muka dan cuci. Kalau nak ia bertindak sebagai scrub, korang calit - calit kat muka dan gosok terus macam pencuci muka.
Bella mula - mula pakai lepas cuci muka. Pakai mask, biar kejap dan cuci rambut. Lepas tu gosok macam scrub plak. Masa nak tidur, HB tenung kata, nampak licin muka hari ni. Bella terus kata betul ke? Apa lagi, esoknya pakai buat macam mask. Tak cuci muka terus calit biarkan lewat 10min macam tu kot. Sepatutnya kan 5min - 7min sahaja. Kononnya nak bagi lagi licinlah dari semalam. Sekali. Merah muka. Panas. Jadi silalah ikut arahan ya.
Ia mengandungi pati buah oren sebenar dan juga kulit buah oren yang akan membuat pengelupasan secara semulajadi. Pengelupasan akan berlaku untuk membuang kulit mati yang ada pada muka korang. Korang digalakkan untuk menggunakan ia sebagai mask dan sebagai scrub sekali untuk memberi kelembapan pada wajah dan dalam masa yang sama ia akan membuang kulit yang rosak.
Jika nak jadikan ia sebagai mask, korang tetap kena cuci muka dulu ya. Pastikan muka bersih. Ia bukan macam mask biasa yang kena pakai masa muka kering. Korang digalakkan untuk menggunakan Fresh Glow Pure Orange Scrub + Mask 3 atau 4 kali seminggu. Kalau boleh jarak - jarak hari. Bella dah cuba pakai selang sehari. Panas muka Bella. Sebab muka Bella takda masalah sangat. Jadi Bella akan pakai 2 kali saja seminggu. Jadi korang pun pakai ikut kesesuaian korang lah yer. Tapi seriusly lepas pakai, korang akan rasa muka korang macam baru balik dari SPA. Licin kulit.
ROSE SECRET HYDRATING TONER
Sebenarnya Glamora hanya mencadangkan Bella untuk mencuba dua produk saja untuk masalah kulit Bella. Tapi, lepas Bella baca mengenai Rose Secret Hydrating Toner ni, Bella macam berkenan pula. Jadi Bella minta ditambah dengan toner ini. Sebab, ada kawan Bella. Dia hanya pakai pencuci dan toner sahaja. Tapi, kulit muka dia punyalah licin dan putih. Bella pun terujalah nak mencuba pakai toner ni. Selama ini, kalau korang nak tahu. Bella tak pernah pakai toner. Bagi Bella sangat leceh. Nak kena berkapas - kapas bagai. Tapi bila umur meningkat ni, kita pun kenalah ada peningkatan dari segi penjagaan muka kan?
Rose Secret Hydrating Toner ini bukan range Fresh Glow. Fresh Glow semuanya bahan utama adalah buah oren. Tapi ini bahan utamanya adalah extract bunga ros. Ia bertindak sebagai pembersih tambahan untuk muka kita. Maksudnya, kalau contoh kita dah pakai make up remover, lepas tu cuci muka, pakai pula scrub. Sepatutnya mestilah bersih kan? Tapi macam mana sebenarnya ada lagi kotoran yang tertinggal pada kulit wajah? Jadi, Rose Secret Hydrating Toner ia akan bertindak sebagai penghapus kotoran, minyak dan mekap yang tertinggal pada kulit wajah. Jadi ia akan membuatkan Wajah kita bersih dari sebarang kotoran atau lebihan mekap yang tertinggal, mengimbangi PH kulit, mengecilkan pori - pori dan melembabkan wajah.
DAPATKAN KULIT WAJAH YANG SIHAT DENGAN GLAMORA
Bella dah cuba. Setakat dua minggu Bella pakai ni, memang Bella berpuas hati. Kulit rasa tegang bila lepas cuci. Jerawat mula pudar. Bintik putih pun sudah berkurangan. Korang pun mesti tak sabar - sabar nak cuba kan? Korang boleh lah ke :-
Website :- GLAMORA
FaceBook :- GLAMORA
Instagram :- GLAMORA HQ
Alamat :- Glamora Group Sdn Bhd. 35B, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 60000, Malaysia.
Email :- glamora.hq@gmail.com
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.