BENGKEL YANG PENUH DENGAN KEJUTAN

Bengkel ini adalah dilaksanakan atas usahasama ahli - ahli KBBA dan kerja keras AJK untuk melaksanakan Bengkel Personaliti dan juga Bengkel...

Bengkel ini adalah dilaksanakan atas usahasama ahli - ahli KBBA dan kerja keras AJK untuk melaksanakan Bengkel Personaliti dan juga Bengkel Kecantikan. Padat!! memang padat dengan ilmu dan keluar dengan penuh ilmu didada. Paling seronok sebab bengkel ini boleh dikatakan BENGKEL YANG PENUH DENGAN KEJUTAN.


MATIC TEMPAT PEMBELAJARAN YANG SELESA DAN LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN


matic, tempat buat majlis, tempat mesyuarat


Awal pagi Bella dah bergerak Ke Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Kebanyakkan aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari kami adakan disini. Banyak kali dah Bella cerita mengenai Matic ini. Seribu penghargaan daripada Bella khas buat MATIC. Bagi sesiapa nak buat apa juga aktiviti korporat, kursus ke, apa jua majlis. Boleh juga buat dengan menyewa mana - mana dewan yang disediakan disini. Korang yang tercari - cari tempat yang sangat selesa bolehlah ke www.matic.gov.my dalam tu semua ada. Alamat. Peta. Ruang apa yang korang boleh sewa. Senang sangat. Berbagai kemudahan ada. Surau, tandas, tempat makan kiranya semua adalah.

BENGKEL PERSONALITI BERSAMA AZIE SAM

Azie sam, bengkel personaliti, pakar cari baju, pakar pilih baju

Bengkel bermula seawal jam 9pagi dan otak Bella terus digerakkan untuk bangun dari terus bermimpi oleh Puan Azie Sam. Ajar tentang tips dan teknik memilih baju. Korang boleh baca ilmu yang penuh dan bermanfaat ini dekat sini. Kenapa Pandangan Pertama itu Penting Tak nak baca rugi.

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING 

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING

MAKAN TENGAH HARI DARI NURUL IZZAH CATERING , NASI TOMATO SEDAP

Tepat jam 12 tengah hari. Perut pun lapar minta diisi. Berbunyi - bunyi. Kali ini kelas kami agak panjang. Dari awal pagi sehinggalah jam 6.30 ptg nanti. Makan tengah hari tidak perlu risau kerana Makanan dari Nurul Izzah Catering sudah menanti. Nasi tomato. Sedap!! Bella suka sangat denga ayam masak merah yang dibekalkan hari ini. Korang yang nak menempah untuk sebarang majlis. Kecil atau besar, bolehlah Hubungi :-

Nurul Izzah Catering
Tel No :- 013-3408944
Email :- enquiry@nurulizzahcatering.com.my
Alamat :- No 94, Jalan Tempias, Kampung Tengah A, 47150, Puchong Selangor

Mesti puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Korang pergi saja tengok ke website Nurul Izzah Catering, dekat dalam website pun ada form yang boleh terus diisi untuk booking. 

PEEK - A - BOX KOTAK YANG PENUH DENGAN KEJUTAN !!

peek o box

Masuk saja sesi petang, terus dapat hadiah dari Puan Shuhada Alauddin. Cikgu lama Bella ni. Korang jangan pandang Puan Shuhada Alauddin sebelah mata tau. Dulu dia adalah seorang peguam dan bertukar kepada pakar warna MYRYL. Korang boleh baca di Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna.  Selepas itu, beliau memulakan Peek - a - box ini dengan visi untuk menyatukan kecantikan dalaman dan luaran. Gumbira kemain Bella!!. Tak sia - sia tunggu sampai petang. Dapat Peek-a-box kotak yang penuh dengan kejutan!! sebab Puan Shuhada tak bagi buka dulu. Kena buka sama - sama.

peek a box, kotak kecantikan, kotak kejutan

Peek-a-box ini adalah kotak kecantikan no.1 Malaysia yang menawarkan 4 hingga 5 produk kecantikan istimewa yang berbeza - beza isinya. Paling penting, Peek-o-box ini tidak menghadkan erti kecantikan sekadar penjagaan kulit dan kosmetik. Ia turut memperkenalkan jenama yang mempromosikan kecantikan dalam cara dan medium berbeza seperti hijab, skarf, lilin dan macam - macam lagi. Maknanya apa saja yang berkaitan dengan wanita dan kecantikan, mungkin akan ada dalam kotak misteri ini. Jom tengok Bella dapat apa kali ini.


