Aktiviti
Bercuti
Review By Saya Isabella Idura
Travel York
ZOO Negara, Seronok Ker?
30 August
Arrghhh ngantuknya... Pepagi dah bangun. Sekarang ngah nak story mory kat korang pun ngantuk. Kul 3 pagi kot. Owh... Bella bukan nak ceritakan pasal kengantukkan Bella ni, tapi Bella nak story pasal ZOO Negara. Hmmm... ZOO Negara?? Best Ker?
Nampak x artikel diatas? Bella datang kesini untuk program Blogger Day at Zoo Negara. Mestilah best!! Tahniah kepada Blogger Farah yang berjaya membawa nama Kelab Blogger Ben Ashaari ke Zoo ni. Masuk surat khabar tu. Kami kesini juga untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran panda.
Jom kita masuk!! yeahhh!!! Bella excited sangat. Bella dengar ZOO Negara ni makin cantik. Bella excited sangat nak tengok panda. Adakah cute boleh dipeluk2x macam teddy bear dirumah?? arrghhh x sabarnya!!.
Kami berhenti di pit stop pertama iaitu Butterfly Garden. Ladang rama-rama. Keliru jap. Pesal ladang rama-rama tapi depan nya ada kala jengking. Rupanya sebelum masuk dan bertemu dengan rerama kita akan jumpa dengan serangga-serangga yang menggelikan ini. Yela.. kan rama-rama juga dalam kumpulan serangga walaupun dia cantik.
Masuk-masuk je dalam ladang rama-rama ni, boleh dikatakan luas dan cantik ya. Banyak rama-rama berterbangan tetapi sukar sangat untuk ditangkap ataupun mengharapkan rama-rama ni, singgah kat tangan kita. Alaaaa feeling2x princess kan.. Semua rama-rama cantik. Tapi rerama paling cantik ada satu je. Cantik betul!!!
Taraaaaa!!!! haaa cantik kan rerama ni.Rasa nak bawa balik rumah tak??? hahahhhaha... Kalau korang nak feeling2x jadi rama-rama boleh korang datang sini dan tangkap gambar disini. Kami meneruskan lawatan kami ke kumpulan monyet dan burung-burung. Burung Bella nampak ada 2 jenis sahaja.
Pada bahagian ini kita dapat memperkenalkan anak-anak kita dengan kumpulan monyet. Bukan untuk anak-anak saja la. Pengetahuaan untuk kita juga. Di dalam sangkar yang telah diasingkan ada Black and white Ruffed Lemur yang hanya makan buah dan sayur. Badannya berwarna hitam dan putih. Siamang pun ada.. Jadi korang kalau kawan kutuk kata "Siamang betul la!!" maknanya dia kata korang macam monyet! huh!! keji betul.
Pernah dengar tak? Ungka tangan putih? kat sini korang boleh jumpa tau. Ungka Tangan Putih tinggal di bahagian teratas kanopi di hutan dan merupakan haiwan akrobatik yang paling hebat dikalangan yang lain. Monyet yang dalam pic ni, dia macam ada beguk kat leher. Sebenarnya dia bukanlah cacat, tapi beguk tu tempat simpanan makanan dia. Masa kami datang tengok monyet-monyet ini dalam sangkar, punyalah dorang bising. Happy kot. Hehhehe.
Perkenalkan, ini Enggang Buluh. Ini mengeluarkan bunyi yang nyaring lebih-lebih lagi sewaktu mencari makanan.Enggang ini bukan saja terdapat di Malaysia tau, di Brunei, Thailand dan Myanmar pun ada. Selain daripada Enggang Buluh ni, Bella juga tengok Enggang Badak. Enggang Badak inilah yang dijadikan simbol di Sarawak sebagai Bumi Kenyalang. Selain itu, ada juga Enggang Papan, Enggang Bulu dan Enggang Berkedut disini. Bella nak cite satu persatu takut korang bosan plak kan? Datang tengok sendiri je la yer.. Jom kita g tengok Show pulak...
Pertunjukkan haiwan bijak ni, memang mengagumkan. Jikakalau korang ke ZOO Negara tapi tak tunggu pertunjukkan ni, memang rugi. Ya. Rugi. Panas-panas pun tunggu tau. Permulaan dimulakan dengan kawanan burung yang dilepaskan dari bahagian kiri pentas dan burung-burung tu terbang bersama-sama ke bahagian kanan pentas. Cutenya!! macamne burung tu pandai je terbang sesama? WOW!!! Lepas tu, korang cuba tengok gambar diatas. Keluar lah dua pelatih yang kacak ni, bawa burung masing2x. Opsss burung kakak tua yang bijak ye.. jangan kuning.Hahhaa.Burung ni, bijak sangat. Berlumba masukkan bola dalam jaring. COCO dan Riski kot nama burung ni. Bella sokong dan ingat COCO. Laju tau COCO.
