AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

Tempat Menarik Di ZOO Negara - Aquarium

Tempat Menarik Di ZOO NEGARA, tertarik kau memang The BOOM!! boleh dikalatakan semua sudut di ZOO Negara ni sangat menarik. Tapi,tempat yang paling Bella teruja adalah Aquarium!! 


Kami disambut dengan ikan yang sangat besar dan comel!! Arrrghhhh Bella suka ikan. Satu2xnya binatang yang Bella suka. Hhahaha.. masak pastu makan pun sedap. Seriously bahagian ikan-ikan yang comel ni, bukan budak-budak je yang excited. Bella pun teruja!! waaa besarnya.. besar nyaa.. hahhahaha. Penguin pun ada. Comel giler!

zoo negara

Bella bagi 5 bintang untuk River Journey di ZOO Negara ni. Dah la sejuk, ikan comel2x. Bella abis banyak masa disini. Cuba untuk berselfie bersama dengan ikan-ikan yang banyak dan besar-besar ni. Malangnya semua pic x jadi. Sedih. IKan lari sombong tak mau berselfie dengan Bella.Masa dekat Aquarium ni, kalaulah.. kalaulah gambar selfie Bella tu boleh letak kat sini, seriously macam kita didasar laut tapi tudung kita still cantik gitew... Memang x puas la time kat sini. 


Lebih bermakna lagi,bukan ikan besar je ada. Ikan kecil pun ada. Bermakna sangat sebab kita boleh ajar anak kita selain daripada ikan Bawal, Kembung, Cencaru, Siakap dll yang selalu kita masak kat rumah tu, ada beribu-ribu jenis ikan lagi yang hidup didasar laut dan sungai. Unik kan?

zoo negara

Ikan yang besar dan macam muka tak puas hati ni, namanya TOMAN. HB yang bagitau. Hahhaha.. HB kata ikan boleh jadi sangat besar sehingga boleh makan seekor babi!! eeeeeyuwwww...  Kisahnya, dulu xda jalan baru a.k.a highway untuk ke Kuala Lumpur. Jadi, HB akan melalui satu jalan lama yang sangat sunyi dan terdapat satu tasik yang besar disitu.Time tu malam.Pemancing yang memancing kat situ tetiba nampak TOMAN yang sangat besar makan seekor babi yang terjatuh dalam tasik!! Maknanya TOMAN tu sangat besar sehingga mampu makan seekor BABI! Seram tak cerita Bella.hahahaha..Jadi korang, jangan main2x dengan ikan TOMAN ye...

Aqurium cantik

Ikan yang kemurungan dan nampak sombong ni, namanya Belida Bintik. Bella tertanya-tanya adakah ikan ini boleh dimakan? Korang nampak je kecik, korang g ZOO Negara tengok.. besar tak besar. Jangan terngaga dah la yer..


Ikan - ikan tadi tu, dalam aquarium kecil. Haaaa yang ni dalam aqurium yang sangat besar. Macam dalam laut kan? Cantiknya. Geram nak g snorkeling dalam tu.Bella nak payung banyak gambar ni.


Cantik kan?? Nampak sombong je ikan ni. Mentang-mentang r Aquarium dia cantik. Jangan tanya Bella apa nama ikan ni. Bella pun tak tau. Hhehehe..


Tengok!! comel kan? Rupanya bukan gegurl je yang suka kat HB Bella, Ikan betina pun suka. Hahhahaa.


OK last pic ikan yang comel dari Bella. Memang menarik la tempat ni.Tapi ada banyak lagi tempat best yang Bella nak g tengok. Jadi, babai ikan comel.. next time kita selfie sesama k... Owh, boleh juga ke link

Apa yang ditunggu lagi?? Jom kita ke ZOO Negara :

Alamat  :  
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website :          http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html    Beli Online disini.
Facebook :        Zoo Negara 
Instagram :        @ZOONEGARAONLINETICKET

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.