KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?

Pandangan pertama dari mata turun ke hati. Macam bercinta pula. Betapa pentingnya pandangan pertama, sampai ada lagu tentang mata.  KENAPA ...

Pandangan pertama dari mata turun ke hati. Macam bercinta pula. Betapa pentingnya pandangan pertama, sampai ada lagu tentang mata. KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?


♫♬♩♪Bermula segala kerana mata, Jika dihati harapan nyata, Apakah yang pasti, yang diteka, Bila dihati lain berkata, Berbeza semua tidak kan sempurna, sakit dimata cinta ♫♫♩♪ 

Menyanyi plak.. ada yang tak tahu ke lirik Dari Kerana Mata ni? Popular dari dulu sampai sekarang. Dari gambar hitam putih lagi. Ini menunjukkan betapa pentingnya pandangan pertama. Tapi, KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA? bertentangan mata je pun. Kadang - kadang sempat salam senyum dan blah. kadang - kadang tak sempat salam pun. Selisih nak pergi tandas. Nak pandang? Pandang jelah. Ada aku kesah. Gitew.

PAKAR PERSONALITI AZIE SAM ATAU AZIE FAZIEDA

azie sam, bella idura, pandangan pertama,

Menjelaskan KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA? Bella serahkan dan haruslah belajar dengan pakar. Perkenalkan Puan Azie Sam atau Azie Fazieda. Pakar perunding imej. Siapa yang tak pernah tengok dan tak kenal Puan Azie? Banyak kali keluar majalah. Buat tutorial tudung. View berjuta. Kalau korang kenal bagus. Kalau tak cedera emosi dia. Tak kenal jangan risau sangat.  Tak pe! Tidak mengapa. Sebab itu ditakdirkan korang baca post Bella ni. Supaya korang lebih mengenali Puan Azie, sekaligus kenal Bella. Kita ditakdirkan bertemu disini. (Ayat puan Azie ni Bella ciplak). Bella akan kongsikan segalanya tentang pembelajaran Bella bersama Puan Azie dan juga lepas korang baca ni sampai abis, korang boleh kurus! Ya kurus. Pastikan baca semua tips Bella. Jangan skip ok?

BENGKEL PERSONALITI DIRI BERSAMA KBBA

first impression, pentingnya pandangan pertama


Ini kali kedua Bella belajar dan masuk bengkel personaliti bersama dengan KBBA . Boleh baca di sini Tip Pemilihan Pakaian. Kedua - dua pakar personaliti mempunyai cara dan gaya yang berbeza. Jadi Bella kiranya dah banyak jugalah ilmu mengenai penampilan dan personaliti ni. Tapi, Bella masih ada lagi  masalah nak memilih baju untuk ke mana - mana majlis dan masih lagi merunggut. "Arghhhhh!!! takda baju!!" Siapa sama? Angkat tangan follow blog Bella. Takda blog, sila follow ig. Sempattt!! Hahaha.  Itu mungkin masalah kita orang perempuan yang tak pernah rasa cukup. Bukan masalah personaliti. Masalah personaliti ini adalah bila mana kita tak tahu nak bawa diri kita kedalam majlis. Padanan warna baju yang salah. Terlalu yakin dengan penampilan santai kita sampai nampak selekeh.

KENAPA PENTING PANDANGAN PERTAMA?

pernampilan, jaga penampilan, cara cantik


Bila penampilan kita yang entah apa - apa tu kita bawa tanpa segan silu, ia akan memberikan pelbagai tanggapan negatif. Kita akan memberikan "first impression" "pandangan pertama" yang buruk kepada sesiapa saja yang melihat kita buat pertama kali. Kita jangan rasa pelik atau mustahil orang kita tak kenal akan membuat berbagai tanggapan kepada kita, sebab kita pun akan sentiasa membuat tanggapan kepada orang yang baru kita kenal. Imej dan penampilan kita inilah yang akan menentukan tanggapan seseorang itu kepada kita. 


Masa dalam bengkel ini, semua diminta untuk melekatkan kertas dibelakang dan kawan - kawan diminta untuk tulis apa pandangan pertamanya kepada kita. Alhamdulilah Bella dapat pandangan yang baik - baik gitew. Ke jaga hati ni? Puan Azie juga kata.

"Imej bukanlah segala - galanya namun tanpa imej yang tepat, kita tidak mungkin dapat menyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai - nilai positif, potensi besar dan kemampuan serta bakat  yang ada dalam diri kita. "

Nampak macam tak ada apa kan? tapi sebenarnya kesannya amat buruk jika pada pandangan pertama orang tu kita ni nampak macam tidak berkeyakinan, muka tak siap ataupun nampak lemah.  

5 TIPS UNTUK PERJUMPAAN KALI PERTAMA

pakar personaliti, pakar,

Bella nak kongsikan beberapa tips yang Puan Azie bagi. Tips yang pertama adalah tips untuk bagi orang suka kat kita bila pertama kali bertemu. Boleh digunakan oleh jejaka juga untuk mengorat si idaman hati bagi mendapatkan perjumpaan seterusnya. Salin yer. Hehehe.
  1. Tenang - tenang saja yer, jangan gelojoh. Relax kan diri. Buat muka cool dan tenang.
  2. Membersihkan diri, wangi dan kemas. Senang cite sedap dan sejuk mata memandang.
  3. Senyum sentiasa. Senyum kan sedekah. Senyum tau. Bukan sengih!
  4. Bahasa tubuh. Tunjukkan yang kita minat dengar cerita dia jangan main hp pula yer. 
  5. Banyakkan bertanya. Jangan kita pula sibuk cerita mengenai diri sendiri tak nak tumbang. 
5 Tips perjumpaan kali pertama ini kalau kita buat, kita boleh nampak impak nya. Bella pun suka nak jumpa jenis orang yang macam ni. Bella paling hangin bila kita tengah cerita dia potong cerita kita. Sakit hati sungguh. Lagilah kalau baru pertama kali jumpa. Memang tak akan bercerita panjang dah la lepas tu. Betul tak? 