Selepas itu kuar la burung-burung ni selepas dipanggil. Sangat bijak. Bila pengacara tu kata ok..boleh masuk sangkar balik.. semua berjalan sambil melompat-lompat masuk ke sangkar mereka. Bijak!! Tapi bukan burung ni sahaja. Banyak lagi jenis2x burung yang dikeluarkan dan sangat mengikut arahan.
Paling terbaik bila singa laut dan anjing laut buat persembahan. Fulamak!! macam kat TV. Pandai sangat anjing dan singa laut tu main bola dan menangkap gegelung masuk ke leher. Paling best tengok dorang tepuk tangan. Aduii.... comel nya!! Ada jual kat kedai x? Ingat nak beli bela seekor la. Paling2x Bella suka, binatang ni.. binatang yer... sangat pandai jaga kebersihan. Dorang nampak sampah dalam kolam ni, dorang gigit kutip tau. Korang kalau pergi pantai ke laut ke sungai ke korang buang sampah merata-rata kan? Jangan tau. Kebersihan itu tuntutan agama kita. Show diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan.
Kami berhenti rehat dulu untuk makan. Argggghhh.... seriuosly lapar sangat.Nasib Food Panda sponsor ayam goreng dan Burger. Sebenarnya Bella ada masak pasta pagi tu tapi malu nak makan. Boleh x macam tu? Abis basi. Sedih je. Masa makan ni, ada cabutan bertuah! Bella dapat no 2 tau. Alhamdullilah.. rezeki. Dapatlah vaoucher percuma masuk ZOO lagi. Hehheheeh...
Kami meneruskan lawatan ke Muzium Lebah Sedunia. Di sini, baru Bella tahu yang Lebah ada banyak sangat jenisnya! bukan datang dari spesis yang sama. Bella geli la nak tengok lama-lama lebah2x ni, walaupun dorang dan cantik2x frame kan. Rasa macam merayap2x plak kat badan ni. Paling teruja disini, Bella di beri rasa madu yang telah siap di proses dan dimasukkan dalam tiub kecil. Manis dan lazat rasanya. Kemudian Bella diberi rasa pula madu yang originally datang dari sangkarnya yang telah dikorek. Rasanya sedikit MASAM ok... ne ada manis. Maknanya semua madu dipasaran xda yang original la. Semuanya telah diproses! ooooo baru bella tau.
Ini lah masa yang ditunggu-tunggu.Paling best kat ZOO Negara ni, korang pergi bahagian mana pun lah!! mesti akan terjumpa binatang2x yang membuatkan korang akan berkata WAAAAHHHH!! Bella tengok badak ni pun heran. Besarnya2x.Hahaha. Apa lagi budak2x kan? Kami meneruskan perjalanan lawatan kami ke rumah Panda pulak. Kenapa Bella panggil rumah bukan sangkar?? haaaa tunggu. Nanti Bella buat next post sebab banyak sangat gambar yang comel dan cerita yang nak diceritakan. Juga ada lagi next post. Jadi tungguu....
Korang rasa Seronok tak datang ZOO Negara ni? Tengok Blogger Nadia tu cukup la yer.. Betapa SERONOK nya dia. Nasib due lambat lagi. Aktif betul.Bella nak bagi penghargaan kat ZOO Negara, Kelab Blogger Ben Ashaari, Cosmorderm, Food Panda, Staff2x ZOO Negara terutama JU dan Blogger Farah Waheda, sudi ajak Bella kesini. Korang semua datang la lawat kawan-kawan korang kat sini. Eh.. binatang2x kat sini. Banyak yang dapat kita belajar dan seronok sangat. Ok.. tunggu next post Bella ya.
Owh lupa plak. Alamat :
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website : http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html Beli Online disini.
Facebook : Zoo Negara
Instagram : @ZOONEGARAONLINETICKET
Bye2x. Harap bermanfaat.
P/s : boleh juga tengok disini
Kawasan yang menjadi kegilaan Bella di Zoo Negara dan
2 ulasan
seronok kbba p zoo ^^
ReplyDeletehahaha..mestilah seronok
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.