Taraaaaa!!! Setiap bulan, kandungan dalam peek-o-box ini akan berbeza - beza tau. Kali ini Bella dapat barangan ini. Kalau contoh korang tercari - cari produk kecantikan terbaru secara lebih jimat dan mesra poket, peek-o-box lah yang boleh korang beli. Korang boleh memilih untuk melanggan secara individu atau bulanan dengan harga serendah RM59.90 sahaja. Buat masa ini, Peek-o-box boleh dilanggan menerusi pakej langganan 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Pilihlah yang sesuai dengan bajet. Gitew!!

peek a box, kotak kecantikan, kotak kejutan


Mudah sangat untuk dapatkan Peek-o-box ini. Pergi ke website dan klik langganan kotak kecantikan ke dalam troli dan tunggu saja kejutan Peek-o-box ke depan rumah. Alamilah pengalaman dan kejutan membuka hadiah hebat untuk diri sendiri. Seronok apa. Maklumat lanjut. :-

Website :- Peek-o-Box
Facebook :- Peek-o-Box
Instagram :- Peekabox_beautybox
Customer Care :- info@peek-a-box.com

BELAJAR BUAT PENYEGAR MUKA SENDIRI

diy face mist, diy penyegar muka

Lepas saja dapat hadiah, kami diajar pula cara buat penyejuk dan penyegar muka. D.I.Y saja. Barang - barang pun sangat mudah didapati. Ada kat dapur saja. Bella excited sangat nak tahu. Sebelum ini Bella ada buat. Ikut google menggunakan bunga rose pemberian HB Bella. Sayang nak biarkan bunga itu layu Bella buat sebagai penyegar wajah bunga mawar. Hari ini Bella dapat ilmu baru cara buat penyegar wajah madu. Seronok sangat. 

BAHAN - BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

  • Drinking water, air Coway pun boleh.
  • Rose water
  • Pewangi macam rose, lavender, lemon. 
CARA - CARANYA :-

  1. Masukan sedikit Rose water.
  2. Masukan drinking water
  3. Masukkan pewangi
  4. Kacau rata
Siap!! mudah kan? Sukatan dia untuk air tu 1:1. Pewangi tu letak ikut kekuatan bau yang korang nak. Kalau nak wangi semerbak letaklah banyak. Bella suka wangi sikit je. Sebab nak sembur kat muka kan. 


BELAJAR BUAT BASE UNTUK BIBIR SENDIRI

diy lip base, buat pelembab bibir sendiri


pelembab bibir sendiri

Kejutan seterusnya kami diajar pula cara D.I.Y buat pelembab bibir. Sesuai sangat dengan Bella yang tidak boleh main pakai saja lipstik. Bibir Bella akan terus merekah dan berdarah. Masa mula - mula tu, Bella pun terkejut! Eh apasal sensitif sangat bibir ni. Kuar darah meleleh - leleh tau. Padahal Bella beli lipstik masa tu bukan dekat pasar malam ye. Sephora lagi. Jadi lepas ini, Bella tidak ada masalah nak cuba semua lipstik kegemaran Bella. Cara nak buatnya tengok di gambar ok? Penat Bella tulis. Tulisan budak darjah satu. Buruk benor. Hahaha.

BELAJAR MEKAP MEWAH BERSAMA KHAIAZWAN

khairulazwan, belajar mekap, tips mekap, cara mekap

Ilmu mencantikan diri diteruskan oleh Khaiazwan. Serious laaa!! lelaki kot. Bukan gang sajat tau. Dia cakap pun tak dalah auch.auch. Nampak tegasnya kat situ. Hebat kemahirannya. Bella angkat tangan. Memang tak boleh nak ikut. Lagilah nak ajar korang ni. Korang pergilah follow di dekat :-

Instagram :- @KHAIAZWAN
Book terus whatsapp :- 013 - 3667460

Apa yang Bella belajar, mekap ini sebenarnya tak ada cara yang khusus dan khas. Setiap orang mempunyai cara dan teknik tersendiri. Maknanya, tiada yang salah atau betul dalam cara mekap. Ikut teknik masing - masing. Barang yang digunakan untuk mata contohnya, boleh saja dipakai sebagai lipstik atau blusher. Takda masalah. Barang untuk muka, nak pakai mana - mana bahagian untuk muka memang boleh. 


Apa yang Bella paling simpan dan ingat adalah base untuk mekap paling penting. Jangan tak sekata, terlalu tebal sampai merekah dan pecah. Sesuaikan dengan jenis kulit. Kalau kulit bermasalah wajib tutup dengan concealer. Bagi base tu betul - betul nampak rata dan smooth, barulah mula tempek benda lain. Ok?  Penuh!! Padat!! Sangat berpuas hati dengan ilmu yang dapat hari ini. Bersama dengan keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Semoga bermanfaat.


You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.