JOM KENALI GAYA PERSONALITI DIRI

pentingnya kenali diri, mengenal diri sendiri

Kita dah ada tips untuk perjumpaan kali pertama. Tapi masalah lagi satu timbul. Nak pakai baju apa? warna apa? pemilihan baju yang macam mana sesuai? Masalah - masalah macam ini adalah masalah biasa. Lagi - lagi orang perempuan. Kami di beri soalan untuk mengetahui dan mengenali gaya personaliti diri Bella. Korang nampak tak soalan tu? Kalau korang nampak, korang cubalah jawab.  Setiap jawapan memberitahu sebenarnya korang ini adalah seorang yang berpesonaliti macam mana.
  • A - NUTERAL     - Seorang yang tidak berfesyen, minimal aksesori dan ringkas.
  • B - ROMANTIC   - Seorang yang feminin, sukakan aksesori & mengikut fesyen terkini
  • C - CLASSIC        - Seorang yang elegen, klasik, berpadanan dan pentingkan kualiti.
  • D - DRAMATIC   - Seorang yang unik, kretif, berani dan memakai baju yang sarat.
Bella bagi ini pun secara kasar. Lebih terperinci lagi kena berguru dengan Puan Azie 3 hari 3 malam. Tapi, gaya penampilan korang ini boleh diubah dan sepatutnya korang kena ubahkan mengikut Masa, tempat dan kesesuaian majlis. Ingat ya. Memakai mengikut tema majlis adalah untuk menghormati majlis. Bukan kira malu lah, simple je la, tak yah beriya la. Selain dari sporting kan diri. Ia adalah salah satu cara kita menghormati majlis.

TIP PEMILIHAN WARNA PAKAIAN


Pemilihan warna dan padanan warna baju amatlah penting. Kita yang perempuan pula, nak padankan dengan tudung. Jangan risau. Sekarang Bella ada Tips memilih warna pakaian, supaya tak nak over atau jadi mangsa fesyen. Kajian mendapati, lebih 80% mesej yang ingin disampaikan dengan tepat adalah berkaitan dengan warna. Dalam erti kata lain, warna mampu menyampaikan sesuatu mesej yang tepat.

Warna - warna yang sesuai untuk jaket, blazer, suit dan yang perlu ada dalam semua almari pakaian kerana tidak akan salah digabungkan dengan apa sekalipun iaitu warna neutral ( Hitam, Kelabu, Putih,  Coklat dan Biru gelap).  Warna ini warna yang memenuhi almari pakaian HB Bella.Ya ampun. Sama je semua. Klasik sungguh!! Warna - warna yang selain warna diatas adalah warna fesyen. Warna - warna ini pula boleh dibahagikan kepada kualiti warna.

  • Cair                   - mudah berkawan, mudah didekati, muda dan kurang berwibawa
  • Pekat                 - Berwibawa, matang, berkuasa dan penuh keyakinan.
  • Terang               - Aktif, bertenaga dan positif
  • Kusam / pudar   - Sila beli baju baru. Hahahha. Nampak berumur, letih dan tak penting.
Lepas ni korang bolehlah memilih warna yang sesuai dengan majlis dan aktiviti. Masa nak pergi temuduga atau temujanji pertama penting tu. Bolehlah gunakan tips ini.

TIP MEMADANKAN WARNA PADA PAKAIAN

tip pemilihan warna pakaian, warna, pemilihan warna

Maksud setiap warna kita dah tahu. Kita dah boleh pilih warna mengikut tempat. Macam mana pula nak memadankan warna baju dengan seluar, tudung dengan seluar, bagi nampak sesuai dan manis saja. Korang perhatikan dan kaji colour wheel diatas. Pemilihan mengikut warna ini adalah yang paling sesuai dan tepat. Kalau nak beli baju pun boleh gunakan teori warna ini juga. Kalau macam Bella nak buat padanan warna, contoh baju kurung yang banyak warna, cari saja warna yang paling banyak. Itulah warna tudung korang. Korang boleh ikut la tips Bella ini sebab Bella dah jawab kuiz, Bella adalah seorang yang bijak dalam berfesyen dan menentukan padanan warna. Gitew!!

pentingnya padangan pertama

Bella harap perkongsiaan Bella ini dapat korang praktik kan. Owh ya. Tips untuk nampak kurus pula dengan hanya menutupi apa yang besar. Kalau dada besar, jangan pakai baju yang fokuskan dada. Kalau bawah besar jangan pakai yang menfokuskan bahagian bawah. Macam beropol - ropol macam tu. Cari baju yang ada corak menegak. Senang cerita lagi, korang bolehlah belajar dan minta diajar oleh Puan Azie Sam. Boleh follow :-

Facebook :- Azie Sam
Instagram :- Azie Sam

Credit gambar yang takda watermark to :- Saidila.com & Google

Semoga bermanfaat dan selamat memperbaiki diri. Jangan lupa amalkan. Assalamualaikum.......

You Might Also Like

2 ulasan

  1. pandangan pertama memang la penting baru boleh jatuh cinta pandang pertama hahahah

    ReplyDelete
  2. Dari mata turun ke hati gittuwww..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.