Apa Ada Di Kidzania?

Hai semua, hari ni, Bella rasa best sangat sebab kita di ajak oleh blogger Yaya Natsumi untuk join dia ke KidZania KL . Namanya pun Ki...

Hai semua, hari ni, Bella rasa best sangat sebab kita di ajak oleh blogger Yaya Natsumi untuk join dia ke KidZania KL. Namanya pun KidZania kan? Dunia kanak-kanak. Jadi memang untuk kanak-kanak saja la. Tapi pada hari ini sahaja,ia terbuka untuk orang dewasa. Boleh main apa saja. Yelah.. perkerjaan yang ada dalam KidZania ni kan adalah pekerjaan orang dewasa.Tapi masih samar-samar.. Apa Ada Di KIDZANIA?
        seronoknya KidZania
Tema pada hari itu, adalah  back to kidz #back2kidz. Kembali ke zaman kanak-kanak.Jadi Bella pakai la baju tema ala2x pegawas ala konon. Hhahaahah... HB pulak jadi cikgu. Cute x cikgu?hahahhaa. Jom kita berfoya-foya. Seronok sangat rasa.

Kidzania KL

Masa nak masuk ni, perlulah dapatkan jam macam bella pakai ni dulu. Penting tau.Jam ni, macam identity kita. Masuk mana2x bahagian dalam KidZania ni, dorang akan scan jam ni. Kalau korang xda jam ni x leh korang nak beronok2x dalam ni. Masa Bella haritu just daftar je, then dapat la jam ni. Kalau korang kena bayar la yer sayang2x semua.


Masuk-masuk je dalam KidZania ni, Bella sangat terkejut sebab CANTIK!! ya. Sangat CANTIK dan Happening. Terasa seperti di USS Singapore plak.Tapi, ini dalam bangunan. Cantik, besar, luar dan macam dalam dunia yang lain. Terus mood kekanak tu muncul. Bella dijemput masuk waktu petang, jadi x dapat nak cover semua tempat. Tempat ni, besar sangat. Boleh dikatakan semua pekerjaan ada dalam ni.

Apa Ada Di KidZania

Bella juga diberi duit permulaan sebagai modal. Ok time ni Bella ngan HB dah pening tau. Alamak. Mana cukup nak main semua benda kat sini dengan hanya berbekal kan RM50. Disini kami dah pening x tau nak buat apa. Hahhahaa... walaupun pekerja disitu ada cuba menerangkan kepada kami. Bella still blurrrr... alamak. Acane ni??


Menurut pekerja tu, kami perlu mencari duit jika mahu tambahkan duit kami itu. Kena tengok dipintu masuk sama ada ( + )atau (- ). Jika  ( + ) maknanya bila kita main, kita akan dapat duit. ( - ) kita kena bagi duit.Bayar. Kami pun pulun la cari duit.cari duit a.k.a gaji. Yela kononnya nak main semua benda yang ada disini. Gambar kat atas tu, Bella dapat gaji. Jadi penari. Kat sinilah banyak masa diabiskan.


Abis je aktiviti menjadi penari, Bella belajar buat coklat pula. Nampak tak coklat kat tepi tu? Arrgggghhh sedapnya. Dia berpusing-pusing. Bella ingat kena bancuh coklat baru. Rupanya tak, Bella di ajar cara mengacukan coklat saja. Ada Cara juga tau.


Cutenya baju pembuat coklat ni. Paling best kat sini, kita boleh mengayakan apa saja kerjaya yang kita mahukan. Patutlah bawa anak - anak kesini. Pendedahan awal tentang apa itu kerjaya. Sebagai pembuat coklat ni, kami diajar cara meletakkan coklat dalam acuaannya dan bekukannya. Tapi, kami x leh makan coklat yang kami buat tu, kami diberi coklat yang baru. Yummy!! Mesti bawa anak anda kesini tau.


Menjadi Pilot adalah kerjaya yang paling Bella nak cuba. Masuk dalam cabin yang real, cuma kita memandu kapal terbang yang xda fungsi. Hanya cadangan Bella, adalah lebih elok jika pihak KidZania buat seolah-olah kita atau anak - anak membawa kapal terbang yang sebenar. Macam game tu. Set la masa kejap je. Jika takut kanak-kanak ini abis banyak masa didalamnya.Ini langsung x leh kawal. Sesuai untuk bergambar je. Tapi real la semua tanya bila Bella g ambil lesen kapal terbang. Hahhaha.

KidZania KL

Menjadi seorang pelukis bukanlah cita-cita Bella, cuma minat melukis tu adalah. Disini kita bukan kena melukis pun, tapi mewarna. Terbaik,sebab lukisan boleh bawa balik. Kalau anak korang melukis, pastu korang boleh la tampal dan frame kan letak dalam bilik dorang. Kenangan tu.

    

Bella menyambung pengembaraan Bella disini sebagai engineer computer pula. Kat sini seriously best!! Korang patut ajak anak korang ke bahagian ini untuk lihat kecekapan mindanya. Cite lebih2x x surprise la kan. Terbaik kat sini, dapat gaji ngan sijil sekali. Boleh la bagi anak kita semangat. Macam penghargaan gitew kan?
   

Puas la kan... terkinja-kinja dalam ni,penat dan lapar la. Nasib la ada cafe dalam ni. Kami di belanja makan oleh KidZania. Sedapnya.Sedap ayam goreng disini tau. Terima kasih KidZania. Masa balik ni, baru kami perasan.. duit kami banyak sangat lagi. Nak main lagi dah nak tutup, harap sangat KidZania panggil Bella datang lagi.. Best!!

Sebab Bella rasa kurangnya pengetahuaan Bella pasal KidZania ni, yang menyebabkan Bella banyak duit lebih tapi x banyak main. Jadi Bella nak kongsikan beberapa tips untuk korang semua, Ibu2x, Ayah2x, Emak2x, Mummy, ataupun Daddy. Tips: 

  1. Macam Bella, banyak abis masa nak cari duit. Hmmm.. cari semua yang (+) kat pintu. Padahal x minat pun nak main. Buang masa. 
  2. Guna je duit modal tu, jangan takut.
  3. Ada persembahan dari budak-budak di KidZania. Persembahan teater. Pergilah tengok. Sangat menarik.
  4. Tak semua permainan kena bayar. Ada yang kita akan dapat duit. Maknanya duit abis, barulah kita cari duit. Cari saja (+) dipintu.
  5. Bila dapat duit tu, jangan blur macam Bella. Tanya ngan anak anda apa yang dia nak jadi? Contoh Pilot. Bawa ke tempat Pilot tu dulu. Beratur. Xpe. Jangan takut duit tu habis. Enjoy dulu.

         
   
Tabik Spring dari Bella buat KidZania.Silalah datang ke KidZania. Sangat best. Pengalaman Baru Mesti anak - anak anda teruja. Bella yang dah besar ni pun sangat teruja tau. Untuk maklumat lanjut bolehlah ke :

IG                   : KIDZANIAKL

WEBSITE      : www.kidzania.com.my

FACEBOOK  : KidZania Kuala Lumpur

ALAMAT       : Curve NX, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. wahhhbest best... teringin nak join jugak ari tu huhuh..

    ReplyDelete
  2. teringin nak jadi kanak-kanak balik jugak

    ReplyDelete
  3. saya dh gi tapi saya tk naik adik saya naik
    nama ummu habibah dan saiidah

    ReplyDelete
  4. saya dh pergi tapi saya tk naik adik say saiidah dan ummu habibah jer naik h mmmmmm

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.