Bunuh Diri
25 August
Astarfirullahalazim.... Ya Allah Ya Tuhan ku, Jauhkanlah aku, keluargaku, saudara maraku dan umat islam dari melakukan hal yang kejam ini. Kejam kepada diri sendiri. Astarfirullahalazim... sedih sangat.
Hari ini Bella nak kongsikan kesedihan hati Bella menerima berita bunuh diri ini dari kampung kelahiran Bella. Sedih sangat. Sayu hati. Adik kata, Dia pernah berkawan dengan arwah. Arwah seorang yang sangat pendiam. Bella bukanlah nak aibkan sesiapa, tapi sila jadikan tauladan. Bella pun time ni tengah sangat2x down. Hanya tuhan saya yang tau. Tapi tolong la tabahkan hati. Bagaimana nak datangnya pelangi yang indah, kalau tidak diturunkan Oleh NYA hujan lebat dan ribut. Percayalah ada hikmah disebaliknya.
Arwah hanyalah seorang budak lelaki yang kemurungan. Dia bukanlah bunuh diri kerana cinta. Tapi kerana masalah familynya. Korang, yang ada anak2 sila lah sayangi mereka. Bersyukurlah dengan hikmah dan nikmat mempunyai seorang anak. Ada berpuluh ribu mungkin beratus ribu yang masih mengharapkan zuriat. Tolonglah jaga amanat ALLAH s.w.t tu dengan sebaik mungkin. Bimbinglah dengan agama sebaik mungkin. Fahamilah hati mereka.
Surat terakhir dari Arwah yang sempat ditulis sebelum membunuh diri. Kemurungan yang mendalam. Mungkin mak dan ayah nya selalu memakinya atau menyatakan sesuatu yang terlalu meruntun hatinya.
Surat yang menunjukkan betapa sayangnya dia kepada ibu dan ayahnya, tetapi mungkin kasih sayangnya tidak dihargai. Bella mengandaikan begitu familynya dalam keretakkan rumah tangga.
Terjumpa lagi coretan kata hatinya didalam beg sekolahnya yang berbunyi " Jika aku hilang carilah aku di air, kerana aku sama macam air. Nampak tenang tapi deras arusnya. " Sangat mendalam dan sukar Bella mahu pasti kan.. apakah maksudnya. Mungkin arwah sudah banyak bersabar dan berdiam diri,sekali dilepaskan sangat besar kesannya.
Mayatnya ditemui terapung. Kita doakan yang baik2x. Mungkin arwah memang bercadang untuk bunuh diri, tapi mengubah fikiran. Mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, namun terjadinya kemalangan yang menyebabkannya tetap terjatuh kedalam sungai dan lemas. Mudah mudahan..
ALLAH HU AKBAR... kepada semua yang baca kisah ini, tolong fikir 10juta kali kalau nak buat macam ni. Bunuh diri sebab kekasih sangatlah xda otak sayang.. Kalau awak xda jodoh dengan dia, awak buat macam mana pun tetap xkan kawen.. Lagipun lelaki bukan seorang je dalam dunia ni, perempuan pun bukan seorang. Banyak sayang..
Semoga dapat dijadikan pengajaran. Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari ALLAH dan yang buruk tu datang dari Bella sendiri. Semoga agama kita dipelihara sehingga ke akhir hayat. Mati tu pasti.
Cuma bukan caranya begini...
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.