Aktiviti
Bercuti
Kongsi Sikit
Selangor
Travel York
Panda Zoo Negara Malaysia
28 August
Korang ada ambil tahu tak yang kat Malaysia pun ada Panda? Mestilah tahu kan? sebab PM kita yang bawa masuk. Berita meluas pasal Panda ni telah dihebahkan. Katanya usaha sama antara Malaysia dan China. Ok.. Harap banyak manfaatnya dari kerugiaannya la yer.
Kami menunggu masa untuk melihat panda dengan lebih dekat. Panda kami disuruh menuruni tangga dan masuk ke kawasan Panda. Waaaaahhh untungnya Panda. Punya la cantik rumah Panda tu. Sejuk bersih dan besarrr.. kalah rumah den. Xda air-cond pun.Daripada bagi Panda tu makan, baik bagi makan Bella je. Syokk sangat. Birthday pun beratus orang datang sambut. Birthday Bella, orang wish pun x.. hahahaha..
Memang amat tertanya tanya sebelum masa ke dalam Rumah Panda ni. Adakah Panda ni boleh dipeluk cium? Adakah Bella boleh memegang dan menyentuh anak Panda ini? Adakah Panda betina kita boleh tengok bersama-sama dengan Panda Jantan? Adakah Panda betina menjaga dan menyusukan anaknya? dan sudah tentulah kami mahu soalan kita tu mendapat jawapan yang best. Jawapannya Ya! kan.... barulah have fun!
Kami diarah memasuki rumah Panda ni dengan berhati-hati dan sesenyap yang mungkin. Kami diarahkan tidak membuat bising dan menutup semua flash camera. Ok. Bella ok je. Kanak-kanak la yang Bella risaukan. Sure lah teruja kan? Bella dari atas sampailah kebawah cari Panda ni. Kalau bella bahasakan Panda ni sebabai Fu Waa takut korang confuse kan? Jadi Bella just bahasakan Panda je la. Senang korang nak faham kan? Anggaran Bella la. Hahaha.
Bella masuk dan mencari-cari dimanakah Panda-panda ini bersembunyi? Sekali nampaknya Fu Waa yang seakan-akan kesedihan dan kesunyiaan. Siannya dia.. Fu Waa Bùyào shāngxīn. Haaaa bahasa Chinese ko.. baru dia faham. Yela Panda sayang, kami datang nak tengok awak ni. Kalau awak sedih ditepi tu, kami lagilah sedih.. waaaaa...aaaa...
Bila Bella buat je Siri Bercakap Dengan Panda tu, terus Fu Waa bangun dan menuju ke arah Bella. Yeaaahhh!!! Fu Waa.. comelnya Awak!!! Tapi kenapa Fu Waa keseorangan? Mana anaknya dan Wifenya?? Patut la dia sedih!! Kena berpantang juga!
Bila Fu Waa mendekati Bella, kecomelan Panda makin menyerlah! geramnya nak peluk. Tapi macam bahaya je. Sebenarnya kami x dapat pun berjumpa dengan pasangan Fu Waa dan Anaknya.
Seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami, Fu Waa duduk lama di sini. Boleh dikatakan, semua blogger dapat snap pic Panda dengan gaya sebegini. Comel!! Menurut penjaga Panda ni, Panda jantan dan betina tidak boleh duduk dalam satu sangkar. Bergaduh dorang. Walaupun berlainan jenis.
Hahhahaa... picture ni kantoi. HB yang g snapkan pic. Sebab, memula tadi Fu Waa ni kat sana. Bella dah tersepit, HB la yang mengharungi Blogger g snapkan picture terbaik untuk Bella. Owh sambung balik mengenai panda ni, Jadi memang sangkar kedua -dua Panda ni, diasingkan. Hanya pada waktu mengawan saja diorang di satukan.. haaa..
Masa pun dah tamat dan kami pun beredar. Bai2x Fu Wa. pa yang ditunggu lagi?? Jom kita ke ZOO Negara :
Alamat :
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website : http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html Beli Online disini.
Facebook : Zoo Negara
Instagram : @ZOONEGARAONLINETICKET
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.