Aktiviti
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Idea Cantik
Kongsi Sikit
Kejutan di Johnny Rockets
16 August
Hai... sape yang besday nya hari ini Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki. Bella arini nak share kejutan harijadi yang Bella buat untuk HB Bella mungkin boleh bagi idea untuk korang juga. Bella celebrate di Johnny Rockets. Pernah dengar x restaurant ni?? Fun gegiler kat sini.
Keistimewaan cafe Johnny Rockets ni, staff nya bebaik and have fun sangat. Bila Bella nk selfie cecepat staff situ tanya, Madam, want i help you madam?? ler... if u olls tolong x jadi r selfie.. Ada sesetengah time dorang akan menari nari. Haaa memang rasa lain la.. nak makan pun x jadi. Jadi macam kelakar plak tengok dorang menari. Bella tau cafe ni, melalui Boss Bella. Boss kata happy sangat cafe ni sebab staffnya menari-nari. Maknanya kalau menari pun x malu, apa lagi nyanyikan lagu birthday untuk HB Bella kan...
Bella sebenarnya buat Besday celebration ini sangat tergesa-gesa dan memang tanpa planning apa2x. Bella cuma berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan terbaik. Bella bawa HB datang kat cafe ni, dia kata... "huishhh xyah la sayang, mahal la." Bella masuk je tanpa hiraukan runggutan dia. Hahaha.. macam biasa la, HB x suka sangat makan western ni. Dia lebih prefer makan nasi. Bella kata xpelah.. sekali sekala. Ok, bawa masuk dalam restaurant dah berjaya. Next step.. Bella kena cari kek! yes kek! apa makna besday tanpa kek??
Pastu Bella kata la kat HB nak pergi toilet jap, dalam hati... aduss mana nak cari kek ni?? Berdoa dalam ati adalah kedai kek sekitar ni. OMG!!! rupanya kedai kek ada kat sebelah je! sebernarnya Bella tergerak hati je nak masuk kedai kek ni,tak perasan langsung cafe ni secret recipe. Masuk2x eh pesal ada kek secret recipe dalam kedai orange ni?? Rupanya ini adalah cafe Secret Recipe juga!! Bella plak yang terkejut. Secret Recipe Beyond Veggie. Pelik kan?? kek yang dijual pun rare. Nak beli sebiji kek xda perisa coklat. Kegemaran HB, then terpaksalah beli slice2x. ok la tu.. dia bagi harga sama macam sebiji kek. Cafe ni terletak di the curve.
Masalahnya satu je. Masa Bella beli kek tu, Bella dah bagitau dekat staff situ. Tlg ambikkan kek Bella kat sebelah. Dorang kata ok, boleh. Tapi Bella ngan HB dah abis makan dah. Dorang x ambikkan pun, pastu HB dah bising2x ajak balik. Ye la dah lama kat situ kan.. terpaksa la Bella kata kat HB jap nak g bayar. Pastu Bella lari g sebelah, ambik kek pastu suruh dorang nyanyikan besday segera. Adoii.. nasib x kantoi. Jadi makin supprise sebab sebelum tu, ada besday orang lain. Dorang nyanyi kan untuk budak tu dulu, HB kata bestnya.. untuk belated besday xda ke?? Bella buat bodo je standby kamera. Hahhahaha... Lepas tu dorang nyanyi untuk HB plak. Memang muka terkejut comel la..
Sebelum nak nyanyi lagu besday tu, dorg akan jerit dulu tau. Jerit nama besday boy or gurl tu la.. mmg best!! Pastu bunyikan loceng ngan seruling yang untuk besday tu.Bising, tapi meriah sangat. Ok sape yang nak tengok video sambutan besday HB Bella ni, boleh ke instagram Bella. @bella_idura. Tak private pun. Khas untuk tontonan umum. Hehehe..
Ok la... harap berguna la yer... BYe2x...
1 ulasan
sweetnye.. hahahaha..teringat sambut berfday asben last year pon macam tu..beli kek sembunyi2.. tinggal dia kita pi cari kek..hahahaha.. kelakar laa bella ni..
ReplyDelete^_^
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.