Friday

Panda Zoo Negara Malaysia

Korang ada ambil tahu tak yang kat Malaysia pun ada Panda? Mestilah tahu kan? sebab PM kita yang bawa masuk. Berita meluas pasal Panda ni telah dihebahkan. Katanya usaha sama antara Malaysia dan China. Ok.. Harap banyak manfaatnya dari kerugiaannya la yer.

PANDA CHINA

Kami menunggu masa untuk melihat panda dengan lebih dekat. Panda kami disuruh menuruni tangga dan masuk ke kawasan Panda. Waaaaahhh untungnya Panda. Punya la cantik rumah Panda tu. Sejuk bersih dan besarrr.. kalah rumah den. Xda air-cond pun.Daripada bagi Panda tu makan, baik bagi makan Bella je. Syokk sangat. Birthday pun beratus orang datang sambut. Birthday Bella, orang wish pun x.. hahahaha..
ZOO NEGARA

Memang amat tertanya tanya sebelum masa ke dalam Rumah Panda ni. Adakah Panda ni boleh dipeluk cium? Adakah Bella boleh memegang dan menyentuh anak Panda ini? Adakah Panda betina kita boleh tengok bersama-sama dengan Panda Jantan? Adakah Panda betina menjaga dan menyusukan anaknya? dan sudah tentulah kami mahu soalan kita tu mendapat jawapan yang best. Jawapannya Ya! kan.... barulah have fun!

Kami diarah memasuki rumah Panda ni dengan berhati-hati dan sesenyap yang mungkin. Kami diarahkan tidak membuat bising dan menutup semua flash camera. Ok. Bella ok je. Kanak-kanak la yang Bella risaukan. Sure lah teruja kan? Bella dari atas sampailah kebawah cari Panda ni. Kalau bella bahasakan Panda ni sebabai Fu Waa takut korang confuse kan? Jadi Bella just bahasakan Panda je la. Senang korang nak faham kan? Anggaran Bella la. Hahaha. 

PANDA ZOO NEGARA

Bella masuk dan mencari-cari dimanakah Panda-panda ini bersembunyi? Sekali nampaknya Fu Waa yang seakan-akan kesedihan dan kesunyiaan. Siannya dia.. Fu Waa Bùyào shāngxīn. Haaaa  bahasa Chinese ko.. baru dia faham. Yela Panda sayang, kami datang nak tengok awak ni. Kalau awak sedih ditepi tu, kami lagilah sedih.. waaaaa...aaaa...



Bila Bella buat je Siri Bercakap Dengan Panda tu, terus Fu Waa bangun dan menuju ke arah Bella. Yeaaahhh!!! Fu Waa.. comelnya Awak!!! Tapi kenapa Fu Waa keseorangan? Mana anaknya dan Wifenya?? Patut la dia sedih!! Kena berpantang juga!


Bila Fu Waa mendekati Bella, kecomelan Panda makin menyerlah! geramnya nak peluk. Tapi macam bahaya je. Sebenarnya kami x dapat pun berjumpa dengan pasangan Fu Waa dan Anaknya.



Seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami, Fu Waa duduk lama di sini. Boleh dikatakan, semua blogger dapat snap pic Panda dengan gaya sebegini. Comel!! Menurut penjaga Panda ni, Panda jantan dan betina tidak boleh duduk dalam satu sangkar. Bergaduh dorang. Walaupun berlainan jenis.


Zoo Negara Panda

Hahhahaa... picture ni kantoi. HB yang g snapkan  pic. Sebab, memula tadi Fu Waa ni kat sana. Bella dah tersepit, HB la yang mengharungi Blogger g snapkan picture terbaik untuk Bella. Owh sambung balik mengenai panda ni, Jadi memang sangkar kedua -dua Panda ni, diasingkan. Hanya pada waktu mengawan saja diorang di satukan.. haaa..



Fu Wa dia tengah makan kek besday dia. Ok, serba sedikit mengenai Fu Wa. Namanya Fu Wa yang bermakna anak patung bertuah. Lahir pada 23 Ogos 2006. Nama bapa dia Lu Lu. Fu wa hanya makan buluh dan berhenti bila kenyang. 

Masa pun dah tamat dan kami pun beredar. Bai2x Fu Wa. pa yang ditunggu lagi?? Jom kita ke ZOO Negara :

Alamat  :  
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website :          http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html    Beli Online disini.
Facebook :        Zoo Negara 
Instagram :        @ZOONEGARAONLINETICKET

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari